CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 25/9/24)

[Copy link]
Post time 22-11-2020 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Lor rafik tu ada mslh mental rupanya. Ingatkan kena kaco hantu. Kiki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 01:58 PM | Show all posts
Penghidap skizofrenia gamaknya si rafik tu....berhalusinasi

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 11:02 PM | Show all posts
Lama tak masuk bod ni, dah ada sambungan rupanya

Fendi tu masih macam tu ke? Selamba badak dengan makhluk ghaib

Mental rupanya si Rafik tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
abis jugak teman baca benang ni.

teman teringin benor nak nengok muka fendi tu. ajer geram benor dengan perangeinya.

bestnya cerita TT. keep it up. kira minggu ni takde sambungan ye? lamanya nak nunggu update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2020 10:12 PM | Show all posts
Disebabkan aku agak free sikit walaupun esok kena buat exam berkaitan dengan training...makanya aku update la satu episod dulu ye untuk korang. Selebihnya kena la tunggu weekend ye



Kisah Am Bahagian 7


Setelah kejadian nyaris dibunuh Rafik, mereka berempat membuat keputusan untuk mula exercise dan makan berlebihan supaya mereka tidak diperkotak katikkan oleh seseorang yang berbadan sado lagi.

Tentulah insan yang paling tak ada masalah untuk makan berlebihan ni ialah Fendi…kalau setakat habiskan 3 pinggan nasi kandaq dalam sekali harung tu memang tak menjadi hal pada dia. Siap boleh tambah pasemboq atau laksa lagi untuk minum petang. Memang dasar bela anak jin mamat tu…badan tak gemuk2.

Lan juga telah berpindah sebilik dengan Farid. Pada awalnya Am mahu sebilik dengan sepupunya, akan tetapi Lan menyatakan dia sanggup fight dengannya untuk tidak sebilik berdua saja dengan Fendi yang terlebih angker itu.

Setelah Am beralah untuk menyelesaikan perselisihan kecil mereka itu, keadaan di rumah bujang itu kembali aman makmur dan bahagia seperti ending cerita fairy tale, happily ever after.

Sehinggakan makcik2 bawang menjadi pishang kerana mereka tak dapat nak mengumpat budak2 di rumah bujang itu lagi. Terdapat juga yang membuat konklusi bahawa makhluk2 yang mereka nampak sebelum ni hilang bersama2 dengan Rafik.

Namun, sangkaan mereka itu ternyata silap…ia hanyalah ketenangan sebelum dilanda ribut (calm before the storm). Ketenangan yang dinikmati mereka berempat itu hanya mampu bertahan selama 1 semester sahaja.

Pada satu malam yang telah ditakdirkan, mereka berempat baharu sahaja pulang dari menonton wayang Senario The Movie...bagaikan tidak ada apa2 yang bakal terjadi kepada mereka pada malam itu. Aman bahagia gelak besar di tengah2 malam sambil bertepuk2 bahu. Ingke la kirenye dalam bahasa orang Perak.

Lan selaku tukang buka pintu rumah mereka, tiba2 saja badannya kaku tidak bergerak setelah daun pintu dibuka

“Kau dah kenapa, Lan?”, tanya Farid yang kehairanan melihat kawannya itu kaku begitu.

Am cuba menolak Lan ke tepi sambil berkata, “engkau jangan nak buat lawak la lepas tengok movie tadi…tak kela…”.

Belum sempat dia menghabiskan kata2nya, matanya telah terpaku pada kelibat seperti perempuan mati tergantung pada kipas angin ruang tamu rumah mereka.

“Korang rasa dia hidup lagi tak?”, tanya Fendi.

Sekaligus membuatkan mereka bertiga mengusha muka Fendi. Kecik besar je diorang tengok mamat tu.

Lalu Am dengan sinis berkata, “kau pergi la test rasa nadi dia”.

“Ok”, kata Fendi dengan nada riang ria sambil kakinya sebelah mula melangkah masuk ke dalam rumah.

Dengan pantas Am menarik lengan Fendi sebelum dia melakukan kekarutan pada kelibat yang dilihat oleh mereka berempat itu.

Lan: Kau rasa ni orang ke hantu?
Am: Kita kena tonggeng tengok lagi kot?

