CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri (Part 2)

   Close [Copy link]
Post time 18-11-2011 02:29 PM | Show all posts
Ecah..Please come back...

***kitak dah polah kamek nangis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2011 04:34 PM | Show all posts
cik es ...moga tuhan lindungi kamu dan kamu cepat sembuh...sunyi tread ni tanpa posting dari kamu cik es
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 05:24 PM | Show all posts
danny pon ader masuk dlm nih.. {:4_238:}
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 06:10 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh aishah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 07:43 PM | Show all posts
semoga aishah cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 09:47 PM | Show all posts
Semoga cepat sembuh, Cik Es. Umm, Cik Es tak segan ke bila Danny baca sekali semua ni? Siap tahu password akaun Cari lagi, hihi. *cough cough*
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2011 12:58 AM | Show all posts
Cik Es cepat sembuhhh

hi danny
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 03:55 PM | Show all posts
maap korg,ni sy pkai acc forum aishah je sbb acc sndiri xde reading access 2......ni pun aishah mmg  ...
cik_es Post at 15-11-2011 09:33


err..apa kata en Danny lak sambung citer antu pompan india ni plak, sebagai selingan, dari versi en danny?

(lama gak tergendala tred nih).

Technically hokay la sebab guna akaun login yg sama,

lagipun dari komen penerangan pasal insiden kebakaran nampak cam en

danny pon boleh menulis gak

At same time, muga cik es dpt kembali spt sediakala, slmat sembuh.{:4_189:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2011 04:28 PM | Show all posts
TT requested thread ini dikunci buat sementara atas sebab tertentu. Akan dibuka kunci apabila TT requests membukanya semula nanti. TQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2011 09:37 PM | Show all posts
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia ehe he he...
Dah agak lama sy menyepi selepas kejadian kebakaran asrama tempat staff sy menginap minggu lepas. Sekarang pun sy masih bercuti rehat lagi dan bakal bertugas balik 24 November Insya Allah. Sy nak ambil kesempatan ini untuk ucap banyak-banyak terima kasih pada mereka yang mendoakan, yang menulis kata-kata semangat, yang tak jemu-jemu berkunjung ke thread ni walaupun tiada update sambungan lagi, sy mohon pada Allah untuk memberkati semua yang mendoakan,sy tak terbalas semua tu tp sy sangat hargai.

Sy akan paste sambungan sebentar lagi,minta maaf kalau buat u all lama menunggu. Jom, back on track!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 09:40 PM | Show all posts
yesss...cik es da baik..alhamdullillah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2011 09:40 PM | Show all posts
11...

Aku tergesa-gesa masuk ke dalam office, perasaan malu yang teramat sangat masih menebal,dan bunyi loceng kaki yang sepintas lalu tadi masih mengganggu. Apasal la aku pergi jerit nama Swati tu kuat gila tadi. Hampir semua yang ada situ tengok aku, dengan mak si Swati tu sekali terperanjat. Sebelum aku sempat 'menyembunyikan diri', staff aku panggil sambil cuit bahu aku.

"Kak, mak budak India tu panggil" kata staff. Aduh,mati la. Nak tak nak, aku patah balik dan jumpa wanita India tu, lega sebab sekurang-kurangnya dia berpakaian kasual dan bukannya sari merah. Sempat lagi ni otak aku fikir. Aku tak tau nape perasaan aku berdebar sangat,rasa macam nak tercabut jantung ni. Selepas bersalaman dan menyapa wanita India tu, kami berborak seketika dan wanita tu ucap terima kasih sebab aku tolong sama jerit nama anak dia,dengan keadaan wanita tu yang kelihatan tempang, nak kejar lagi anak kecik dia tu,macam dah mengah.

"Ni anak sulung ke kak?" tanya ku cuba beramah.
"Ya, Swati yang sulung" dia tersenyum.
"Swati.. manis namanya. Sy ada kawan jugak nama Swati" kataku.
"Ya ke? Orang mana?"
"Orang mana apa pulak?"
"Swati kawan adik tu, orang mana?"

Aku tergamam. "Aaaa.. entah.." aku gugup. Boleh pulak aku mengaku Swati dari alam mana entah tu, kawan aku? Wanita India tadi agak pelik dengan perlakuan aku yang aku sendiri rasa memang pelik.

"Sy macam tak pernah tengok akak datang sini.Bukan orang sini ye?" aku menukar topik.
"Sy baru pindah. Sebenarnya my mum org sini,but my father dari semenanjung. Bila my father passed away,kami pindah sini" ceritanya,ramah.
"Oh...i see.. suami akak kerja sini juga ke?" tanyaku lagi.
"Suami akak dah takde dik..dah meninggal,kemalangan." jawapan tu ternyata mengejutkan aku,pandangan tertumpu pada Swati, kecil-kecil lagi dah kehilangan ayah? Kesian.

