CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: qqOfficial

[Edisi Penafian]3 @ 4 Anak TS Jins Shamsudin??-wajah terbaru TJS makin uzur #643

[Copy link]
Post time 21-4-2015 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
This picture taken.. jefri dah berumur..
Ai pasti waktu jefri muda.. dia sangat2 hemsem mcm bpknye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2015 11:17 AM | Show all posts
Grengo replied at 21-4-2015 11:14 AM
This picture taken.. jefri dah berumur..
Ai pasti waktu jefri muda.. dia sangat2 hemsem mcm bpknye. ...

mungkin mcm gambo kat atas neh
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 11:23 AM | Show all posts
Status Anak Ke-2, Konflik Keluarga Jins Samsuddin Berlarutan
Utama & Sensasi

Apr 19, 2015


Kemelut keluarga membabitkan tokoh perfileman negara, Tan Sri Jin Samsuddin nampaknya masih belum berkesudahan.

Episod kontroversi tersebut bermula apabila seorang individu, Hang Tuah @ Shazrin Mohd Zain, 41, mendakwa bahawa dia merupakan anak kedua hasil perkahwinan Jins bersama ibunya, Jamilah Shukor.

Perkara tersebut dinyatakannya dalam satu sidang media yang dibuat baru-baru ini setelah dia kesal dengan kenyataan isteri Jins, Puan Sri Halijah Abdullah, 56, bahawa seniman itu hanya memiliki tiga anak.



Ia berlanjutan apabila anak bongsu Jins iaitu Putera Hang Nadim membuka mulut dengan berkata bahawa dia turut kesal dengan tindakan ‘abangnya’ itu kerana membelakangkan keluarga dan memilih untuk membicarakannya bersama pihak luar.

Tak terhenti di situ, ia berpanjangan apabila Halijah pula membuat penjelasan bahawa sepanjang pengetahuannya, Jins hanya memiliki tiga anak hasil dari dua perkahwinan terdahulu.




Namun demikian, dia tidak menafikan bahawa mereka sekeluarga mengenali Shazrin, namun hanya sebagai anak angkat kepada kakak Jins, iaitu Hazizom Samsuddin.

Memetik kenyataannya dalam akhbar Berita Harian, “Saya mengatakan suami (Jins) memiliki tiga orang anak sahaja, itu hakikat yang selama ini diketahui. Daripada mulut Jins, dia mengatakan ada tiga orang anak sahaja.

“Saya kenal Hang Tuah sejak kecil. Dia dibela kakak Jins, Hazizom Samsudin di Taiping, Perak.

“Sejak dahulu saya hanya tahu dia anak angkat Hazizom. Saya pernah tanya Jins, siapa Hang Tuah, beliau beri amaran kepada saya jangan campur urusan keluarganya. Jadi saya hanya diam sejak itu.”

Ujar Halijah lagi, walaupun hubungannya dengan Shazrin tidak rapat, namun mereka tidak mempunyai sebarang masalah sebelum ini.

Malah, Shazrin pernah mengunjungi rumahnya beberapa kali, terutamanya pada hari raya.

“Hang Tuah memanggil Jins sebagai Cu manakala saya sebagai Kak Jah.

“Perkara ini tidak sepatutnya dirahsiakan. Apa yang dapat saya katakan, inilah akibatnya apabila terlalu banyak berahsia. Akhirnya semua nampak seperti tidak kena. Tidakkah ia memalukan?”

Sementara itu, Hang Nadim turut mempersoalkan nama bapa kepada Hang Tuah yang tidak sama dengan nama sebenar Jins Samsuddin.

“Saya akui kami tiga beradik mempunyai ‘bin’ yang berbeza. Nama abang sulung ialah Jeffrey bin Jins, diikuti Putera Hang Tuah bin Mohamed Jin dan saya Putera Hang Nadim bin Jins Samsuddin.

“Nama sebenar ayah dalam kad pengenalan adalah Mohamed Jin Samsudin@jins Samsuddin. Jadi dari mana datangnya nama Mohd Zain seperti yang didakwa? Setahu saya nama Mohd Zain adalah panggilan orang kampung.”

Apa-apapun, isu ini takkan berkesudahan andai kedua-dua pihak mengambil jalan untuk berinteraksi melalui media.

Sepatutnya, isu sensitif seperti ini dibawa berbincang secara tertutup bagi menghormati individu berpengaruh dan dihormati seperti Tan Sri Jins Samsuddin.