Lalu 2 ekor budak pandai itu menonggeng melihat kaki kelibat berupa perempuan itu.

Lan: Sah…tak jejak lantai.
Farid: Memang la tak jejak lantai, mangkok ayun berdua oiii…kan tengkuk dia tergantung kat tali tu?
Am: Habis tu? Nak pasang lampu ke? Kalau muka dia brutal macam mana?
Fendi: Korang takut apa? Aku kan ada? Hero rumah bujang kita ni? Kita tak perlu takut pada apa pun melainkan pada kemurkaan Allah .

Kata2 dakwah dari seorang mamat dense tu menyebabkan mereka bertiga macam geram je nak letup muka mamat tu. Tapi hasrat mereka itu terpaksa dibatalkan mengenangkan tangan dan kaki Fendi lebih panjang dari mereka…silap2 mamat tu yang letup muka mereka bertiga terlebih dahulu.

Am: Apa kata kita report polis?
Farid: Nak cakap yang hantu kacau rumah sewa kita ke? Korang teringin nak tinggal berjiran dengan Rafik? Aku tak nak.
Lan: Kalau korang nak panggil polis, aku tau mana rumah polis kat sini. Kita mintak tolong je dulu.
Am: Aku rasa tu lagi cantik...cepat, bawakkan kitorang ke rumah polis tu.

Selang berapa minit kemudian, mereka tiba di hadapan rumah Ayu. Timbul rasa berdebar2 di dalam hati mereka kerana hendak mengganggu jiran tetangga yang tidak berapa mereka kenali di tengah2 malam pula tu.

Di dalam kesaspenan itu, Fendi dengan selamba je mengetuk pintu dan memberi salam.

Fendi: Assalamualaikum…kat rumah ni ada polis ke?
Kpl Razi: Wa’alaikummusalam…nak cari polis pergi balai la…kenapa pulak datang rumah ni? Kacau orang malam2 buta…tak tau ke ni malam jumaat?
Fendi: Ooo…tengah baca yassin ke? Kitorang boleh tunggu (muka innocent).

Setelah beberapa awkward moment berlalu, pintu rumah tersebut dibuka. Kelihatan Koperal Razi bermuka frust sedang membetulkan kain pelikatnya dan seterusnya menyarungkan tshirt pagodanya.

Kpl Razi: Hah…apa hajat angpa semua ni mai rumah tengah2 malam macam ni? Awat tak pi balai terus?
Am: Macam ni…kat ruang tamu rumah kami tu ada macam kelibat perempuan bunuh diri.
Kpl Razi: Hah…kalu lagu tu angpa pi la report polis. Buat pa pulak kacau aku?
Lan: Tapi kitorang tak pasti tu orang ke hantu.
Kpl Razi: Bukan susah kalau nak tau tu hantu ke orang…angpa semua tengok depan cermin, nampak la muka hantu tu.

Suasana bertukar menjadi “krik2” sebentar, kemudiannya Koperal Razi pasrah saja mengikut kehendak mereka berempat itu.

Setibanya mereka di rumah sewa tersebut, Koperal Razi terus memetik suiz sambil berkata, “lampu pun tak pasang…mana nak tau hantu ke tak?”.

Pap...! Suis lampu dipetik, sekaligus cahaya lampu menerangi ruang tamu rumah bujang mereka.

Kpl Razi: Angpa pejam mata pasai pa? Tak dak menda apa pun? Angpa ni betui buang masa aku lah…
Lan: Encik cuba la tengok sampai dapur ke…bilik ke…kot2 dia merayap pergi tempat lain ke.
Kpl Razi: Apa punya pengecut la angpa semua ni…tu lah orang suruh khatan dengan tok mudim, angpa pi berkhatan dengan doktor. La ni perangai pun dah tak serupa jantan.

Koperal Razi berterusan membebel2 sambil membuka pintu bilik serta memetik suis lampu bilik dan seterusnya membuka lampu dapur.

“Hah…mana hantunya? Kata ada pompuan bunuh diri tadi…mana?”, tanya Koperal Razi kepada mereka berempat sambil mencekak pinggangnya.