Tanpa diminta, kakak tu bercerita serba sedikit tentang kemalangan tu. Menurutnya, suaminya dalam perjalanan pulang dari terminal bas. Turut bersama dalam kereta tu,ialah adik iparnya, iaitu isteri kepada adiknya yang bernama Akash. Akash nekad nak berangkat ke satu tempat atas ajakan kawan dia sebab nak ikut serta dalam aktiviti perjumpaan pemilik kereta-kereta antik. Walaupun tidak memiliki kereta antik, tapi atas minat yang sangat mendalam, dia ikut jugak ajakan rakannya tu walaupun isterinya tengah sarat mengandung, tunggu hari je lagi untuk lahirkan anak. Beberapa hari sebelum tu,isterinya bising dan berlaku pergaduhan kecil di antara mereka, gara-gara isterinya tak membenarkan dia pergi aktiviti persatuan kereta antik tu atas faktor lokasi yang agak jauh, naik bas lagi beberapa jam untuk ke sana. Lagipun,isterinya dah nak admit hospital pada minggu berikutnya untuk persediaan lahirkan anak mereka, anak sulung pula tu, suami pula nak berjauhan,dia risau. Tapi,Akash anggap semua itu remeh dan boleh diatur, dia pergi pun untuk 2 ke 3 hari sahaja, due date isterinya bersalin,ada lagi dalam 10 hari,dia tak faham kenapa isterinya nak risau sangat. Bukannya bersalin sorang-sorang pun, tetap juga ada ahli keluarga terdekat yg lain boleh teman, banyak lagi doktor dan jururawat kat hospital tu boleh bantu,kalau ada apa2.

Akhirnya,impian Akash untuk ke tempat yang dituju,tercapai. Oleh kerana tak nak pergaduhan menjadi melarat, si isteri mengalah dan ikut sama menghantar suaminya ke terminal bas,walaupun dengan hati yang berat sangat. Jauh di sudut hatinya, terselit rasa bimbang, sedih dan sebagainya namun tidak lagi disuarakan pada Akash, sia-sia sahaja.

"Selepas bas yang dinaiki Akash tu berangkat,isteri dia pun balik, suami akak yang hantar isteri Akash pulang. Waktu dalam perjalanan tu lah kereta mereka bertembung dengan lori simen yang berhenti di tepi jalan, malam tu gelap dan lori tu pula berhenti di tepi tanpa apa-apa lampu isyarat kecemasan, bahagian depan remuk teruk dik. Suami akak meninggal dunia serta-merta di tempat kemalangan, isteri Akash pulak meninggal dunia di hospital. Doktor cuba sedaya upaya untuk selamatkan anak yang berada di dalam kandungan. Bayi berjaya dikeluarkan dari perut ibunya, tapi bayi tu meninggal dunia beberapa jam kemudian" suara kakak itu kedengaran sebak.

Kemudian dia menyambung kembali ceritanya.. "Sebab tu lah anak akak yang sulung ni,nama dia Swati.Kerana mendiang isteri Akash, bernama Swati. Dulu akak dengan Akash, berkahwin serentak dengan pilihan masing-masing dik, tak sangka pasangan kami meninggal dunia pada hari yang sama. Sudah ketentuan Tuhan, sukar untuk akak, tapi apa boleh kita buat, kita harus terima.Lagipun kejadian tu pun dah lama berlalu,waktu tu Swati anak akak ni, baru 7 bulan dalam kandungan" Kakak tu mengukir senyum. Aku kagum dengan ketabahannya,bukan mudah untuk membesarkan anak,bersendirian.

"Oh ya, akak ada buka tadika sendiri di sini,tapi belum mula beroperasi lagi. Dekat kawasan perumahan area sini jugak" kata kakak tu lalu menghulurkan business card nya yang berwarna ceria,hijau putih. Kemudian aku teringat balik ada seorang lelaki bernama Akash yang datang ke rumah dengan sehelai borang untuk persetujuan pembinaan tadika di situ. Aku tersenyum sendiri, sejak akhir-akhir ni, aku rasa macam dunia ni kecil sahaja. Asyik jumpa orang yang sama sahaja,ataupun ada kaitan antara satu sama lain.

