|
[Tempatan]
BN-Gerakan menang di Teluk Intan (Pengundi Melayu tolak Dyana)
[Copy link]
|
|
ResellerMaxis posted on 1-6-2014 07:38 PM ![](static/image/common/back.gif)
kecewa pemimpin umno semua dyana dah kalah..xdapat beramas mesra di dewan parlimen..
kecewa??....hahahahahha..dlm hati Muhyiddin...siapa yg tahu?..entah2 dia kata padan muka tak reti bersyukur dan berterima kasih..![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Babai posted on 1-6-2014 07:45 PM ![](static/image/common/back.gif)
Fair? Takpe, hang masih belum nampak.
legamnya kat kwsn mana?..![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Mah sambung projek tebatan banjir yang tertangguh di Teluk Intan
TELUK INTAN 1 Jun - Bagi Anggota Parlimen Teluk Intan yang baharu Datuk Mah Siew Keong, antara projek utama yang akan dibangunkannya ialah meneruskan projek tebatan banjir yang tertangguh selepas kekalahannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
Projek bernilai RM100 juta yang dirancang untuk dibangunkan dalam lima fasa, hanya mampu dibangunkan sebanyak dua fasa dengan kos RM30 juta, sebelum Mah, yang merupakan anggota Parlimen Teluk Intan sejak Pilihan Raya Umum 1999, kalah pada PRU 2008.
Pembinaan kedua-dua fasa itu telah mampu mengurangkan masalah banjir kilat di kawasan bandar dan kampung di Teluk Intan sebanyak 80 hingga 90 peratus.
Pihaknya juga akan menyusun semula pelaksanaan janji-janji yang dibuat dalam manifesto parti yang dilancarkan Isnin lepas, kata Mah yang ditemui pemberita selepas berjumpa pengundi di Pasar Besar di sini untuk mengucapkan terima kasih di atas pemilihannya sebagai Anggota Parlimen Teluk Intan.
Beliau berkata segala perancangan pembangunan itu memerlukan masa, tetapi akan dilaksanakan secara berperingkat. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... Intan#ixzz33O5JUnE7
© Utusan Melayu (M) Bhd
P/S;_ Mah menang je..teruskan projek tebatan banjir...Wan Jijah menang je...apa dia buat?..duduk bawah ketiak Anwar lagi ke?. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo kemam kuat, memang la boleh bersaing, geng2 kulop pun suka. |
|
|
|
|
|
|
|
oww result dh kluar...50over percent to 50percent |
|
|
|
|
|
|
|
myvios posted on 1-6-2014 07:18 PM ![](static/image/common/back.gif)
CADBURY JADI PUNCA DYANA SOFYA KALAH DI TELUK INTAN.
laaa..iollls pon kaki mkn cadbury..mana lah nk tau choc tu ade babi..klau ade babi, tak kan lah bernimbun nimbun cadbury hazelnut,fruit n nut ,plain cadbury di halalkn di jual sebegitu bnyk terutama di domestik flight![](static/image/smiley/default/dizzy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
oni313 posted on 1-6-2014 04:46 PM
anyway, page FB malaysiakini dah makin takde isu, MKini stat gali balik cerita lama utk hangatkan ...
Website depa...dah ok ke ? Sbb semalam je , bila bn menang , ke nak menang ade technical errors. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 1-6-2014 11:53 AM
ditambah pula dynasti Nga dikatakan marah sebab calun mereka tidak dicalunkan oleh dynasti Lim...m ...
Sesuatu sgt sepiah ni masuk DAP...gila kuasa...mabuk kuasa...sampai lupa asal usul |
|
|
|
|
|
|
|
Mah Buktikan Calon 'Kitar Semula' Tetap Berwibawa - Penganalisis
Oleh Zuhafizah Ahmad Zaki
TELUK INTAN, 1 Jun (Bernama) -- Datuk Mah Siew Keong yang didakwa parti pembangkang sebagai 'calon kitar semula' membuktikan mampu memenangi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan semalam kerana beliau adalah seorang yang berwibawa.
