CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 5-10-2009 02:10 PM | Show all posts
we want more.... we want more....n3 lagi smiley...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2009 07:45 PM | Show all posts
laa...takda lagi ke...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 09:23 PM | Show all posts
takde agi.....agaknya sibuk open house kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 08:42 AM | Show all posts
  

ala berdebar-debar rasanya menanti.....................

mana nazrin nih........
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 01:46 PM | Show all posts
still tarak ke...  :cry:
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 01:51 PM | Show all posts
new en3 please...
we want more...
da xsabar sgt..
please smiley....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2009 09:59 AM | Show all posts
no n3...?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 03:27 PM | Show all posts
tq 4 d n3.....

new n3 pls
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2009 03:46 PM | Show all posts
bila nak ader N3 lagi..., buat panjang2 yer........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2009 06:58 PM | Show all posts
Menyusuri jalan sekitar bandaraya yang sesak ke Sri Jelatek, perbualan Hani dengan Shamil  semakin rancak. Rasa kekok yang menghindarinya dari mengenali Shamil dengan lebih dekat  lenyap, di ganti dengan rasa selesa. Persepsi Hani terhadap Shamil  berubah, Dia ada sisi yang berlainan bila dah kenal, dia bukan semata mata seorang Pria Terhebat di kampus. Karekternya banyak persamaan dengan Aina; keduanya ligat  bertukar pasangan tapi juga boleh menjadi sahabat yang baik.  Kalau Shamil perempuan, mesti boleh geng dengan aku, bisik Hani.

“ Apartment Hani kat blok mana? “ tanya Shamil bila sampai  ke pondok pengawal.  Guard berbangsa Nepal yang sudah biasa melihat Hani mengangkat  pengadang jalan tanpa banyak soal.

“ Belok kanan. Apartment saya kat block A.”

Sebaik sampai ke Block A, Hani mempelawa Shamil naik. Tapi ajak ajak ayam sajalah. Nanti jenuh pula kena interview dengan Along. Along dah kamceng benar dengan Nazrin. Rupanya mereka saling mengenali ketika mengambil kursus matrikulasi di Intec Shah Alam.

“ Lain kali sajalah. I dah janji nak jumpa kawan.” Tak mengapa, masih banyak waktu. Kena slow and steady kalau nak menawan hati gadis yang polos ini. Hani  berbeza dengan lain lain perempuan yang senang tergoda dengan rupa dan status.

“ Thanks Shamil.” Mereka berpamitan sebelum Hani di telan lif.

Pintu kondo no. 5-3A Sri Jelatek di ketuk. Walaupun mempunyai kunci pendua tapi Hani cuma menggunakannya bila Along dan Kak Ina tak ada di rumah. Bukan sebab nak menyusahkan sesiapa tapi kena lah respek privasi mereka.

“ Ha… dah balik pun anak dara ni. Kenapa lambat ? Kata nak masak malam ni. Kenapa tak call? ” Along bermukadimah sebaik membuka pintu. Dia tersengih melihat muka adiknya yang kelat.

“ Sorry lah Along, Kak Ina. Hujan lebat. LRT tak jalan. Jam teruk. Henfon pula habis bateri.” Jawab Hani sepatah sepatah. Along ni memanglah. Mentang mentang ofis dia dekat dengan rumah. Kaki buli!

“Jangan risau, Along dah beli nasi dengan lauk di gerai Wak Aji. Pergilah mandi dulu. Acik Mah dengan Auntie Nuraishah nak datang sekejap lagi.” Kak Ina bersuara sambil mengatur pinggan di meja makan. Pergerakkannya masih tangkas walaupun kandungan sudah 7 bulan.

