|
Reply #619 khaly's post
Kalau ader kesempatan.. nak jumpe Kak Lily.... |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum apa-apa, sebagai moderator nak bagitahu, komen yang ditulis ini untuk kak lily.
"assalamu`alaikum kak lily
Alhamdulillah, walaupun dihambat dengan berita sedih (kematian kakak ipar dan anaknya), dan bebanan kerja, saya berjaya menghabiskan novel kak lily. sebelum bagi komen & kritikan, saya memang berhajat untuk menghabiskan kedua-dua novel kak lily dengan alaf21
antara 'Moga kau mengerti' dengan 'Epilog Cinta', terus terang saya katakan, saya kira Epilog Cinta jalan ceritanya jauh lebih baik.
1. Moga Kau Mengerti
Saya suka permulaan cerita tentang kisah cinta muda-muda Adeena & Kamali, cuma saya rasakan sepatutnya prolog novel tu, cerita Adeena bertemu Kamali, tidak patut diletakkan untuk lebih mewujudkan unsur saspens lagi..Yelah, watak Kamali pada permulaan cerita seolah-olah sangat baik, cuma bila dah kahwin dengan Adeena baru terserlah belangnya...Jadi untuk ada unsur saspens lagi, saya rasa prolog tu, tak perlu kut, supaya pembaca terkejut bila tahu Kamali bertukar sikap.
Watak Kamali - mula2 tu digambarkan baik sangat, sampai siap berpesan dengan Adeena, jangan tinggal solat...saya baca pun terasa impress, dan saya rasa agak terkilan perangai Kamali tu bertukar seganas-ganasnya. Mungkin dari mula waktu zaman sekolah tu, ada Kamali tunjuk sikap personality disordernya tu sedikit. Sebab bagi saya, multiple personality disorder ni, dgn dalam cerita tentang Ayah Kamali yang kerap baran, kalau benar Kamali mewarisi sifat baran tersebut, mungkin patut dari awal ditunjukkan sedikit demi sedikit.
Watak Adeena - Saya kira watakanya terlampau pasrah dengan keadaan dgn Kamali, dan tidak reti membaca hati walaupun Dr Adib ada di hadapan mata. Kalau benar suka Dr Adib kenapa tidak menolak Kamali?
Dr Adib - lebih molek saya kira kalau digambarkan senior medical officer, doktor yang assist dr adib ke. sebab rasanya susah nak cari dr pakar yang belum kahwin kat KL ni, terutamanya yang kerja kat hospital swasta. Terlampau romantik macam hero Hindustan, hehe...Rasanya tak ramai laki Melayu macam tu.
Susana - Persekitaran kerja Adeena superb! Sebab Kak Lily sendiri bekerja sebegitu. Cerita liposuction, macam baca rencana ilmiah yang santai. Best!
Timeline - saya nak tahu sangat kenapa adeena terlampau mengharap pada kamali..sepatutnya ada cliche di sini, mungkin bertahun-tahun bercinta, kemudian ditinggalkan tanpa sebarang cerita lebih membawa erti kut...
Ending - bagus, memang saya pun prefer dengan Dr Adib, tapi lama sangat Adeena memendam rasa, tu saya tak suka sangat. Satu lagi, saya rasa cerita Kamali jadi sebegitu (pukul isteri) kena develop lebih lagi, ataupun buat macam gaya Ramlee Awang Murshid tentang persomnality disorder, macam ada dua watak berbeza yang sebenarnya satu. Memang superb saya rasa sebegitu, mesti ramai terperanjat..
Saya lebih suka kalau jalan ceritanya Adeena dah perasan dalam pencarian cinta sebelum bernikah yang Kamali panas baran dan segalanya, ini digambarkan semuanya baik ttg Kamali sebelum kahjwin, tapi lepas kahwin sebaliknya. Adeena sempat berkahwin dgn Dr Adib sebelum diseksa jiwa raga dgn Kamali ke..hehe, macam cerita Hindustan la pula.
End note pula, mungkin Kak Lily boleh tambah cerita tentang multiple personality disorder, macam mana berlaku adanya MPD tu, dan support dengan statistik orang MPD di malaysia ni
jalan ceritanya, memang saya dapat predict, tambah-tambah dengan sinopsis belakang kulit buku tu...waduh, baca sinopsis boleh tahu jln cerita, boleh agak ending macam mana.
2. Epilog Cinta
berjurai air mata baca yang ni. especially last chapter tu...ni saya tak nak komen banyak, sebab saya rasa buku ni superb. saya suka segala-galanya, cuma satu sahaja, saya nak cerita karmila dipanjangkan..bukan setakat melangkau sampai 13 tahun, dan kemudian anaknya adilla sudah besar. saya lebih suka nak tahu apa jadi pada nenek sapiah, adakah timbul keinsafan tentang kisah cerita karmila setelah bernikah dgn fakri. tentang mak karmila, tentang perjuangan karmila. satu je la, karmila terlampau pasrah...nak tahu juga macam mana dengan adik-adik karmila..ni mmg akan jadi panjang, tapi cerita karmila sahaja cukup utk satu novel. saya suka percintaanya dgn aidit, cukup halus dan terusik hati tapi tahu saling menyintai. saya cuma rasa sedih karmila dan aidit tak sempat bersatu sbg suami isteri...hmph, ni boleh jadi idea utk buku baru kak lily ni...tukar je nama watak tu..hehe..sinopsis buku ni pun tak give away semua jalan cerita...
