CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 8-10-2009 11:10 AM | Show all posts
ala hgn cam tue hani..
cian nazrin...

sambungler lagik...xsabau ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2009 12:41 PM | Show all posts
..hani hani....

:pompom::pompom::pompom:.... cepat2 sambung yea....love u arjuna
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 01:34 PM | Show all posts
hahahah..lawak la hani nie....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 02:55 PM | Show all posts
adoiiii
bila nak post lg n3 baru nih
tak sabarlah nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 05:22 PM | Show all posts
ntahnya... dah la saat2 kritical ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 05:23 PM | Show all posts
ala mane ni..nk bace lgggg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2009 08:49 AM | Show all posts


ish.....ingat dah ada dah.......

mana hani ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 09:43 AM | Show all posts
la????? xde n3 lg ker..... esok dah sabtu...
kene tggu isnin ker???? Merana la ujung minggu ni pikir ape jd kt hani and ajin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2009 10:09 AM | Show all posts
smiley..
xde n3 lagi ker? x sabar2 plak aku nk baca cite selanjut konflik hani ngan nazrin nih...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 03:51 PM | Show all posts
mak ai......cepatla sambung..x sabar nak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 06:29 PM | Show all posts
seronok bace citer ni..... sambung cepat2 ye
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 11:18 PM | Show all posts
612# sang_arjuna

TK N3 baru...Hoo..hooo...Hani bagi Nazrin lagi kelam-kabut niih... Rasanya Nazrin akan cepat2 ubah strategi yg bolehkan dia nikah dengan Hani segera..Haa...haaa...

Teruskan Sang Arjuna...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 09:18 AM | Show all posts
lagilah n3nya...
tgh nie tunggu n3nya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 12:35 PM | Show all posts
nak n3 lagi..please smiley...
xsabar nak tunggu dah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 01:12 PM | Show all posts
hani hani baik ko cerita mslh ko ky mak nazrin to..xpn taye nazrin sndri...neway aku pn excited nazrin nk kawin dgn hani cepat2 :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 06:53 PM | Show all posts
bi la nx N3 nie xsabaq den....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2009 10:29 PM | Show all posts
Sebaik selesai solat Subuh, Hani ke dapur. Minyak dipanaskan untuk membuat nasi goreng. Entah kenapa dia terlebih rajin pagi itu. Mungkin sebab semalaman tak dapat tidur. Apakah aku terlalu terburu buru membuat keputusan? Macam mana kalau Izzah tersilap orang?  Sekelumit rasa ragu di padam cepat. Tak mungkin Izzah tak cam Nazrin, lelaki idolanya.

Aroma bawang dan cili kering yang  di tumis mengisi seluruh dapur. Ikan bilis dan sedikit udang kering di campakkan ke dalam kuali. Apa lagi yang boleh aku bubuh? Hani membuka peti ais, mencari kalau kalau ada baki lauk semalam.

“ Wah, sedapnya bau. Apa mimpi Hani masak pagi pagi ni?” tanya Kak Ina yang masih memakai baju kelawar. Dengan perut yang boyot , itu sajalah pakaian yang sesuai kalau bersantai di rumah.

“ Saja. Teringin nak makan nasi goreng pula. Tapi kalau tak sedap jangan komplen”

“ Mana Kak Ina pernah komplen? Itu kepakaran Along… bab bab komplen masakan tak sedap ni bagi lah kat dia” Kak Ina berlelucon. Kak Ina menuang air panas dalam teko untuk membuat Milo.

Beginilah jadual mereka setiap pagi. Hani dan kakak iparnya ke dapur sekadar membuat minuman panas dan roti bakar. Bersarapan ala kadar sebelum bergegas ke pejabat masing masing. Along yang paling lambat keluar sebab ofisnya paling dekat. Cuma sekarang dia terpaksa menukar jadual sebab perlu menghantar isterinya ke pejabat memandangkan Kak Ina  sudah tidak selesa memandu dalam keadaannya.

“ Hani, akak nak tanya? Hani okay ke?”  Semalam Hani terus masuk bilik selepas memberi kata putus pada Puan Nuraishah. Alasannya rasa tak sihat. Macam lah aku tak tahu Hani tidur bertemankan airmata. Matanya yang bundar dah sepet jadinya. Mesti ada sesuatu yang berlaku untuk dia menolak Nazrin bulat bulat. Bukan setakat tak mahu kahwin bulan Mei, tapi tak mahu kahwin langsung. Pelik!

“ Kak Ina dengan Along marah dengan Hani, ya?” Kendur nada Hani. Nasi goreng yang hampir siap di balik balikkan dalam kuali. Kak Ina mengambil bekas Pyrex dari almari dan di hulurkan pada Hani.

“ Bukannya marah. Cuma semua orang tak faham kenapa Hani buat keputusan terburu buru macam itu. Dua tiga hari sudah, akak tengok Hani okay saja bila Nazrin telefon. Mesti ada something ni? Hani dah tersangkut dengan orang lain kah?” Kak Ina meneka.