Pengarah Pusat Kajian Institut Raja Malaysia Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Profesor Datuk Dr Ramlah Adam berkata Mah, walaupun kalah dalam pilihan raya umum 2008 dan 2013, tidak pernah melupakan pengundinya di Teluk Intan.
Beliau berkata sikap Mah yang sentiasa memberi sumbangan dan perkhidmatan kepada penduduk Teluk Intan adalah antara faktor yang menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional (BN).
"Faktor 'kitar semula' ini menyumbang kepada kemenangan BN," katanya kepada Bernama hari Ahad.
Bagaimanapun, Ramlah berkata pada pemerhatiannya, penyokong Mah terbahagi kepada dua iaitu pengundi luar bandar dan pengundi yang mempercayai BN untuk menguruskan Teluk Intan. Beliau berkata pengundi juga tidak mempunyai banyak masalah dengan Mah yang lebih sederhana, menyenangkan dan sentiasa bekerja kuat.
"Pengundi yakin kepada dasar kerjasama antara kaum, tolak ansur, berunding dan tidak prejudis terhadap orang lain.
"Ini berbeza dengan parti DAP yang memang mementingkan suara orang bukan Melayu walaupun calon mereka Melayu dan dari luar," katanya.
Ramlah berkata kemenangan pada PRK Parlimen Teluk Intan perlu menjadi pendorong kepada BN untuk mementingkan kebajikan dan pembelaan nasib rakyat, terutama masyarakat luar bandar.
Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Madya Dr Shamsul Adabi Mamat berkata calon 'kitar semula' tidak menjadi isu kepada masyarakat Teluk Intan bagi memilih wakil rakyat untuk bersuara di peringkat Parlimen.
"Dalam isu calon kitar semula ini, apa yang rakyat tidak mahu ialah seseorang yang tidak berwibawa, tetapi jika calon itu 'boleh menang' dan berwibawa, ini tidak menjadi masalah kerana itu yang diperlukan oleh rakyat Teluk Intan," katanya.
Bagi PRK Teluk Intan, Shamsul Adabi berpendapat pengundi membuat pilihan berdasarkan rekod perkhidmatan Mah, dan dengan itu, isu calon kitar semula hanya dilihat sebagai provokasi politik setempat sebagai usaha kempen parti lawan meraih undi.
"Tetapi pada realitinya, masyarakat di situ mahukan calon yang mempunyai rekod perkhidmatan serta anak jati kawasan.
"Bila calon itu (Mah) menyatakan manifesto beliau, pengundi di Teluk Intan menganggap ia adalah realistik kerana rekod perkhidmatan Mah sudah terbukti. Pengundi lebih memilih rekod perkhidmatan berbanding populariti calon," katanya.
Beliau menyifatkan situasi keputusan di Teluk Intan semalam merupakan satu proses demokrasi yang masih matang apabila pengundi memilih berdasarkan kewibawaan dan kredibiliti calon serta janji pilihan raya yang diluahkan parti politik.
Mah menewaskan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti undi yang kecil sebanyak 238 apabila meraih 20,157 undi berbanding lawannya yang mendapat 19,919 undi.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
PRK Teluk Intan Perteguhkan Semula Parti Gerakan - Mah
TELUK INTAN, 1 Jun (Bernama) -- Kemenangan Datuk Mah Siew Keong pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan semalam bukan hanya memperkukuhkan kedudukannya sebagai Presiden Gerakan tetapi turut memperteguhkan kedudukan parti itu yang dianggap sebagai 'parti matahari terbenam.'
Mah berkata kejayaan itu membuktikan Gerakan bukan sebuah parti yang bakal malap seperti yang didakwa, sebaliknya akan terus meningkat dengan sokongan semua kaum.
