CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

NUR KASIH THE MOVIE

  [Copy link]
Post time 27-5-2011 09:25 AM | Show all posts
Reply 622# haz_11

khen...aku pon rase NKTM mcm ade lost something...
x dpt membuai jiwa aku mcm CINTA & SEPI.
2 filem KB b4 NKTM ni mampu mngalir kan air mata aku.
tapi NKTM, cume rase sayu sikit la  tnpa air mata..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 27-5-2011 12:08 PM | Show all posts
Sepi pun best, part iman.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 12:13 PM | Show all posts
Hargai sambutan peminat

Oleh Muhammad Hatim Ab Manan
[email protected]
2011/05/27

Dari kiri; Tiz Zaqyah, Remy , Mohd Syafie Naswip dan Fizz Fairuz ketika Roadtour Nur Kasih The Movie.

Hasil sokongan penonton Nur Kasih The Movie catat kutipan kasar RM3.5 juta.

PENANGAN Nur Kasih The Movie arahan Khabir Bhatia memang hebat, apabila kira-kira 1,000 peminatnya menyerbu multipleks Golden Screen Cinema Sdn Bhd (GSC) di pusat beli belah Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Melaka ketika siri jelajah promosi filem berkenaan di situ hujung minggu lalu.
Mereka yang datang bukan saja dari sekitar negeri Hang Tuah itu, malah dari Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Singapura semata-mata ingin melihat lebih dekat pelakon filem itu, Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Mohd Syafie Naswip.
Walaupun menampilkan cerita bercorak drama tetapi Nur Kasih the Movie dilaporkan sudah mencatatkan kutipan kasar RM3.5 juta selepas hampir seminggu ditayangkan.

Ketika ditemui, Tiz menyifatkan sambutan luar biasa dari peminat yang hadir ke GSC membuatkannya berasa bersyukur kerana lakonannya bersama barisan beberapa pelakon lain terus masih diterima dan dihargai.

Dia mengakui berasa terkejut dengan sambutan yang diterima ketika program sama di Seremban dan Melaka selepas tiga hari tayangan filem berkenaan kerana situasi itu tidak pernah dilaluinya sebelum ini.

“Saya bersyukur kerana peminat menghargai lakonan saya selama ini bersama pelakon lain. Saya akui memang terkejut juga melihat begitu ramai yang datang ke sini untuk berjumpa kami semua.
“Terima kasih kepada semua. Saya sangat menghargai peminat semua yang setia menonton sejak bermulanya drama bersiri suatu ketika dulu dan terus menyokong kami sehingga terhasilnya filem ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kritikan orang luar mengenai percubaan pertamanya membawa lagu tema Nur Kasih bagi filem itu, Tiz memberitahu dia bersyukur setakat ini ramai peminatnya yang memberi ulasan positif.

“Alhamdulillah, ramai yang memberikan komen positif pada percubaan kali pertama saya menyanyikan lagu ini. Lagi pun saya sebenarnya hanya seorang pelakon dan bukan seorang penyanyi. Jadi, ini adalah percubaan kali pertama saya dan secara keseluruhannya peminat juga berpuas hati,” katanya.

Dalam pada itu, kemunculan Remy pada malam itu memeranjatkan ramai peminatnya apabila terpaksa berjalan menggunakan tongkat gara-gara kecederaan dialami susulan kemalangan jalan raya dua minggu lalu.

Sambil meminta maaf berikutan dirinya yang tidak dapat bergerak cergas melayan semua peminat, beliau memberitahu akibat kemalangan itu, dia mengalami kecederaan di kaki kiri dan memerlukan tongkat untuk membantunya bergerak.

“Saya terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal menuju ke pusat gim. Ada sebuah kereta yang melanggar saya ketika di persimpangan dan menyebabkan kaki kiri saya mengalami luka sedikit.

“Akibat kejadian itu, saya ditahan dalam wad selama dua hari dan tidak dapat mengikuti Road Tour NKTM ke Pulau Pinang pada minggu lalu. Jadi, saya ingin memohon maaf kepada peminat di sana yang merungut tidak berpeluang untuk berjumpa saya.

“Saya memang tidak sangka dengan sokongan yang diberi peminat negeri kelahiran saya ini. Terima kasih kepada semua peminat yang memberi sokongan dan sekali lagi memohon maaf sekiranya terdapat permintaan dari peminat yang tidak dapat dipenuhi ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Fizz ketika ditemui turut tersentuh dengan sokongan yang diterima dari peminatnya di negeri ini kerana ada yang menangis tidak dapat bergambar bersama dan terpaksa berasak-asak untuk mendapatkan autograf.

