CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 1-7-2008 01:51 PM | Show all posts

Reply #619 ustaz's post

ya tak ya jugak ya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2008 02:33 PM | Show all posts

Reply #619 ustaz's post

Unta? Silap - silap batal terus. Kena qada' next time pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 02:39 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 1-7-2008 01:50 PM
Ya..Allah..
Betul jugak ye..
Itulah sebabnya kalau nak pi Umrah or Haji...eloknya ambil Pakej yang duduk
berasingan suami isteri...
Tapi kalau ALLah nak menduga tak kira duduk sebilik ke or  ...


terima kasih kak azie kerana berkongsi pengalaman peribadi anda...
moga kita manafaatkan darinya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 02:42 PM | Show all posts


10) Hendaknya ketika di Masjid Al-Haram dan Masjid Nabawi,
      memperbanyak menegakkan shalat lima waktu berjamaah dan shalat nawafil (sunnah),
      karena besarnya keutamaan pahala, yang dalam berbagai riwayat hadits dikatakan,
      kebaikannya seratus ribu kali lipat daripada shalat di masjid lainnya.
      Adalah hal yang perlu menjadi perhatian, karena Jemaah Haji  Malaysia, rata-rata lebih sibuk berbelanja
      di Makkah dan Madinah, terlena oleh murahnya harga-harga barang dagangan,
      berupa souvenir perhiasan emas, dan jam tangan  daripada tekun melakukan Perkara wajib dan sunnah Haji.
      Seberapa banyak wang dan tenaga yang telah habis tercurahkan untuk Niat Mengerjakan Haji,
      namun seperti tidak ada lagi manfaatnya, setibanya di tanah suci, justeru tdisibukkan oleh hobi belanja
      daripada hobi berzikir dan shalat nawafil.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 03:39 PM | Show all posts

Reply #616 aziefa's post

maknanya kena register dahulu di tabung haji.....pastu baru cari agensi yg tawarkan pakej haji..klu ikut kouta tabung haji,mesti
lambat lah boleh pergi kan.........
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 03:43 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 1-7-2008 01:36 PM
Saya tak setuju kalau haji ini dibuat sebagai hadiah honeymoon....
sebabnya... kebarangkalian kena dam seekor unta teramatlah tinggiiii.... hehehehee...


ustaz..ustaz..kenapa kena dam seekor unta ni??
huraikan lah ustaz..kenapa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2008 03:53 PM | Show all posts

Reply #625 rinafarha1709's post

Betul tu rina..
Adik beradik Akak Daftar Haji pada Tahun 2006.
Kalau ikut kat Borang tu dapat pergi 2014.
Tapikan Tahun tu mungkin akan lebih cepat lagi sekiranya setiap tahun
Kerajaan Malaysia dapat tambahan kuota..
Insyallah..yang pasti Niat nak pergi Haji tu mesti ada...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 04:17 PM | Show all posts
nak suggest bakal2 haji membaca bukul..the Pilgrimage by Dr. Ali Shariati

motivasi ibadat haji...memang special

i
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2008 04:42 PM | Show all posts
mcm mendap je umah ustaz
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 04:44 PM | Show all posts
Rasanya page ni mendap...banyak posting tak dapat baca...
Macamana ni Tuan Tanah ??
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 04:49 PM | Show all posts
Semua ini adalah rezeki semata2....
telah tertulis di dalam qadaq dan qadar...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 04:57 PM | Show all posts
Haji:
Ia adalah rukun kelima dari rukun-rukun asas Islam dan ia mempunyai keistimewaan dengan menghimpunkan kesemua rukun-rukun yang lain.

Pengertiannya dari sudut bahasa:
Menuju kepada Allah Yang Maha Agung.

Pengertiannya dari sudut istilah syarak:
Menziarahi tempat-tempat tertentu pada masa-masa tertentu dengan melakukan pekerjaan-pekerjaan tertentu.


Kelebihan Haji:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
(Sesiapa yang mengerjakan Haji dan dia tidak mencampuri isterinya serta tidak melakukan maksiat, dia akan kembali sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya).

