|
ladyFinger12 posted on 25-3-2013 03:06 PM
si sengal!
miahahah...betui gak...mujahid kan ke lurus tiang lampu...mana nk sedar dona tuh syok tak hingt kat dia...ni kan pula nak beri nasihat ttg percintaan lak kan...huhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Adehh... memang sah dia! Aku menghembus nafas keluar dari celahan dua bibirku.
Lama mataku merenung pos dari Mind Teaser. Selama ini aku tak pernah melihat posnya di bod Bicara Hati. Aku buka saja tred, alih alih dia ada. Manalah aku tak geram?
“Suka menyibuklah mamat ni!” Aku merungut sendirian.
“Dia stalk aku?” Aku mula berburuk sangka.
Setelah agak lama aku berfikir, aku ambil keputusan untuk membalas tred yang aku buka. Tak kanlah hanya kerana Mind Teaser aku nak senyap terus setelah buka tred? Harus kena marah dengan forumer yang telah beri respon.
Usai menaip pada papan kunci, aku tekan butang pos. Aku membalas soalan-soalan dari forumer yang bertanya sekali harung. Dalam debaran aku menatikan balasan dari para forumer yang sudi membaca masalah aku.
teamEddie.... sila sediakan besin!
|
|
|
|
|
|
|
|
“Harap-harap si sengal tak menyibuklah di tred aku lagi.” Aku sebenarnya bimbang juga kalau Mind Teaser mengikuti tred aku. Aku malu kepadanya sebab selama ini aku macam bagus menghentamnya di bod Bicara Muslim. Bila masalah melanda aku, menggelupur juga aku rupanya.
“Jiha! Line three.” Laungan Yasmin mematikan menunganku.
“Hello, Najiha bercakap di sini.” Rasa malas pula aku mahu menuturkan skrip menyambut panggilan yang panjang berjela itu. Jadi, aku perkenalkan diri secara ringkas sahaja. Sebenarnya pos dari Mind Teaser sedikit sebanayk menganggu emosi aku. Aku akui aku rasa terpukul dengan tulisannya. Aku selfish?
“Bunyi macam tak ceria saja.” Suara yang memanggil menyapa aku.
“Eddie!” Aku terjerit dua harkat. Aku langsung tak menjangkakan panggilan darinya seawal begini. Selalunya dia akan menelefon selepas pukul 12 malam.
“Excitednya awak dengar suara saya. Tadi macam tak ceria. Awak rindukan saya ke?”
Tertawa aku mendengar kata-kata Eddie. “Awak tak rindu?” Sengaja aku memancingnya. Kalau gay, dia pasti tak berminat dengan aku.
“Rindu... Sebab itu saya call.”
“Awak tak mual?”
“Mual?”
“Ye lah... awak tak sukakan kaum hawa, macam mana awak boleh rindukan saya pula?” Kedengaran suara Eddie tertawa di hujung talian.
“Awak lain... saya rasa seronok berbual dengan awak.”
“Eddie... boleh awak ceritakan kepada saya sejak bila awak mula suka kan kaum sejenis?” Aku terus merisik sejarah silam Eddie sebelum dia memutuskan talian lagi nanti. Lama aku menunggu namun Eddie masih tak menjawab. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 26-3-2013 10:51 AM
Aparaaaa si Kougar....dah tau nak post soklan peribodi, menyamar le pakai ID baru.... pakai ID yg sa ...
hahahaha ,setujukk !!
|
|
|
|
|
|
|
|
“Eddie... Awak tak mahu cerita dengan saya?” Aku bertanya lagi.
“Sejak saya remaja. Awak tahu Jiha... saya adalah mangsa liwat semasa kecil. Bapa tiri saya sering meliwat saya. Dan bila saya ke asrama, saya sekali lagi menjadi mangsa nafsu ganas pelajar senior. Anehnya dalam pada saya membenci, saya semakin menyukainya. Perasaan sayang saya semakin mendalam terhadap rakan sebaya saya yang mengetahui kisah saya.” Terkedu aku mendengar cerita Eddie. Kasihannya dia! Simpati aku semakin melimpah ruah terhadapnya.
“Dia juga mengalami nasib yang sama seperti saya. Sejak itu kami semakin rapat. Dan perasaan sayang itu semakin mendalam. Malah kami dengan rela membuat hubungan sejenis.”
Uwekkk! Aku rasa nak termuntah. Pengakuan Eddie benar-benar meloyakan tekakku. Namun aku masih cuba bertahan. Aku tekup mulutku kuat-kuat. Aku bimbang jika Eddie mendengarnya nanti, dia akan hilang kepercayaan terhadap aku.