– MYNEWSHUB.CC

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 21-4-2015 11:17 AM
mungkin mcm gambo kat atas neh

ai refer gmbr tu lah syd.. hehe

Dah siap wasiat.. entah2 properties smua dah pindah nama..

Simpati dgn jefri & tuah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 12:00 PM | Show all posts
kalau lah mak angkat dia boleh tampil beri kenyataan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 12:02 PM | Show all posts
tenkius la syd.......
nah munge ngan kupi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2015 12:07 PM | Show all posts
haiyaaaa
mak lijah
nko yang pegi bungkar semua ni dulu
pastu nko cakap memalukan
tak kira la anak angkat ke
anak angkut ke
yang pasti tuah dah bukti yang die berbinkan tsjs
dan tak kire la name jin ka jins ka zain
yang pasti tuah dah buktikan itu semua adalah org yang same
acik lijah nak nafi ape lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 12:10 PM | Show all posts
abangbeca replied at 17-4-2015 08:14 AM
Aku rasa ni bukan masalah anak haram anak halal.... spekuan aku 2nd marriage tu tak didaftar di nega ...


Aku rasa ni bukan masalah anak haram anak halal.... spekuan aku 2nd marriage tu tak didaftar di negara ni... kkalau perkahwinan yg tak didaftar,  bini dan anak2 pun takde hak pada harta suami kalau suami mati sbb perkahwinan tu dianggap tak wujud ikut undang2 negara walaupun sah ikut agama.... sbb tu dlm pc tuah ada cakap  dia tak nak harta jins tspi kalau diwasiatkan dia terima... (aku tak ingat ayat dia, tapi maksudnya lebihkurang macam tu).... seolah2 dia sedar  yg dia takde hak pada harta jins sedangkan dlm masa sama dia claim dia anak jins yg sah... kalau anak yg sah dan berdaftar tak perlu tunggu wasiat, tak kisah mak tiri cakap apa pun dan tak kira datang jenguk bapak ke tak datang jenguk otomatik dia akan mewarisi harta bapak tu kalau bapak mati.... tapi tuah ni macam bergantung pada wasiat kalau wasiat tu ada... kalau takde, dia takkan dapat apa2 kecuali kalau jins ada tukarksn nama harta dia pada tuah masa dia waras sebelum ni....

Sekadar nak berkongsi info / pengalaman dalam konteks penentuan hak sebagai pewaris, ianya cukup hanya dengan kesahihan surat beranak sahaja. Dalam kes Tuah, sebab ada perbezaan ejaan nama bapa, perlu surat sokongan kepada perbezaan ejaan tersebut (macam kita tengok dalam VC). Tidak perlu surat pengesahan / surat nikah ayah dengan ibu etc. (Ini berdasarkan pengalaman sendiri).

Berdasarkan kes, Tuah (dan Jeffri juga) berhak untuk mendapat harta pusaka Tan Sri Jins melalui proses pembahagian Harta Pusaka Kecil Jabatan KPTG atau Amanah Raya atau sebagainya. Sekiranya ada bantahan boleh dicabar di mahkamah syariah / civil walaupun wasiat hanya menamakan Jebat dan Nadim sebagai pewaris. Maksimum wasiat (faraid) ialah 1/3 sahaja dari nilai harta. Bahkan wasiat ini pun boleh dicabar kesahihannya berdasarkan masa/ tarikh wasiat tu dibuat.

Berdasarkan kpd VC dan jawapan yang diberikan, Tuah kelihatan seperti tahu akan situasi tersebut. (Lawyers dia lagi tahu la kan..).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2015 12:16 PM | Show all posts
Kalau fikir logik, xkan la tuah berani buat PC kalau dia hanya anak angkat Jins.  Mak Tuah kan masih ada lagi mesti mak dia lagi tau dia anak angkat @ anak kandung...

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 12:25 PM | Show all posts
mentang2 budak tu dibesarkan mcm tuh
suka suki je Cinderalla anak2 beranak tu buli dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 12:53 PM | Show all posts

Nampak mcm mak lijah ni lebih byk tak puas hati dgn Tan Sri JS, bukan pada Tuah.

