CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] KRISIS MB KEDAH:[KEMASKINI}KRONOLOGI DARI AWAL ISU MUKHRIZ PG1

[Copy link]
Post time 3-2-2016 09:22 AM | Show all posts
so jadilah mukhriz turun???

basah srp naik jadi mb??

RAKYAT KEDAH WANTS BASAH

WE WANT BASAH
WE WANT BASAH

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 09:28 AM | Show all posts
kalau Basah jadi MB.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 09:31 AM | Show all posts
MsCinderella replied at 3-2-2016 09:10 AM
tp mcm menyorok ja bini MM ni..

byk duk kat KL kata nya..kat kedah jarang turun jumpa rakyat... ...

Yup bini MM nih patut ikut teladan Ah Kak PINKY...overshadowing and at times if not all the time overpowering the 'wife', our PM...kheen?





Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 09:36 AM | Show all posts
Syd replied at 3-2-2016 08:59 AM
tak shopping sakan mcm bini vvip menteri2 yang laen kot

mukriz yg lokek menurut kata forumer tu
bknnya bini nya
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 09:38 AM | Show all posts
MsCinderella replied at 3-2-2016 09:01 AM
nak tgk wife MM waktu pc nnt...nmpk mcm x berbini ja MM ni

bini dia byk dok kl
takkan nk dok kedah youuu...
anak2 takkan nk sekolah kebangsaan kat kedah nun
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 09:38 AM | Show all posts
aku kesian dengan mukhriz.. bertabahlah mukhriz.. kita tunggu jer ahjib turun jatuh sampai tergolek..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2016 09:38 AM | Show all posts
tentera_laut replied at 3-2-2016 09:12 AM
dia tak perlu turun jumpa rakyat. bukan dia ada jawatan apa2 pun. cukup sekadar mukriz.
tp cam pe ...

hehehe

mmg betul...tak nak la jd mcm rosmah

tp org2 kedah tau la mcm mana wife MM ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 09:51 AM | Show all posts
ok. aku masuk benang ni balik pas  PC dah slesai. sila hupdate.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 10:12 AM | Show all posts
dah start ke?
takde sesapa rajin update ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2016 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
lagi sokongan majoriti
OLEH MD IZWAN

Published: 3 February 2016 12:24 AM

Jemaah Pemangku Sultan Kedah sudah memaklumkan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir beliau sudah tidak lagi memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dan perlu melepaskan jawatan yang disandangnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Februari, 2016.
Jemaah Pemangku Sultan Kedah sudah memaklumkan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir beliau sudah tidak lagi memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dan perlu melepaskan jawatan yang disandangnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Februari, 2016.
Kemelut politik Kedah yang berpanjangan hampir ke penghujung apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijangka meletak jawatannya hari ini selepas tidak lagi memiliki sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), kata sumber.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider Jemaah Pemangku Sultan Kedah sudah memaklumkan kepada Mukhriz beliau sudah tidak lagi memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dan perlu melepaskan jawatan yang disandangnya.

"Petang tadi (semalam) ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati yang Mukhriz sudah hilang kepercayaan daripada majoriti Adun dalam Kedah," kata sumber kepada The Malaysian Insider selepas menghadiri mesyuarat dengan Adun Barisan Nasional (BN) di Hotel Grand Alora, Alor Setar.



Sumber mengatakan keputusan itu dibuat jemaah selepas pertemuan terakhir diadakan dengan semua Adun pembangkang yang diadakan di Wisma Darul Aman petang semalam.
Petang semalam, seramai 13 Adun pembangkang daripada PAS, PKR, DAP dan Amanah menghadiri pertemuan secara individu dengan jemaah, yang terdiri daripada Pengerusinya Tunku Temenggong Tan Sri Tunku Sallehuddin Badlishah, Tunku Laksamana Datuk Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Badlishah dan Puteri Sulung Sultan Kedah Tengku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Terdahulu, The Malaysian Insider melaporkan Adun BN kekurangan sokongan apabila terdapat 2 wakil rakyat yang membelot dan menyatakan sokongan kepada Mukhriz semasa pertemuan pada Isnin lalu bersama semua Adun BN.

Menurut sumber, laporan media mengatakan semua wakil rakyat pembangkang menyokong Mukhriz sebagai tidak tepat kerana terdapat di kalangan mereka yang tidak menyokong menteri besar itu.

"Keputusan jemaah tepat sebab tidak dengar daripada pihak ketiga, kesimpulannya sah akan ada menteri besar baharu.

"Cuma tarikh angkat sumpah tidak pasti tapi kami harap secepat mungkin," kata sumber.

Sumber tidak mendedahkan nama menteri besar baharu dan menyerahkan kepada pihak Istana Kedah untuk mengumumkannya nanti.

Menurut sumber, Mukhriz sendiri sudah bersetuju untuk meletak jawatan hari ini dan juga membatalkan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mingguan hari ini susulan perkembangan terbaharu ini.

"Mukhriz panggil semua pegawai khas beliau ke kediaman rasminya malam ini untuk memberitahu keputusan tersebut.

"Beliau juga sudah bersetuju letak jawatan. Mesyuarat exco dibatalkan, mungkin malam ini ada pengumuman atau esok (hari ini). Tidak pasti," katanya.

Sementara itu, sumber yang rapat dengan Mukhriz semasa tidak menafikan mengenai spekulasi peletakan jawatan hari ini cuma memberitahu hari ini satu sidang media akan diadakan di Wisma Darul Aman jam 10 pagi.

"Untuk makluman media, sidang media Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan diadakan hari ini di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Aman," kata sumber dari pejabat menteri besar.

Sumber dari pejabat Mukhriz juga memberitahu satu pengumuman besar akan dibuat dalam sidang media hari ini.

"Betul, tunggu sahaja pengumuman esok (hari ini)," kata sumber Mukhriz apabila ditanya mengenai peletakan jawatan hari ini.

Kemelut politik Kedah sudah berlarutan lebih seminggu selepas sidang media diadakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada 20 Januari lalu.

Bagaimanapun, tanda tanya mengenai menteri besar baharu menjadi misteri apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan menteri besar baharu walaupun sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Jemaah Diraja Kedah, dipercayai bagi membincangkan calon pengganti Mukhriz. – 3 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mukhriz-umum-letak-jawatan-esok-tiada-lagi-sokongan-majoriti#sthash.W5MKTieU.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2016 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Blom nampak apa2 update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2016 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yg ada tu minta tulun hapdate kan eh xoxo
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedah ok byklah sejak mukriz ni..ada jugak daya tarikan.klau dulu dh serupa kg ulu banat jah
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
menunggu hapdet jugak

#pray4mukhriz

mesti rakyat kedah mengamuk kalau betul dia kena resign
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
tapi lagi 2 tahun nak pru..harap rakyat kedah tak lupa apa yang najib buat kat depa
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:21 AM | Show all posts
sedihnya
walau kureng dgn apaknya
tp meols suka jer cara mukriz
moga baik2 aje nnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 3-2-2016 10:19 AM
menunggu hapdet jugak

#pray4mukhriz

Ngamuk mulut jah.. bkn blh nak buat apa.. nak revenge pun tunggu pru. Sementara nk tunggu pru.. mcm mcm onar najib and geng blh buat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sangat dalam pertemuan semalam ada adun yang xsokong mukhriz..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:24 AM | Show all posts
rakyat malaysia mmg macam tu, revenge pun tunggu pru hahaha
lembut hati tu yang kat atas dok pijak2

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:26 AM | Show all posts
takde yang sudi kasik live update ke?

*menunggu sambil makan pringles
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.149257 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list