Semangat Siew Keong buat pengundi beri undi
1 Jun 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
0
Dr Zambry Abdul Kadir Dr Zambry Abdul Kadir
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Kejayaan BN merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan merupakan kemenangan bermakna dan satu anjakan besar kepada parti itu.
Pemimpin BN menyifatkan personaliti calon BN Datuk Mah Siew Keong yang tidak mudah mengaku kalah, bijak dan berpengalaman merupakan antara faktor pengundi Teluk Intan beralih arah untuk memberi undi kemenangan kepada BN.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata banyak pengajaran yang diperoleh menerusi pilihan raya kecil itu dalam membentuk gerak kerja sistematik antara BN dan sahabat BN tanpa menimbulkan perselisihan faham bagi menumpukan sepenuhnya kepada pilihan raya berkenaan.
Zambry, yang juga Pengerusi BN negeri Perak, berkata kemenangan Mah adalah satu anjakan besar kepada BN walaupun meraih majoriti 238 undi dalam pentas pertarungan sengit itu.
Mah, 53, yang juga Presiden Gerakan, memperoleh sebanyak 20,157 undi mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang mendapat 19,919 undi pada pilihan raya kecil, semalam.
Keputusan itu diumum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di Teluk Intan pada kira-kira 9.41 malam ini.
Peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini ialah 67.4 peratus.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Naib Presiden Umno, di Twitternya menyifatkan warga Teluk Intan membuat pilihan yang tepat.
Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri, menganggap kemenangan itu amat bermakna bagi memperjuangkan kepentingan rakyat.
"Alhamdulillah atas kepercayaan yang dimartabatkan semula oleh pengundi-pengundi Teluk Intan kepada BN. Kerja-Kerja yang tersusun dan terselaras telah menghasilkan kejayaan," katanya dalam satu kenyataan.
Pengerusi Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula menganggap kemenangan itu hasil usaha gigih dan komitmen jentera sayap parti berkenaan.
"PRK Teluk Intan adalah yang paling mencabar tapi kami sabar jalankan tugas dengan penuh hemah dan ikut undang-undang. Alhamdulillah, akhirnya dapat kemenangan," katanya.
Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin pula berkata kemenangan itu merupakan satu kejayaan yang amat bermakna walaupun dengan majoriti yang rendah kerana BN berjaya melakukan 'overturn' majoriti lebih 7,000 undi yang diperoleh calon DAP pada PRU13 yang lepas.
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang sedang dalam lawatan kerja ke Beijing, China turut memuat naik status di Facebook dan Twitter miliknya dengan mengucapkan tahniah serta syabas kepada Mah.
Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel pula berkata kemenangan itu merupakan satu pengiktirafan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakyat mahukan BN untuk terus membela nasib mereka.
Presiden PPP Datuk Seri M.Kayveas berkata kemenangan itu merupakan satu amanah besar kepada kerajaan BN, dan rakyat sudah rasional serta tidak lagi mempercayai segala provokasi pembangkang. - Bernama
Kemenangan BN petanda penting
WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Jun 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
1
Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Kejayaan BN merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan merupakan satu petanda penting bahawa keyakinan dan sokongan rakyat terhadap BN semakin kukuh.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau juga percaya pengundi Teluk Intan telah membuat keputusan yang matang dengan menilai prestasi baik dan pengalaman calon BN Datuk Mah Siew Keong yang pernah berkhidmat sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar dan Anggota Parlimen Teluk Intan sebelum ini.
"Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana pengundi di Teluk Intan telah memilih calon BN, Siew Keong untuk menjadi wakil rakyat mereka kembali.
Kita bersyukur kerana kemenangan ini juga membuktikan BN terus mendapat sokongan masyarakat pelbagai kaum di negara kita," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada pengundi Teluk Intan kerana membuat pilihan yang bijak dan tepat serta menolak politik jahat, tipu helah dan kebencian.