"Jika (saya) kalah, saya rasa Gerakan akan berdepan masalah sebab kami perlu mengubah atau mendapatkan pemimpin baharu untuk merombak parti," katanya kepada pemberita selepas berjumpa pengundi di Pasar Besar di sini untuk mengucapkan terima kasih atas pemilihannya sebagai anggota Parlimen Teluk Intan setelah dua kali gagal mempertahankan kerusi itu sejak Pilihan Raya Umum 2008.
Mah dipilih sebagai presiden baharu Gerakan pada pemilihan parti 26 Okt 2013, setelah mengalahkan pencabarnya, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Chang Yeow dengan memperoleh 1,086 undi berbanding Teng 577 undi.
Beliau menggantikan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang meletak jawatan sebagai Presiden Gerakan berkuat kuasa 16 Mei 2013 sebagai memikul tanggungjawab atas kekalahan teruk parti itu pilihan raya umum ke-13.
Pada PRU 2013 Gerakan hanya memenangi satu kerusi Parlimen iaitu Simpang Renggam, dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri - Sidam, Kedah; Pemanis, Johor dan Tanjong Papat, Sabah daripada 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN yang ditandingi parti itu.
Sebelum itu, pada PRU 2008, Gerakan memenangi dua kerusi Parlimen dan empat kerusi DUN, dan kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai parti itu sejak 39 tahun, jatuh kepada DAP.
Mah berkata beliau akan terus berusaha untuk memperkukuhkan Gerakan seperti yang dijanjikannya ketika memenangi jawatan presiden parti tahun lepas, supaya pemimpin muda parti itu dapat terus membawa parti itu ke arah yang lebih memberangsangkan.
Mah yang berkecimpung dalam politik lebih dari dua dekad, mengakui pertandingannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan selaku Presiden Gerakan amat mencabar dan satu beban yang besar.
"Ia adalah perjuangan paling sukar sebagai presiden. Jika kalah ia akan beri kesan kepada parti dan saya tidak ada pilihan kecuali mengambil tanggungjawab sepenuhnya.
"Terima kasih kepada semua kerana memberi satu peluang lagi kepada saya dan parti untuk berkhidmat," katanya dan menambah pihaknya akan membuat analisis tentang kemenangan parti itu.
Pada PRK itu, Mah mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti undi yang amat kecil sebanyak 238, setelah memperoleh 20,157 undi berbanding 19,919 undi yang raih Dyana Sofya.
Menyentuh tentang keputusan pilihan raya itu, beliau berkata parti itu mendapat sokongan yang baik dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong.
"Kami belum melihat butirannya tetapi pada dasarnya, kita menang besar di Changkat Jong namun sokongan merosot di (DUN) Pasir Bedamar. Sokongan daripada tiga komuniti menunjukkan peningkatan," katanya.
Mah berkata sokongan pengundi muda juga menunjukkan sambutan positif dan walaupun menang tipis namun ia juga merupakan satu pencapaian kepada BN setelah kalah 7,000 undi majoriti kepada calon DAP Seah Leong Peng pada PRU 2013.
Pada pertandingan tiga penjuru PRU 2013, dengan jumlah pengundi 48,839 orang atau 80.75 peratus daripada 60,483 pengundi, Mah mendapat 20,086 undi.
Pada PRK kali ini, beliau memperoleh 20,157 undi walaupun jumlah pengundi menurun kepada 66.67 peratus atau 40,236 pengundi daripada 60,349 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.
Menyentuh tentang Dyana Sofya yang ingin menetap di Teluk Intan dan memberi fokus kepada masyarakat setempat, Mah menyambut baik kehadirannya dan berharap Dyana Sofya dapat memberi kerjasama untuk membangunkan bandar raya ini.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis posted on 1-6-2014 07:38 PM ![](static/image/common/back.gif)
kecewa pemimpin umno semua dyana dah kalah..xdapat beramas mesra di dewan parlimen..
syoknya muhyidin dpt salam pompuan 27 tahun. klu Nuar pun dia x tolak. how about Hadi & Nik Aziz ? confirm depa tolak. sbb depa takut azab api neraka.
