|
ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U) - SAMBUNGAN ( SUDAH TAMAT)
[Copy link]
|
|
“ Naj, bukan kau kata nak ambil EL hari ni? “ Tasha tercengang melihat Najlah di tempatnya. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah sahabatnya. Najlah membetulkan tudung Tasha yang senget. Perubahan yang bagus. Alhamdulillah.
“ Flight pukul 8 dah full. Aku on waiting list untuk flight pukul 1 nanti. “ Najlah meneguk Horlicks yang masih panas. “ Aku rasa macam tak berbaloi pula nak ambil cuti. Tapi aku dah janji…” Tasha memotong
“ Naj, kau dengar cakap aku. Baik kau pergi JB as fast as possible. Kau tahu tak minah gedik Izlyn tu dah tangkap cintan kat Adham? Tadi Wan cari dokumen dalam laci dia. Kau tahu apa Wan jumpa?”
“ Apa? Surat cinta?” Biasalah tu. Macamlah Tasha tak pernah tulis surat kat idola dia
“ Don’t play play. Cik Izlyn Sofia tu bahaya kau tau tak? Meh aku tunjuk apa Wan jumpa. Satu ofis dah bising. “ Tangan Najlah di tarik.
Laci meja Izlyn di sebelah bilik Shahrul di buka. Isinya tersusun rapi. Mata Najlah terbeliak melihat gambar Adham di tempek di tengah laci dan gambar Izlyn di sebelahnya. Di bawah nya ada perkataan “ Adham & Izlyn forever” di tulis dengan dakwat merah. Nafas Najlah terhenti sejenak bila dia membelek lebih dekat. Ini bukan dakwat… tapi darah. Makcik ini betul betul psiko. Darah apa ni?
“ Ini darah dia sendiri kah? Dia… dia potong jari dia?” Najlah terpaksa memegang hujung meja untuk mengimbang badan. Kakinya menggeletar seperti baru habis larian marathon.
“ Aku tak tahu. Entah entah darah kotor. Aku takut kalau dia bomohkan Adham. Kau tengok ni” Tasha mengeluarkan sekeping kad. Kad berwarna pink itu di garap menyerupai kad jemputan kahwin Adham dan Izlyn, siap dengan lakaran awan larat dan dua kuntum bunga mawar di depan.
Bismillahirahmanirrahim
Mohamad bin Che Ali
dan
Hashimah bt Tahir
Dengan segala hormatnya menjemput
......................…………………………………………………………………......
Ke majlis perkahwinan anak perempuan kami
Izlyn Sofia bt Mohamad
dengan
Ibrahim Adham bin Azmi
Pada 31 Ogos 2011, di rumah kami beralamat No 21, Jalan Besar
Kampung Kepala Parit Luar, Kubang Pasu, Kedah
|
|
|
|
|
|
|
|
Izlyn yg GATAI, mampus kau
cmf_blingblings Post at 1-8-2010 01:14
blingss.. tiba teringat plak kat mas.. dlm cita ijah tu.. izlyn leih kurang mcm mas gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Najlah menggeleng perlahan. Dirinya di cengkam berbagai perasaan. Bingung, resah, kasihan. Takut pun ada. Sungguh taksub Izlyn Sofia pada Adham hingga tak dapat bezakan realiti dengan fantasi.
“ Gila punya perasan lah . Macamlah Adham suka kat dia.” sampuk Wan dari meja sebelah. Dia menyemak dokumen yang sepatutnya di siapkan oleh Izlyn sambil mengomel. “ Patutlah kerja tak pernah siap. Berangan tak sudah. “
Tasha mengorek isi laci dan terjumpa sekeping kertas berlipat kecil. Apa pula benda ni? Tangkal azimat kah? Tasha mengambil tisu untuk melapik tangan sebelum membukanya perlahan lahan. Manalah tahu kot ada jin mcm lampu Aladin.
“ Minah ni tulis puisi cinta kat Adham ?” Najlah membaca bait bait yang tertulis dalam tinta merah yang sama. Baunya memualkan. Dia menutup hidung dengan tisu.
Hanya kau untuk aku
Hanya aku untuk kau
Tubuh ku untukmu
Tubuhmu milik ku
Darah aku jadi isi kau
Tanpa kau aku mati
Tanpa aku kau mati
Di hujungnya ada beberapa patah perkataan di tulis dalam Jawi.
" Chaittt!" jerit Tasha. Kertas itu di campak semula ke dalam laci.
“ Astaghfirullahalazim” Najlah duduk sambil meraup muka. Ya Allah , selamatkanlah suami aku dari segala bahaya. Tasha mengetap bibir menahan amarah
“ Tak guna punya manusia. Aku rasa ni jampi serapah nak buat Adham jatuh cinta dengan dia. Aku nak call Nizam. Dia kenal Ustaz yang tahu macam mana nak lindung diri dari ilmu hitam. Kau jangan risau Najlah. ”
“ Najlah, I thought you ambil cuti hari ini” Puan Azura tiba tiba muncul di depan mereka. “ What’s wrong? Najlah tak sihat?”