Muka Hani berubah riak. Kesedihan kembali berlegar di benaknya. Kenapa Acik Mah dengan Auntie Nuraishah nak datang? Nak minta putus pertunangan aku dengan Nazrin kah?  Hani berlari anak ke biliknya. Mukanya di sembam ke bantal. Bercucuran airmata yang sudah lama di bendung. Perit sungguh rasanya bila mengetahui Nazrin dan Fifi masih berhubung. Kenapalah aku letakkan harapan begitu tinggi pada Nazrin? Kenapa cinta pertama aku seorang lelaki yang tak pernah lupakan cinta pertamanya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2009 07:07 PM | Show all posts
Ketukan di pintu tidak di pedulikan. “ Hani… Hani.  “ suara Kak Ina sayup di telinganya. “ Cepatlah keluar. Acik Mah dengan Auntie Nuraishah dah sampai.. Along pun dah lapar tu”

Takkan aku nak berkurung sepanjang malam. Sungguh tak sopan kalau biarkan Acik Mah dan mak Nazrin menunggu aku. Lambat laun aku kena terima juga hakikat yang Nazrin bukan lagi milik aku. Hani mengesat airmata. Hai….parahnya aku.

Selesai mandi ala kadar dan menyarung baju tee dan jeans, Hani melangkah keluar. Langkahnya gontai, bagai ada bongkah batu yang di ikat di kaki. Macam pesalah menunggu hukuman gantung di laksanakan.

“ Hani nampak pucat. Kenapa ni? Tak sihatkah?” tegur Puan Nuraishah sambil memeluk Hani. Kedua pipi bakal menantunya di cium. Acik Mah turut meraih Hani dalam dakapannya.

“ Teruk sangatkah kerja kat Persada tu?” Acik Mah terkejut bukan kepalang bila mendapat tahu yang Hani menjalani internship di syarikat musuh keluarga mereka. Macam tak ada tempat lain. Seribu satu prasangka timbul di kepala. “ Itulah, Acik Mah dah cakap…” sambungnya

“ Tak adalah. Hani kena hujan tadi. Selsema sikit” Hani menenyeh hidung dan matanya untuk meyakinkan Acik Mah dan Puan Nuraishah. “ Acik dengan Auntie nak minum apa? Hani buatkan”

“ Apa kata kita makan terus? Along dah lapar ni” kata Along sambil menepuk perutnya yang leper. Sejak kecil dia sudah membahasakan dirinya Along kalau berbual dengan saudara mara dan kawan rapat , tidak kira umur dan pangkat.  

“ Jom, Auntie pun dah lapar. Emm… siapa masak ni? Hani kah?” tanya Puan Nuraishah sambil memerhati hidangan yang memenuhi meja.

Along menekup mulut menahan tawa yang hampir terletus. Mata Hani terjegil. Macam lah aku ni gila glamour, nak mengaku pandai masak depan bakal mak mertua. Piiraaahhhh! Kalau aku tokoh isteri mithali tapi orang tak sudi pun apa gunanya.

“ Bukan Hani yang masak. Along beli. Manalah Hani pandai masak. Setakat masak air boleh lah.” selamba dia menjawab. Nasi di pinggan di kuis. Seketul kecil ayam masak kicap pun tak mampu di habiskan. Semua yang di telan rasa macam duri.

“ Hani ni memang suka merendah diri. Kalau dia masak sambal tumis bukan main sedap lagi. Along boleh tambah nasi dua tiga kali” tukas Kak Ina sambil mengerling ke arah adik iparnya. Kenapa Hani ni lain macam saja? Nak demamkah? Atau demam cinta? Yalah, dah lama tak jumpa si Nazrin.

“ Haa… baguslah tu. Ajin  suka makan sambal tumis.” Lebar senyuman Puan Nuraishah.

“ Ya kah? Hani suka makan hati dengan ulam. Ulam jantung… eh… jantung pisang. Ha. Ha ha!” Tawanya  di buat buat. Acik Mah menjeling tajam. Apahal budak ni? Nasib baik kau duduk jauh , kalau tidak dah kena cubit.

“ Uncle Aziz sihat? Apa khabar Nadia? Kenapa dia orang tak ikut sekali“ Along cepat menukar topik. Hairan betul dengan sikap Hani malam ni. Macam orang lalok. Dia lupa kah yang Puan Nuraishah ni bakal mak mertua dia? Kena reject baru padan muka. Menangis tak berlagu karang.

