CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rhyno

GEGARVAGANZA MUSIM KE-11 : KONSERT GRAND FINALE MALAM INI

  [Copy link]
Post time 8-2-2025 11:54 PM | Show all posts
duri_durians replied at 8-2-2025 11:19 PM
full rehearsal duet

tokmal x dyrga

kan...turunkan lah key
biar penyanyi selesa dan penonton enjoy


kosser nak dgr bunyi kucing mengawan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2025 01:18 AM | Show all posts
scrocth replied at 8-2-2025 11:27 PM
Meols smpt tgk snippets cinta td kt ig sooka tp dorg dh delete. Liza sounded ok tp KD yg mcm key x ...

ye KD tak sampai.
tok music naik key tinggi sangat kat situ.
harap esok lain sikit. kita nak dua2 sampai.

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 01:19 AM | Show all posts
Incanto replied at 8-2-2025 11:54 PM
kan...turunkan lah key
biar penyanyi selesa dan penonton enjoy

u p tgk ke? betul la tu. struggle sgt. harap esok ada perubahan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 01:21 AM | Show all posts
Honey_Inara replied at 8-2-2025 09:40 PM
Wow chuols mencemar duli pergi rehearsal ekk

yea akhirnya. berbaloi sgt. puas hati.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 01:24 AM | Show all posts
moonela replied at 8-2-2025 10:46 PM
Suspennnn
Sheila kah bakalan juara?
Tadi iols kedengaran dari jauh tok mal nyanyi lagu seniman ter ...

u ada kt situ ke mcm mana leh dgr hahaha
jujurnya sheila paling kurang masalah.
yg lain ada here and there.

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 01:25 AM | Show all posts

nyanyian mmg bagus TAPI ... i reserve my comment utk esok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2025 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Berdasarkan rehearsal tadi, bagi aku, sesiapa pun boleh jadi juara. Semua memberi. Bonusnya di battle round.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 9-2-2025 01:24 AM
u ada kt situ ke mcm mana leh dgr hahaha
jujurnya sheila paling kurang masalah.
yg lain ada here a ...

Tapi kadang2 masa mlm sebenar dia jd lain.. Nervous ke etc2.. Xleh menaruh harapan sgt.. Harap okla semua nyanyi as expected mlm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2025 07:49 AM | Show all posts
MistrezHermanaz replied at 9-2-2025 06:45 AM
Tapi kadang2 masa mlm sebenar dia jd lain.. Nervous ke etc2.. Xleh menaruh harapan sgt.. Harap okl ...

betul la tu. bgntung kpd malam sebenar.
harap sgt semua bjaya buat yg tbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 9-2-2025 01:24 AM
u ada kt situ ke mcm mana leh dgr hahaha
jujurnya sheila paling kurang masalah.
yg lain ada here a ...

Hahaha
I nampak TT gempak live malam tadi
Saja ja klik
Rupanya live kat area luar sana
Tu yang boleh dengar sikit²
Tapi suara memang dengar jauh la
Sikit je la dengarnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
sherry_zaida replied at 9-2-2025 01:32 AM
Berdasarkan rehearsal tadi, bagi aku, sesiapa pun boleh jadi juara. Semua memberi. Bonusnya di battl ...

Siapa yang paling best di battle round malam tadi?
Battle round ni penting juga sebab kalau semua bagus markah battle round ni penentu siapa yang juara..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
MistrezHermanaz replied at 9-2-2025 06:45 AM
Tapi kadang2 masa mlm sebenar dia jd lain.. Nervous ke etc2.. Xleh menaruh harapan sgt.. Harap okl ...

Iols setuju. Kadang masa rehearsal ok bila malam sebenar tak berapa ok..suspen
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Btw KD lain betul rupa dia ya
Dah tak nampak rupa asal
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 8-2-2025 11:53 PM
tokram dah bagitau tolak 5 markah

Harap tolak betul² la
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 08:18 AM | Show all posts
duri_durians replied at 9-2-2025 01:19 AM
u p tgk ke? betul la tu. struggle sgt. harap esok ada perubahan.

tak...aku cakap in general, bukan utk LA n KD saja

tak paham kenapa audiens melayu ni suka sgt penyanyi tarik nada tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 09:19 AM | Show all posts
moonela replied at 9-2-2025 07:56 AM
Siapa yang paling best di battle round malam tadi?
Battle round ni penting juga sebab kalau semua  ...

i nk jwb bdasarkan rehearsal.dyrga paling hebat rap.
utk girls surprisingly ning  dgn liza menyerlah.
tp dua2 battle best.
apa pun tngu malam nanti.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2025 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts

*Liza Aziz lunas impian setelah lebih empat dekad*
Oleh AL FAIZAL ABDUL KARIM
9 Februari 2025, 8:00 am

PROGRAM pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) terbitan Astro bakal melabuhkan tirainya malam ini. Jutaan rakyat Malaysia bakal menyaksikan seorang lagi juara dimahkotakan.

Debaran enam peserta; Dadali Dyrga, The Lima, Liza Aziz, Sheila Abdull, Ning Baizura dan Zehra Zambri pastinya semakin kencang saat ini.  Hasil keringat dan usaha mereka selama 12 minggu bakal ditentukan.

