CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kubus

Petikan dari Akhbar online

[Copy link]
find7707 This user has been deleted
Post time 27-9-2006 09:41 AM | Show all posts
semalam find baru tau ada kes ciplak buku ina... tu pun sbb masuk thread ina. tanya apa depa bincang. rupanya pasai buku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2006 09:42 AM | Show all posts
hampa tengok la, posa baru 3-4 hari dah jadi camni...pasiapa kalau bab mercun buatan sendiri selalu dengar mesti kedah, kelantan , terengganu saja yang kerap...hampa perasan dak?



ALOR STAR 26 Sept.
Reply

Use magic Report

find7707 This user has been deleted
Post time 27-9-2006 09:52 AM | Show all posts
kesian dia... makan pun takat 2-3 bijik kuih je. nak salah kan sapa ni????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2006 10:47 AM | Show all posts

Bekas pegawai imigresen kena 25 tuduhan rasuah

Oleh Rashidi Karim

KANGAR: Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Perlis, Ramli Mat Jusoh dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas 25 tuduhan rasuah dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM9,811.71 daripada seorang kontraktor.


KENA DAKWA: Ramli ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen, Kangar, semalam.

Ramli, 52, dari Kampung Pondok, Kangar bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan itu ketika tuduhan dibacakan di depan Hakim Zanol Rashid Hussain semalam.

Mengikut pertuduhan pertama hingga sembilan, Ramli, yang ketika itu memegang jawatan Ketua Imigresen Padang Besar, dituduh menerima wang tunai RM4,400 daripada Abu Bakar Karim di sebuah kedai tidak bernombor di Kilometer 2, Jalan Kangar-Padang Besar antara 2001 hingga 2002.

Tertuduh didakwa mengetahui suapan itu mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai pegawai kanan imigresen bagi mengesah dan memperakukan kerja penyelenggaraan mekanikal di Kompleks Imigresen Padang Besar.

Bagi pertuduhan ke-10 hingga 20 pula, tertuduh yang kemudian menjawat Timbalan Pengarah Imigresen Perlis menghadapi tuduhan serupa, membabitkan wang tunai RM4,400 daripada individu yang sama antara 2001 hingga 2004.

Ramli didakwa mengetahui ia mempunyai hubungan dengan tugas rasminya, menandatangani pesanan kerajaan dan baucar bayaran kerja penyelenggaraan mekanikal di Kompleks Imigresen Padang Besar.

Tertuduh turut dituduh menerima penyelesaian bil telefon bimbit bernilai RM101.65 daripada individu sama di Pejabat Pos Arau pada 13 November 2001.

Dia juga menghadapi pertuduhan menyelesaikan tiga bil telefon sebanyak RM311.06 di Celcom (Malaysia) Berhad, Jalan Sena Indah pada 21 April, 28 Ogos dan 21 Oktober 2003.

Dalam pada itu, pada 9 Mei 2002 didakwa menerima penyelesaian invois bernombor 14031, iaitu seunit ASTRO DMT berserta pemasangan bernilai RM599 daripada individu yang sama di sebuah kedai elektrik di Padang Besar.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah (BPR), Mohd Hamzah Ismail, manakala Ramli yang dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) tidak diwakili peguam.

Hakim menetapkan wang jaminan sebanyak RM8,000 oleh seorang penjamin dan tarikh 30 Oktober ini untuk sebutan semula.

<uish umah dia nak dekat ngan umah aku..sapa la ni..mak aku mesti kenai ni..>
Reply

Use magic Report

find7707 This user has been deleted
Post time 27-9-2006 11:01 AM | Show all posts
tak berbaloi dapat RM9800 je... dah kena tangkap. org kg kubuih ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2006 11:15 AM | Show all posts

Reply #625 find7707's post

kg tu dekat laa..tapi kami tak kenai laa..mak kami mungkin..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2006 11:41 AM | Show all posts
Originally posted by find7707 at 27-9-2006 09:52
kesian dia... makan pun takat 2-3 bijik kuih je. nak salah kan sapa ni????


salahkan diri sendirik ar..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 09:56 AM | Show all posts

wink wink

Wanita saman bekas tunang RM1,160


KANGAR: Seorang wanita menyaman bekas tunangnya menuntut ganti rugi kerana memutuskan pertunangan dan membatalkan majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya diadakan pada 29 Disember 2001.






