CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI X, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 16-5-2011 03:13 PM | Show all posts
Alhamdulillah.. dpt tgk lg gambar2 kat ats ni.. beshnyer!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2011 08:26 AM | Show all posts
mekasih yassara paste gambar2 menarik dr haramain...lihat gambar2 tu semua teringat kemabali kenanga ...
el Post at 16-5-2011 12:47

Assalam, yg sebenarnya Allah mengetahui segala2nya. Cam myself ari tu.. sepatut g pd 15 Feb tp di tangguh hingga 21Feb...bila di fikirkan ader hikmah yg tersirat dari penangguhan tu...kerana kami di perlukan menghadirikan diri..x bleh tidak pada 19Feb tu.. setelah semua selesai baru kami lega melangkah menunaikan ibadah umrah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 12:23 PM | Show all posts
penah menunaikan umrah 2 kali:2000 & 2005
1st time g tahun 2000 tu cuaca sgt2 la panasnye...45C...
tapi alhamdulillah sumenye berjalan lancar...flight direct ke jeddah,hotel dekat,selesa,makanan pun sedap2...
kali ke 2 g tahun 2005,agak mencabar sikit...flight transit ke Sanaa,tunggu beberapa jam baru naek flight ke jeddah pulak...
hotel kt madinah jaoh dari masjid,hotel yg kt makkah pulak turun naek bukit...tapi temperature ok,sejuk...siap ade ujan batu lagi...
overall kali ke 2 buat umrah memang memenatkan...sbb transit flight & hotel yg jaoh...sekatrang lagi jaoh dengar cite...bile la dpt sampai sane utk wat haji pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 01:09 PM | Show all posts
Terima kasih bebyk kt yassara coz letak2 gambar di sana. Tdk akan kenal jemu apabila menatapnya hari2. Itulh kebesarn Allah Taala.

Mengingatkn kembali p'tama kali menjejakkn kaki di sana pada sept 2007. Masa berlalu begitu cepat. Hari ini, suami tercinta mengerjakn umrah di sana. Moga diberikn keselamatn dan kesihatn utk melakukn ibadah umrah dgn sempurna.

Rindu nk pergi lg. Mengenangkn ttgjwb di cni bersama anak2, mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 03:25 PM | Show all posts
Reply 585# yassara






sayunya melihat gambar2 nih... bergenang airmata... teringatkan penah jejak kaki & berada di sini, rasa cam kalau boleh saat ini jugak nak terbang jer ke sini semula...apakan daya...
Semoga Allah SWT makbulkan la lagi doa & harapan kita... murahkan la rezeki kita, panjangkan la umur kita, permudahkan la urusan ke sini untuk kita... Amin ya rabbal alamin....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 08:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2011 08:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 10:03 AM | Show all posts
wahhh... ramainyer org kat sana skr nih kan!!! hmmm... bila lah nak pegi lagi nih???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2011 10:24 AM | Show all posts
Asalamualikum...

dup dap dup dap jantung bila tengok gambar2 ni semua.
ya allah! permudahkan la segala urusan hambamu ini disana nanti
diberi kesihatan yg baik.
beri petunjuk dan hidayah buat hambamu ini...ampun kan segala dosa2 hambamu ini
jauhkan la aku dari sifat keji,fitnah manusi.Lindungi aku dari tipu muslihat manusia.
yang baik adalah dari mu jua.
amin..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 11:01 AM | Show all posts
Reply 609# carold

Wa'alaikumsalam...

mmg masa nak pegi bermacm benda bermain di fikiran, takut, gelisah, sedih dll.. tp smpai je kat sana semua duniawi hilang.... semua org berlumba2 nak kejar pahala yg ada kat sana!!!

tp byk perkara yg terjadi kat sana yg takut gak nak fikir kalau terjadi kat kita.. mcm sy sebilik dgn makcik nih.. dia kat sana sakit je smpai x blh pegi masjid, solat kat bilik 4 hari... rugi tul smpai kat mesia sehat lakk!!! ada satu lagi couple yg gaduh smpai nak balik mesia padahal kat mesia nih loving bukan main lagik... hmmm mcm2 ada lah kat sana!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 11:05 AM | Show all posts
Reply 610# zamnie


   Ustaz pun ada cerita pekara2 macam ni..seram sejuk..rasa kerdil betol diri
kita tidak tahu apa yg menunggu kita kat sana.
pesan dia...tawakal sahaja , banyak kan zikir dan selawat
fikir pasal ibadah..