Syarat-syarat Wajib Mengerjakan Haji:

Islam
Berakal
Berkemampuan
Merdeka
Baligh


Bentuk-bentuk Berkemampuan:


Selamat tubuh badan
Aman perjalanan
Tidak ditahan
Terdapat mahram atau suami bagi perempuan
Tidak berada dalam idah bagi perempuan


Syarat-syarat Sah Mengerjakan Haji:

Islam
Berihram
Masa (Miqat ihram menepati masa)
Tempat (Miqat ihram mengikut tempat)
Mumayyiz
Berakal
Boleh melakukan pekerjaan dengan sendirinya melainkan ketika keuzuran
Tidak bersetubuh


Cara-cara Mengerjakan Ibadat Haji:

Ia terdiri dari tiga cara iaitu:
1- Ifrad: Iaitu berniat Haji sahaja.
2- Tamattu': Iaitu berniat Umrah terlebih dahulu (iaitu dia berihram Umrah dari miqat yang ditetapkan untuk negerinya kemudian dia bertahallul dari ihram tersebut seterusnya berihram untuk Haji dari Mekah).

Dinamakan sebagai Tamattu' kerana dia memilih cara yang membolehkannya untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram di antara Umrah dan Haji.


3- Qiran: Iaitu berniat Haji dan Umrah bersama-sama (iaitu berihram Haji dan Umrah bersama-sama secara serentak).

Firman Allah Taala:

(فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْي فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَة ٌذَلِكَ لِمَنْ لَمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ)

Yang bermaksud:
Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidilharam (Mekah). (Surah Al-Baqarah, Ayat: 196).

Jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran dan Tamattu' diwajibkan menyembelih kambing biri-biri (dam) sebagai tanda syukur kepada Allah Taala kerana dia berjaya mengerjakan Umrah dan Haji pada bulan-bulan Haji dengan baik serta di dalam satu perjalanan musafir, sekiranya dia tidak mampu menyembelih dam, dia hendaklah berpuasa selama tiga hari pada musim Haji dan tujuh hari selepas dia pulang ke tanah airnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 04:58 PM | Show all posts
ok page dah ok..ustaz cepat ustaz huraikan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 05:00 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 1-7-2008 03:53 PM
Betul tu rina..
Adik beradik Akak Daftar Haji pada Tahun 2006.
Kalau ikut kat Borang tu dapat pergi 2014.
Tapikan Tahun tu mungkin akan lebih cepat lagi sekiranya setiap tahun
Kerajaan Malays ...

tu dia akak..daftar 2006...2014 baru dpt pergi..lamanya kena tunggu
baik rina daftar dari sekarangkan......
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 05:01 PM | Show all posts
Persediaan Untuk Musafir Haji:
Sebelum musafir untuk mengerjakan Haji bakal jemaah Haji hendaklah melakukan perkara-perkara berikut:

1. Kembali kepada Allah dengan bertaubat dari segala dosa-dosa.
Mengembalikan hak-hak dan apa yang diambil secara zalim kepada tuan-tuanya.
Jaminan perbelanjaan Haji dari rezeki yang halal lagi baik.
Mempunyai teman yang solih cintakan kepada kebaikan dan boleh membantunya.
Berjanji untuk:
Tidak akan melakukan maksiat selama-lamanya.
Tetap berpegang dengan sunnah Nabi s.a.w.
Ikhlas mengerjakan Haji kerana Allah Taala dan tujuan serta niat hendaklah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
Memberi penumpuan semata-mata untuk beribadat.
Tidak berbantah, bergaduh, bertengkar dan sibuk dengan orang ramai.
Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Musafir Dan Doa-doanya:

Orang yang musafir sunat mengucapkan selamat tinggal kepada kaum keluarganya, kawan-kawannya serta kenalan-kenalannya.
Orang musafir berkata kepada orang yang dia tinggalkan:
(استودعكم الله الذي لا تضيع ودائعه).

Orang yang bermukim pula menjawab kepada orang yang musafir:

(استودع الله دينك وأمانتك وخواتيم عملك، في حفظ الله وكنفه زودك الله التقوى وغفر ذنبك ووجهك للخير حيثما توجهت).

