CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SenahMontanah

Zarema kantoi ganggu Rita Royani tgh2 malam

[Copy link]
Post time 23-5-2015 12:00 PM | Show all posts
de_ikea replied at 21-5-2015 11:03 AM
Skjap lg penuhla thread ni dgn peperangan karatz rita, edel dan zarema.

Jom mkn popocorn.

coke jangan lupa...nanti tercekik heheheeee


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2015 12:02 PM | Show all posts
KURANG 24 jam daripada kenyataan Rita Rudaini berkenaan sikap isteri baru bekas suaminya, Aidil Zafuan iaitu Zarema yang dikatakan telah menyekat komunikasi Aidil dengan anak-anaknya, Aidil pun membuat kenyataan balas yang mahukan Rita berhenti daripada mencari salahnya.
Dek kenyataan yang dikeluarkan Rita, ada segelintir pihak yang menganggap dirinya sengaja mengada-adakan cerita.
Lantas, MH Online menghubungi aktres versatil itu bagi mendapatkan reaksi daripada kenyataan bekas suaminya yang disiarkan menerusi sebuah akhbar online pagi tadi.
“Apa yang saya beritahu sebelum ini semuanya daripada mulut Aidil sendiri. Kalau bukan dia yang cakap isterinya itu yang sekat aplikasi Whatssapp dan Wechat, mana mungkin saya boleh tahu dan berkata sedemikian. Aplikasi Whatsapp itu disekat sebelum mereka berkahwin dan Wechat itu pula selepas berkahwin.
“Aidil yang meminta saya muat naik aplikasi Wechat sebab senang nak berhubung dengan anak secara ‘video call’. Saya menolak sebab tidak suka menggunakan aplikasi yang jarang digunakan. Akhirnya saya akur kerana dia menggunakan alasan anak-anak.
“Selepas muat naik, dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya tiga hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak. Kemudian, Aidil menghubungi saya menggunakan nombor lain. Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil.
“Bila saya tanya kenapa, dia jawab lagi isterinya itu terjumpa ‘history’ panggilan video yang pernah dibuat sebelum ini. Saya cakap dengannya, kenapa perlu takut sedangkan apa yang dia buat itu adalah untuk anak-anaknya sendiri.
“Aidil juga cakap, dek kantoi dengan aplikasi Wechat itu dia dan isterinya bergaduh sehingga habis barang-barang di rumah dipecahkan,” jelas Rita.
Tidak hanya selepas berkahwin, Rita juga memberitahu Aidil sudah mengadu dengannya sebulan sebelum berkahwin.
“Sebulan sebelum dia kahwin ada beberapa kali dia datang berjumpa anak-anak. Saya ingat lagi, dia pernah bersumpah yang mana tidak ada sesiapa yang boleh menghalang dia berjumpa dengan anak-anaknya.
“Ketika itu saya rasakan dia sudah berubah sepenuhnya. Saya yakinkan anak-anak untuk berjumpa dengannya. Disebabkan anak bongsu, Arjuna tidak pernah kenal siapa dia, saya memberitahu yang Aidil itu adalah ayahnya. Ketika itu Arjuna sempat cakap, kalau betul ayah kenapa dia tinggal Adik Mok (gelaran untuk Arjuna).
“Aidil cakap bagi peluang untuk dia jalankan tanggungjawab terhadap anak-anak. Saya cakap balik, soal itu memang sudah lama menjadi tanggungjawabnya dan tidak perlu minta daripada saya.
“Tapi, bila dia hilang lagi saya pun cakap untuk diri sendiri cukuplah apa yang dia buat. Saya rasa sudah tidak terkira janji-janjinya. Tidak perlu berikan 1001 alasan dongeng kerana saya dan anak-anak sudah malas dan tidak hadap lagi untuk menunggu sebarang panggilan atau mesej daripadanya,” ujar Rita lagi.
Soal dikatakan tidak memberitahu dan membalas kiriman mesej tentang kesihatan anaknya, Rita ada jawapannya.
