CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
Post time 22-3-2013 04:54 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 21-3-2013 11:34 AM
Perkarangan hospital.

“Apa maksud kau tadi?”

Bosan la lady hari ni tak de update...yg lady kasi advance smlm tu dari semalam lagi dah baca...huhuhu...jgn cuti lama2 tau lady yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2013 04:56 PM | Show all posts
sellie003 posted on 22-3-2013 09:50 AM
mana lady nih...masih menganyam sama hubby ke...?

Jom kita seru lady ramai2...bagi lady cepat2 balik bercuti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 10:06 AM | Show all posts
khaizarina posted on 22-3-2013 04:56 PM
Jom kita seru lady ramai2...bagi lady cepat2 balik bercuti...

Salam. Lady baru balik mlm tadi. Tak hilang penat lagi ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 11:57 AM | Show all posts
Okeh... lady sambung.

BAB 29

Rumah Sewa, Kampung Bharu.
Beberapa hari kemudian.

Lama aku termenung. Teringat kembali kata-kata Rahul... “Don't give her  false hopes.” Teringat juga aku akan kata-kata Dona... “Tak... aku tak mahu lakukan sesuatu yang tak pasti. Itu sia-sia. Sekadar pengharapan palsu.” Lantas aku hela nafas dalam dalam. Terasa bersalah sangat kepada Dona.

Aku sebenarnya pun hairan kenapa cepat sahaja Dona mengubah fikirannya setelah dipujuk Fahmi. Ternyata Dona benar-benar cintakan Fahmi. Segala kemahuan Fahmi akan diturutinya. Tapi bagaimana kalau Dona tahu, keluarga kami mahu kami disatukan? Dan bagaimana kalau Dona tahu, Fahmi suka kan aku? Bertambah perit lagi bagaimana kalau Dona tahu, aku juga sukakan lelaki itu?

Ya Allah! Aku sudah cuba menghumbankan perasaan itu. Tapi masih aku tak mampu. Aku sedar aku masih bertangguh memberi jawapan terhadap lamaran Fahmi kerana di sudut hati kecilku masih mahukan lelaki itu.

Ya Allah! Aku tak jujur dengan Dona. Aku memberi harapan palsu kepadanya. Air mataku laju menitis ke pipi. Puas melayani rasa hati, kain telekung kubuka dan kusidai elok-elok. Kemudian aku mengambil laptop.

**********

AKU KELIRU... TOLONG!

Salam semua. Aku ada masalah hati, harap korang sedia bantu meringankan sedikit perasaan hati aku ni. Ok, ceritanya begini...

Aku sukakan sahabat baik aku, Emm dan dia juga suka kan aku. Keluarga kami merestui hubungan kami dan menyuruh kami berkahwin. Masalahnya kawan baik aku yang satu lagi, Dee juga sukakan gadis yang sama iaitu Emm. Malah sudah lama dia sukakan Emm. Aku tak sanggup melukakan hati Dee kerana Dee sedang sakit, tapi dalam masa yang sama aku tak mampu melupakan Emm. Jadi, apa yang patut aku buat?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 11:59 AM | Show all posts
TQ lady.. penat2 pun sambung jugak....

nak reply jiha punya thread boleh ker??....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 12:01 PM | Show all posts
Bismillahirrahmanirrahim... Selepas membaca basmallah, aku tekan butang pos. Aku nekad untuk meluahkan rasa hatiku di Forum Bicara Kita. Namun dalam tred yang aku buka, aku terbalikkan cerita seolah-olah aku ini lelaki. Aku berharap sangat forumer-forumer di bod Bicara Hati memberi pandangan mereka untuk aku pertimbangkan kerana aku benar-benar keliru pada saat ini. Sebenarnya aku mengharapkan forumer bernama Auntie Agony menjawab masalah aku ini.

TOK.. TOK... TOK... Pintu bilikku diketuk.