Antara enam calon juara GV11 ini, Liza yang paling berpengalaman. Kalau ditolak tambah, perjalanan seninya sudah memasuki 45 tahun, bersamaan usia Menara DBKl 1 yang tersergam indah di tengah kota metropolitan.

Lebih empat dekad anak jati Kuala Lumpur ini menjadi anak seni, tak salah kalau dia dianggap antara penyanyi berkebolehan tinggi yang Malaysia miliki.

Namun, hakikatnya juga, pemilik nama sebenar Norliza Abdul Aziz ini juga antara penyanyi hebat yang belum pernah menggenggam sebarang anugerah yang mengiktiraf bakat seninya.

Jadi, adakah malam ini bakal menyaksikan sejarah baharu tercipta?
Menang kalah itu adat. Tapi, dalam sudut sanubari paling dalam, Liza dan lima peserta lain pastinya menyimpan keinginan jadi juara pertandingan. Kalau tidak menggunung pun harapan itu, mungkin sekelumit, pasti ada.

Tapi Liza, yang kemampuan vokalnya mampu meroket hingga ke tahap sopran, tetap berpegang pada niat awal menyertai GV11, iaitu sekadar mahu menghiburkan dan menggembirakan peminat.

“Pada usia 62 tahun, selepas lebih 45 tahun saya menjadi penyanyi, saya sahut cabaran ikuti pertandingan nyanyian. Memang niat masuk GV11 adalah untuk peminat.

“Kalah menang Tuhan yang tentukan. Sebenarnya, ada kemenangan lain yang telah pun saya miliki dalam pertandingan ini, iaitu apabila saya semakin dikenali, semakin diikuti dan bertambah peminat lebih-lebih lagi dalam kalangan orang muda.

“Saya terkejut apabila ada peminat yang maklumkan anaknya, yang berusia lima tahun, ikuti perjalanan saya dalam GV11, hafal lagu-lagu yang menjadi tugasan saya setiap minggu.

“Benarlah, besar impaknya masuk GV. Banyak perubahan yang berlaku sepanjang 12 minggu. Tapi, saya tetap Liza Aziz yang sama. Tak mungkin berubah kalau popular, tetap menjadi penyanyi yang hanya mahu menghiburkan,” katanya.
Sebenarnya, GV telah melunaskan harapan Liza Aziz yang sejak dia bermula menjadi penyanyi, tidak pernah kesampaian, iaitu untuk belajar nyanyian secara formal.

Saya terkejut apabila anak seniwati Normadiah dan seniman Aziz Jaafar ini memaklumkan dia tidak pernah mengikuti mana-mana kelas nyanyian, apatah lagi institusi seni.

Hanya pengalaman yang mengajar dan membentuk nyanyian Liza Aziz yang kita dengari, hari ini. Jadi apabila berpeluang masuk dalam GV11, Liza ibaratkan seperti masuk gedung ilmu yang diidamkannya selama ini.

“Saya tahu, jika masuk GV11, saya akan belajar banyak perkara. Sebab itu, saya masuk pertandingan ini dalam keadaan kosong. Saya merelakan nyanyian saya dikritik, sentiasa bersedia dengan apa yang bakal saya hadap sepanjang 12 minggu ini, saya redah.

“Sebelum ini, saya ingat nyanyian saya bagus. Tapi apabila masuk GV11, buat persembahan setiap minggu, barulah saya nampak banyak kekurangan. Contoh, apabila Datuk Syafinaz Selamat tegur tentang ekspresi saya ketika menyanyi. Selepas itu barulah saya belajar cara bercerita dalam lagu. Begitu juga dengan masalah hafal lirik, saya atasi dalam GV11 selepas bertahun-tahun menghadapinya.

“Tapi, hadiah paling bermakna sepanjang menjadi peserta GV adalah kekuatan minda, itu yang saya dapat selepas melalui penat dan tekanan dalam pertandingan ini.

“Mungkin ramai tak tahu yang saya hampir menarik diri kerana mengalah dengan tekanan dan kesukaran dalam pertandingan ini, sampai ada fasa suara saya hilang sepenuhnya kemudian saya tak mahu meneruskan kerana risau orang kritik keputusan awal saya dalam GV11 apabila saya tidak mampu menyanyi dengan baik.

“Tapi Alhamdulillah, suara saya sempat pulih. Juri, seperti Datuk Ramli MS, keluarga dan rakan-rakan juga nasihatkan dan beri semangat agar saya teruskan. Dan kini, saya bertahan sampai ke minggu akhir,” kongsinya.

KEKUATAN BERSAMA AZLINA

Liza dan kakaknya, Azlina Aziz ibarat peribahasa air dicincang tak akan putus. Keduanya diangkat dalam industri ini sebagai vokalis hebat yang berada pada liga mereka tersendiri.

Kata Liza, tiada istilah persaingan antara dia dan kakaknya meskipun kalau ditimbangkan, Azlina sedikit lebih menyerlah dengan sembilan album studio dan beberapa buah filem yang dilakonkannya.