tapi, cerita adillla pun menarik, saya suka olahannya.
terima kasih kak lily atas buku-buku tersebut. ini sajalah review yang saya dapat bagi..tak sepanjang mana esp epilog cinta tu..
harap kak lily dapat terima pendapat saya
wassalam"
[ Last edited by mardhiah12 at 17-5-2008 08:13 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #623 minahleter\ catat
haah, baru baca. ehsan kak lily
huhuhuhu
sebenarnya tak pernah beli alaf21, sebab in my personal opinion, aku tak minat gaya penulisan alaf 21 dulu
ramai orang beli, tapi citarasa aku kut pelik
bila ada generasi penulis baru ni, macam best la pula |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mardhiah12 at 19-5-2008 06:07 PM
haah, baru baca. ehsan kak lily
huhuhuhu
sebenarnya tak pernah beli alaf21, sebab in my personal opinion, aku tak minat gaya penulisan alaf 21 dulu
ramai orang beli, tapi citarasa aku kut peli ...
faz pernah baca buku MencAri Diri tulisan lily haslina ni.. tapi dah hilang :@ mana nak cari buku lama ni. kalo x silap terbitan cesb.. mar suke epilog tu siap kata tahap superb.. kenepa ye.. kawan faz ada baca, komen dia buku ni matang sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #625 fazlyn84\ catat
ada orang berbeza pendapt. pendapat mar, buku epilog cinta ni ramai tak suka sebab macam berat sikit. dan lenggok bahasa dia sangat bagus...macam lenggok bahasa zaman kak lily bawah dbp. lebih prefer dari moga kau mengerti..tu kata, cita rasa orang berbeza |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #625 fazlyn84's post
faz, kat cesb dah takde ek? kita pun ada copy mencari diri ni.
tapi mcm mar gak.. org lebih suka epilog dari mkm. suka sgt dgn watak karmila. mungkin sbb kisah mcm dlm epilog tu, lain sikit dari yg lain kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mardhiah12 at 21-5-2008 03:31 PM
ada orang berbeza pendapt. pendapat mar, buku epilog cinta ni ramai tak suka sebab macam berat sikit. dan lenggok bahasa dia sangat bagus...macam lenggok bahasa zaman kak lily bawah dbp. lebih pr ...
cerita mkm tu sselera orng mudo sikit kot
mcm epilog tu memang pernah baca.. really drama air mata. rasenya dlm alap 21 tak der sape kot boleh tulis stail yg begitu. maksud faz bahasa dia |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by silencez at 21-5-2008 03:36 PM
faz, kat cesb dah takde ek? kita pun ada copy mencari diri ni.
tapi mcm mar gak.. org lebih suka epilog dari mkm. suka sgt dgn watak karmila. mungkin sbb kisah mcm dlm epilog tu, la ...
ingat-ingat lupe Mencari Diri. tapi citernya lebih kurang pasal yana yg terjatuh cinta dgn senior nama azmi kan.. citer tu best sebab dpt bayangkan detik dayana menyewa rumah setinggan pantai dlm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #629 fazlyn84's post
last heroin naik keretapi kan? dah tu sambil baca surat balik karang check. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #629 fazlyn84's post
Ada ku beli buku tu dulu2,
tp..bila kucari2 blk kt kg ari tu..x jumpa
Faz, Sil,
Kisahnya psl yana yg cr asal usul dirinya org minangkabau kn??
sori klu silap..ingat2 lupa |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #631 dyea\ catat
itu kak lily tulis ke?
tapi ending tak kick sangat
cerita tu macam biasa je
cuma alunan bahasa memang best
cuma ending biasa je la |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #633 silencez's post
adoi makin fenin aku...ni korang cite pasal buku apa ....camana ler time ni aku tersesat kat sini... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #634 kaypo's post
ha ha ha kay tu pasal novel - mencari diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #635 silencez's post
macam kena kat aku jer...time time ni aku masok pun...tgh mencari diri ku... |
|
|
|
|
|
|
|
ni komen aku untuk epilog cinta. sebelum tu kasi disclaimer sikit: ni pandangan peribadi kuseorang aje.. untuk kak lily baca
assalamualaikum kak lily,
Saya baru habis baca semalam buku Epilog Cinta. Memang melekatlah buku ni dengan saya selama 2-3 hari lepas. Ini nak utarakan komen untuk buku akak
Watak:
Karmini, ibu kepada Karmila
- intro mengenai Karmini dan Daeng Amid ni well developed juga, sebagai basis kisah Karmila
- watak Karmini ni pun saya rasa OK, sebab zaman dulu, memang patuh dengan orang tua. Jadi bila dah ada kisah cinta terhalang Daeng Amid-Karmini dan Karmila dilahirkan zaman perang, jadi a good basis kenapa Karmini ni jadi tak sayang dengan Karmila. Sebab dia anggap Karmila ni anak yang malang.