“Jiha! Kau buat apa tu? Perut aku dah berkeroncong ni. Jomlah makan.” Lili menjengahkan kepalanya di muka pintu sahaja. Kali ini dia tak mahu masuk ke dalam bilik aku macam selalu. Dah lapar sangatlah agaknya tu.

“Ok! Aku datang.” Tanganku pantas menutup laptop. Kemudian aku bingkas dari katil untuk mendapatkan Lili yang sudah pun beredar ke ruang makan.

Di ruang makan aku lihat makanan sudah terhidang atas meja. Siap dengan air sekali sudah dibancuh Lili. Hmm... mimpi apa Lili rajin hari ni?

"Macam mana dengan Dona?" Soal Lili sebaik sahaja aku melabuhkan duduk ke atas kerusi.

"Alhamdulillah. Dia dah keluar hospital.” Selepas jalani rawatan kemoterapi yang pertama, Dona dibenarkan pulang apabila keadaan dirinya nampak stabil.

"Berapa kali dia kena buat kemo? Aku dengar ada yang sampai sepuluh kali."

"Dona kena buat empat kali kemotrapi sebelum pembedahan dijalankan.”

"Kesian Dona. Fahmi macam mana?"

"Dia nampak sedih, tapi dia tetap beri semangat kepada Dona. Kalau bukan disebabkan pujukan Fahmi, Dona memang tak nak buat kemo tu."

"Bertuah Dona dapat pak we yang prihatin." Lili memuji. Terdiam aku mendengar pujian dari Lili. Kalaulah Lili tahu apa sebenarnya yang berlaku antara Dona dan Fahmi, serta aku....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-3-2013 12:03 PM | Show all posts
syanamir posted on 25-3-2013 11:59 AM
TQ lady.. penat2 pun sambung jugak....

nak reply jiha punya thread boleh ker??....

amat dialu2kan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 12:05 PM | Show all posts
"Eh, aku ada berita baik buat kau."

"Apa dia?"

"Ikut aku jumpa Mujahid hujung minggu ni. Kau tak kerja kan Ahad ni?"

"Tapi aku nak ziarah Dona." Aku memberi alasan.

"Lepas kau jumpa Mujahid, kau pergi jumpa Dona. Alah... sekejap saja.” Lili terus mendesak.

"Err... tak nak lah.." Aku terpaksa juga memberitahu Lili.

"Lahh! kenapa pulak? Dulu beria-ia nak kenal."

"Aku rasa aku tak sesuailah dengan Mujahid."

"Apalah kau ni... Susah payah aku risik pasal dia tau!" Lili mula marah dengan aku. Suaranya ditinggikan sedikit. Aku tahu, salah aku kerana menyusahkannya namun aku tak akan beritahu Lili bahawa Fahmi itulah Mujahid.

“Aku tak kira... Kau mesti pergi jugak. Aku dah set temu janji tau!”

"Pergi mana?" Walau pun tak berminat, aku tetap bertanya.

"Gym lah!"

"Gym?"

"Yup! Aku nak kenalkan kau dengan Cicak Kobeng sekali."

"Cicak Kobeng? Maksud kau Cicak Kobeng tu kawan Mujahid?"

"Ye lah! Eh, aku tak beritahu kau ye?"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2013 12:10 PM | Show all posts
"Tak de pun..."

"Sorry, sorry... aku lupa. Mujahid tu BFF Cicak Kobeng. Kalau tak macam mana aku boleh tengok gambar Mujahid."

"Ohhh..." Aku diam kemudiannya. Aku tak berminat sangat nak tahu mengenai Mujahid. Aku dah tahu pun.

"Siapa nama sebetul dia?" Aku pura-pura bertanya.

“Cicak Kobeng tak nak beritahu. Dia kata, bawa kau jumpa Mujahid dulu, nanti kau tanya dia sendiri.”