“Kami adik beradik sama sahaja, tiada lebih, tiada kurang. Kami tidak pernah fikir begitu.

“Kalau orang membanding-bandingkan kami, itu hak mereka. Pandangan masing-masing, jadi, terpulang.

“Kami adik beradik tidak pernah overshadow antara satu sama lain.  Saya malah sangat bangga dengan pencapaiannya setakat ini.

“Malah, kami dapat kekuatan apabila menyanyi bersama. Ia perkara yang hanya berlaku antara adik beradik,” ujarnya.

BERPERANG DENGAN PERSEPSI IMEJ

Tiada jalan mudah buat seorang Liza Aziz meskipun berstatuskan anak kepada pasangan bintang bertaraf legenda. Susahnya bergelar anak seni hanya dia dan Tuhan yang tahu.

Liza puas berperang dengan persepsi imej sejak titik pemulanya sebagai penyanyi. Seringkali dia ‘dimomokkan’ , dikatakan tidak cantik justeru sering berdepan episod-episod penolakan. Itu pahit yang terpaksa Liza telan.

“Dulu memang saya berdepan masalah berkaitan imej, banyak kali berdepan rejection. Antara episod yang paling menyedihkan apabila cadangan menjadikan saya penyanyi untuk band Tentera Udara Malaysia (TUDM) ditolak hanya kerana saya dianggap tidak cantik. Saya hadap perkara ini ketika usia saya masuk 20-an.

“Disebabkan rupa paras, nasib saya juga diperkotak katikkan. Dua album saya tidak dipromosikan dengan baik. Hanya janji-janji palsu dan cakap-cakap kosong sayang saya terima. Semua ini hanya disebabkan ada yang berpandangan saya tidak cantik.

“Sebab itu hampir keseluruhan tempoh karier saya banyak dihabiskan menjadi penyanyi latar, kelab malam dan undangan luar negara.

“Sekarang sudah berbeza, ada sekumpulan orang yang membantu menaik taraf imej saya. Dan sekarang, bila orang puji saya cantik, saya macam tak percaya, sebab bertahun-tahun saya diberitahu perkara sebaliknya. Saya berterima kasih kepada mereka yang menghargai saya. Perkara itu membuatkan saya lebih yakin.

“Hari ini persepsi saya tentang diri sendiri sudah berubah, lebih positif. Saya selalu katakan pada diri sendiri bahawa saya ini cantik,” kongsinya.

Kata Liza lagi, dia tidak pernah menggunakan nama dan kemasyhuran orang tuanya sebagai batu loncatan untuk masuk secara mudah dalam dunia seni.

Apa yang dicapai hari ini adalah hasil usaha dan keringatnya sendiri tanpa menggunakan status  sebagai anak kepada seniwati dan seniman terbilang.

“Walaupun mak dan ayah saya orang seni, saya tetap kena bermula dari bawah. Saya tak guna nama mereka, orang kenal saya kerana bakat nyanyian saya.

“Walaupun dulu hanya bermula penyanyi latar, saya tetap berlapang dada kerana saya dikenali dengan bakat, bukan sebagai anak orang seni yang terkenal,” jelasnya.

Meskipun enggan ‘menunggang’ populariti mak ayah, Liza tetap berbangga dan meneladani orang tuanya yang banyak berkorban untuk anak-anak.

“Saya bangga jadi anak Normadiah dan Aziz Jaafar kerana saya melihat sendiri pengorbanan mereka.

“Ketika hayat mereka, pada usia lanjut, masih bekerja, buat show sana ini untuk mencari nafkah demi membesarkan kami adik beradik. Bila bercerita tentang mereka, saya sedih.

“Sekarang umur saya sudah meningkat, saya faham perasaan mereka dulu yang terpaksa bersusah payan bekerja pada usia lanjut.

“Apa pun, sampai sekarang saya pegang nasih mak ayah, kalau mahu jadi penyanyi, jadilah yang baik. Jangan cemar nama baik keluarga,” kongsinya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by duri_durians at 9-2-2025 10:29 AM
scrocth replied at 9-2-2025 09:28 AM
*Liza Aziz lunas impian setelah lebih empat dekad*
Oleh AL FAIZAL ABDUL KARIM
9 Februari 2025, 8:00 ...

sebaknya baca.. tp berani2 nya editor letak pasal band TUDM tu ye. patut tulis je agensi atau jabatan kerajaan.
btw liza bukan lahir sngapura ke?


Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 10:24 AM | Show all posts
salute dengan azlina dan liza, sentiasa merendah diri bila berkata dan mereka juga tidak pernah seksi demi meraih populariti.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 9-2-2025 10:21 AM
sebaknya baca.. tp berani2 nya editor letak pasal band TUDM tu ye. patut tulis je agensi atau jabat ...

Xpa benda dh lama. Mmg sebak baca n hrpnya haters akan faham kenapa she mcm xberani nk pandang crowd sgt and sekadar tgk prompter. Bukan sbb she xhafal lirik yach kalau x mmg kucar kacir performance she mcm nai dinamik haritu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.611481 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list