CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: DREAM IT, BELIEVE IT, ACHIEVE IT

 Close [Copy link]
Post time 27-12-2024 07:14 AM | Show all posts
Dua beranak maut motosikal dirempuh Volkswagen Beetle


Lokasi kemalangan mengakibatkan dua beranak maut dalam kejadian di Taman Kenari, Kulim hari ini.


KULIM – Dua beranak maut selepas motosikal yang mereka tunggang dipercayai dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Kenari 3, Taman Kenari, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.07 petang itu, penunggang motosikal, A. Vinot, 36, dan anak lelakinya, V. Navinessh, 8, maut akibat kecederaan parah pada kepala.

Sementara pemandu kereta jenis Volkswagen Beetle yang merupakan wanita berusia 32 tahun tidak mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta tersebut hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan .
Katanya, kereta itu kemudian berlanggar dengan motosikal jenis Yamaha 135LC dinaiki dua beranak yang bergerak lurus.
“Kemalangan itu mengakibatkan pembonceng motosikal berusia lapan tahun mengalami kecederaan serius di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Penunggang motosikal yang juga mengalami kecederaan di kepala meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kulim,” katanya di sini hari ini.
Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE





https://www.kosmo.com.my/2024/12/27/dua-beranak-maut-motosikal-dirempuh-volkswagen-beetle/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2024 07:15 AM | Show all posts
Hannah Yeoh fail rayuan kes saman fitnah Musa Hassan


Musa dan Hannah


PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 26 Disember susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Menerusi hantaran di Facebooknya, Hannah berkata, semua pihak harus menghormati proses kehakiman dan tidak mempolitikkan isu ini.
“Laporan polis akan dibuat terhadap video-video atau mesej-mesej berniat jahat yang mampu menjejaskan rayuan saya.
“Saya menghormati proses kehakiman, namun sudah pasti saya kecewa dengan keputusan tersebut.
“Peguam telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 26 Disember 2024,” katanya.
Jelas Hannah, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk memohon agar rayuan ini didengar dengan kadar segera.
Ahli Parlimen Segambut itu memaklumkan, beliau dinasihatkan oleh peguamnya bahawa belum ada alasan penghakiman bertulis penuh yang dikemukakan oleh Mahkamah Tinggi.
“Setakat ini, hanya terdapat alasan ringkas yang disenaraikan secara bertulis melalui sistem e-review mahkamah pada 23 Disember 2024.
“Oleh itu, adalah tidak wajar pada peringkat ini untuk membuat apa-apa kesimpulan tentang apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi secara keseluruhannya berserta alasan-alasannya.

“Saya difahamkan bahawa terdapat banyak mesej-mesej dan video-video Whatsapp yang bersebaran di luar sana yang telah mempolitikkan keputusan ini dan memberi gambaran bahawa saya berhasrat untuk memurtadkan orang Muslim dan atau menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Ini tidak benar sama sekali,” katanya.

Tegas Hannah, beliau sentiasa menghormati dan mendukung Perlembagaan Persekutuan serta kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
Terdahulu, Isnin lalu Kosmo! melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah Hannah terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung dakwaan kenyataan fitnah pada satu forum di sebuah univerisiti empat tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Arziah Mohamed Apandi memutuskan demikian selepas mendapati Hannah selaku plaintif gagal membuktikan Musa sebagai defendan mempunyai niat jahat dan kenyataan yang dikeluarkannya itu berunsur fitnah.- KOSMO! ONLINE





https://www.kosmo.com.my/2024/12/27/hannah-yeoh-fail-rayuan-kes-saman-fitnah-musa-hassan/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 07:17 AM | Show all posts
Cikgu Nur Nazalishah hilang 17 hari sudah ditemui

Nur Nazalishah sudah ditemui.