![](https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfa1/t1.0-9/10330348_649049628502421_2732035418886369895_n.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Sokongan Pengundi Kaum India Meningkat Di PRK Teluk Intan - Palanivel
KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel berkata sokongan pengundi India untuk Barisan Nasional (BN) meningkat kepada 70 peratus pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, semalam.
Beliau berkata pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tahun lepas, jumlah peratusan pengundi India di kawasan itu memilih BN hanya 45 peratus daripada jumlah 11,468 pengundi kaum itu.
Justeru, Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, mengucapkan 'Nandri' (terima kasih) kepada masyarakat India di situ yang telah memberi kepercayaan dan harapan baharu kepada BN.
Beliau berkata kemenangan BN di enam Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang majoritinya pengundi India merupakan satu perkembangan yang cukup positif kerana pada PRU12 dan PRU13, hampir kesemua kawasan itu, khususnya di Ladang Nova Scotia, dikuasai pembangkang.
"Kali ini sokongan generasi muda Ladang Nova Scotia kepada calon BN (Datuk Mah Siew Keong) merupakan satu lagi petanda yang cukup baik untuk kebangkitan semula BN di Teluk Intan," katanya dalam kenyataan hari Ahad.
Semalam, Mah mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi selepas memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya yang mendapat 19,919 undi.
Terdapat 11,468 atau 19 peratus pengundi India daripada 60,349 pengundi di kerusi Parlimen Teluk Intan.
Di JELI, Kelantan, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kemenangan BN itu adalah hasil kerja yang tersusun daripada jentera BN.
"Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Mah Siew Keong dan seluruh jentera BN yang telah melakukan gerak kerja kempen yang sangat tersusun dan ia telah memberikan kelebihan untuk menang kali ini," katanya kepada pemberita di sini.
Mengulas kemenangan itu, Ahmad Zahid berkata jumlah majoriti undi yang kecil bukan merupakan isu kerana apa yang lebih manis, ia mengembalikan maruah BN selepas tewas dengan majoriti lebih 7,000 kepada DAP sebelum ini.
Beliau yakin Parlimen Teluk Intan akan maju dan meminta segala janji pada pilihan raya kecil itu dilaksanakan dengan secepat mungkin.
-- BERNAMA
cakap lagilah India tu paria.. |
|
|
|
|
|
|
|
tobby posted on 1-6-2014 09:07 PM
syoknya muhyidin dpt salam pompuan 27 tahun. klu Nuar pun dia x tolak. how about Hadi & Nik Aziz ...
Si nuar tu aper yang dia tak tolak? Jangankan pompuan, yang bukan pompuan pun dia tak tolak kan? ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 1-6-2014 08:14 PM ![](static/image/common/back.gif)
Website depa...dah ok ke ? Sbb semalam je , bila bn menang , ke nak menang ade technical errors.
page FB diorg, kata nya diorg sdg rectify the technical glithces that occured, ntah la, time announce DAP kalah, terus page diorg cakap camtu...
skrg ni, diorg keep keluarkan cerita2 lama tuk hangatkan kembali page diorg, diorg nak panaskan balik situasi politik... nmpak sngat dah takde isu..
|
|
|
|
|
|
|
|
tobby posted on 1-6-2014 09:07 PM ![](static/image/common/back.gif)
syoknya muhyidin dpt salam pompuan 27 tahun. klu Nuar pun dia x tolak. how about Hadi & Nik Aziz ...
shirt2 yg putih smua nye tu sama style dgn bezaan logo..Kat collar, ade yg biru n ade yg merah.tempah baju kat sama kilang![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
oni313 posted on 1-6-2014 09:57 PM ![](static/image/common/back.gif)
page FB diorg, kata nya diorg sdg rectify the technical glithces that occured, ntah la, time annou ...
kerja RBA lah tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sendu je hari ni.....x tau knp |
|
|
|
|
|
|
| |
|