andai terjadi apa2..anggap itu kifarah atas dosa2 kita
wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 03:44 PM | Show all posts
As Salam semua...
Cuma nak berkongsi pengalaman semasa menunaikan umrah baru2 ini (10 Mac - 21 Mac 2011) bersama2 isteri, bapa & ibu mertua serta seorang rakan.
10 Mac - Dijadualkan bertolak ke Jeddah pada jam 330 ptg. Dugaan pertama dariNya, atas sebab2 tertentu flight yg patut kami naiki ada pertindihan. Terpaksa transit ke hotel berhampiran utk hari tersebut. Tgh malam itu dapat perkhabaran yg saya & isteri dpt tempat utk penerbangan 9 pagi esoknya menerusi Sri Lanka Airline. Bapa & ibu mertua serta rakan belum dpt dipastikan, sbb semua kaunter telah ditutp pada waktu itu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 03:47 PM | Show all posts
Reply 609# carold


    assalamualaikum carold ,
   
     31/5 flight pukul berapa? saya insyaallah 2.30am terus madinah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 03:50 PM | Show all posts
11 Mac - Pkl 430 pagi kami semua bertolak ke KLIA dari hotel. Dugaan kedua, cuma saya & isteri dapat tempat, bapa & ibu mertua serta rakan terpaksa menunggu kekosongan utk penerbangan lain. Oleh kerana keadaan masih belum pasti, agensi tersebut menasihati bapa & ibu mertua serta rakan balik berehat di bilik hotel sehingga mendapat perkhabaran selanjutnya.

Flight yg dijadualkan bertolak pkl 9 pagi cuma berlepas dlm pkl 1030 pagi bertolak ke Colombo. Ibu bapa mentua serta rakan masih lgi menunggu berita baik dari agensi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 03:56 PM | Show all posts
Transit di Colombo lbh kurang 4 jam (klu x silap). Disebabkan kami mmg x dijadualkan menggunakan flight ini & mmg jadual asal x perlu transit di mana2, cuma matawang saudi riyal & RM shj yg ada di tangan. Disebabkan tiada money changer di airport colombo tu terpaksa la guna saudi riyal. Alhamdulillah, walaupun mahal yg melampau, chicken beriyani colombo tu boleh diterima tekak kami atau pun mngkin sbb dah terlalu lapar.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 04:00 PM | Show all posts
Kumpulan kami sepatutnya ada 22 org, tapi disebabkan masalah flight tu, 7 org lagi masih tertingggal di M'sia termasuk lah ibu & bapa mertua serta rakan tadi. Msg yg diterima dari mereka semasa kami di Colombo masih lg belum ada perkhabaran yg positif. Ada kemungkinan mereka kena bermalam lagi di hotel utk semalam lagi.... dugaaaaan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2011 04:15 PM | Show all posts
Smpai di Kompleks Penerbangan Haji Jeddah dlm pkl 8.0 mlm. Setelah usai solat jamak maghrib & isyak, kami keluar  ke imigresen... alhamdulillah setelah dpat beg, kami menunggu rakan2 lain di dlm kumpulan.. dugaan seterusnya... beberapa org dari kumpulan kami masih belum dpat beg mereka... tunggu punya tunggu dkt pkl 230 pagi baru dapat semua beg.... semua dah siap tertidur dkt kerusi menunggu di luar... masih belum ada perkhabaran gembira dari ibu bapa mentua serta rakan di malaysia... dugaaaaaaannnnn
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 04:26 PM | Show all posts
12 mac - Alhamdulillah sebelum subuh kami smpai di Madinah, blm nmpk masjid Nabawi lagi tapi perasaan terharu dan syukur membuatkan air mata kami berlinangan setelah selamat mengharungi perjalanan yg begitu panjang & ememnatkan... Samapi shj ke hotel terus dibhgkan ke bilik masing2... subuh dah nak masuk, terus kami bersiap2 utk solat subuh berjemaah di masjid nabi. Oleh kerana dlm keadaan pengurusan yg agak kelam kabut itu, ada di antara jemaah dlm kumpulan kami kehilangan beg lagi... beg mereka telah tersalah hantar ke hotel lain.... dugaan.

Buat saya & isteri yg kali pertama mengerjakan umrah dan menjejak kaki ke Madinah, bernasib baik sbb berkongsi bilik dgn satu keluarga yg sudah pernah mengerjakan haji dan umrah sblm ini. Sedikit sebanyak dapat lah sedikit tips & ilmu selama 2 hari di Madinah. Nak bertanya pada petugas agensi, hari kedua baru ketemu... nasib baik lah hotel & masjid nabawi tu berdekatan, maka berdikari lah kami... dugaan ke ni??? dugaaaannn...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 04:30 PM | Show all posts
Alhamdulillah setelah 2 hari di Madinah baru dpt perkhabaran dari ibu bapa mertua di Malaysia yg mereka akan terbang pada malam 12hb tapi kena transit ke Abu Dhabi & Colombo dahulu.... syukur akhirnya mereka dpt memulakan perjalanan mereka setelah 2 hari transit di hotel! Dugaaannnnn....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 04:33 PM | Show all posts
Kami cuma berpeluang berada di Madinah selama 2 hari shj. Hari kedua kami dibawa ziarah, slps zohor dah bersiap2 utk ke Mekah. X de rezeki nmpnya nak sama2 berjemaah di Masjid Nabawi dgn ibu & bapa mertua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.382334 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list