IPOH – Guru wanita di sebuah sekolah menengah di sini yang dilaporkan hilang sejak 17 hari lalu, sudah ditemui dalam keadaan selamat.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, hasil maklumat awam, polis berjaya menjumpai guru berusia 43 tahun itu di Teluk Intan.
“Wanita itu dijumpai hari ini pada pukul 2 petang. Hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian orang hilang ini,” katanya di sini hari ini.
Media pada 21 Disember lalu melaporkan, polis memohon orang ramai membantu mengesan Nur Nazalishah Ahmad yang beralamat di Jalan Lapangan Harmoni, Taman Lapangan Harmoni dekat sini.
Maklumat kehilangan guru yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson itu diterima selepas abang wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Tampoi, Johor.
Difahamkan, lokasi terakhir wanita itu dilihat ketika berada di sekolahnya pada 10 Disember lalu sebelum dilaporkan menghilangkan diri kerana tekanan akibat masalah rumah tangga.- KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/12/26/cikgu-nur-nazalishah-hilang-17-hari-sudah-ditemui/





Comments

alhamdulillah dah jumpa  Post time 27-12-2024 05:14 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 07:18 AM | Show all posts
Anak jumpa mayat bapa dalam belukar

Mohd. Firdaus Daniel menunjukkan kesan tapak kaki yang menjadi petunjuk penemuan mayat bapanya di Durian Mentangau, Dungun hari ini.


DUNGUN – Seorang pengutip besi buruk yang tidak pulang ke rumah seharian ditemui mati oleh anak lelakinya di kawasan belukar berhampiran Sungai Paka berhampiran Durian Mentangau di sini, hari ini.
Mayat Zulkifli Awi, 54, ditemui anak bongsunya, Mohd. Firdaus Daniel Zulkifli, 18, pada pukul 12 tengah hari.
Mohd. Firdaus Daniel berkata, bapanya, Zulkifli dari keluar rumah mereka di Balai Besar di sini untuk bekerja pada pukul 6 pagi.
“Biasanya ayah akan makan tengah hari di rumah tetapi semalam dia tidak pulang sehingga lewat malam.
“Saya yang risau cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi tidak berjawab malah dia juga tiada di tempat kerja,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Durian Mentangau di sini hari ini.
Mohd. Firdaus Daniel berkata, dia kemudiannya bergegas ke Durian Mentangau sebaik dimaklumkan penemuan kereta Proton Saga milik bapanya di lokasi tersebut oleh salah seorang rakan orang tuanya itu.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki itu yang telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut itu.- KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/12/26/anak-jumpa-mayat-bapa-dalam-belukar/






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 07:19 AM | Show all posts
Edited by nona84 at 27-12-2024 07:24 AM

Kes kematian kucing: 7 dirakam percakapan termasuk aktivis haiwan

Rusdi


KUALA LUMPUR – Polis telah merakam percakapan tujuh individu termasuk pensyarah, penuntut Universiti Malaya dan seorang aktivis haiwan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian kucing yang dilaporkan berlaku di kawasan universiti itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, rakaman percakapan aktivis haiwan tersebut telah dilakukan hari ini.
Katanya, bangkai kucing yang ditemui pada jumaat lalu telah diserahkan kepada pihak polis.

“Bangkai kucing itu telah dihantar ke Makmal Veterinar untuk pemeriksaan dan bedah siasat, esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, bangkai kucing kedua yang ditemui di kawasan tempat letak kereta Fakulti Sukan dan Sains Eksesais, Universiti Malaya, semalam, turut dihantar ke makmal sama untuk tujuan pemeriksaan dan bedah siasat.
Kelmarin, media melaporkan bahawa polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes kematian kucing di kawasan Universiti Malaya serta kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang aktivis haiwan mengenai kejadian tersebut.
Sebelum ini, tular hantaran di media sosial berkaitan kucing didakwa diperlakukan dengan kejam apabila dibelah perut selain keempat kaki telah dipotong di kawasan universiti itu.
Susulan itu, hantaran terbabit turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan segera dapat diambil.-KOSMO! ONLINE.




https://www.kosmo.com.my/2024/12 ... suk-aktivis-haiwan/





























https://www.kosmo.com.my/2024/12 ... suk-aktivis-haiwan/

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 07:21 AM | Show all posts
Pesalah khalwat berulang akan disebat dalam dewan masjid

Seorang kakitangan sedang melakukan persiapan pelaksanaan hukuman sebat terhadap pesalah khalwat berulang di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu hari ini.