"Kau bayangkan Jiha... kalau kita dapat gather dengan pakwe kita sama-sama, mesti syok, kan? Fahmi dengan Dona, Mujahid dengan kau. Aku pula dengan Cicak Kobeng." Lili sudah mula memasang angan-angan.

"Hmm..." Aku tersenyum kelat.

"Tapi Syirah pulak tak ada... Eh kau tahu tak dia dah ada pakwe ke belum?"

"Entah... Aku tak berani nak tanya."

"Aku agak kan Jiha... Si Syirah tu pernah frust bercinta. Sebab tu dia macam anti sosial."

"Memandai aje lah kau ni... orang tu nak jaga batasan pergaulan. Bukan macam kita ni... Selamba aje keluar dengan jantan." Aku memarahi Lili.

"Eh, keluar pun bukan buat apa-apa. No pegang-pegang tangan, no kissing kissing tau! Ingat aku ni jahil sangat ke?" Lili pula nak marah. Aku terdiam apabila teringatkan Rahul yang sudah acap kali menyentuh tanganku. Argghhh... Tapi bukan salah aku.

"Ye lah... ye lah... Bagus anak Pak Wahab ni. Walau pun nampak sosial tapi masih menjaga batas-batas pergaulan antara bukan mahram. Syabas beti!" Aku buat lawak bagi menyejukkan semula hati Lili yang panas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 12:18 PM | Show all posts
“Kau ni nak jadi kakak ipar Dona ke?”

“Kenapa kau tanya soalan tu?” Aku kehairanan.

“Tu... kemain lagi cakap Tamil.”

“Apalah kau ni... Itu Hindustan jante he... Yennade?”

“Ammak!” Lili main bantai aje menjawab sambil menggoyangkan kepalanya. Aku ketawa mengekek. Hilang sebentar gundah gulana di hatiku.

“Apa yang disukakan sangat tu?” Kak Syirah menegur kami yang sedang bergelak ketawa.

“Akak.... Lambat balik?”

“Akak saja stay back kat ofis. Ada kerja sikit tadi.” Balas Kak Syirah.

“Akak dah makan? Marilah join sekali” Aku mengajak Kak Syirah makan.

“Wah! Masak ke beli tu?” Kak Syirah menyindir.

“Aku masaklah!” Lili mula nak marah. Aku tersengih saja.

“Meh la makan sekali kak!” Aku mempelawa lagi

“Akak dah makan. Jiha dengan Lili makanlah. Akak nak masuk bilik dulu. Penat!”

“Ok kak. Assalamualaikum. Good nite!” Tuturku.

“Waa'laikumussalam. Nite!” Kak Syirah membalas sambil beredar menuju ke biliknya.

“Entah entah baru balik dating.” Lili berbisik kepadaku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 12:20 PM | Show all posts
“Hissh!” Aku tampar paha Lili yang duduk di sebelah aku.

“Tak baik menuduh.” Marah aku.

“Kau tak tengok muka dia tadi tu? Ceria semacam. Sepatutnya kalau penat muka masam. Baru lepas dating lah tu!” Lili berterusan mengesyaki Kak Syirah. Aku hanya menggeleng.

Usai makan malam bersama Lili, aku ke bilik untuk menelefon Dona, bertanya khabar.

“Kau ok, Dona?”

“Much much better.”

“Amma kau?”

“Oklah... Dia dah boleh menerima hakikat yang aku ni sakit. Tapi dia punya jaga aku.... sampai naik rimas aku. Sekejap sekejap dia datang jengah bilik aku. Aku nak baca buku-buku agama yang aku beli tu pun jadi susah.”

“Ibu, Dona.... Mestilah dia risaukan kau.”

“Aku tahu.... Jadi kau kena selalu temankan aku. Jika kau ada, tentu dia tak ganggu kita. Senanglah aku nak habiskan bacaan aku tu. Dan kau boleh sambung bacakan aku ayat-ayat al-Quran.”