“Jadi dialah BFF awak yang awak cintakan tu?”
“Bukan! Itu zaman sekolah. Sekarang ni saya jatuh cinta dengan orang lain pula.”
Aku hanya menggeleng. Jatuh cinta berkali-kali tapi tak mampu untuk memiliki.... Bak kata Eddie dahulu... walau seribu kali mencari cinta baru, cinta itu tetap tak akan bersatu.
“So, dengan yang baru ni, sejauh mana hubungan awak berdua?” Sebenarnya aku ingin bertanyakan samada mereka juga telah terlanjur hingga ke hubungan ranjang tetapi aku malu untuk bertanya secara terang-terangan.
“Maksud Jiha adakah kami dah buat hubungan seks?” Soalnya telus. Aku pula yang gugup.
“Ye...” Perlahan aku mengiakan maksud sebenar soalan aku sebentar tadi.
“Belum. Dia tak mahu walau pun berkali-kali saya menggodanya.” |
|
|
|
|
|
|
|
Pergghh... Aku telan liur yang tersekat. Telus dan berani sekali si Eddie meluahkan apa yang ada di dalam benak hatinya. Aku tergumam sejenak.
“Jiha...kenapa awak diam?”
“Tak.. saya... saya dengar ni. Awak teruskan cerita awak.” Aku benar-benar gugup. Malu pun ada. Aku gadis pemalu ok. Tiba-tiba bercakap soal dalam kelambu. Dengan lelaki gay pula tu. Merenik peluh di dahiku dalam kedinginan penyaman udara di malam hari.
“Awak jijik mendengar kisah hidup saya?”
Tergamam lagi aku mendengar soalan darinya. Apa aku nak jawab ni? Mindaku berputar ligat mencari jawapan yang paling halus supaya tidak menyentuh perasaannya. Tapi... tak akan aku nak berkompromi dengan pelakuan sumbangnya itu? Mahu mengiakan sahaja? Sabda Nabi, ada tiga cara dalam menangani kemaksiatan... tegur, guna kuasa atau menidakkan sahaja dalam hati. Dan aku sebagai kaunselor, bukankah sepatutnya aku mempunyai daya untuk menegur?
“Eddie... pada saya rasa cinta itu tak salah tapi perbuatan yang melampaui batas syarak itu adalah salah dan menjijikkan di sisi agama.” Aku akhirnya memilih cara yang pertama. Kenapa harus aku menyembunyikan yang hak demi menjaga hati? Aku tak mahu berkompromi dengan kebatilan.
“Sudah banyak kali saya mendengar hujah seperti itu. Malah lelaki yang saya cintai itu juga menggunakan alasan yang sama. Tapi untuk apa jadi hipokrit?”
“Apa maksud awak dengan hipokrit?”
“Berpura-pura... Beriman konon, sedangkan hakikatnya sama saja macam lelaki gay yang lain. Dia cuba menidakkan hakikat kejadian dirinya. Dia bukan saja membohongi diri dia sendiri, dia tipu ahli keluarga dia dan paling sadis perempuan yang dia nak kahwini itu.”
“Saya tak rasa dia hipokrit. Mungkin dia sedang berusaha melawan hawa nafsunya. Awak juga sepatutnya berusaha melawan hawa nafsu awak.” Last edited by ladyFinger12 on 26-3-2013 12:21 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Eddie tiba-tiba ketawa. Aku menggigit bibir. Tak faham aku dengan sikap serta pandangannya. Sukar untuk aku bersama dengan arus pemikirannya. Apa yang dia fikir jauh bertentangan dengan apa yang aku fikir. Mungkinkah sebab aku bukan gay?
“Awak dah ada boy friend?” Soalan dari Eddie membuatkan aku tersentak.
“Itu hal peribadi saya. Maaf saya tak mahu menjawab.” Tuturku tegas.
“Oklah... kita andaikan awak dah ada boy friend. Apa perasaan awak kalau tiba-tiba awak dapat tahu boy friend awak tu sebenarnya gay?”
Aku terdiam lagi. Soalan yang amat sukar dijawab.
“Awak sudi terima dia kalau dia kata dia mahu berubah?” Satu lagi soalan cepu mas dilontarkan kepada diriku. Berkerut-kerut dahi aku dibuatnya, namun masih tidak mampu aku menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh Eddie.
“Oklah Cik Najiha. Saya tinggalkan dulu awak dengan dua persoalan ini. Awak fikir-fikirkanlah jawapannya. Choww!” Pantas talian dimatikan Eddie. Gemar sungguh dia meninggalkan perbualan yang tergantung seperti itu. Akhirnya aku melepaskan satu keluhan yang panjang.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
Bunyi nada dari telefon bimbitku memeranjatkan aku yang sedang mengelamun memikirkan hal Eddie. Lemah tangan aku mencapai telefon bimbitku. Fikiran aku masih tertumpu kepada dua soalan yang diajukan oleh Eddie sebentar tadi.