KUALA TERENGGANU – Masjid Al Muktafi Billah Shah yang terletak di Ladang di sini telah bersedia untuk menjadi lokasi hukuman sebatan kepada pesalah khalwat berulang yang akan dilaksanakan esok.
Pelaksanaan sebatan sebanyak enam kali terhadap pesalah, Mohd. Affendi Awang, 42, yang merupakan duda anak lima akan dilakukan di dalam Dewan ‘Aasim yang terdapat di masjid berkenaan.
Tinjauan Kosmo! hari ini mendapati persiapan rapi sedang giat diadakan oleh kira-kira 20 kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.
Mereka yang dibantu beberapa pegawai Masjid Al Muktafi Billah Shah dilihat menyediakan kaunter pendaftaran dan memasang tali penghadang di luar dewan.
Notis larangan merakam gambar dan video sepanjang pelaksanaan hukuman juga ditampal di sekeliling pekaranhan dewan tersebut.
Hukuman sebat oleh pegawai penjara terhadap Mohd. Affendi akan dilaksanakan selepas solat Jumaat esok.
Terdahulu duda anak lima, Mohd. Affendi Awang, 42, dijatuhi hukuman enam sebatan itu selepas mengaku bersalah atas kesalahan berkhalwat buat kali ketiga di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada 20 November lalu. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/12/26/pesalah-khalwat-berulang-akan-disebat-dalam-dewan-masjid/






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2024 07:23 AM | Show all posts
Kecuaian perubatan: Bekas pengawal keselamatan dapat ganti rugi RM1.8 juta


Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Taiping mengarahkan sebuah hospital di Perak dan empat lain membayar ganti rugi sebanyak RM1.8 juga kepada seorang bekas pengawal keselamatan ekoran kecuaian ketika memberikan rawatan akibat kemalangan sehingga menyebabkan otaknya mengalami kecederaan kekal.
Hakim Noor Ruwena Md. Nurdin memutuskan demikian selepas membenarkan tuntutan saman P. Thinnagaran terhadap Kerajaan Malaysia, pengarah hospital berkenaan dan tiga doktornya serta memerintahkan defendan-defendan secara bersama membayar kesemua ganti rugi.
Bagaimanapun, kelima-lima defendan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan notis rayuan difailkan pada 2 Ogos lalu.
Mahkamah juga turut membenarkan tuntutan saman plaintif terhadap liabiliti dan kuantum selepas mendapati lelaki itu berjaya membuktikan kesnya berdasarkan imbangan kebarangkalian.
Selain itu keterangan kes menyatakan, plaintif yang menunggang motosikal terlibat dalam kemalangan dengan kereta di Jalan Transkrian ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Mangga, Juru menghala ke Parit Buntar.
Plaintif pada asalnya dibawa ke Hospital Parit Buntar sebelum dirujuk ke Hospital Taiping kira-kira pukul 6 petang dan dimasukkan ke Wad Otopedik.
Plaintif kemudian diperiksa kira-kira pukul 6.46 petang bagi mengelakkan Sindrom Embolisme Lemak (FES) ekoran stuktur tulangnya patah dalam tempoh yang lama.
Pasukan anestetik kemudian membuat keputusan supaya dia diintubasi sebelum menjalani pembedahan pada 8 malam, 3 Januari 2016.
Plaintif dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa pada 23 Januari 2016 iaitu selepas 20 hari. MRI yang dijalankan sehari sebelum itu menunjukkan plaintif mengalami Hypoxic Ischaemic Encelopathy (HIE) atau kecederaan otak kerana tidak mendapat oksigen dan darah mencukupi.
Mahkamah menerima keterangan seorang pakar yang menyatakan sekiranya pihak hospital menjalankan pembedahan untuk menstabilkan tulang patah pada petang 2 Januari, risiko FES berlaku boleh dikurangkan.
Ujar hakim itu, saksi defendan sendiri menyatakan bahawa plaintif sepatutnya dirujuk ke ICU apabila dia mengantuk dan proses intubasi dilakukan lebih awal bagi meningkatkan pengoksigenannya. – KOSMO! ONLINE





https://www.kosmo.com.my/2024/12/26/kecuaian-perubatan-bekas-pengawal-keselamatan-dapat-ganti-rugi-rm1-8-juta/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 07:25 AM | Show all posts
Kastam Pahang rampas rokok, minuman keras bernilai RM1.6 juta


1. MOHD ASRI (tengah) menunjukkan barang rampasan rokok dan minuman keras selepas sidang media di JKDM Temerloh hari ini.