Mereka hanya mampu menggaru2 kepala mereka yang tidak gatal itu sambil memeriksa tempat2 yang telah dipasang lampu oleh Koperal Razi tadi.

“Angpa ni memang saja la nak buat leceh…patutnya persatuan penduduk sini banned spesis2 macam angpa semua ni”, rungut Koperal Razi yang masih geram kerana plannya pada malam tu telah dirosakkan oleh makhluk berempat itu.

“Hah…ada pun awek tadi…tu kat belakang encik”, tegur Fendi.

Keadaan kembali menjadi saspen, menyebabkan Am dan Farid berundur membelakangi dinding. Manakala Lan pula, terus jatuh pengsan di atas lantai.

Perlahan2 Koperal Razi memusingkan badannya 180 darjah…riak mukanya serta merta berubah dari bengang kepada terkejut.

Dengan pantas dia berundur ke belakang dan cuba mencapai pistol di pinggangnya…akan tetapi, tiada pistol di situ kerana dia tidak memakai uniformnya…tambahan pula dia juga off duty pada malam tersebut.

Kemudian dia baharu saja teringat, hal seumpama ini tidak ada di dalam job scope kerjanya sewaktu dia menandatangani surat tawaran kerja dahulu. Dia juga merasakan perkara ini tidak ada kaitan dengan hidup matinya serta ahli keluarganya.

Dengan pantas, Koperal Razi berlari meninggalkan rumah bujang mereka dan kembali ke pangkuan isterinya...dia juga menyuruh isterinya supaya tidak melayan lagi sesiapa saja di antara kelima2 hantu dari rumah bujang tersebut.

Am dan Farid tergamam melihat Koperal Razi meninggalkan mereka menguruskan kejadian angker itu sendiri.

Manakala Lan pula mengangkat kepalanya melihat Koperal Razi itu berlari pergi. Nampaknya trick pura2 pengsannya itu akan menjadi masalah kritikal ke atas dirinya sekiranya tiada yang menyelesaikan masalah hantu di rumah mereka itu.


Bersambung…
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
yeay. ada sambungan

tq TT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2020 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku doakan Tt sihat dan ada ruang kesempatan untuk sambung cerita. Terima kasih atas cerita pak tahir dengan pak mud.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2020 02:09 PM | Show all posts
Tak sesia hakak merambu kat benang ni di tghari jumaat gini

Tggu sambungannnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2020 11:31 AM | Show all posts
best betul la cerita abg jaws..

seminggu dah aku dok layan tak abis2..

sambung lagi, jaws..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 11:20 PM | Show all posts
ermmm tgu weekend bulan 12 la plak sambungan dia.. fendi fendi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2020 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
watachiwa replied at 30-11-2020 11:20 PM
ermmm tgu weekend bulan 12 la plak sambungan dia.. fendi fendi

haha...igtkan sempat update sblm siape2 komen
nampaknye updatenye tertangguh la dulu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2020 03:29 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 1-12-2020 04:09 PM
haha...igtkan sempat update sblm siape2 komen
nampaknye updatenye tertangguh la dulu

hihihi take ur time..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sia2 aku masuk balik. tq John.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2020 05:45 PM | Show all posts
Previously on Pengalaman Budak2 Nakal…

Dengan pantas, Koperal Razi berlari meninggalkan rumah budak2 bermasalah itu dan kembali ke pangkuan isterinya.

“Eh, awat pulak ni, bang? Malu lah kalau anak2 tengok”, ujar Ayu anak Pak Hussein niaga laksa kepada suaminya yang tiba2 saja memeluknya itu.

“Bu…budak…budak2 se…setan tu…”, Koperal Razi cuba menjawap namun dia masih di dalam keadaan terkejut dengan penampakan pertama sepanjang hayatnya itu.

Ayu hanya mengeluh sambil mengesatkan peluh di dahi suaminya, manakala Koperal Razi pula matanya melilau melihat di setiap penjuru biliknya. Kalau2 makhluk tadi mengikutnya balik ke rumah.

Meanwhile…

Am dan Farid terpaku melihat makhluk yang berupa perempuan itu terpacak berhampiran dengan meja makan rumah mereka. Kemudian mereka berdua memandang ke arah satu sama lain dan mengangguk faham apa yang patut dilakukan oleh mereka.