Sambil menggambarkan ia adalah sebagai penghargaan yang menakjubkan dari peminat, dia memohon maaf kepada peminatnya sekiranya tidak berpeluang untuk mendekati dirinya bersama pelakon lain berikutan mereka terpaksa dikawal ketat oleh pengawal ketika Roadtour.

credit to: bharian online.

yay.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 03:37 AM | Show all posts
X best juga ke? Adehla apa cerita Melayu yg best skang? Kemetot rupanya TZ ni... ;p
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 08:59 AM | Show all posts
Reply 627# akulala78

hocckay ja pun. tak rugi tgk pun NKTM ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 12:17 PM | Show all posts
kalau ada watak sarah.....agaknya lagi best kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2011 07:48 PM | Show all posts
dah tgk, 3/5 laa. betul kalau ade sarah lg best filem nie
nie sume baik jer
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 03:32 PM | Show all posts
haha. sarah kan smbg study kat Australia ikut jejak langkah abg ipar katanya.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 1-6-2011 03:33 PM | Show all posts
3 filem dapat RM14.3 juta
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
2011/06/01

TIGA filem tempatan yang ditayangkan sepanjang Mei iaitu Kongsi, Nur Kasih The Movie dan Karak mencatatkan kutipan kasar terkumpul dianggarkan berjumlah RM14.3 juta.

Semua angka kutipan kasar itu adalah berdasarkan kenyataan daripada penerbit filem masing-masing. Penerbit Metrowealth Production Sdn Bhd, David Teo mengatakan filem terbitannya, Kongsi yang ditayangkan sejak 12 Mei lalu hingga 29 Mei mencatatkan kutipan sebanyak RM8 juta. Ini diikuti dengan filem terbitan Gran Brilliance Sdn Bhd (GBSB), Nur Kasih The Movie arahan Kabir Bhathia yang memperolehi kutipan RM4.5 juta selepas 10 hari ditayangkan bermula 19 Mei lalu. Sementara itu, filem Karak pula selepas empat hari ditayangkan masih berupaya mengaut pungutan kasar RM1.8 juta.

Ternyata anggaran pungutan kasar itu membuktikan sambutan penonton tidak terjejas walaupun dengan kemasukan filem import terutama dari Hollywood, termasuk filem yang dianggap blockbuster, Piratse of the Caribbean: On Stranger Tides, Kung Fu Panda 2 dan Priest.

Bagaimanapun, apa yang jelas hasrat penerbit filem Kongsi, David Teo untuk melihat filem terbitannya itu mencatat kutipan kasar RM10 juta daripada penayangan di panggung wayang meleset kerana hanya mampu mengumpul kira-kira RM8 juta saja.

Dia meluahkan kekecewaannya kepada dua pempamer terbesar iaitu rangkaian pawagam, Golden Screen Cinema (GSC) dan Tanjong Golden Village (TGV) kerana menarik keluar filemnya selepas dua minggu ditayangkan.
David mendakwa, GSC dan TGV mengeluarkan Kongsi kerana dengan alasan filem itu akan ditayangkan di di saluran Astro First. Bagaimanapun pawagam kecil seperti Big Cinema, MBO, Cathay dan Lotus Five Star masih menayangkan filem arahan Farid Kamil itu.

“Mentang-mentang segala keputusan terletak di tangan mereka, dengan mudah pempamer menarik filem saya selepas dua minggu memenuhi syarat wajib tayang sedangkan sambutan untuk filem itu masih menggalakkan.

“Kami sering diperlakukan sebegini, apabila ada filem besar dari Hollywood masuk, pempamer dengan sesuka hati mengurangkan jumlah tayangan filem tempatan. Mereka menjadikan kemasukan filem kami ke Astro First sebagai alasan untuk tidak menayangkan filem di pawagam. Walaupun kecewa, saya gembira kerana adanya Astro First.

“Dengan adanya Astro First, harapan untuk melihat Kongsi mencatat kutipan RM10 juta akan terlaksana. Empat hari sejak Kongsi memasuki Astro First, filem itu mendapat sambutan yang sangat baik,” katanya.

GBSB tetap puas hati

Sementara itu, GBSB berpuas hati dengan kutipan kasar Nur Kasih The Movie iaitu RM4.5 juta kerana mereka memang tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi.
Pengurus Besarnya, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata walaupun memasuki minggu kedua kutipan filem itu masih lagi konsisten.

Ia jelas berbeza dengan filem terbitan GBSB yang lain yang lazimnya menyaksikan pengurangan sebaik saja memasuki minggu kedua.