"Nampaknya kak,kita ni tak jauh la.Tadika akak tu sama lorong dengan tempat tinggal sy. Dan adik akak, si Akash tu memang dah pernah datang jumpa sy dan abang sy untuk dapatkan tandatangan persetujuan." Kata ku,sambil tersenyum. Bulat juga lah mata kakak tu,agak terkejut. Kemudian kami ketawa, dunia kan kecil.

Hari semakin menghampiri petang, dan kakak tu meminta diri untuk pulang. Nak ku tanyakan namanya waktu tu tapi niat dibatalkan sebab aku boleh view sendiri namanya pada namecard yang dia bagi tu nanti. Sempat aku mencubit lembut pipi Swati yang comel bergaun merah jambu. Swati tertawa riang dan menghulurkan patung rama-rama nya pada aku, tapi aku menolak baik. Mataku mengiringi permergian kakak tu, hinggalah kelibat keretanya hilang dari pandangan. Aku mengeluh,atas sebab yang aku tak pasti. Dalam office,aku termenung lagi. Telefon itu, salah satu sasaran mata aku,selalu macam tu. Menunggu panggilan dari nenek misteri tu, mentang-mentang lah dah 'jumpa' Freddie, terus tak nak contact kita lagi la?? Sombong punya nenek!! Bentak hati ku sendiri. Aku membatukan diri dalam beberapa minit,memerhati telefon yang entah bila akan berdering lagi.

Penantian jadi hampa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2011 09:41 PM | Show all posts
Tepat pukul 7 malam, restoren pun tutup dan selepas selesaikan dengan rutin harian untuk closing, aku pun macam biasa balik ke rumah. Sempat lagi aku singgah ke kedai untuk beli ubat nyamuk, makanan ringan dan gam gajah, untuk aku tampal selipar ku yang dah nak tercabut bahagian tapaknya tu. Beli baru, tak nak. Jimat,konon. Dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba Freddie call dan aku memberhentikan kereta ku ke tepi. Freddie ni jarang sekali nak call, kecuali kalau ada hal penting. Aku pun dah mula cuak juga nak angkat, kot-kot ada berita buruk ke,mana la nak tau kan?

"Hello Freddie.." kataku menjawab call.
"Hello Sha..lama tak contact u,sorry lah! Wei,tak tengok ke tadi sy ada reply your wall post kat facebook?" tanya Freddie.
"Hahaha.. ingatkan apa la tadi. Belum check la, tadi lepas post tu,sy log out terus!Ada apa-apa ke?"
"Takde la, ingat nak ajak keluar makan-makan. Sy ada kat Miri lah minggu depan,if u dont mind,kita keluar sama. Its been a while!" Freddie kedengaran sedikit teruja.
"Minggu depan sy takde plan apa-apa pun,free je, tapi macam biasa lah,malam ok ke? Ur wife tak ikut ke Miri?" tanya ku.
"My wife tak ikut. Ni sy balik Miri sebab saja nak jenguk kampung,dah terlalu lama tak balik. Tapi sy ke sana on weekend la,tak bermalam lama-lama pun. Sehari dua je kot"
"Aiii.... balik kampung takkan tak bawa wife kot?? Bawa la sekali apa salahnya" usik ku.
"Dia jenis tak tahan sikit kalau nak balik guna jalan darat ni,cepat mabuk. Lagipun sy spent masa tak lama, dalam sehari dua je,masa ni lah nak jadi orang bujang oi" Freddie gelak sakan.

Selepas beberapa minit berbual,aku mengakhiri perbualan dan Freddie berjanji untuk contact aku balik minggu depan. Sayangnya aku tak dapat ambil cuti sebab rakan sekerja aku yang cuti, jadi minggu depan memang takde offday la nampaknya. Nasib baik la restoren tu tak buka pada waktu malam, at least aku dapat jugak keluar malam dengan Freddie nanti, aku dah tak sabar-sabar untuk inform Danny & Kenny tentang ni. Mesti mereka pun excited sebab dah agak lama juga kami tak lepak bersama.
Maklumlah masing-masing pun ada kerjaya dan terikat dengan tanggungjawab masing-masing.

Sebaik tiba di perkarangan rumah, aku dapati kawasan ruang tamu dah terang-benderang dan kelihatan motorsikal sudah sedia di parking di situ,salah satu petunjuk yang abang aku dah pun berada di rumah. Bila dia dah di rumah, lega la jugak. Tinggal bersendirian di rumah memang menakutkan, lebih-lebih lagi selepas berlakunya peristiwa wanita bersari merah bertenggek di helmet. Kejadian tu masih jelas terbayang,walaupun perasaan takut tu dah berkurangan tapi ia tetap seolah-olah menghantui. Sebelum melangkah masuk,salam diberikan dan sempat berdoa mudahan takde lah 'makhluk' lain mengikut aku balik.