Tanpa membuang masa lagi mereka memalingkan badan mereka dari makhluk tersebut dan berlari keluar dari rumah mereka. Manakala Lan pula tidak mahu ditinggalkan keseorangan bersama Fendi dan makhluk itu. Lantas dia bangun dengan tergopoh gapah dari pengsan pura2nya, lalu menyusul di belakang Am dan Farid.

Sewaktu mereka bertiga berlari di koridor menuju ke arah tangga, tiba2 Am memberhentikan langkahnya. Tetapi Lan tidak sempat menarik handbrakenya, menyebabkan dia tersondol bumper belakang Am.

“Am, kau apahal? Kenapa berhenti tiba2?”, tanya Farid yang masih meninjau di hadapan pintu rumah bujang mereka kalau2 makhluk itu mengikuti jejak mereka.

“Adooiiii…patah hidung Pan Asian aku…kau dah kenapa, Am?”, ujar Lan sambil memegang batang hidungnya.

Tanpa mengeluarkan apa2 perkataan, Am mengangkat jari telunjuknya ke arah lembaga di kawasan ruang legar hadapan bangunan flat mereka itu.

Farid dan Lan cuba meneliti akan rupa lembaga tersebut, rupa2nya Pak Akob sedang mendongak memandang ke arah rumah bujang mereka sambil mulutnya berkumat kamit membacakan sesuatu.

Dammm…!!! Dammm….!!! (Bunyi gendang)

Black screen…


Kisah Am Bahagian 8

Am: Amacam? Gempak tak opening aku? Ada macam TV series mat saleh tak?
Aku: Ape saje lah kau ni, Am…aku ni nak cari buloh lemang je. Kau memang takde keje ke ape? Raya lagi empat hari je tau?
Am: Alah…saje la aku temankan kau. Karang kau sedih pulak sorang2 je nak sambut raya kat sini. Wakakaka. Eh, kenapa macam awal je kau cari batang lemang?
Aku: Saje lah…dah si Minah tu mintak awal, karang dia bagi la aku sebatang dua buat makan raya nanti. Jadi lah jugak…kau kalau nak merasa raya bujang dengan aku meh la…
Am: Hish…tak sior aih…macam takde life je. Hahahaha (gelak sampai bergegau hutan)
Aku: Ooo…abis yang kau ngikut aku kulu kelio ni kire ade life la ye?
Am: Alah…saje je lah…dah lama tak jumpa kau. Last pun masa kau kahwin dulu…tu pun kat hospital, tak boleh nak bertepuk tampar, gelak kung kang kung kang. Macam mana kau boleh masuk wad masa hari kau kahwin tu ye?
Aku: Panjang ceritanya…
Am: Ooo…kalau panjang takpelah…hahahaha.
Aku: …... (nak mampus budak sekor ni). Yelah…kau je lah yang bercerita.
Am: Aku berseloroh je la…bulan2 pose ni aku teringat masa aku turun Shah Alam. Lepak2 kat rumah bujang korang. Lepas tu kita beramai2 meniaga kat bazar Ramadan kat Seksyen 7.
Aku: Woih…tu cerita brutal tu. Kau la tu…meniaga murtabak konon.

Aku masih ingat lagi masa Am turun ke Shah Alam seminggu sebelum masuknya bulan Ramadan. Katanya boring di kampung, nak try puasa dan kerja di bandar pula. Aku dan beberapa housemate aku tidak balik ke kampung tahun itu kerana terpengaruh dengan hasutan syaiton Am.

Antara yang stay masa tu…aku, Ramli, Fendi dan Zainal.

“Oi Fendi…kau kat sini rupa2nya. Memang good luck lah housemate2 kau ni. Wakakakaka”, ujar Am membahan kami sewaktu melangkah masuk ke rumah bujang.

“Tu lah…patutnya diorang ni bersyukur sebab bertuah dapat duduk serumah dengan aku ni”, jawap Fendi sambil kembang kuncup hidungnya mengingatkan Am benar2 ikhlas memuji dirinya.

Manakala aku pula sedang menahan Ramli dan Zainal yang sudah menyingsing lengan tshirt mereka untuk membeduk insan bernama Fendi itu.

