CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11

  [Copy link]
Post time 5-5-2011 09:24 PM | Show all posts
aduiii ni mesti sarah nk mulakan masalah plak...
gedix btul la dia tu.... hishhh.. jgn la masim plak mulut dtin elly pasal cikgu amir..
mintak jauh...

kak juna lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2011 09:45 PM | Show all posts
adoi..sarah nak usha amir blk laa 2..
harap2 amir x tergoda..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 11:38 PM | Show all posts
byk betul dugaan utk amir n lia nih... bila diorg nk tenang ni??? selagi diorg tk tenang, kami pun cam tu gak..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 11:38 PM | Show all posts
byk betul dugaan utk amir n lia nih... bila diorg nk tenang ni??? selagi diorg tk tenang, kami pun cam tu gak..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 11:39 PM | Show all posts
byk betul dugaan utk amir n lia nih... bila diorg nk tenang ni??? selagi diorg tk tenang, kami pun cam tu gak..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 11:44 PM | Show all posts
byk betul dugaan utk amir n lia nih... bila diorg nk tenang ni??? selagi diorg tk tenang, kami pun cam tu gak..huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2011 01:24 AM | Show all posts
sarah pulak nak masuk daun kacau Amir...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 02:22 AM | Show all posts
jiwa x tenang slagi x smpe ending..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2011 09:01 AM | Show all posts
pas nie mesti LIA yg jelous lak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 10:18 AM | Show all posts
Tendangan penalty minit pertama dapat membolosi gawang.

bengong, sempat lagi buat lawak

sarah pulak masalah skrg...
amir, ko jgn simpati sgt kt sarah tau..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 01:26 PM | Show all posts
amir...jgn la baik sgt ngan sarah tuh....biar la dia uruskan hidup dia tuh sendiri...
kang lia tau susah lak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 06:20 PM | Show all posts
Isssh cinta lama mengamit rasa. Payah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 07:41 PM | Show all posts
sbb anak cikgu zul ni la...... aku masuk gak WR ni....
selalunya SR je....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 08:17 PM | Show all posts
sarah!!!!!!
syuh...syuh...
p main jauh2..
jgn dok ganggu lia n amir..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 10:35 PM | Show all posts
asal sarah mcm gedik jer...:@
tak leh tima hakikat amir dah kawin...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2011 11:39 PM | Show all posts
alamak xde lagi ka???
kak juna.... oh kak juna.... cik mai nk bertandang ni....
nmpaknya tinggal jejak jari jela....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2011 01:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 7-5-2011 02:00

gua mmg tak cukup tangan lorr
bnyk olang cari gua sikalang
tp sbb mau kasi abis ini citer yg tak habis habis , gua sambung juga
( otak dah senget)
.......................................................................................................................
Dahlia tersenyum sendiri sambil memuatnaikkan gambar gambar tudung terbaru ke blog Tudung NaSya.( gabungan nama Najwa dan Ellisya , tak ada kena mengena dengan Nasha Aziz). Selesai meng - edit mana mana yang patut, dia membalas email dari pelanggan, Inilah tugas sambilannya, memuatnaikkan gambar, update maklumat di blog dan juga mengambil pesanan telefon, memandangkan Ellisya dan Najwa bekerja  dan dia seorang saja yang ada masa terluang. Tugas Ellisya dan Najwa mencari kain dan bahan asas serta membuat penghantaran. Tudung di jahit oleh jiran mereka, seorang ibu tunggal. .Perniagaan mereka beroperasi selama sebulan tapi setakat ini respons agak hambar. Persaingan amat sengit di kalangan  penjual tudung online. Tapi Ellisya dan Najwa tetap bersabar dan berusaha memikat pelanggan. Ini perniagaan yang halalan toyibban , bukan skim cepat kaya. Dahlia pun tak meminta imbuhan, cukuplah kalau sekadar dapat diskaun untuk tudung.