“ Alhamdulillah, Uncle sihat. Cuma kadang kadang bila terlupa makan ubat, penyakit darah tinggi dia datang. Nadia ada tuisyen malam ni. Dia memang nak ikut , siap nak ponteng tuisyen. Tapi Auntie tak bagi sebab periksa dia dah dekat. Dia rindu sangat nak jumpa Hani. Bila Hani nak datang rumah? Rumah Auntie bukan jauh sangat dari ofis Hani. “

Nadia saja yang rindukan aku. Bukannya Nazrin. Kalau aku pergi rumah mereka , ibarat hidung tak mancung pipi tersorong sorong. Walaupun aku akui ,  aku juga rindukan Nadia. Dah dekat enam bulan tak bersua muka. Cuma berbual di telefon dan YM .

“Insyaallah Hani datang nanti. Tunggu bila kerja dah tak banyak sangat. Sekarang Hani baru mula kerja, banyak benda yang Hani kena belajar. Hani pun miss Nadia.”  

“ Tapi tentunya Hani lagi miss abang Nadia kan” Along menyampuk. Muka Hani memerah bila Puan Nuraishah dan Acik Mah ikut ketawa. Sakai betul lah Along ni! Mesti Auntie Aishah ingat aku terhegeh hegeh nak kan si Nazrin. Urghhhh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2009 07:17 PM | Show all posts
Selesai makan, Acik Mah dan Puan Nuraishah beralih ke ruang tamu. Hani mengupas mangga Siam sambil  Kak Ina menyediakan kopi panas. Dari dapur terdengar sayup sayup suara Puan Nuraishah dan Along. Hati Hani bergetar.  Apa tujuan perjumpaan malam ini? Ya Allah, apa apa pun keputusan Nazrin, berilah aku kekuatan untuk menerimanya.

“ Hani , duduklah sekali. Perkara yang kita nak bincang ada kena mengena dengan Hani. “  tutur Acik Mah sebaik Hani menghidangkan kopi dan pencuci mulut. Langkah Hani terhenti. Oh tidakkk… aku tak nak dengar! Lara mula bersalut di hatinya.

“ Ya, Hani. Auntie pun rasa lebih baik kita bercakap dengan tuan punya badan sendiri. Baik Auntie maupun Along bukan orang zaman dulu yang suka memaksa. Lagi baik kalau kita bincang sama sama.” usul Puan Nuraishah. “ Mari duduk sebelah Auntie”

Hani menarik nafas lalu melabuhkan punggungnya. Aku setuju. Jangan paksa Nazrin menerima aku sebagai isteri. Apa nak di bincang lagi? Cincin di jari manisnya di tanggal perlahan.  Dadanya bagai di palu. Begini kot rasa peserta Akademi Fantasia sebelum di umumkan siapa terkeluar.

“ Nazrin baru dapat tahu dia kena pergi ke Ohio University di US selama tiga bulan untuk kursus jangka pendek. Dia  bertolak pada bulan Mei. Jadi Tok Putih dan Auntie harap sangat Hani dengan Nazrin boleh bernikah sebelum itu. Hani boleh ikut Nazrin ke sana, pergi honeymoon. Masa itu Hani pun cuti , kan?”

“ HAAA? No way! Betul kah ? Takkan Nazrin setuju? Tak mungkin….. Auntie dah tanya dia kah? Auntie pasti kah?” Tanpa di sedari soalan demi soalan terpacul dari bibirnya. Kebingungan melanda Hani. Kalau  semalam Auntie Nuraishah tanyakan aku hal ini mesti aku gembira tergedik gedik sebab dapat kahwin dengan Nazrin.Tapi sekarang semua sudah berubah. Apa muslihat Nazrin? Nak pasang dua terus? Hani menggaru kepalanya. Mulutnya terlopong dan tertutup macam ikan puyu. Peluh dingin mula merenik di celah rambut. Aku…. Kena…. kahwin… Nazrin… sebulan... lagi. OHMIGOD!!!

