CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sfhzuraz

[Pulau Pinang] Bersembang Tentang Nombor V14

[Copy link]
Post time 16-1-2026 04:10 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Seorang bekas ejen insurans didenda RM14,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menipu sebuah bank dengan menyamar sebagai kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan pinjaman berjumlah RM150,000, lapan tahun lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2026 04:10 PM | Show all posts
Mengikut pertuduhan pilihan pertama, Ahmad Nadzri didakwa menipu sebuah bank bagi mendapatkan pinjaman khas yang ditawarkan kepada pekerja LHDN, sekali gus mendorong institusi kewangan itu meluluskan pinjaman berjumlah RM150,000.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:10 PM | Show all posts
Kesalahan itu dilakukan di bank terbabit di Wangsa Maju antara 8 pagi hingga 5 petang dalam tempoh 1 Sept 2018 hingga 31 Okt 2018, mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:10 PM | Show all posts
Berdasarkan fakta kes, pengadu yang juga pegawai bank membuat laporan polis selepas menerima aduan daripada seorang kakitangan LHDN pada 24 Jun 2020, yang menerima surat daripada bank terbabit dialamatkan kepada individu yang bukan bekerja di LHDN.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:10 PM | Show all posts
Siasatan pihak bank mendapati tertuduh, yang bukan kakitangan LHDN, menipu institusi kewangan berkenaan bagi mendapatkan pinjaman RM150,000 dengan menggunakan surat pengesahan majikan, penyata gaji, pas pekerja, borang cukai pendapatan dan penyata akaun bank palsu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:10 PM | Show all posts
Tertuduh ditahan pada 20 Nov 2023 dan siasatan polis mendapati tertuduh yang disenarai hitam berhasrat membuat pinjaman RM30,000 sebelum diperkenalkan oleh jirannya kepada seorang lelaki bagi menguruskan permohonan pinjaman itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2026 04:10 PM | Show all posts
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang doktor kerana disyaki membunuh isteri dan anak lelakinya berusia empat tahun di kediaman mereka di Bandar Dato' Onn di sini, 31 Dis tahun lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:10 PM | Show all posts
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata suspek yang berusia 33 tahun ditahan pada 3 Jan, dengan tempoh reman terhadapnya berakhir esok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2026 04:11 PM | Show all posts
Beliau berkata mangsa yang merupakan akauntan berusia 36 tahun ditemukan dengan kesan kelar pada leher manakala anaknya dalam keadaan biru pada bahagian muka dipercayai akibat ditekup pada 8.20 pagi 31 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:11 PM | Show all posts
PUTRAJAYA: Kajian mengenai keperluan memperkenalkan semula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dijangka siap dalam tahun ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:11 PM | Show all posts
"Cuma menunggu mereka (ahli MPPK) dilantik dan kemudian kita akan selesaikan (kajian) dalam tahun ini juga, sesegera mungkin,” katanya kepada pemberita selepas Program PAKAT Prasekolah dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Presint 9 (1) di sini hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:11 PM | Show all posts
UPSR dimansuhkan pada 2021 manakala PT3  dimansuhkan pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:12 PM | Show all posts
KINABATANGAN: Kerajaan komited meningkatkan Kadar Sara Diri (SSR) ternakan ruminan negara yang kini sekitar 20 peratus, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:12 PM | Show all posts
Beliau berkata kerajaan menyasarkan tahap sara diri ternakan ruminan negara meningkat kepada 50 peratus menjelang 2030, melibatkan pengeluaran antaranya kerbau, lembu dan kambing selaras dengan agenda memperkukuh keterjaminan makanan nasional.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:12 PM | Show all posts
“Kita sekarang ini baru di sekitar 20 peratus... jauh untuk capai... tapi kita yakin (dengan) ada(nya) program-program yang dibentangkan… kita akan capai 50 peratus (pada) 2030 nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sentuhan AGRO MADANI di sini hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:12 PM | Show all posts
Mohamad turut memuji inisiatif Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Kinabatangan yang mencadangkan pelaksanaan Projek Ternakan Ayam Pedaging Sistem Tertutup di bawah Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia ke-13 Tahun 2026 sebagai contoh terjemahan dasar nasional ke peringkat tempatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2026 04:12 PM | Show all posts
Projek bernilai RM2.4 juta yang telah diluluskan itu dijangka menjana 30,000 ekor ayam bagi setiap pusingan serta mampu beroperasi sehingga empat pusingan setahun sekali gus menyumbang kepada sasaran SSR negara dan menjana pendapatan tahunan yang mampan kepada PPK.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:12 PM | Show all posts
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Amanat KSN 2026 di sini hari ini, beliau berkata inisiatif itu bertujuan meningkatkan kefahaman penjawat awam mengenai integriti serta isu berkaitan salah laku.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:12 PM | Show all posts
PARIS: Seramai 50 orang petani yang melakukan tunjuk perasaan telah ditahan di ibu kota Perancis kelmarin selepas mereka menyerbu masuk ke dalam bangunan kementerian pertanian, sebagai tanda kemarahan terhadap respons kerajaan terhadap rungutan sektor itu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 04:13 PM | Show all posts
Confederation Paysanne melaporkan 52 orang berada dalam tahanan polis dan menyeru satu perhimpunan di hadapan sebuah balai polis di utara Paris untuk membantah “penghinaan berterusan” kerajaan terhadap petani.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.105359 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list