Hani menggeleng. Tidak. No. Nehi… Hanya Nazrinlah satu satunya lelaki yang pernah singgah di hatinya. Singgah pastu hancurkan  hati aku sampai dah lumat macam daging dendeng. Dia menelan airliur

“ Nazrin yang ada orang lain” Ayat Hani membuat Kak Ina hampir melepaskan teko di tangannya

“ Biar betul?! Ni mesti kes silap sangka. Kalau dia ada orang lain kenapa dia nak  kahwin cepat dengan Hani? ” Kak Ina terkebil kebil.

Hani menjungkit bahu. Alaa.. Kak Ina nih. Saja nak goncangkan pendirian aku, nak timbulkan was was.  Dia membawa bekas berisi nasi goreng ke meja makan. Serentak itu dia bertembung dengan abangnya yang sudah mengenakan pakaian pejabat.

“ You have a lot of explaining to do” Matanya mencerlung ke arah Hani. Geram betul dengan adik aku ni. Ikut suka hati dia saja nak putus hubungan dengan Nazrin. Tak ada angin, tak ada ribut. Nasib baiklah Auntie Ecah itu agak “cool” orangnya. Tak cepat melatah.

“ Orang tak nak kahwin, itu orang punya pasal lah. Tak ada paksaan dalam bercinta” balas Hani.

“ Oh… jadi Hani mengaku  masih cintakan Nazrin. Along dah agak. Jangan nak tipu.” Along menarik kerusi dan melabuhkan punggung.” So, tell me why”

Kak Ina juga memandang Hani dengan penuh tandatanya. Hani mencebik. Macam aku dalam kandang pesalah pula.

“ Nazrin keluar lunch berdua dengan Fifi semalam.” Jawabnya dengan nada tersekat sekat. Pedih. Seolah dia dapat melihat mereka berdua bercengkarama di Nando’s.

“ Hani nampak?” Terkejut Kak Ina mendengarnya. Along juga berhenti mengunyah.

“ Kawan Hani , Izzah yang nampak. Mereka makan bersama di Midvalley. ’

“ Habis tu, Hani percaya bulat bulat cakap Izzah? Tak tanya kat Nazrin dulu? Mana tahu mereka bukan berdua? Kut kut ada member lain tapi pergi toilet? “ Along mula meninggikan suara.

Hani menukur kepala. Tak berani memandang Along yang menyinga. Huk eleh… mesti dia backing Nazrin. Lelaki sama lelaki.

“ Nasib baik Auntie Ecah tak melenting. Dia kata tak payah bagi tahu Nazrin. Biar Hani fikir betul betul dulu. Jangan ikut emosi.” sambung Along.

“ Hani tahu yang Nazrin tak senang nak lupakan Fifi. Itu first love dia, mereka dah bercinta sikit punya lama. Nazrin betul betul frust bila putus tunang dulu. Sekarang mungkin Fifi nak kembali padanya. Memanglah Nazrin kata  dia dah tak ada perasaan lagi pada Fifi, tapi dalam hati dia mana kita tahu. Nazrin tak call Hani pun semalam. Dia tak bagi tahu pun yang dia nak datang KL. Mesti ada sesuatu.” Hani cuba membela diri

“Kalau Nazrin tak call, Hani tak boleh call atau SMS dia? Mahal sangat kah? Dengan tunang sendiri pun nak berkira. Lepas tu cepat jump to conclusions. You have to give him a chance to tell his side of the story” tegas Along.

Hani mendongkol geram. Tak pernah Along marah aku sampai macam ni. Semua Nazrin punya pasal.  Tapi aku pun bodoh, Memang aku tak matang, dan cepat melatah. Aku baru pertama kali ada buah hati, baru nak belajar selok belok perhubungan lelaki- perempuan. Baru ada lesen P. Pasti belum pandai membaca hati lelaki. Macam mana lah aku nak jadi seorang isteri. Aku belum bersedia. Kalau aku kahwin dalam masa yang terdekat ini, mesti ada yang menyesal. Kalau aku tak jadi gila, Nazrin yang sakit jiwa.

“ Yalah…. Ya lah. Hani call dia malam nanti. Dah lambat ni. Hani nak pergi siap dulu” Lagi lama aku di sini lagi teruk aku kena sembur. Lantas dia mengangkat mug dan pinggan ke dapur. Sudah hampir pukul 8 pagi, tapi belum siap lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2009 10:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 10-10-2009 22:53

smiley nak tanya pendapat semua

nak cerita ni panjang & ada konflik konflik
atau nak pendek & habis cepat

smiley tengah dilema ni :re:
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 11:20 PM | Show all posts
smiley... tq n3 baru.....

pendapat saya lakan..... nak panjang dan konflik2 janji n3 selalu...hehheheh.
Lagi best buat part  kehidupan nazrin dan hani slps kawin..... apa2 pun smiley punya novel semua saya suka....:pompom::pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 11:20 PM | Show all posts
smiley... tq n3 baru.....

pendapat saya lakan..... nak panjang dan konflik2 janji n3 selalu...hehheheh.
Lagi best buat part  kehidupan nazrin dan hani slps kawin..... apa2 pun smiley punya novel semua saya suka....:pompom::pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.061552 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list