“ Eh…mesti lah Nazrin setuju. Ini semua idea Nazrin. Dia yang beria ria suruh Auntie tanya Along kamu. Tak sabar sabar lagi dia tu. Dia risau sangat kalau tinggal Hani selama tiga bulan. Ye lah, US tu bukan dekat. Auntie, Uncle, Tok Putih dengan Tok Ki pun suka denga cadangannya. Benda yang baik elok di percepatkan. Lagipun ini wasiat Mak Tok Hani , lagi cepat kita laksanakan lagi bagus” saran Puan Nuraishah. Tangan Hani di raihnya. Sejuk. Tak hairanlah kalau Hani panik. Berita ini tentu mengejutkannya. Cuma sebulan lebih sebelum dia di nikahkan.

“ Along pun setuju. Kalau Hani dah kahwin, ada lah orang jaga Hani kalau Along kena pergi luar negara. Along dengan Kak Ina pun tak risau. Boss Along kata ada chance Along kena pergi ke Vietnam bulan June nanti.” Along pula mengemukakan hujah

Acik Mah dan Kak Ina cuma mengangguk dengan senyuman dari telinga kanan ke talinga kiri. Semua orang happy gileerrr kecuali aku. Sebab mereka tak tahu apa yang aku tahu. Yang nak kahwin aku; yang kena lalui onak duri perkahwinan ini pun aku.

“ Hani tak setuju. Mana boleh Hani kahwin bulan Mei. Hani masih lagi pelajar UDR dan Nazrin pensyarah.” Tegas Hani

“ Oh… itu tak jadi masaalah. Nazrin dah minta kelulusan pihak university. Dekan pun setuju sebab Hani sudah di semester akhir. Tinggal beberapa bulan lagi untuk graduate”  ujar Puan Nuraishah. Tahu sangat pe’el anaknya. Kalau Nazrin mahukan sesuatu , dia akan berikhtiar sampai dapat. Lebih lagi bab Hani, segala gunung ganang dan lautan pun mampu di takluki.

Hani memerah otak memikir alasan seterusnya. Namun otaknya kosong. Kejutan tadi membuatnya blur barangkali. Pandangan nya berbalam. Kalau di ikutkan mahu saja aku cakap TAK NAK. Muktamad. Not now, not ever. Tak hingin aku jadi isteri lelaki yang tak setia.

“ Terus terang Hani cakap,…” akhirnya dia bersuara. Biarlah aku kena pelangkung pun.“ Hani … Hani rasa ... Hani tak nak kahwin dengan Nazrin”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2009 07:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 7-10-2009 19:20

sori kalau n3 tak menepati citarasa semua

Hani ni konfius sebenarnya - pertama kali bercinta la
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 09:23 PM | Show all posts
ishhhh.... tak sabar2nya nak tahu sambungan... thank u arjuna. Love u
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 09:50 PM | Show all posts
sambung lg yer
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 11:49 PM | Show all posts
ape la hani nie...
xbaik la wat nazrin tau...
memang la hani baru 1st time bercinte...
tapi xkan sampai xnak terus kawen ngn nazrin....
hua hani kenape la mesti bersangke buruk nie...
tensi3....
mau entry lagi....
xsbar nak tunggu habis dis story.....
chaiyok3 smiley:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2009 08:49 AM | Show all posts
wake up hani..wake up.... nazrin ajak kawin pun tak mau ker...hehehhe... sorry ter emo...n3 lagi smiley...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 09:14 AM | Show all posts
:pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom:


thanks for th n3...................



nak lagi.....nak lagi..... nak lagi..... nak lagi..... nak lagi..... nak lagi..... nak lagi.....

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 10:08 AM | Show all posts
jgn la cmtu hani... cian kt ajin.. i plak yg teruja lebih2 bila ajin n hani nk tawin...hehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 10:26 AM | Show all posts
aduhaiii Hani...apsal cepat sgt buat keputusan...mintakler masa utk pikir dulu ke,pastu jumpa ajin bincang....
hheheheee...sorry ye arjuna...lebih2 lak dr writer..hehhehheh...
sambung lg yer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.068466 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list