“Aku sibuk sikitlah Dona.” Aku cuba berdalih. Tak kan nak bermalam di rumah Dona lagi? Nanti jumpa lagi mamat tu. Dahlah dia syak aku yang bukan-bukan.

“Jiha! Sampai hati kau... Kau tak nak ajar aku mengenai Islam ke? Buatnya aku mati, tak sempat mengucap aku.”

“Dona! Aku tak suka kau cakap macam tu. Aku tak nak dengar lagi kau sebut pasal mati.” Aku memarahi Dona.

“Ok... dengan syarat kau datang temankan aku.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 12:24 PM | Show all posts
Fuhh.... Aku kalah lagi.

“Oklah... Minggu depan aku shif pagi. Lepas waktu pejabat aku datang.” Aku baru teringat sepatutnya aku shif pagi minggu ni tapi mulai esok aku bertukar dengan Kak Ruby sebab anaknya tak sihat. Kasihan pula aku dengan anak kecilnya itu. Mesti dia memerlukan ibunya sewaktu tidur malam.

“Macam tu lah namanya kawan. Aku saaaayang sangat kat kau!”

“Aku pun! Muuaaahhhh.....”

“Muuuaaahhhh to you too!”

Kami kemudiannya sama-sama tertawa. Dua minit kemudian aku menerima mesej pesanan ringkas dari Dona. Aku hanya tersenyum sambil jejariku pantas membuka mesej yang dikirim.

A true friend sees the first tear, catches the second and stop the third. Thanks and love you so much.

Lama aku termenung selepas membaca mesej dari Dona. Sungguh menusup ke ulu hatiku...

**********
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 12:58 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 25-3-2013 12:24 PM
Fuhh.... Aku kalah lagi.

“Oklah... Minggu depan aku shif pagi. Lepas waktu pejabat aku datang.” ...

TK Lady dgn cite yg sangat menarik niih... Ada nama Yasmin dlm cite niih.. Ni semangat nak baca niih... Errr... sebenarnya kalu takde pun, mmg suka sesangat baca cite Lady...



Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 01:00 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 25-3-2013 12:24 PM
Fuhh.... Aku kalah lagi.

“Oklah... Minggu depan aku shif pagi. Lepas waktu pejabat aku datang.” ...

“Oklah... Minggu depan aku shif pagi. Lepas waktu pejabat aku datang.” Aku baru teringat sepatutnya aku shif pagi minggu ni tapi mulai esok aku bertukar dengan Kak Ruby sebab anaknya tak sihat. Kasihan pula aku dengan anak kecilnya itu. Mesti dia memerlukan ibunya sewaktu tidur malam.

Yess.. banyaklah Jiha boleh ajar Dona... Terus maju Lady!!!

Last edited by yasmin08 on 25-3-2013 01:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 01:49 PM | Show all posts
x de scene rahul....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 02:41 PM | Show all posts
syanamir posted on 25-3-2013 01:49 PM
x de scene rahul....


kannn...
hilang semangat hari isnin...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2013 02:44 PM | Show all posts
Thanks lady,

agak2 sapa ler yg balas luahan rasa jiha tuh...ntah2 mujahid...miahahahahah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 03:06 PM | Show all posts
UsuFie posted on 25-3-2013 02:41 PM
kannn...
hilang semangat hari isnin...

over tau! Tak kanlah Rahul nak konker semua scene. Nama lagi ada 3 hero!

Biar Jiha pening nak pilih siapa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 03:06 PM | Show all posts
sellie003 posted on 25-3-2013 02:44 PM
Thanks lady,

agak2 sapa ler yg balas luahan rasa jiha tuh...ntah2 mujahid...miahahahahah...

si sengal!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 03:08 PM | Show all posts
yasmin08 posted on 25-3-2013 12:58 PM
TK Lady dgn cite yg sangat menarik niih... Ada nama Yasmin dlm cite niih.. Ni semangat nak baca  ...

toceh... Tapi Yasmin kerek sikit dlm citer nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.128679 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list