“Hah…selain nak porak perandakan rumah bujang kitorang ni, ape plan kau, Am?”, tanyaku kepada Am.

“Macam ni…aku nak kerja pun macam tak tau lah orang nak ambil ke tak sebab kerja sekejap je kan? Apa kata kita apply meniaga kat bazar Ramadan? Masyuk pun masyuk”, terang Am kepada kami semua.

“Macam menarik idea tu…kau macam mana, John? On ke tak?”, tanya Ramli kepadaku.

“Ok tu ok lah…tapi nak meniaga ape? Kalau kene gayenye memanglah masyuk…tapi kalau tak kena gaye karang mau pokai tahap tak ada duit nak balik kampung raya nanti”, jawapku.

“Ape susah? Aku kan ade? Gerenti berduyun2 orang datang beli kat gerai kita bila aku promote nanti”, ujar Fendi dengan terlebih konfidennye.

Kata2 Fendi tersebut membuatkan suasana rumah bujang kami menjadi “krik2” sebentar. Masing2 malas mahu melayan dan menyalakan rokok masing2.

“Macam ni…kalau ikut idea aku, kita meniaga murtabak je la”, ujar Am memecah kesunyian.

Disebabkan Am mempunyai darah Malabari, jadi dia mempunyai bakat menebar walaupun tidak pernah belajar dari siapa2. Walaupun tak logik, itulah andaian yang dapat aku buat dari melihat family Am yang lebih kurang dengannya. Jadi dia lah yang mengajarkan aku, Ramli dan Zainal menebar. Fendi tidak mempunyai bakat menebar walaupun telah diajar beberapa kali oleh Am. Harap jari je panjang…

Manakala inti murtabak pula dibancuh oleh Am sendiri. Berbekalkan duit student yang masih ada, kami nekad berkongsi modal untuk membeli bahan2 untuk dibuat meniaga. Kami juga meminjam perkakas2 meniaga dari Pakcik Am yang juga merupakan peniaga kedai makan di Pantai Dalam. Bulan puasa Pakcik Am biasanya berehat, tumpukan kepada beribadat saja.

Tidak lama kemudian tibalah hari yang dinanti, masing2 muka macam zombie bila nak mengangkat dan mengatur barang meniaga dekat bazar Ramadan. Dapat pula awal2 puasa tu hari panas bukan main lagi, dah berapa hari tak hujan.

Pada awalnya memang semangat juga lah bila ada awek2 lalu, ramai yang bersiul2 kacau awek macam tak puasa je. Tapi bila dah masuk order, masing2 mula sibuk menebar tepung murtabak. Aku, Ramli, Am dan Zainal ditugaskan untuk menebar. Manakala Fendi tolong bungkus dan ambil duit.

Cumanya aku tak faham kenapa dalam awek2 yang beli tu ramai yang minta nombor henfon dia sekali. Dengan alasan nanti senang nak order.

Jam baru je 5:30 petang, tapi kitorang yang menebar tu dah rasa macam mimpi ngeri. Macam tak cukup2 lah pulak murtabak yang kitorang buat masa tu. Orang yang order tu pula macam tak kesian kat kitorang yang menebar. Sekali order lima, enam…yang order 10, 20 pun ada. Memang tahap kurang ajar dah rasanya.

Ramli yang tangannya terketar2 itu mula menegurku, “Errr…John…”.

“Shaddap u!!!”, aku tak mahu mendengar apa yang hendak dikatakan oleh Ramli kerana tangan aku pun lenguh dan tak larat juga hendak menebar.

Itu baharu saja hari pertama bulan Ramadan, kami masih ada banyak hari lagi untuk ditempuh sehingga ke hujung bulan.

Bila tiba waktu berbuka, team yang menebar memang termenung je sambil minum air. Masing2 mengenang nasib. Hanya Fendi saja yang bersemangat sambil tangannya membawa bermacam2 juadah dari pemberian peniaga2 yang lain.

“Bang…murtabak lapan”, Fendi cuba berseloroh dengan kami.

Memang agak sentap la masa tu tapi belum sempat kami nak bangun belasah mamat tu, Zainal terlebih dahulu telah merembat bontot Fendi. Agak ngeri lah juga, kaki pemain bola pula tu.