Perlahan-lahan aku menekan butang panggilan pada telefon bimbitku apabila nama Fahmi terpapar atas skrin.
“Assalamualaikum. Mimpi apa call aku malam malam ni?” Aku bertanya. Fahmi amat jarang menelefon aku tengah malam begini. Terutamanya kalau dia tahu aku sedang bertugas waktu malam. Dia tak suka mengganggu waktu kerja aku, katanya.
“Aku mimpi ada orang kacau kau. Sebab itu aku telefon ni.”
Aku hanya tertawa sebab aku tahu Fahmi sekadar bergurau.
“Jiha... Tiba-tiba aku rindukan kau malam ni.”
“Fahmi... aku dah kata, kan? Buat masa ni prioriti aku adalah perasaan Dona.”
“Kau sibuk ke sekarang? Masih ada pelanggan menghubungi kau?”
“Eh, mana kau tahu?”
“Aku call talian kaunseling tadi tapi pegawai yang menjawab kata kau sedang engaged.”
“Memang pun... Tadi klien aku call. Ha... terlanjur kau dah call ni kan, aku nak tanya pandangan kau tentang LGBT.”
“Kenapa tiba-tiba kau nak tahu pasal ni?” Nada suaranya kedengaran serius. Mungkin dia rasa pelik mendengar soalan aku itu.
“Tak adalah.... Aku ada seorang pesakit yang mengaku gay. Kau rasa golongan ni boleh diubat tak?”
“Insya-Allah jika dia benar-benar mahu berubah. Tapi dia kenalah berusaha bersungguh-sungguh dan meminta pertolongan kepada Allah.”
“Aku ada baca artikel yang mengatakan golongan ini dilahirkan secara fitrahnya begitu. Mungkin diwarisi dari keturunan atau mengalami kecacatan dalam orientasi seks mereka. Apa pandangan kau?” Last edited by ladyFinger12 on 26-3-2013 11:41 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Agak lama Fahmi terdiam. Namun aku sabar menunggu pandangan pakar motivasi berkaliber itu. Fahmi bukan sekadar motivator, malah dia adalah mentor aku secara tak langsung.
“Dari sudut kajian biologi, masih belum terbukti tapi kemungkinan ianya wujud semasa kelahiran tidak boleh ditolak mentah-mentah. Seperti mana golongan yang cacat fizikal, cacat otak, cacat saraf, maka tak mustahil juga kemungkinan adanya golongan cacat naluri. Semua ini dalam bidang kuasa Allah sebagai ujian untuk manusia-manusia ini. Senang cerita golongan gay ini kita boleh bahagikan kepada dua... memang dilahirkan begitu atau disebabkan oleh faktor luaran. Misalnya dari kesan sejarah silam atau desakan dan pengaruh persekitaran.”
“Cacat naluri?”
“Ye... cacat naluri... Terjadi secara fitrah. Tapi ini tidak bermakna mereka harus terus menyalahi takdir. Mereka sepatutnya menganggap ini sebagai ujian dari Allah untuk menguji keimanan mereka. Jika mereka bersabar dan berjaya mengekangi hawa nafsu mereka, Alhamdulillah. Insya-Allah akan ada ganjaran yang besar di akhirat kelak.”
Aku berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh Fahmi. Ternyata dia seorang yang mempunyai ilmu berpengetahuan yang luas.
Selepas berbual dengan Fahmi di telefon, aku bermenung lagi. “Maknanya Eddie ni asalnya bukan seorang gay? Dia dipengaruhi oleh faktor luaran... Sejarah silamnya menjadikan dia seorang gay. Jadi... dia masih ada harapan untuk kembali kepada fitrah.” Aku tersenyum-senyum. Mudah-mudahan ada harapan buat Eddie.
“Tapi.... itu kalau dia nak berubah.” Dan aku bermenung kembali...
Last edited by ladyFinger12 on 26-3-2013 11:45 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 26-3-2013 11:42 AM
Agak lama Fahmi terdiam. Namun aku sabar menunggu pandangan pakar motivasi berkaliber itu. Fahmi buk ...
Ho..ho... hari ni banyak 'scene' Eddie nooo.....
Fahmi/ Mujahid ada sikit2 ....
Rahul?...'scene' sessi belah petang ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
eddie = cicak kobeng??
cicak kobeng dan fahmi = erkkkk...
btw..pendingin hawa atau penghawa dingin? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|