“ Tak.. sorry Puan. I … I…” Airmata Najlah mula bergenang. Jiwanya kacau. Aku tak sanggup kehilangan Adham. Aku takkan biarkan Adham pergi ke JB kalau aku tahu niat buruk Izlyn.
Puan Azura melangkah ke sisi Najlah dan matanya terbeliak melihat isi meja Izlyn
“ Budak ini dah gila kah? Dia tak tahukah Adham tu suami Naj” Najlah menjungkit bahu. Dia tak mampu berkata kata. Aku yang bersalah kerana mengambil remeh perkara ini walaupun Adham telah berkali kali meluahkan kesangsiannya.
“ Saya rasa dia tak tahu. Dia mana campur dengan orang. Tapi orang kepala tak betul, Puan Azura. Mana dia peduli semua tu. What I want, I must get. Puan mesti bagi tahu Datuk Badri. We cannot have her working here. Bahaya untuk Najlah dan Adham”
Puan Azura mengangguk. Najlah staff kesayangan nya. Gadis itu sentiasa professional dan reputasinya bagus. Walaupun sudah berkahwin dan mengandung, Najlah tak pernah biarkan hal peribadi mengganggu kerjanya. Dia gadis yang baik dan menyenangkan. Kalau Najlah ada masaalah, aku mesti bantu. Dia seperti adik aku sendiri.
Najlah melihat jam. Sekarang hampir pukul 10. Aku tak boleh tunggu lagi. Baik aku pandu kereta ke JB. Walau apa pun tindakan Izlyn, aku kena hadapinya bersama Adham.
“ Naj, awak nak ke mana?” tanya Puan Azura bila melihat Najlah menonong mengambil beg tangan dan terus menuju pintu
“ Ke JB. I will drive there.” Najlah nekad. Tasha menahannya.
“ Kau tu mengandung Naj. Jangan bahayakan baby dan diri kau. Kau duduk dulu, tenangkan fikiran. Kita kena atur strategi macam mana nak handle perempuan sasau itu. Jangan terburu buru”
“ Betul kata Tasha. Naj, you have to be calm. I akan phone kawan I yang kerja dengan Air Asia. Mungkin dia boleh tolong dapatkan flight lebih awal.“ |
|
|
|
|
|
|
|
“ Naj, bukan kau kata nak ambil EL hari ni? “ Tasha tercengang melihat Najlah di tempatnya. Dia me ...
sang_arjuna Post at 1-8-2010 01:02
Org Kubang Pasu ropanya, belum sampai lagi aku kat situ...agahgaggagagahhhh, teringat kat Mastura gofren AZAM:@ |
|
|
|
|
|
|
|
blingss.. tiba teringat plak kat mas.. dlm cita ijah tu.. izlyn leih kurang mcm mas gak..
teddy_girl04 Post at 1-8-2010 01:17 sehati sejiwa kita |
|
|
|
|
|
|
|
Najlah menggeleng perlahan. Dirinya di cengkam berbagai perasaan. Bingung, resah, kasihan. Takut pun ...
sang_arjuna Post at 1-8-2010 01:18 macam nilah agaknya cerita bila laki org tiba2 nikah lain...kn ubat guna-guna |
|
|
|
|
|
|
|
jgn risau... izlyn ni tak sempat kahwin adham |
|
|
|
|
|
|
|
salam & selamat pagi semua.....semuanya masih gigih kat sini.....wah bling pun belum tidoq lagi......tq arjuna for the n3..... |
|
|
|
|
|
|
|
makin suspen pulak citer smiley ni dgn karenah budak hingusan tak sedar diri and terlebih perasan..... |
|
|
|
|
|
|
|
misa imiginasi Izlyn mmg tak tercapai di akal...anak dara merenyau |
|
|
|
|
|
|
|
misa imiginasi Izlyn mmg tak tercapai di akal...anak dara merenyau
cmf_blingblings Post at 1-8-2010 01:43
itulah pasal bling.....anak org susah kekdahnya tp tak sedor diri......perasan tak tentu hala..... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn risau... izlyn ni tak sempat kahwin adham
sang_arjuna Post at 1-8-2010 01:28
phewww...lega skit. suspen whoaaa |
|
|
|
|
|
|
|
teruknye si izlyn...agaknye mmg ade wayar yg putus dlam kepala otak dia tu...
kesian kt lala.
mintak dijauhkan adham dari tipu daya syaitan yg bertopengkan manusia... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 601# sang_arjuna
Yoo..yooo... bahaya niih... Najlah cepat lah ke JB... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn risau... izlyn ni tak sempat kahwin adham
sang_arjuna Post at 1-8-2010 01:28
OK.... penamatnya Arjuna mesti bagi bahagia punya kan... Kalu tak, alamat 'meroyan'lah{:1_137:} kengkawan kat WR niih... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 601# sang_arjuna
TK N3 baru Arjuna..... Waduhhh Izlyn ni memang 'menakut'kan..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 607# sang_arjuna
Bilalah Najlah nak ke JB niih... naik je 'penyapu sakti'....{:1_137:} |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|