“Bila anak masuk hospital saya sengaja tak letak gambar di Instagram. Selepas hari keempat barulah saya muat naik. Lepas tu, baru dia mesej saya. Memang saya tak membalas mesej tersebut sebab saya rasa dia sudah tidak layak untuk ambil tahu fasal anak-anak.
“Takkan anak masuk hospital baru nak mesej? Takkan semua perkara saya pula kena kemaskini dengannya? Nanti saya pula dikata mengganggu rumah tangga mereka meski ia berkaitan hal anak. Dia yang perlu buat semua itu sebab dia bapa kepada anak-anak saya.
“Bila fikir balik janji-janji yang dia berikan sewaktu mula-mula berjumpa anak iaitu sebelum dia berkahwin, memang geram dibuatnya. Mana janji yang nak berikan duit sekolah anak-anak? Mana janji nak berikan pembantu rumah Filipina? Semua itu dia pesan jangan beritahu sesiapa sebab nanti bakal isterinya marah.
“Saya pegang janji dan hal yang dia mengadu dengan saya. Tapi bila semua ini dia salahkan saya balik dan cakap saya mulut jahat, saya tak boleh diam. Saya perlu cakap semuanya yang itulah perangai sebenar Aidil. Kalau depan saya dia boleh bercerita buruk fasal isterinya, tak mustahil depan isterinya dia burukkan saya,” ujarnya lagi.
Setiap kali datang berjumpa anak-anak, Aidil pasti meluahkan rasa dan mengadu tentang sikap isterinya baik sebelum atau selepas kahwin.
“Pernah satu hari Aidil datang dengan menaiki kereta lain. Bila saya tanya mana kereta, dia jawab perempuan tu ambil sebab tak benarkan dia jumpa anak. Aidil siap cakap, dia tebalkan muka untuk meminjam kereta kawannya semata-mata mahu pergi jumpa anak.
“Dua minggu sebelum mereka dinikahkan, Aidil juga mengadu yang dia tak mahu kahwin. Dan ketika dia cakap hal itu, Aidil mengatakan bakal isterinya itu sedang berparti di luar. Saya cakap dengannya, sepatutnya hal ini mengadu pada ibu bapanya, apa yang Aidil cakap adalah dia takut.
“Selain itu, Aidil juga pernah sewakan saya dan anak-anak sebuah bilik di hotel ternama di KL bagi memudahkannya pergi berjumpa anak. Sedangkan pada hari itu saya kena balik kampung. Mengenangkan dia teringin sangat nak jumpa anak-anak, saya batalkan penerbangan. Dan hal itu juga diketahui oleh bakal isterinya.
aidlzarema
“Tidak hanya itu, Aidil juga mengadu yang habis duitnya digunakan bagi menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan,” ujar Rita lagi.
Satu hal lagi, Instagram milik Aidil juga dikawal oleh isterinya sebelum berkahwin lagi.
“Aidil ada cakap yang perempuan itu menggunakan akaun Instagramnnya untuk membalas semua komen-komen peminat yang mengkritiknya,” kata Rita.
Menurut Rita, apa yang didedahkan ini bukanlah berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya ingin membela diri selepas apa yang Aidil perkatakan tentang dirinya seolah-olah dia mereka-reka cerita.
“Saya bukan perempuan yang senang nak diperkotak-katikkan. Dia gunakan persengketaan kami untuk menutup salahnya. Apa yang saya ceritakan ini bukan fitnah tapi semuanya daripada mulut Aidil sendiri. Saya perlu bela diri kerana saya memang jenis yang lantang dan telus daripada bersikap ‘silent killer’ seperti dia,” ungkap Rita lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hubungan aidil dengan zarema mcm xbrape baik je...mesti quenn control..adeh..lame2 mesti aidil balik semula kat rita
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 12:18 PM | Show all posts
Things getting juicier. Mari keluar semua popcorn, pringles, kepok lekor....