Siew Keong, 53, yang juga Presiden Gerakan memperoleh sebanyak 20,157 undi mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang mendapat 19,919 undi dengan undi majoriti sebanyak 238 pada pilihan raya kecil kerusi itu hari ini.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, di Teluk Intan pada kira-kira pukul 9.41 malam ini.
Peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini ialah 67.4 peratus.
Muhyiddin yang mengucapkan tahniah kepada Mah dan seluruh jentera BN berkata walaupun majoriti kecil dan memerlukan lebih banyak kerja dan usaha berterusan, beliau percaya ia adalah detik kebangkitan parti Gerakan.
"Saya juga percaya Mah akan bekerja kuat dan mengambil berat terhadap kebajikan penduduk Teluk Intan. Selain daripada berpengalaman, berdedikasi dan komited, beliau juga merupakan seorang penduduk Teluk Intan yang menjalinkan hubungan erat dengan masyarakat tempatan," katanya.
Beliau berkata BN akan menunaikan semua janji yang telah dibuat dan Siew Keong akan membawa arus pembangunan, kemajuan dan kemakmuran kepada negeri Perak dan Teluk Intan. - Bernama
Keputusan lambang pengundi pilih politik sederhana
1 Jun 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
0
Datuk Abdul Rahman Dahlan Datuk Abdul Rahman Dahlan
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Kemenangan BN pada PRK Parlimen Teluk Intan semalam merupakan isyarat jelas rakyat menolak politik kebencian yang selama ini dimainkan pakatan pembangkang.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata rakyat kini mengamalkan politik sederhana dan memilih untuk berada 'di atas pagar'.
"Ini isyarat yang diberi rakyat Malaysia kepada pembangkang supaya mengamalkan politik sederhana... bukti yang cukup jelas rakyat mahukan kesederhanaan dalam politik negara," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-6 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) di sini, hari ini.
Anggota Parlimen Kota Belud itu berkata sudah tiba masanya rakyat Malaysia melihat BN sebagai sebuah parti yang ke depan untuk menyatakan suara rakyat dalam suasana politik negara ini.
Semalam, calon BN Datuk Mah Siew Keong memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan setelah mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi pada pilihan raya kecil kerusi itu.
Siew Keong, 53, yang juga Presiden Gerakan memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya, 27, yang mendapat 19,919 undi. - Bernama
Kesetiaan penyokong, komitmen sumbang kejayaan BN
1 Jun 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
0
TELUK INTAN - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan membuktikan calonnya Datuk Mah Siew Keong masih mendapat sokongan daripada pengundi tempatan berbanding DAP yang dilihat bergantung kepada pengundi luar.
Ini terbukti apabila Mah hampir mengekalkan jumlah undian sama yang diperolehnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 walaupun jumlah yang keluar mengundi menyusut sebanyak 8,000 orang pada PRK ini.
Pada PRU-13 lepas, Mah mendapat undian 20,086 manakala pada PRK Teluk Intan semalam mendapat undian sebanyak 20,157 yang membolehkan beliau menewaskan calon DAP Dyana Sofea Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.
Penganalisis politik Md Shukri Shuib ketika dihubungi Bernama menarik perhatian bahawa keputusan berkenaan menunjukkan bahawa penyokong BN tidak berganjak daripada menyokong parti gabungan itu walaupun peratusan keluar mengundi dicatat lebih rendah berbanding PRU-13.
"Ini kita boleh puji gerak kerja jentera, kepimpinan parti BN, ahli-ahli BN, dan mereka yang meraih undi di Teluk Intan," katanya.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika berucap di pusat operasi DAP sebaik keputusan diketahui semalam, mengakui peratusan rendah pengundi luar yang turun mengundi merupakan antara penyebab kekalahan DAP pada PRK kali ini.
Ditanya pendapatnya mengenai antara faktor yang mungkin menjadi sebab kepada kesetiaan penyokong BN, Md Shukri yang juga pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata ia mungkin disebabkan keyakinan pengundi terhadap Mah sendiri yang pernah mewakili Parlimen itu sebelum ini.
Turut mempunyai pendapat sama, penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian yang percaya bahawa selain mempunyai trek rekod di Teluk Intan dan di peringkat Kabinet, Mah mempunyai jalinan hubungan baik dengan masyarakat setempat.