Hari itu dia sepatutnya ada check up dengan Dr Seri tapi Amir sibuk dan tak dapat menemaninya. Tarikh temujanji terpaksa di tukar. Dahlia sama sekali tak di benarkan pergi tanpanya. Dia pun  nak tengok imej imbasan bayinya. Mana boleh miss! Amir calon Bakal Bapa yang Paling Prihatin tapi Kalut. Kadang kadang tension Dahlia di buatnya. Banyak betul pantang larang di kuatkuasakan. Tak boleh makan jajan, tak boleh minum kafein, tak boleh angkat barang, tak boleh tengok cerita menakutkan…

Jam dinding menunjukkan sudah hampir pukul dua belas. Dahlia melipat cermat empat helai tudung yang di pesan  dan di bungkus dengan kertas berlogo. Dia mencapai kunci kereta dan terus turun lif menuju basement.

Setengah jam kemudian dia sudah sampai di KLCC. Aseana Café menjadi tempat pertemuan dia dengan biras barunya. Nia sudah menunggu sambil menyisip air bandung.

“Lia, ingatkan you terlupa lunch date kita” Nia terus memeluknya.

“ Sorry I lambat . Susah nak cari parking” Alasan stereotype di beri sambil  senyum sumbing.

“ You dah pregnant 3 bulan kan? Tak nampak pun perut you. Kalau dari jauh nampak macam anak dara” Nia memang bermulut manis. Walaupun dia anak Tan Sri tapi dia tak sombong macam Datin Elly. Dahlia makin kamceng dengan Nia.

“ Oh jadi, dari dekat nampak macam Mak Dara lah. Sampai hati!” Dahlia mencekak pinggang. Mereka berdua ketawa. Dahlia mengeluarkan tudung dari beg.

“ Ini tudung yang you pesan.” Nasib baik dapat pelanggan macam Nia yang ghairah menambah koleksi tudung. Dia  antara pelangggan setia Tudung NaSya.

“ Hmm… this is nice. I tak sabar nak pakai. “ Nia membelek satu persatu tudung. Wang RM 200 bertukar tangan. “ Eh, jom order. Pukul 1.30 I kena balik ofis”

“ Eleh..you bini big boss. Sesiapa pun tak berani marah” usik Dahlia sambil melirik menu. Kena makan makanan seimbang, tak boleh ikut sedap mulut saja. Amir dah bising sebab berat badan aku baru naik 1 kg walaupun kandungan dah  3 bulan. Macam The Biggest Loser versi terbalik pula.

“ Eh, tak boleh macam tu. I kena professional selagi I kerja di Perkasa. Tapi I dah bagi notis. Abang Mi dan Mummy tak bagi I kerja. Nampak gayanya nasib kita sama” Mulutnya di cebik.

“ Nak buat macam mana. I dah penat pujuk Amir. Dapat tolong kawan I dengan online business ni pun dah kira bagus.” Dahlia melambai ke arah pelayan yang bergegas datang mengambil pesanan.

Pelanggan Aseana Café makin ramai. Dahlia dan Nia leka memerhati gelagat orang di sekeliling.

“ Lia, kalau I cakap something you jangan ingat I ni busybody atau mulut jahat” Ayat Nia membuat Dahlia tertegun.

“ Apa dia?” Dadanya di himpit rasa curiga. Ini mesti pasal Amir.

“ Dulu I ada bagi tahu you pasal Amir keluar lunch dengan seorang perempuan, kan? Ingat tak? Masa you belum bersanding dulu”

“ Ingat. Itu Sarah ex dia yang I jumpa masa umrah. Kenapa?” Jeng..jeng..jeng. Saspen!

Nia menyuap spaghetti ke mulut dan mengunyah perlahan. Cepatlah Nia oi.. aku tak sabar ni.

“ Dah dua tiga kali orang nampak dia kat ofis Amir. I tak tahu apa dia buat di sana. Tapi she is not an employee of Perkasa, I dah check”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2011 01:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 7-5-2011 01:51

Selera Dahlia mati walaupun aroma mee goreng yang baru di hidangkan amat menyelerakan. Kerongkongnya makin ketat. Dia menarik nafas. Tolong Dahlia, jangan cepat membuat andaian. Sarah itu isteri orang. Takkanlah Amir terdesak sampai sanggup memporak perandakan perkahwinan.