“Jumlah panggung yang menayangkan Nur Kasih The Movie pada minggu pertama dan kedua menyaksikan momentum yang masih lagi sama. Lazimnya apabila memasuki minggu kedua, jumlah tayangan dikurangkan, begitu juga kutipan yang bergerak semakin lama semakin perlahan. Tetapi berbeza dengan Nur Kasih The Movie kerana permintaan penonton untuk filem ini masih lagi tinggi.

“Kami dimaklumkan pempamer dari utara tanah air pawagam diserbu peminat filem ini yang terdiri daripada suri rumah yang sebelum ini tidak pernah ke panggung wayang. Walaupun tidak tahu cara untuk membeli tiket tetapi disebabkan minat terhadap drama rantaian Nur Kasih, mereka sanggup membeli tiket sendiri. Ini sesuatu yang amat membanggakan buat kami, “ katanya.

Filem Nur Kasih The Movie dibintangi Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Remy Ishak selain penampilan khas dua bintang veteran, Datuk Rahim Razali dan Afidah Es ditayangkan menerusi 62 dewan tayangan. Hari pertama tayangan, filem itu mencatat kutipan sebanyak RM400,000.

Karak sasar RM4 juta

PENERBIT filem seram Karak, Norman Abdul Halim juga berpuas hati apabila filem seram pertama arahan adiknya, Yusry itu berjaya mengutip RM 1.8 juta selepas empat hari tayangan.

Norman yang juga penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studio ketika dihubungi melahirkan rasa amat puas hati kerana purata lima filem seram yang menemui terlebih dulu ditayangkan iaitu Di Larang Masuk, Senjakala, Penunggu Istana, Seru dan Momok Jangan Panggil Aku secara purata mengutip RM1 juta atau kurang selepas empat hari tayangan tetapi Karak pula mendahului dengan RM800,000.

Katanya, dia amat puas hati dengan kutipan yang dicatatkan kerana Karak menghadapi persaingan sengit daripada dua filem tempatan dan dua antarabangsa. Katanya, sambutan baik dari penonton menunjukkan genre seram masih ada tempat di hati peminat filem tempatan.

“Kami mensasarkan RM4 juta hingga RM5 juta. Karak adalah filem terakhir keluar untuk bulan ini (Mei). Lagipun, kami menghadapi persaingan daripada filem yang kuat seperti Nur Kasih.

“Kita akan terus menayangkan Karak di panggung selama yang mungkin supaya penonton dapat merasai pengalaman yang berbeza daripada menonton di TV,” katanya.

Post time 2-6-2011 01:55 PM | Show all posts
Nur Kasih The Movie
DRAMA        2.83 juta        19.05.2011        3.90 juta *        61

*Kutipan terkini sehingga 2 Jun 2011
Sumber Finas
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 10:01 AM | Show all posts
belum nengok laie cite nie hrp2 mggu nie da lgi...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 04:11 PM | Show all posts
baru je lepas tengok citer ni... hemmsss.. biasa-biasa jer.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 03:30 PM | Show all posts
bila aku nk p tgok cerita ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 11:10 PM | Show all posts
br g tgk td..bg 3/5 bintang ...penat tg adam n nurbyk sgt mslh ...scene lovey dovey pun x byk .....better buat byk skit la......x bp menusuk kalbu sgt pun ....kalo scene kt msia je pun ok..x perlu nk g luar ng bgai ..bkn best pun ......btw..agk kecewa gak la ngn nktm.....rasa drama lg best ......
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 02:35 PM | Show all posts
aku baru tgk mlm td show pukul 6pm kat timesquare. hmmmmmm...tak tau nk ckp per.buhsan pun ader. member aku asyik dok tanyer ape kes ape kes!
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 6-6-2011 07:32 PM | Show all posts
Best gile cerita ni...rugi sape ego tak mau tengok.

http://azzaazman.blogspot.com/20 ... -kita-macam-ni.html
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 02:31 AM | Show all posts
yey dpt gak tgk akhirnya..
aku suka & faham jalan cerita...
so aku bg 4 1/2 bintang
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 05:01 AM | Show all posts
Entah mana silapnya aku x tertarik nk pg wayang layan NKTM. Mungkin trpengaru review korang kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 02:41 PM | Show all posts
Memang rugi wo sape tak tengok cerita  romantik nur kasih ni. Tak yah la harap astro first. G wayang lagi best..

ape ape pun, yeah yeah trailer die dah kuar...pulau tu memang cantik. Pastu baru boleh bykkan betapa ganasnya edward masa malam pertama diorang then, tak dapat tgk baju bella..... suspens kot. weel pelamin die cantik!!

eh ada ke pelamin?

Ada sesiapa minat Twilight tak? tengok kat sini. Sebab tak reti nk buat tread baru.
http://www.gengblogger.com/v/495143
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.068494 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list