TEMERLOH – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor pada 3 Disember lalu.
Pengarah JKDM Pahang, Mohd. Asri Seman berkata, dalam operasi pukul 11.15 malam, JKDM Stesen Temerloh menyerbu sebuah rumah di Ulu Tiram, Johor yang dijadikan stor penyimpanan rokok putih dan kretek.
“Hasil pemeriksaan menemui rokok pelbagai jenama sebanyak 449,400 batang yang dianggarkan bernilai RM49,340 dengan cukai berjumlah RM301,538,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Kastam Daerah Temerloh di sini hari ini.
Mohd. Asri berkata, pihak kastam turut menyita sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang membawa muatan rokok putih dan kretek di kawasan tempat letak kereta berdekatan sebuah taman perumahan di Tebrau, Johor pada 10 Disember lalu.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat barang larangan iaitu 380,800 batang rokok pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM55,856 dengan nilai duti RM256,913.
“Nilai keseluruhan rampasan sebuah MPV dan rokok termasuk cukainya dianggarkan berjumla RM462,769. Bagaimanapun, tiada tangkapan ekoran pemandu MPV dipercayai sempat melarikan diri,” jelasnya



https://www.kosmo.com.my/2024/12/26/kastam-pahang-rampas-rokok-minuman-keras-bernilai-rm1-6-juta/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2024 07:27 AM | Show all posts
4 hari di hospital, Zul A.C.A.B dibenarkan pulang


ZUL A.C.A.B stabil dan kini sudah dibenarkan pulang ke rumah.


PETALING JAYA – Pemain dram A.C.A.B, Zul yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas rebah akibat serangan jantung ketika konsert 21 Disember lalu dibenarkan pulang.
Menerusi perkongsian dimuat naik dalam Instagram kumpulan itu, tahap kesihatan Zul bertambah baik yang membolehkannya menjalani proses pemulihan di rumah sejak semalam.
“Alhamdulillah, keadaan pemain dram A.C.A.B iaitu Zul semakin baik sekarang ini.
“Terima kasih buat semua yang telah membantu, menziarahi dan bertanyakan khabar. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.
“Insya-Allah, Zul boleh pulang ke rumah esok (hari ini) dan dia perlu banyak berehat buat masa ini,” katanya.
Pada masa sama, kumpulan punk rock era 1990-an itu turut memohon semua pengikut untuk terus mendoakan rakan mereka itu sentiasa dalam keadaan sihat.

“Marilah kita sama-sama doakan kesembuhan buat Zul agar dia dapat kembali sihat seperti sedia kala,” katanya.
Pada konsert A.C.A.B 30th Anniversary Sabtu lalu Zul yang sedang bermain dram tiba-tiba rebah selepas setengah jam 30 minit A.C.A.B memulakan persembahan.
Konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu dihentikan seketika sebelum dia dibawa ke HKL menaiki ambulans yang berada di premis terbabit.
Selepas itu wakil A.C.A.B dikenali sebagai Sue mengesahkan Zul mendapat serangan jantung sebelum diberikan bantuan kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR).
Pemuzik terbabit kemudian ditempatkan di Wad Pemulihan Koronari (CRW) hospital terbabit sebelum dibenarkan pulang ke rumah. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/12/26/4-hari-di-hospital-zul-a-c-a-b-dibenarkan-pulang/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 07:28 AM | Show all posts
Pinjaman perniagaan Mara tiada kaitan dengan biasiswa – Che Ta


CHE Ta mempertahankan diri apabila hutang Mara yang tidak dibayarnya akan menjejaskan kelangsungan institusi itu meneruskan pemberian biasiswa kepada pelajar tajaan.


PETALING JAYA – Tidak tahan dengan cercaan netizen berhubung isu hutang Majlis Amanah Rakyat (Mara), pelakon juga usahawan sensasi Rozita Che Wan bertegas pinjaman perniagaan institusi tersebut tiada kaitan dengan tajaan biasiswa sehingga boleh menjejaskan kelangsungan hidup pelajar seperti didakwa.
Malah Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, memaklumkan setiap orang perlu percaya kepada rezeki yang Allah tetapkan untuk setiap individu.
“Biasiswa pelajar tiada kena mengena dengan pinjaman perniagaan.