“ Betulkah? Setahu I dia kerja dengan Petronas di Kerteh” Perkasa Holdings tak pernah ada kaitan perniagaan dengan Petronas atau anak syarikatnya.

“ I tak tahulah. Mungkin dia ada kursus di sini. Tapi you tahu sajalah perangai kakak kakak Melodi di ofis tu” Kaki gossip di Perkasa di kenali dengan panggilan Kakak Melodi sempena rancangan TV3 yang popular itu. Kalau ikutkan hati, dia ingin terjah Amir di saat itu juga. Inilah bahayanya bila dia terlalu percayakan suami. Kononnya tak mahu di label isteri yang queen control. Lagipun dia tak nampak perubahan dalam sikap Amir. Amir tetap penyayang dan romantis seperti dahulu. Tapi lelaki memang pandai berlakun. Lihat saja Farid Buncit. Dahlia menguis mee di pinggan tapi seurat pun tak masuk ke mulut.

“ Lia, makanlah. Jangan sebab cerita I ni perut you masuk angin. It could be nothing at all. Apa kata you tanya Amir sendiri? I rasa dia tak akan sorok apa apa dari you. I can tell that he loves you very much.”

Dahlia mengacau jus oren dengan straw. Otaknya berputar pantas. Kalau tak ada apa antara mereka kenapa Amir perlu sorok cerita ini dari aku ? Kenapa aku kena dengar dari mulut orang lain? Tak mungkin dia  sibuk sangat sampai boleh lupa yang Sarah datang ke ofis. Bukan sekali tapi dua tiga kali.

“ Lia, makanlah cepat. I dah kena balik ofis kejap lagi” Pinggan Nia sudah licin. Gelasnya pun kosong.

“ Tak apa. You balik lah dulu. I nak lepak sekejap di sini. Balik rumah pun tak ada siapa. Amir pergi ke Lembah Beringin untuk tengok kolej yang Perkasa nak beli. Mesti dia balik lambat.” Suaranya lirih. Aku kena tenangkan fikiran dan fikirkan langkah seterusnya. Bagaimana kalau Amir betul betul ada skandal dengan Sarah? Bagaimana dengan suami Sarah? Takkan dia tak ambil tahu gerak geri isterinya? Apa kesudahannya bagi aku? Dahlia meraba perutnya. Apa nasib anak ini nanti? Ya Allah, janganlah kau duga aku dengan dugaan yang tak mampu aku hadapi.

“ You are sure? Tak apa kah kalau I pergi dulu? “ Muka Nia tampak gusar. Dahlia memaksa diri untuk senyum.

“ Jangan risaulah. Baik you pergi , nanti boss babap. Kata nak be professional konon. Syooh... syooh , pergi balik. " Tawa mereka membuat ramai menoleh. Mereka berpamitan di depan Aseana

……………………………………………………………………
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2011 01:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 7-5-2011 01:55

Hampir dua jam dia lepak di KLCC. Selesai solat Zuhur di surau, dia ke Isetan. Children’s Department menjadi sasarannya. Hati yang berkecamuk jadi tenang bila melihat pakaian dan perkakas bayi yang comel comel. Walaupun dia tak kisah apa jantina bayi yang di kandung tapi dia akur yang barangan untuk anak perempuan lebih comel. Terbayang bayang di mata anak kecil berbaju pink. Kalau ikutkan hati sekarang juga aku beli  baju , stoking, selimut dan tuala bayi tapi Mummy dah pesan jangan beli barangan bayi awal sangat.

Puas membelek barangan bayi dia ke bahagian kasut di tingkat bawah untuk membeli sandals. Dia menunggu sales assistant Aldo mendapatkan kasut saiz 6 bila seorang kanak kanak perempuan berlari ke arahnya. Hampir saja budak itu tersembam bila kaki nya tersadung. Dahlia pantas memaut tubuhnya. Merah muka kanak kanak itu menahan malu.