Namun begitu, tidak hanya bergantung kepada kesetiaan penyokong dan kekuatan karektor, Dr Sivamurugan menarik perhatian bahawa strategi parti antara lain dengan memperkenalkan manifesto bersifat lokal memainkan peranan meyakinkan
pengundi.
"Seperti atas usaha naik taraf ekonomi, pelancongan, pendidikan dengan mahu bina universiti, ini antara yang menjadi minat golongan tempatan yang tinggal sejak sekian lama di sini," katanya.
Ditanya faktor yang perlu diberi perhatian BN bagi mengekalkan kemenangan pada PRU ke-14 akan datang di Parlimen berkenaan, Dr Sivamurugan mengingatkan bahawa BN perlu selepas ini bergerak sebagai sebuah parti, bukannya mengikut komponen masing-masing.
"Cabaran besar Mah juga sekarang adalah memenuhi manifesto, kedua meneruskan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Jika terus berkhidmat calon-calon lama tidak perlu berkempen pun, undi akan datang sendiri berbanding calon baharu.
"Sebagai orang pengalaman luas, beliau harus galas tanggungjawab besar, memenuhi janji dan berinteraksi semuka dengan memperhebatkan hubungan dengan kelompok generasi muda, ini sesuatu yang harus dilakukan supaya golongan muda tak melihat faktor parti semata-mata tetapi menilai secara menyeluruh," katanya.
Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Dr Jayum Jawan bagaimanapun mengingatkan cabaran BN memenangi PRU-14 tidak akan datang dengan mudah.
Beliau memberi penekanan bahawa BN tidak boleh bersenang lenang dengan keputusan yang dicapai pada PRK Teluk Intan kerana ia hanya kemenangan tipis.
"Memang betul BN menang, namun tidak dapat dinafikan juga peratusan keluar mengundi yang rendah. Ini bukan petunjuk dia boleh menang pada PRU akan datang namun mungkin ia sudah dapat beri suntikan semangat untuk terus usaha kepada majoriti lebih besar," katanya. - Bernama
Anak_Nogori posted on 1-6-2014 05:43 PM
kalau kaum cina masih mahu berkongsi kuasa dgn melayu...mereka seharusnya fikir seratus kali tidak ...
Umno la bahlol, patut kawasan yang bn kuat kerana undi melayu, maka kawasan tu patutnya dok bawah umno. Tapi umno bahlol pegi bagi jugak kat cine selet.
Babai posted on 1-6-2014 05:53 PM
Janji kepala busut! Cine selet ada pegang janji ke? Umno bodoh kena main dengan puak2 selet ni.
cina mereka mana ada halal dah haram...dosa pahala..semuanya mereka halalkan...so..biarkan mereka...saya sendiri pun tak suka kalau UMNO sama macam PKR sama macam PAS....munafik...sikit pun tak takut akan janji2 tuhan..
Anak_Nogori posted on 1-6-2014 05:43 PM
kalau kaum cina masih mahu berkongsi kuasa dgn melayu...mereka seharusnya fikir seratus kali tidak ...
Unkel, in long term melayu x perlukan undi cina.... do u know why? pd tahun 1957, masa tanah melayu baru merdeka populasi cina pd paras tertinggi iaitu 45%. hari ni dah shrunk jadi 22%. another 20 years pastinya tinggal cuma 15% ... so buat apa UMNO layan cina2 ni ... buang karan jer. UMNO baik hati sgt masih nak bagi wakil cina wujud dlm kerajaan .. tapi tarak guna, cina takkan sokong umno dah.
tobby posted on 1-6-2014 05:59 PM
Unkel, in long term melayu x perlukan undi cina.... do u know why? pd tahun 1957, masa tanah mela ...
AN tu sama cam hamno jer cerdik dia. Apalah yang hang nak harap dari dia. Dengan cine selet kemain takut. Padahal cine selet bukan heran pun kat melayu, selet pegunakan melayu jadi kuda dia saje.