Aku tergamam bila melihat Syaz pun berada di dalam rumah aku, rilek je kat depan tv,tapi abang aku takde pulak. Pintu bilik abang ku tertutup rapat menandakan dia memang ada dalam bilik, kalau dia takde dalam tu, confirm pintu tu terbuka luas punya. Aku meletakkan kunci dan beg tangan ke tempat biasa.

"Weh,bila kau sampai? Apasal tak call?" tanya ku pada Syaz yang tengah kusyuk menonton rancangan Believe It Or Not.
Syaz mengangkat tangannya tanda tidak mahu diganggu dan dia masih fokus tengok cerita tu yang aku agak mungkin dah nak tamat dah pun. Aku menggeleng kepala, beralih ke dapur pulak dan sekali lagi terkejut melihat Danny si situ, tengah bancuh air.

"Eh,bila korang sampai ni?Sy tak nampak pun kereta kat luar??" aku berasa sedikit pelik. Apa yang berlaku ni sebenarnya. Selalunya Syaz atau Danny memang akan contact aku kalau dorang nak lepak di rumah. Tapi kali ni, tetiba je dah ada, takde nak inform langsung. Danny senyum je, sambung bancuh air. "Emergency case!" kata Danny tiba-tiba,aku mengerut dahi.
"Apasal ni? Macam ada apa-apa je?" aku syak yang bukan-bukan,mana lah tau kot-kot dorang ni nak prank aku ke?

"Sha...petang tadi ha,abang kau contact aku, suruh datang rumah,temankan dia. Terperanjat aku. Aku tak berani pulak nak gi sorang-sorang,jadi aku ajak lah Danny sekali" kata Syaz,tiba-tiba memunculkan diri. Aku rasa agak pelik dengan alasan tu. Abang aku? Mintak temankan?

"Abang kau tak berapa sihat lah Sha, katanya tadi, dia ternampak err... hantu... errr,sesuatu lah kot kat dalam rumah ni. Dia tak berdaya nak keluar,dia terus call aku minta aku datang. Tadi dalam pukul 5 jadi aku agak-agak je lah Danny dah balik keje,jadi aku pakat lah nak ke sini dengan dia" kata Syaz. Aku mula tak sedap hati. Aku cepat-cepat beredar dari situ dan pergi ke bilik abang aku. Aku mengetuk pintu perlahan,tiada respon. Aku ketuk lagi kali kedua, dengan lebih kuat. Sepi. Tak berapa lama kemudian, kedengaran pintu bilik dibuka dari dalam, dan abang aku kelihatan tak sihat, agak pucat. Macam ternampak hantu pulak budak ni.

Abang aku membiarkan pintu terbuka dan aku melangkah perlahan,masuk ke dalam.

"Errr..Syaz cakap tadi.."
"Memang abang nampak, tu sebab abang suruh Syaz datang buat rumah ni riuh sikit,tak sanggup abang nak sorang-sorang sementara tunggu kau balik" kata abangku, serius.
"Abang ok? Abang nampak apa ni sebenarnya?" tanya ku.
"Yang kau nampak hari tu lah" jawabnya pendek.
"Yang mana?" tanyaku,walaupun aku dah tahu apa jawapannya.
"Yang kau cerita tu la, helmet tu..sari merah.." abang ku memberi bayangan.

Swati? Sebutku dalam hati. Pastinya abang aku melihat atau melalui sesuatu yang terlalu menakutkan hingga memaksa dia mencari seseorang sebagai teman. Abang aku, yang aku kenal, tak berapa percaya dengan kisah-kisah mistik dan seringkali aku jadi mangsa kemarahan kalau aku bercerita tentang beberapa 'makhluk' bukan manusia yang aku lihat. Dan sekarang, dia sendiri ketakutan dan mungkin agak tercabar egonya sebagai seorang lelaki apabila meminta Syaz sebagai peneman.

"Abang nampak tak sihat,esok kerja?" tanyaku. Aku cuba untuk mengalihkan perhatiannya agar dia tidak lagi memikirkan tentang wanita bersari merah tu. "Esok abang kerja,mcm biasa. Tapi nak mintak MC kot,rasa tak sihat." kata abangku, dia bangkit dari katil dan menuju ke dapur selepas mengadu lapar. Bau masakan dari dapur, membangkitkan selera. Tiba-tiba aku pun jadi lapar jugak, berada sorang-sorang dalam bilik tu, agak menyeramkan. Aku pun cepat-cepat ikut abang aku ke dapur.

