CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

[TERKINI] Edisi Gambar & Video - BERSIH 3.0 : 2012

   Close [Copy link]
Post time 28-4-2012 04:35 PM | Show all posts
bagus ada youtube dari pdrm ni...biar org nampak kebenaran siapa yang lebih ganas...
abgboroi Post at 28-4-2012 16:33


zalimnya kerajaan ya siap tulung lagi org bersih yg kesakitan tu... zalim sungguh...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2012 04:36 PM | Show all posts
"Kami ditembak kiri kanan.mana ada jln kluar.  Ada yg pengsan.trpksa d papah.Kau akan dpt balasan du ...
penamparPONDAN Post at 28-4-2012 16:22



takut2 ni lah balasan dunia yg puak2 ni dapat dulu. Ni mengaji ngan tok guru tak habis ni kalau cakap mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 04:37 PM | Show all posts
zalimnya kerajaan ya siap tulung lagi org bersih yg kesakitan tu... zalim sungguh...
Mawlay Post at 28-4-2012 16:35



    bagus laa perhimpunan ni siap ada medic lagi..lain kali biar terbungkang kat tepi jalan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 04:38 PM | Show all posts
dah jadi hari bunga2 dah. tadi abang yap ngan bunga kuning.

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 04:38 PM | Show all posts
.                  



nampak sangat rakyat sedar  pilihanraya  di malaysia kotor dan bias.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 04:39 PM | Show all posts
BERSIH Live Report                                                                            Orang ramai marah, terbalikkan kereta polis                                                   

GALERI FOTO

LAPORAN LANGSUNG


4.19pm Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ.
4.10pm - Jalan TAR - Sekumpulan peserta duduk di sepanjang jalan TAR yang ditutup. Seorang penjual ais-krim laris perniagaannya apabila menjadi tumpuan peserta untuk menghilangkan dahaga mereka.

FRU melepas tembakan air bercampur kimia ke arah mereka di depan kedai Kamdar di Jalan TAR.

4.04pm Sebelum itu, beberapa wartawan yang berdiri di belakang FRU turut tertolak polis ke arah peserta ketika gas pemedih mata ditembak, mendedahkan mereka kepada gas yang memedihkan mata.

3.58pm Seorang lelaki berusia 35 tahun mengalami kesukaran bernafas berhampiran Dataran Maybank akibat gas pemedih mata. Dia pulih selepas diberi rawatan oleh pasukan perubatan.

3.58pm Masjid Jamek - Beratus-ratus peserta sedang berehat di taman di belakang Masjid Jamek untuk pulih daripada serangan meriam air dan gas pemedih mata.
3:49pm - JALAN RAJA LAUT Kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL.
Turut ditahan ialah seorang wartawan akhbar Cina Oriental Daily kerana disangka salah seorang penyokong.
Bagaimanapun, dia dilepaskan selepas polis mendapat dia sebenarnya wartawan akhbar berkenaan.
3:49pm Seorang peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.  
3.50pm Pusat membelibelah Sogo - Beberapa peserta berundur dari Dataran Merdeka di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan dikejar polis.
3.42pm Stesen LRT Dang Wangi - Selepas polis melepaskan tembakan  gas pemedih mata di Jalan Tun Perak, beberapa peserta melarikan diri ke  Jalan Dang Wangi dan Jalan Ampang.

Mereka dilihat berjalan ke arah KLCC melalui Jalan Ampang. Kebanyakan mereka dijangka pulang.
3:29pm Majlis Peguam - Selepas arahan untuk bersurai dikeluarkan, tembakan meriam air dan gas pemedih mata dilepaskan ke atas orang ramai di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar.
3.24pm Masjid Jamek - Di hadapan stesen LRT orang ramai enggan berganjak dan melaungkan "BERSIH" walaupun gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka.
Mereka berundur setiap kali gas pemedih mata ditembak, tetapi kembali semula selepas itu.
3.20pm: Dataran Merdeka - kawat duri di Lebuh Pasar Besar dialih oleh orang ramai. Mereka kemudian mengalihkan penghalang plastik.

Kira-kira 30 anggota polis yang bersenjatakan cota, perisai dan topeng gas bergerak membentuk benteng.

Peserta dan polis kini bersemuka tanpa apa-apa di antara mereka. Ada yang bergambar manakala yang lain duduk di atas jalan menghadap polis.

Komander polis bagi kawasan tersebut duduk di atas trak polis dengan pembesar suara tetapi belum mengeluarkan sebarang arahan.
3.15pm - Lagi gas pemedih mata di tembak di kawasan Coliseum di Jalan TAR.
3.13pm - Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata.
3.10am Masjid Jamek - lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Difahamkan beberapa peserta yang cuba melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka, telah ditangkap.
3.08pm Polis terpaksa lepas gas pemedih mata apabila peserta cuba rempuh halangan, demikian menurut tweet polis.
3.01pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka.
2.45pm Pasar Seni - Orang ramai mula bersurai di sekitar ibupejabat Majlis Peguam, yang dianggarkan sekitar 5,000 orang. Satu kumpulan masih berada di hadapan penghalang dan kawat duri yang memisahkan orang ramai dari Dataran Merdeka di seberang sungai.