Daeng Amid
- watak dia ni a good support
- cuma kalau dikembangkan kisah Karmila yang dijaga masa kecil oleh Daeng Amid, mungkin lagi terkesan. tak perlu panjang pun kisah tu, maybe satu bab, supaya terkesan di hati pembaca kasih seorang bapa terhadap anaknya, dek kerana anaknya tak dapat menumpang kasih ibu
Karmila Daeng Amid
- watak yang sangat patuh terhadap ibu bapa, watak ni nampak hidup kerana dia hidup di zaman yang memang memerlukan kepatuhan terhadap ibu bapa.
- saya rasa Karmila ni macam watak Mazni dalam Badai Semalam, tak tahu kenapa.. resemblance macam banyak sama, mungkin sebab watak Karmini dan Mazni ni memang banyak cabaran. This is one high praise indeed, sebab watak Mazni tu saya baca masa saya darjah 4, tapi kesannya masih melekat sampai sekarang. cuma watak Karmila ni, dia tak ending macam Mazni, di mana Mazni ambil keputusan untuk hidup dengan haluan sendiri.
- tiap2 kali baca bab Karmila, mesti saya menangis. mujur tak banjir aje, mmg hati dia putih sangat.
Aidit Zahari
- watak yang agak menarik. Saya kira menarik sebab terselit kisah dia dengan Karmila. Bukan sekadar watak sokongan kosong sahaja; maknanya berkait dengan plot.
- Cara akak kembangkan watak Aidit ni pun saya setuju. Biar singkat kisah Aidit menjadi kaya, tapi terkesan dan kita sebagai pembaca tidak tertanya-tanya bagaimana Aidit/ Datuk Eddy boleh menjadi kaya.
Fakri
- watak yang membuat pembaca bencikan dia sampai saya pun malas nak komen, rasa benci meruap-ruap betul kat si Fakri ni.
- cuma tertanya-tanya, betul ke dia ni insaf di hujung cerita?
Cempaka Adila Zahira
- watak gadis moden yang memberontak. basis kenapa dia memberontak pun saya faham, kerana bapanya.. sebab basis ni dah dibina semasa akak menulis kisah Karmila- Fakri
- cuma saya ralit sikit, memangla Adila nih model, tapi mungkin kak lily boleh tone down sikit, supaya terselit nilai keislamannya. Saya tahu Adila ni jaga sembahyang, cuma saya kureng suke bila dia pakai baju yang agak ketat. Mujur juga agak munculkan watak Hizairi sebagai penasihat pasal bab-bab ni.
Hizairi @ Zack
- Hizairi ni macam lelaki yang berpendirian tegas tetapi lembut
- sesuai untuk Adila, ni mmg tak dinafikan sebab Adila bersifat keras tetapi Hizairi ni bersifat lembut, cuba untuk melentur sedikit demi sedikit
Persekitan/setting
- Melaka: superb! confirm saya tahu semua tempat yang akak sebut, sebab suami saya orang sana.. hehehe, tiap-tiap bulan balik Melaka dah tau semua nama jalan atau bangunan yang akak cerita dalam buku tu. Confirm akak tak tipu. Thumbs up!
- dunia modelling: mungkin sebab kak Lily ada background sebagai editor majalah, dan dah biasa model shooting ni, saya rasa informatif bila tau pasal dunia modelling dalam buku ni. Memang boleh bayangkanlah bila Adila buat set penggambaran di studio tu!
Plot/jalan cerita
- Saya ni mengelat, baca hujung novel. Baca hujung novel, dah bercucuran air mata, tu belum mula baca lagi. Cuma bila saya baca dari mula sampai habis, makin bercucuran air mata bila menghayati kisah 3 generasi ni. Sudahlah baca novel akak time saya tengah perah susu, boleh menangis tiap2 kali perah susu tu.
- Saya memang menangis bila baca bab yang ada kisah Karmila lepas dia kahwin dengan Fakri
- Plot memang well developed, saya tak berani nak komen banyak, sebab rasanya banyak dah saya komen kat watak-watak tu (refer watak Daeng Amid & Adila)
- plotnya agak berat, tapi saya suka. Saya rasa buku ni memang banyak menyebabkan kita reflect diri kita sebagai orang perempuan. Dan memikirkan mengenai mereka yang hidup zaman dulu-dulu, membandingkan diri yang bertuah hidup di zaman sekarang.
- cuma cam mar tulis, nak tau gak ending kisah nenek Sapiah yang dok banggakan pasal keturunan dia tu
Gaya bahasa:
- Pantun tiap2 bab, seronoknya hayati. Pantun Aidit tu pun seronok dibaca
- Gaya bahasa tersusun, superb.. sesuai dengan jalan cerita
Ok dah la kak, panjang betul saya review. Ni baru nak start baca 2nd novel akak ye |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #636 kaypo's post
kay, mencari diri ni pun wa suka gak. kisah zaman kat u. secret2 admire senior junior.. malu tapi mahu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #639 silencez's post
tapi ending biasa je la
patut buat si yana tu couple betul2 dgn laki tu
baru best, hehehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|