Sebelum bertolak dia disunatkan mendirikan sembahyang sunat musafir sebanyak dua rakaat, pada rakaat yang pertama dia membaca (....قل يا أيها الكافرون) dan pada rakaat yang kedua pula dia membaca (....قل هو الله أحد) selepas membaca Al-Fatihah.
Selepas selesai sembahyang dia membaca ayat Al-Kursi.
Ketika keluar dari rumahnya dia membaca:
(بسم الله، توكلت على الله، لا حول و لا قوة إلا بالله، اللهم إني أعوذُ بكَ أن أَضِلَّ أو أُضلَّ أو أَزِلَّ أو أُزَلَّ، أو أَظلِمَ أو أُُظلَمَ، أو أَجهَلَ أو ُيجهَلَ عَلَيَّ).

Kemudian selepas menaiki kenderaan dia bertakbir sebanyak tiga kali:
(الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر)

kemudian dia membaca:

(سبحان الذي سخر لنا هذا و ما كنا له مقرنين و إنا إلى ربنا لمنقلبون، اللهم هون علينا سفرنا هذا و اطوِ عنا بعده، اللهم أنت الصاحب في السفر والخليفة في المال والأهل، اللهم إني أعوذ بك من وعثاء السفر وكآبة المنظر وسوء المنقلب في المال والأهل).

Kemudian dia membaca ayat Al-Kursi, surah Al-Ikhlas, surah Al-Masad dan surah An-Nas.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 05:03 PM | Show all posts

Reply #634 rinafarha1709's post

Daftar sekarang...
By the time nak pergi...mungkin dapat pergi bersama suami..
Dah kahwinlah tu..
Insyallah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2008 05:07 PM | Show all posts

Reply #625 rinafarha1709's post

Masa register ngan Tabung Haji tu memanglah kita akan dimaklumkan tahun bila boleh pergi, memang terkejut kena tunggu lama...
Tapi selalunya Tabung Haji akan hantar surat lepas tu, tanya kita bila kita nak pergi.... kalau rasanya dah bersedia tahun depan ke bila ke just maklumkan kat Tabung Haji... InsyaAllah dapat...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 08:48 AM | Show all posts
Originally posted by rinafarha1709 at 1-7-2008 03:43 PM


ustaz..ustaz..kenapa kena dam seekor unta ni??
huraikan lah ustaz..kenapa?



rina......dh p hamimun taw je la.....baru kawin kan....takut berlaku hubungan suami isteri sebelum tahallul je..tu yg kena dam seekor unta tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 11:37 AM | Show all posts


11) Hendaknya menjaga lisan dari mengucapkan kata-kata yang tidak bermanfaat dan
      saling bantah membantah dengan jamaah haji lainnya.
      Haji adalah sebuah rangkaian ibadah yang memerlukan lebih kesabaran, dan ketulusan untuk
      menjaga lidah dari perangai buruk dan perkataan yang menjurus kasar lagi menyakitkan.
      Hendaknya rangkaian ibadah itu, tidak tercoreng dan menjadi cacat,
      dan jauh dari nilai-nilai hajjan mabrura, karena tidak mampu menjaga kesabaran.
      Sebagaimana Allah swt berfirman:
      "(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi (Syawwal, Zulkaedah, dan Zulhijjah),
      Barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan haji itu akan mengerjakan haji,
      maka tidak boleh rafats (mengeluarkan perkataan yang tidak senonoh atau bersetubuh),
      berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji.
      Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya.
      Berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa, dan
      Bertakwalah kepadaKu hai orang-orang yang berakal
      (QS.Al-Baqarah:197).

[ Last edited by  aziefa at 2-7-2008 11:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 11:49 AM | Show all posts
Demikianlah 11 Bekal utama, yang semoga bermanfaat bagi calon-calon haji
yang hendak menunaikan Rukun kelima dari Rukun Islam yang lima.
Semoga mereka yang akan berangkat Haji menuju Baitullah Al-Haram, mendapat keridhaan di sisiNya,
dan dimudahkan jalannya, dan diampuni segala dosa-dosanya,
sehingga kelak ketika pulang kembali ke tanah air,
tampak perangai mereka yang lebih baik dari sebelumnya,
ringan tangannya untuk bersedekah,
besar kesabarannya dalam mengarungi lika-liku kehidupan yang penuh aral melintang dan cobaan,
serta peka terhadap nasib kaum miskin dan anak yatim yang selama ini terpinggirkan .
Dan perangai-perangai itulah sebagai bukti bahwa mereka mendapat Haji yang Mabrur...
Insyallah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.064233 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list