Sabira Ramli, 37, plaintif kedua dan ayahnya, Ramli Nopiah, plaintif pertama dari Mata Ayer dekat sini, yang memfailkan saman itu di Mahkamah Syariah di sini semalam, mendakwa pembatalan majlis perkahwinan itu mendatangkan aib dan kerugian kepada mereka.

Sabira yang kini sudah berkahwin dengan lelaki lain menuntut ganti rugi sebanyak RM1,160 daripada bekas tunangnya, Muzammir Salleh, 36, yang dinamakan defendan pertama dan bapanya, Salleh Awang, 63, defendan kedua.

Jumlah itu sebagai ganti rugi kepada barangan yang sudah dibeli sebagai persiapan perkahwinan iaitu set bilik tidur yang berharga RM450, kadar cadar (RM200), pakaian pengantin (RM250), bekas bunga telur (RM60) dan kain langsir (RM200).

Ramli, yang meninggal dunia April lalu pula menuntut ganti rugi sebanyak RM4,640 iaitu kos membeli/menempah daging dan bahan lain sebanyak RM3,900, pinggan mangkuk/khemah sebanyak RM350.

Kerugian lain yang dituntut Ramli ialah kos pakaian sebanyak RM250, sewa lori RM100 dan upah mencetak kad kahwin sebanyak RM40.

Jumlah keseluruhan tuntutan saman plaintif pertama dan kedua adalah RM5,800, tidak termasuk kos lain dan perintah yang difikirkan munasabah oleh mahkamah.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Zaini Abd Rahim menetapkan 20 Disember ini untuk perbicaraan.

Zaini membenarkan permohonan peguam Sabira untuk menukar nama plaintif pertama yang sudah meninggal dunia kepada nama isterinya iaitu ibu Sabira, Saadiah Hamid.

Mengikut fakta kes, Sabira yang ketika itu berumur 32 tahun bertunang dengan Muzammir, 31, pada 27 Oktober 2001 dan mereka dijadualkan berkahwin pada 29 Disember 2001.

Bagaimanapun, sembilan hari sebelum tarikh perkahwinan, Muzammir dan ayahnya, Salleh, dari Kampung Alor Tampang, Beseri, didakwa membatalkan majlis itu sehingga mendatangkan aib dan kerugian kepada keluarga Sabira.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


find7707 This user has been deleted
Post time 28-9-2006 09:58 AM | Show all posts
sian dia..... mmg patut tuntut ganti rugi... main2kan anak org je
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by estrellas at 28-9-2006 09:56 AM
Wanita saman bekas tunang RM1,160


KANGAR: Seorang wanita menyaman bekas tunangnya menuntut ganti rugi kerana memutuskan pertunangan dan membatalkan majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya di ...



kes sama dgn. hat beberapa bulan lepas ka?

sat nak cari kes tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 10:12 AM | Show all posts

Reply #628 estrellas's post

aku rasa minah nie buleh juin ina epilepsi dengan norlida.. tubuh persatuan....!

kui kui kui

Persatuan Anak Dara Putus Tunang ( PADUT )
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 10:18 AM | Show all posts
Originally posted by jj at 28-9-2006 10:12 AM
aku rasa minah nie buleh juin ina epilepsi dengan norlida.. tubuh persatuan....!

kui kui kui

Persatuan Anak Dara Putus Tunang ( PADUT )


Norlida tu dia tak jadi saman asmawi kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 12:35 PM | Show all posts

Reply #632 alahai's post

tah... sembang saja kot...!
bukti mender pun tarak... nak saman apa
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 08:29 AM | Show all posts
Ina kena marah

Oleh: NOR FADZILAH BAHARUDIN

揑NA terima banyak mesej dan surat yang marah-marah Ina. Mereka kata Ina nak glamorlah, muka tak cantik sangatlah dan macam-macam,
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 08:36 AM | Show all posts
Selebriti wooo....;)
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 08:38 AM | Show all posts
Originally posted by que_sha at 29-9-2006 08:36 AM
Selebriti wooo....;)


..... sapa dah dgr lagu tu? share la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2006 08:43 AM | Show all posts
[quote]
揇ulu Ina hanya gadis biasa, tetapi kini Ina dah berubah sedikit. Sambutan raya mungkin lebih meriah,
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 08:46 AM | Show all posts
sape ade lagu xpunya siapa tuh? share2
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 08:47 AM | Show all posts
Originally posted by estrellas at 29-9-2006 08:46 AM
sape ade lagu xpunya siapa tuh? share2


Lagu apa...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 08:49 AM | Show all posts
Owhh dah ada d pasaran...;)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.116101 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list