“Tetapi kalau anak awak belajar pandai, rezeki tak pernah salah alamat. Insya-Allah,” katanya dalam sebuah ruangan komen.
Perkara tersebut diluahkan selepas seorang individu meminta pelakon drama Kiah Pekasam itu melangsaikan hutangnya dengan Mara dengan mengaitkan soal biasiswa.
“Che Ta cepat bayar hutang. Ramai pelajar nak pakai duit,” ujar individu terbabit.
Bagaimanapun, rata-rata netizen kurang senang dengan respons Che Ta selain menganggap ibu kepada tiga orang anak itu angkuh menjawab pertanyaan.
“Jangan bagi alasan, pandai cakap rezeki tak salah alamat tetapi tahu tak hukum kalau tidak bayar hutang?Ramai orang Melayu yang perlukan modal untuk berniaga jadi, bayar hutang awak!,” tegas netizen.
“Masya-Allah sombongnya jawapan,” tutur netizen lain.
“Pandai pula menjawab, dah tu bayarlah balik,” jelas netizen lagi.
Pada 10 Disember lalu, kediaman usahawan terbabit dilaporkan diserbu pegawai Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman dengan agensi berkenaan pada 2017 dan dilaporkan dia pernah melunaskan pinjaman hutang sebanyak RM50,000.
Malah, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu turut dikatakan sudah melunaskan bayaran baru-baru ini di pejabat Mara, namun tidak dapat dipastikan amaun yang dibayar. -KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/12/26/pinjaman-perniagaan-mara-tiada-kaitan-dengan-biasiswa-che-ta/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 07:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 07:31 AM | Show all posts
selamat pagi semua
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 07:31 AM | Show all posts
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai


[size=14.399999618530273px]Presiden Badan Peguam Malaysia, Mohamad Ezri Abdul Wahab. - Foto Bernama

[size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia hari ini menggesa kerajaan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan semulaamalan sebat di khalayak ramai dengan menyemak dan meminda undang-undang yang membenarkan hukuman itu bagi memastikan ia berkadar, rehabilitatif dan menghormati maruah manusia.
Presidennya, Mohamad Ezri Abdul Wahab, yang merujuk kepada hukuman sebatan di khalayak ramai yang akan dikenakan terhadap seorang tukang kayu di Terengganu esok di bawah Pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2022, berkata hukuman sedemikian melucutkan maruah individu.
"Kami mengulangi pendirian kami yang tidak berbelah bahagi terhadap semua bentuk hukuman berat, termasuk rotan atau sebat di khalayak ramai, kerana ia sememangnya kejam, tidak berperikemanusiaan dan merendahkan martabat.
"Hukuman seperti itu menjatuhkan maruah individu. Walaupun kami mengakui kepentingan menegakkan undang-undang yang memelihara moral awam dan keharmonian masyarakat, hukuman yang dijalankan mesti sejajar dengan komitmen Malaysia untuk menegakkan kedaulatan undang-undang, Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi manusia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Ezri berkata hukuman sebat di khalayak ramai menghina dan memburukkan lagi kesedihan yang dialami individu yang dihukum, sekali gus menyebabkan mereka menjadi objek aib awam dan bukannya menggalakkan pemulihan atau keinsafan," katanya.
Beliau berkata pendekatan itu menjatuhkan maruah individu dan boleh dilihat sebagai melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.
Mohd Ezri berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti ditetapkan dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), Akta 355 membenarkan sebat, tetapi ia tidak membayangkan hukuman itu dijalankan secara terbuka.
"Malaysia bercita-cita untuk menjadi sebuah negara yang dihormati kerana mematuhi piawaian hak asasi manusia, namun membenarkan hukuman sebatan di khalayak ramai melanggar prinsip hak asasi manusia antarabangsa, termasuk yang termaktub dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tidak Berperikemanusiaan atau Menghina (UNCAT), " katanya.
Beliau berkata adalah penting untuk melihat bahawa beberapa negara majoriti Islam telah meratifikasi atau menyetujui UNCAT - satu contoh yang perlu diikuti oleh Malaysia.
"Selain itu, kami menggesa agar hukuman berbentuk penderaan di Malaysia dimansuhkan sepenuhnya. Sistem keadilan mesti berusaha mengimbangi moral, belas kasihan, dan kedaulatan undang-undang," katanya. – BERNAMA












https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1341468/majlis-peguam-gesa-terengganu-kerajaan-pusat-pertimbang-semula
[size=14.399999618530273px]




Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 07:31 AM | Show all posts
nona ada lagi ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2024 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 26-12-2024 09:31 PM
Orite

Dh kroh kroh eh

Good Morning
Iyeee…dah kroh2 masa tu semalam
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 26-12-2024 09:47 PM
Sengal2 tu biasa... terkejut kot Esok2 warm up dulu sebelum walk2 k

Udahh warm up pun semalam
Ku ada berlalri2 sikit smlm hehe
Ni bangun udah okeyyy
Petang karang boleh lagii ooo
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 07:34 AM | Show all posts
Ibu bapa lapor polis kes bayi dua hari jatuh katil hospital


[size=14.399999618530273px]KUALA TERENGGANU, 26 Dis -- Muhammad Syarifuddin Manan, 24, (tengah), bersama peguamnya, menunjukkan laporan polis dan gambar keadaan bayi perempuannya yang didakwa terjatuh dari katil bayi (baby cot) ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, hari ini.


KUALA TERENGGANU: Pasangan suami isteri kecewa dengan keadaan bayi perempuan mereka yang kerap mengalami sawan selepas dikatakan terjatuh dari katil bayi di perkarangan sebuah hospital di sini, pertengahan bulan lalu.
Bapa bayi terbabit, Muhammad Syarifuddin Manan, 24, mendakwa bayi perempuannya terjatuh katil bayi ketika proses pemindahan ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) pertengahan bulan lalu.Menurutnya, bayinya kini yang berusia 41 hari menghidap kuning sebelum dipindahkan untuk rawatan.
Katanya, pada hari kejadian, katil menempatkan bayinya yang berusia dua hari ditinggalkan tanpa pengawasan jururawat di kawasan jalan cerun menurun di laluan pusat rawatan ibu dan anak (PRIBA) ke unit kecemasan hospital berkenaan.




"Katil bayi itu secara tiba-tiba menggelungsur dan terbalik menyebabkan bayi kami terjatuh ke jalan," katanya ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, semalam. Terdahulu, Muhammad Syarifuddin bersama peguamnya, Mohd Hazwan Hamidun membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.
Muhammad Syarifuddin dan isterinya, Wan Nur Farisyatu Ikmal Wan Fadali, 22, yang juga guru berkahwin pada tahun 2022 dan bersalin pada 15 November lalu.

Mengulas lanjut, Muhammad Syarifuddin berkata, kepala bayi perempuannya terhantuk permukaan jalan di perkarangan PRIBA.
Berikutan kejadian itu, katanya, anak sulungnya mengalami pendarahan di kepala dan sering mengalami sawan.

"Bayinya dimasukkan ke HSNZ sebanyak tiga kali iaitu pada 17 November hingga 4 Disember lalu.
"Kami juga sudah membuat laporan polis kali pertama pada 17 November lalu dan kali kedua pada hari ini (semalam)," katanya.
Ditanya maklum balas hospital, Muhammad Syarifuddin berkata, pengurusan hospital mengesahkan bayi itu terjatuh, tetapi menafikan kecuaian jururawat dan mendakwa kemalangan itu berlaku disebabkan keadaan jalan tidak rata.
"Kami ada mengemukakan permohonan untuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan laporan lengkap, tetapi pengurusan HSNZ memberi alasan sulit untuk diberikan kepada orang awam.
BH sudah menghubungi hospital untuk mendapatkan maklum balas tetapi setakat ini belum ada jawapan rasmi.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1341543/ibu-bapa-lapor-polis-kes-bayi-dua-hari-jatuh-katil-hospital


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 26-12-2024 09:50 PM
Menyambil tu Bila berpeluh rasa ringan bdn

Iyeeee
Bagi peluh2 sikit badan
Kita pun rasa sihatt sikit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.198101 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list