Kewujudan Tuah tak bawak apa2 makna dlm hidup dia sebelum ini. Bukan dia yg bagi makan pun. Cuma lps TSJS uzur dan tak dpt "respon" balik baru perkara ini wujud bukan? Apa lak hak makcik lijah nak declare anak tsjs 3 ke 4 ke 8 ke 10 ke?
Even if ada kegeseran keluarga internally for whatever reason, perlu ke announce kat media yg anak tsjs cuma 3. Perkahwinan cuma 2?
What is she trying to prove and achieve here?
Mungkin selama ni tak puas hati sbb tsjs suruh dia mind her own business, jgn bizibody nak amik tahu hal keluarga tsjs, so makcik tu dok pendam jer rasa.
Bila tsjs dah jadi mcm ni, tak boleh nak defend diri dia, baru lah berdesup2 keluar mcm2 aib dan statement dr makcik lijah.
Tepuk air di dulang, mercik ke muka sendiri. Muka suami awak juga, yg selama ini amatlah menjaga privacy dia.
Tup-tup, bila makcik ni dpt peluang - habis dikompangkan segala pekung tersimpan.

Tak classy lah mcm tu makcik. Tuhan pun cakap supaya jaga aib kita, apatah lagi suami kita.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 01:03 PM | Show all posts
cmf_yamyam replied at 21-4-2015 12:53 PM
Nampak mcm mak lijah ni lebih byk tak puas hati dgn Tan Sri JS, bukan pada Tuah.

Kewujudan Tuah ...

waktu JS waras, kang JS dah kasi amaran..
jgn sibuk hal keluarga dia

neh bila JS dah tak waras, masa neh laa dia nak lepaskan apa yang terbuku dalam hati dia




Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 01:20 PM | Show all posts
makcik lijah ni lagi banyak cakap lagi bukak pekung suami sendiri
masalahnya reporter tanya pun, nak tak nak dia terpaksa jawab
contoh macam kes jefri tak balik2 jumpa jins tu
makcik lijah kata tak boleh nak harap jefri balik jumpa jins bila jins dah sakit, sedangkan masa jins sihat dulu pun tak pernah cuba untuk rapat dengan jefri...bila jins sakit, jefri pulak tak nak jumpa, masing2 tak nak mengalah..

seluruh cerita ni kembali kepada cara tan sri jins menguruskan kehidupan peribadi dia
banyak benda yg berahsia, wartawan pun takut nak dekat
kalo masa dia sihat dulu, toksah mimpi la wartawan nak datang rumah jins ambik2 gambar ni, memang dia takkan bagi...penuh dengan privacy..skarang bila dah tak berdaya satu persatu la terbongkar
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 21-4-2015 10:49 AM
dah taruk nyah.

tatap laa puas2

Muah ciked! Wahhhhhhhhh








Jins ensem lagi,keke.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 01:43 PM | Show all posts
iscol_klang replied at 21-4-2015 01:20 PM
makcik lijah ni lagi banyak cakap lagi bukak pekung suami sendiri
masalahnya reporter tanya pun, na ...

acik, sudah2 la tu layan reporters tanya psl ni. acik tak pandai. reporters tau je la ada cara nak korek rahsia lps satu satu.

penat TS tutup mulut selama ni, acik sekelip mata bgtau 1 dunia hal TS.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 01:43 PM | Show all posts
iscol_klang replied at 21-4-2015 01:20 PM
makcik lijah ni lagi banyak cakap lagi bukak pekung suami sendiri
masalahnya reporter tanya pun, na ...

makcik lijah yang tak amanah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2015 02:36 PM | Show all posts
Tak boleh buat Ujian DNA ka? Habis citer ...

Mak ai citer ... dia pernah kenal saudara Jins ni ... kata saudara jins ni ... nama sebenar jins - Zain .. tp sbb perangai nakal macam jins . ... org kg panggil dia Jin .. terus melekat nama tu .. tp klo ikut kenyataan akbar Nadim ... nama asal TJS memang Jin ek ... pening ai ...  

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tsjs.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 03:47 PM | Show all posts
hhmmm...baru habis rempit membaca dari page 1...
well dari apa yg aku follow mmg mokcik lijah tu la puncanya...
kalau merajuk pasal tuah tak blk 4 tahun tapi yg jepri tu blh plak ngaku?
by the way kalau blh settle elok2 settle le..
sian org tua yg dah nyanyuk tu kubur kata mari tapi makin besar plak diaibkan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 05:30 PM | Show all posts
kartieka replied at 20-4-2015 05:50 PM
Masa ni tsjs dh cerai ngan s.Zamila ke...klau dh,logic gk dia bertungku tangga dpn skolah tu

rasanye dah kot..sbb dia kawen ngan acik S Zamila pun kejap jer kan..
tapi uncle Jins mmg hensem gile masa muda2...ganteng gitu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.481826 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list