Arjuna tidak pernah kenal siapa dia, saya memberitahu yang Aidil itu adalah ayahnya. Ketika itu Arjuna sempat cakap, kalau betul ayah kenapa dia tinggal Adik Mok (gelaran untuk Arjuna).


Tapi yang ni ...carik hati mak nakkk
#emo
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 12:27 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts

Dalm hal rita dgn edel..aku sian anak2 mereka je..buang ler ego masing2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2015 12:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 01:12 PM | Show all posts
Santeira replied at 23-5-2015 11:55 AM
gangster celup instagram pembuli cyber. bila kena report polis bonda terus terbirit2 delete post h ...

Kelalarrr gilerr dia deleted post tu nampak sgt takuttt tu belum kena panggil g balaiioi lagiii mengggegelllll mak janda tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2015 01:18 PM | Show all posts
ryshaNur replied at 23-5-2015 12:02 PM
KURANG 24 jam daripada kenyataan Rita Rudaini berkenaan sikap isteri baru bekas suaminya, Aidil Zafu ...

Jahattnya mulottt mak janda nii nak musnahkan rumahtangga org. Apa pun aku padan muka rumahtangga sendiri dah runtuhh hancur berkecaiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 01:20 PM | Show all posts
kenarihitam replied at 23-5-2015 12:39 PM
Tu la pasal..beza jauh btul kes tiara n rita nih..

Baik Tiara atau pun Rita, dua-dua ni MAKNUSIA.
Uollzs kata, Rita pandai meniaga, so tentulah banyak duit. Maknanya,
dua-dua berduit. Cuma Tiara tak menjoyah, memburukkan arwah Hani.
Bahkan masa Chef Wan memburukkan arwah, Tiara bangkit, membela
arwah. Rita, siang malam asik ngutuk Edel & his family.
All the time nak bagi tahu orang, dialah janda teranya paling malang di donia.
Padahal, dia yang cari sendiri malang ni.
Dia nak kotrol si Edel supaya membenci keluarganya. Sudah-sudah, si Edel
cabut lari, tinggalkan dia. Ini yang dia tak boleh terima sebab dalam hati
dia pikir dia WANITA PALING TERCANTIK DI DONIA. Tak patot Edel tinggalkan
dia. Dia yang patot tinggalkan Edel...tu yang asik cakap Edel masih tergila kat dia,
telepong dia siang malam, sampai Zareema insecure...................
Padahal the reverse.
Dia yang tak sudah-sudah nyebut EDEL...EDELLL...EDELLLL!.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Suke sangat komen2 San, perembes, Nat penuh berinformasi tanpa terbawa2 oleh emosi.. komen2 yg bernas lagi padat.. komen Orange1 kelakar tapi btl ape dia ckp
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 01:31 PM | Show all posts
Edited by NAT_11 at 23-5-2015 01:41 PM
ryshaNur replied at 23-5-2015 12:02 PM
KURANG 24 jam daripada kenyataan Rita Rudaini berkenaan sikap isteri baru bekas suaminya, Aidil Zafu ...

Susah nak terima cerita Rita ni, so contrary dengan apa yang si Edel cakap.
Entah-entah dah kena twist daripada A diubah jadik XYZ..................kihkihkih.
Sume dialog ni dalam midah dia jah. Macam skrip drama akhsiala pulak.......
Orang bangang jah yang boleh caya 100%.
Tu sebab aku kata, Rita perlu jumpa pakar.

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 01:54 PM | Show all posts
Edel depan rita, burukkan Ema
Depan ema burukkan Rita


Silalah Ema & Rita bergabung.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kicaptamin575 at 23-5-2015 02:22 PM

Kalau ikut kan, x pernah  or jrg sekali sgt si aidil mengadu domba ckp rita kata ini, rita buat tu unless nk bg statement kt mahkamah, br buka citer rita. Tp rita mmg non stop claim itu ini walhal x betul. Kalau kat mahkamah mmg rita ni bkn credible witness, sbb ckp pusing n x penah ckp yg betul.

Betul ckp nat11, kena jumpa shrink
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 02:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 02:46 PM | Show all posts
kicaptamin575 replied at 23-5-2015 02:02 PM
Kalau ikut kan, x pernah  or jrg sekali sgt si aidil mengadu domba ckp rita kata ini, rita buat tu u ...



retis lain kalo reporter tanya desas desus psl hal rumahtangga diorg, diorg akan jawab biarla hal kami ni simpan sendiri..
tp kalo tnya RITA, dari a-z dia jawab..haha..


pastu rita ni satu org tanya, 10 jawapan dia bagi..
dan dlm 10 jawapan dia bagi, satu ja boleh percaya..
9 lagi propa lebih..so ckp2 dia kali ni pon me tak cayaaa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2015 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sket2 org simpati kt ko dik non, byk sgt ko citer org naik menyampah
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 02:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ryshaNur replied at 23-5-2015 12:02 PM
KURANG 24 jam daripada kenyataan Rita Rudaini berkenaan sikap isteri baru bekas suaminya, Aidil Zafu ...

Ni bukan artikel lama ke? Rase mcm dah pernah baca je pasal ni.

Ke ulang tayang lg? Xhabis2 dok ratib kisah ni. Nextttttt
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 02:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 505 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28366 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16190 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8082 Replies : 0
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18168 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.207539 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list