Tamat flashback

Am: Fuhhh…memang kenangan terindah la kan? Hahaha
Aku: Banyak la kau punya indah. Malam tu uli tepung lagi pulak tu…sampai Ramli dan Zainal mengigau2 menebar tepung.
Am: Hahaha…ingat tak hari2 kita berdoa minta esok petangnya ribut jadi tak payah meniaga.
Aku: Ha’ah…last2 dapat 2, 3 hari je time tengah2 bulan Ramadan tu. Lepas tu bila kena sambung meniaga masing2 buat muka macam cipan.
Am: Tapi yang aku tak tahan tu si Fendi boleh mengadu tangan dia lenguh.
Aku: Tu pun satu hal mamat tu…duk reply sms awek2, pastu berani pulak mengadu kat orang yang sememangnya lenguh menebar.
Am: Masa tu dia banyak dapat kad raya kan? Siap ajak jemput beraya lagi. Kurang ajor betui mamat tu.

Setelah hepi2 bersembang cerita yang tak ada kena mengena dengan angker, Am menyambung ceriteranya sewaktu di Penang dahulu.

“Kurang ajar orang tua ni”, ujar Farid dalam nada yang geram.

Seterusnya dia berlari menuruni anak tangga untuk bersemuka dengan Pak Akob. Manakala Am dan Lan hanya mengikut saja di belakang Farid.
Setelah mereka tiba di bawah bangunan flat, kelibat Pak Akob lesap dari tempat yang mereka lihat tadi.

Lan: Huish…lain macam orang tua ni. Sekejap je dia dah lesap.
Am: Habis macam mana ni? Takkan nak balik ke rumah bujang kita?
Farid: Eh, tak nak lah aku. Aku rela tidur kat kaki lima dari berdepan lagi dengan makhluk tadi.
Am: Aku tau mana kita boleh tidur malam ni.

Am membawa kedua2 sahabatnya itu tidur di surau kawasan tersebut dan hanya sedar bila dikejutkan oleh siak surau tersebut. Siak surau itu meminta mereka tolong menyapu sampah serta bentangkan sejadah. Manakala Am sekali lagi diminta untuk melaungkan azan subuh.

Ketika jemaah surau telah mulai ramai, Farid curi2 keluar untuk pulang ke rumah sewa mereka. Dia membuka pintu dengan saspen...kalau2 makhluk itu membuat kejutan di belakang pintu rumah mereka.

Namun, tidak ada siapa2 pun melainkan Fendi yang sedang menunaikan solat subuh di ruang tamu rumah tersebut. Timbul satu perasaan di dalam dirinya, Fendi yang dense itu pun menjaga solat 5 waktu. Sedangkan dirinya pula...

Farid meluru masuk ke biliknya, lalu melabuhkan badannya di atas tilam. Dia nekad untuk ponteng kelas pada hari itu kerana terasa sangat mengantuk dan juga malas untuk berhadapan dengan masyarakat umum.


bersambung...


Update kali ni agak lambat sebab apa yang aku taip hilang tiba2. Sangat2 misteri ye...sekaligus mematahkan semangat aku untuk update wiken lepas
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 09:14 AM | Show all posts
Best2.....mmg terbaik cerita ngko john siap ada kisah bujang tebar mertabak di shah alam pulak..ha3
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 03:43 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 6-12-2020 05:45 PM
Previously on Pengalaman Budak2 Nakal…

Dengan pantas, Koperal Razi berlari meninggalkan rumah bu ...

huhuhu  janganlah lama sgt tt...hakak sampai lupa jln citer nak kena refresh blk

anyway...tq for update, tak sesia merempit benang ni hari ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2020 08:35 PM | Show all posts
syabas bette..

x pe ko hapdet je jon bila2 ko free.
kitorg mausk intai2. ade story kitorg baca. gituh
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujur aku masuk baca
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2020 11:07 AM | Show all posts
Moga TT terbuka hati utk update lagi... hehehe sis  sabar menunggu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
adzyla replied at 12-12-2020 11:07 AM
Moga TT terbuka hati utk update lagi... hehehe sis  sabar menunggu....

insyaAllah...jgn risau ye
update kali ni panjang gile2 sbb nk rehat next week
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.046582 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list