Sekitar 50 anggota FRU bersiap sedia. Orang ramai menjerit slogan BERSIH serta "hancur Rosmah" dan "Buka Pintu".
2:34pm Masjid Jamek - Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata perhimpunan BERSIH 3.0 telah berjaya dan menggesa orang ramai supaya bersurai.

Bagaimanapun, orang ramai melaungkan "Dataran! Dataran!"

Sebelum ucapan Ambiga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan politik kotor.

Anwar adalah sebahagian daripada kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.
2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka.
2pm Masjid Jamek - Anggota jawatankuasa MCA bahagian Kelana Datuk Lee Hwa Beng dilihat berhampiran restoran McDonalds.

Katanya, beliau menyertai perhimpunan tersebut atas kapasiti peribadi dan MCA telah menyatakan dengan jelas bahawa ia tidak menghalang ahli daripada menyertainya.

Ditanya mengapa beliau menyertai perhimpunan tersebut, Lee memetik dari buku barunya - PKFZ: A Nation's Trust Betrayed - bahawa berdiam diri bukan lagi satu pilihan.
2pm Orang ramai kini bertumpu di tiga kawasan utama - Jalan Tun Perak (dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka), Lebuh Pasar Besar (berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam) dan Masjid Negara di mana jemaah bersolat Zohor.

Ini bermakna Dataran Merdeka sudah dikelilingi sepenuhnya oleh orang ramai dari Utara dan Selatan.

Kumpulan lain dijangka menyertai mereka dari Masjid Negara selepas solat.1.55pm: Pasar Seni - Datuk A Samad Said berkata beliau akan meneruskan protes duduk ke atas sebuah jambatan pejalan kaki dekat sini, daripada menyertai peserta lain di Dataran Merdeka.

"Saya menggunakan jambatan ini setiap minggu tetapi ini pertama kalinya dalam hidup saya mereka tidak membenarkan saya lalu, mereka minta saya guna laluan lain. Ini adalah jalan yang saya gunakan untuk pergi ke masjid," katanya mengenai sebab beliau melakukan protes duduk di jambatan itu.

1.50pm Masjid Negara - Sekumpulan 10,000 kini berkumpul di masjid, dan telah mula menuju ke arah bangunan Mahkamah Syariah lama melepasi stesen keretapi lama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2012 04:40 PM | Show all posts
zalimnya kerajaan ya siap tulung lagi org bersih yg kesakitan tu... zalim sungguh...
Mawlay Post at 28-4-2012 16:35



    perompak yg kena tembak kat kaki pun polis panggil ambulance hantar hospital. standard la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 04:40 PM | Show all posts
.                  



nampak sangat rakyat sedar  pilihanraya  di malaysia kotor dan bias.
CarDreader Post at 28-4-2012 16:38



    alo spammer...tu photoshop laa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2012 04:40 PM | Show all posts
4.19pm Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ.



uisshhhh biar betul.... ni mesti geng2 pukeyda.. tak pon ahli2 pekasam...  
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 04:41 PM | Show all posts
4.19pm Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ.  
boria Post at 28-4-2012 16:39


finally..some drama..we want more
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 04:41 PM | Show all posts
alo spammer...tu photoshop laa...
abgboroi Post at 28-4-2012 16:40
gambau camtu pun dia boleh picaya aduiii
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 04:41 PM | Show all posts
BERSIH Live Report                                                                            Orang  ...
boria Post at 28-4-2012 16:39



    dah bersurai tu bersurai laa...buat apa nak berada di kawasan tu lagi...ni ada yang cuba nak terjah dataran....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 04:42 PM | Show all posts
Reply 625# CarDreader


    potoshop la... kot ye pun manade org nak turun duk tepi sungai tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 04:42 PM | Show all posts
4.19pm Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas i ...
haninuha Post at 28-4-2012 16:40



    rugi kan nokkss tak tengok sendirik.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 04:43 PM | Show all posts
.                  



nampak sangat rakyat sedar  pilihanraya  di malaysia kotor dan bias.
CarDreader Post at 28-4-2012 16:38



Ada lg yg percaya gambar ni real
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 04:43 PM | Show all posts
4.19pm Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas i ...
haninuha Post at 28-4-2012 16:40

uisshhhh biar betul.... ni mesti geng2 pukeyda.. tak pon ahli2 pekasam...  


ooiii main tuduh jek bukti takda ... jatuh pitnah tu .. tak takut dosa ka??..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2012 04:44 PM | Show all posts
gambau camtu pun dia boleh picaya aduiii
Mawlay Post at 28-4-2012 16:41



    mudah sangat kena tipu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 04:44 PM | Show all posts
Reply 632# abgboroi

eh..ntah2 word bersurai tu adalah kod rahsia depa utk terus mara
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 04:44 PM | Show all posts
rugi kan nokkss tak tengok sendirik.
madeinborneo Post at 28-4-2012 04:42 PM



   kan..... tu la ko, senyap je aku text... kalo tak boleh kita berjemaah g terbalikkan trak FRU tu...  
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 04:44 PM | Show all posts


macam tengok cerita hong kong plak aku rasa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.423828 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list