Sambil menikmati hidangan makan malam masakan Danny, aku sedikitpun tidak lagi menyentuh tentang kejadian yang menakutkan abang aku tu,nanti kalau ada masa yang lebih sesuai,aku akan bertanya lebih lanjut. Syaz dan Danny kelihatan biasa-biasa sahaja,tiada riak takut di wajah mereka. Selesai makan malam, aku dan Syaz mengemaskan dapur, Danny mahu membantu tapi aku menghalang sebaliknya meminta dia teman abang aku di ruang tamu je.

"Weh, rajin gila boyfriend ko masak. Mesti nak impress bakal abang ipar dia" usik Syaz sebaik saja menyedari Danny dan abangku dah berlalu ke ruang tamu.
"Boyfriend mana pulak ni" kataku.
"Boyfriend kau lah! Ke ko banyak boyfriend?" sakat Syaz lagi.
"Aku belum jadi girlfriend dia lah,bila masanya pulak?"
"Belum? Belum eh? Jadi, akan datang lah kan? Bakal lah tu!"
"Tak semestinya... perkara sama pernah jugak kau cakap waktu aku couple dengan ex-tunang aku dulu" kata ku perlahan.

Syaz terdiam.

"Alaaa...kau ni,sentimental sangat la! Benda dah lepas tak yah la nak kenang-kenang lagi. Buang jauh-jauh semua tu" Syaz mula rasa bersalah bila melihat air muka ku berubah. Bukan aku sengaja nak berperasaan macam ni, berperang dengan perasaan diri sendiri.

"Sha..aku rasa eh,elok je lah kau terima je nikahnya si Danny tu" Syaz melawak,hampir tersembur air suam yang aku minum.
"Hahaha..aku perempuan,aku pulak yang kena terima nikahnya" aku gelak sakan. "Sha,kau tak patut tau buat dia macam tu. Aku rasa kan, Danny tu ikhlas dengan kau. Sekilas ikan di air,aku dah tahu jantan betina nya" kata Syaz lagi,siap dengan gaya tangan.

"Syaz.."
"Hmm..?"
"Kau tau kan,apa yang aku fikirkan?"
"Tauuuu..tu la yang payahnya kau ni,suka sangat mengenang kisah silam.Kau kena bagi peluang kat diri kau sendiri"

"Aku bukan tak nak bagi peluang pada diri aku Syaz. Aku cuma nak berhati-hati. Kalau ex aku dulu yang macam malaikat tu pun boleh jadi setan bila di belakang aku, yang aku bagi sepenuh kepercayaan kat dia, ko tak rasa ke si Danny tu boleh buat perkara yang sama? Jangan terlalu mudah percaya kat orang Syaz, aku pun bukannya betul-betul kenal lagi dengan Danny tu, latar belakang keluarga dia,aku tak pernah tau sangat sebab dia macam berahsia orangnya. Entah macamana life family dia, asal usul dia,dia tak pernah nak share dan selalu elak kalau aku tanya. Kalau dia jujur,apa salahnya dia berterus terang pada aku ke kan? Ko nak aku setuju je membabi buta macam tu?Aku tak nak silap langkah lagi Syaz,cukup lah sekali tu je,itu pun aku rasa dah nak mati kau tau tak.Jangan-jangan si Danny tu sama je macam ex aku dulu,lelaki kan? Tak boleh nak percaya sangat la Syaz oi" aku emosi tiba-tiba.

"Kalau awak tau latar belakang keluarga sy,awak janji awak tak benci sy? Dan klau sy boleh buktikan sangkaan awk salah,awk beri peluang tak pd sy?" Danny tiba-tiba mencelah.

Damn!

Bersambung ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 09:59 PM | Show all posts
Nice...teruskan lagi..dan dah baik demam ke lum nie?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2011 10:03 PM | Show all posts
Nice...teruskan lagi..dan dah baik demam ke lum nie?
langit_biru18 Post at 22-11-2011 21:59


Tinggal batuk je lagi, demam dah takde :p
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 10:07 PM | Show all posts
Take a good care of yourself Cik Es! hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2011 10:11 PM | Show all posts
Yey dah baik yer....Alhamdulilah...walaupun tak selalu lalu lalang kat sini

Take Care
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 10:15 PM | Show all posts

Panggilan Telefon Misteri (Part 2)

Ayat paling best adalah 'Damn' hahaha


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 10:58 PM | Show all posts
yeayyyy....cik es dh balik...rumah pon dh dibuka kunci nya...
alahai, best nye cita...
x sabar tunggu danny cite pasal family dia..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 10:59 PM | Show all posts
hahahaha... Rasa cam nak gelak geguling jap bc statement danny yg last tu... :p
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.065566 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list