“ Padan muka. Siapa suruh lari?” Seorang kanak kanak lelaki bertubuh gempal muncul. Tercungap cungap dia mengejar adik nya. Si adik cuba memukul abangnya

“ Abang lah jahat. Siapa suruh kejar adik” balas si adik.

“ Abang, adik jangan gaduh. Siapa nama?” tanya Dahlia dengan lembut. Si adik tersenyum simpul. Abangnya sudah terduduk kepenatan. Usia mereka tak jauh, teka Dahlia.

“ Saya Nuha. Yang gemuk ni abang saya , Nu’man. Auntie nama apa?” Petah dia berbicara.

“ Nama Auntie Dahlia. Nuha dengan Nu’man datang dengan siapa?”

“ Dengan ibu. Tapi dia tengah cuba baju kat sana” Jarinya di tuding ke Fitting room yang berdekatan.

“ Kalau macam tu Nuha dengan Nu’man tunggu ibu di sini dengan Auntie.  Jangan lari lari , nanti jatuh”

Dahlia sedang mencuba kasut bila dia terdengar suara perempuan memanggil nama Nuha dan Nu’man. Spontan dia berpaling. Ya Allah! Inilah orang yang aku tak nak jumpa! Kenapa lah aku berada di tempat yang salah? Tapi inilah peluang aku untuk korek cerita sebenar. Dia menarik nafas dalam dalam.

“ Eh, Dahlia. Apa khabar?” Senyuman Sarah dipaksa. Tiada keikhlasan langsung di muka wanita bertudung hitam itu. Tapi Dahlia akui, dia jauh lebih cantik dan bergaya dari waktu mereka bertemu di Mekah beberapa bulan lalu.

“ Sihat. Alhamdulilah. Kak Sarah macam mana? Makcik Salamah sihat?”

“ Biasa biasa saja.” Jawabnya pendek. Matanya mengerling ke perut Dahlia. Dia tak dapat menahan rasa cemburu bila dapat tahu yang Dahlia mengandung. Amir bukan main gembira.

“ Ibu kenal auntie ? “ Nuha menyampuk.

“ A’ah. Mana Nu’man? Kita nak balik sekarang”

Kenapa dia tak selesa depan aku? Macam orang bersalah saja. Mesti ada benda yang nak di sembunyikan, hati Dahlia berbisik

“ Nak balik ke Kerteh kah? Kak Sarah datang bercuti di sini?”

Tawa kecil Sarah menjengkelkan “ Amir tak bagi tahu Dahlia? I dah pindah ke KL. Amir yang tolong dapatkan I kerja di Khazanah. Nasib baik lah I ada kawan macam dia. Dia banyak tolong I. He is a great guy.” Gediknya cara dia bercerita. Macam anak dara sunti bercerita tentang artis kesayangan.

“ Oh that’s good. Datanglah ke rumah kami. Ajak suami Kak Sarah sekali”

“I dah bercerai sebelum ke Mekah haritu. I’m a single mother now. Amir ni teruklah. Dia tak bagi tahu you?  ” Tiada langsung riak sedih di muka Sarah. Dengan bangga dia mengumumkan statusnya. Apa nak malu, sekarang janda lagi laku dari anak dara.

Banyak nya perkara yang Amir tak bagi tahu aku. Jantung Dahlia merudum. Betul lah apa yang aku jangka. Mereka menyambung kisah cinta mereka yang terkandas dahulu. Dengan seluruh kekuatan dalaman Dahlia menahan airmata. Aku tak akan mengaku kalah depan perempuan ini.

“ Abang Amir tak cerita benda yang remeh temeh ni. Tak ada masa.” Walaupun hatinya perit, dia masih mampu senyum bila wajah Sarah mencuka. Sarah segera menarik tangan kedua anaknya dan pergi meninggalkan Dahlia. Dahlia mengambil sunglasses dari beg tangannya. Matanya yang mula berair di sembunyikan di sebalik kaca hitam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 01:55 AM | Show all posts
sarah ni mmg nk kena belasah la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.529951 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list