CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 24-1-2013 07:10 AM | Show all posts
hahaha pn rogayah sudah sejuk hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2013 09:22 AM | Show all posts
Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua sahabat
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2013 09:42 AM | Show all posts
Salam Maulidur Rasul.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2013 09:04 AM | Show all posts
salam maulidur rasul semua...

hri ni updte sikit lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2013 09:04 AM | Show all posts
“Assalamualaikum....”sapa Aliff dibelakang Shazrina yang baru tiba dikeratanya. Suasana sekolah yang begitu lapang menandakan kebanyakan pelajar dan guru sudah pulang kerumah masing-masing.

“waalaikummussalam....”jawab Shazrina dengan matanya yang terjengil.. menunjukkan dirinya tidak senang dengan kehadiran Aliff yang mendadak di sekolahnya. Sejak dua menjak ini kerap pulak Aliff datang menyinggah disekolah ini. buat macam sekolah sendiri pulak!

“awak buat apa kat sini?” keras suara Shazrina dengan riak tidak puas hati. Hatinya makin mendidih apabila melihat Aliff dengan selamba melontarkan senyuman mesra kepadanya.. apa Aliff lupa ke masalah yang sedang dihadapi mereka kini.. kenapa jejaka ini kelihatan begitu tenang dan santai hari ini?

“of course lah cari awak sayang... takkan saya nak daftar masuk sekolah pulak..”Aliff berjenaka.. Shazrina mencerun geram kearah Aliff. Macam lawak sangat kata-katanya tu.. apesal mamat ni ceria semacam je hari ni? Mana muka sedih dia yang datang minta maaf dengan aku sebelum ini? ke dah hilang rasa menyesal?

“nah untuk awak....” Aliff menghulurkan sesuatu kepada Shazrina. Shazrina mengerut dahinya apabila melihat 3 kuntum mawar merah dan sekotak coklat homemade diunjukkan kepadanya.

“ambillah...”arah Aliff lagi. Shazrina terpinga-pinga dengan perubahan sikap Aliff yang tiba-tiba. apa Aliff sudah lupa kemelut hubungan mereka? Ahh sekali pon Aliff lupa otak aku masih belum lupa!

“awak tahu tak apa maksud 3 kuntum bunga ni Shaz?” soal Aliff apabila melihat Shazrina sekadar diam memandang kearahnya. Gadis itu langsung tidak menunjukkan reaksi teruja mahu pun gembira, yang ada hanyalah perasaan marah yang cuba ditahan. Namun begitu, Aliff tetap tidak berputus asa untuk meraih kembali kasih Shazrina..

“3 kuntum bunga ni maksud dia I LOVE YOU, I MISS YOU, dan I AM SORRY.” Ulas Aliff tanpa dipinta. Satu persatu kuntum bunga ditayangkan dihadapan wajah Shazrina yang langsung tidak berminat dengan penerangannya. Mulutnya melebarkan lagi senyuman.. terpamer gigi yang tersusun rapi.

“apa kena dengan awak ni Aliff? Apa awak ingat kalau bagi bunga, coklat semua nisaya akan maafkan awak ke? Ingat semurah tu ke harga diri saya?” tengking Shazrina yang hilang sabar melihat permainan Aliff. Aliff kelihatan tersenyum dengan amarah dari Shazrina.

“tak..bukan macam tu maksud saya... apa yang saya buat sekarang ni adalah kerana saya tahu silap saya yang dah banyak lukakan awak. Walaupun perbuatan saya sebelumni memang sukar atau mungkin awak tidak maafkan namun saya akan tetap cuba dan terus cuba dapatkan kembali kemaafan awak dan cinta awak Shaz. Saya nak jadi manusia yang akan sentiasa membahagiakan awak supaya awak boleh lupa segala kenangan silam kita.. saya akan kembali menjadi Aliff 10 tahun yang lalu, yang tidak malu untuk merebut kasih awak dan tidak tahu erti putus asa untuk dapatkan awak kembali.” Jelas Aliff dengan riak bersahaja dan tenang. Wajahnya masih lagi manis dan ceria mengadap Shazrina yang jelas kurang gemar dengan tindakannya saat ini.

“awak buatlah apa sahaja Aliff... saya sampai ke bila-bila pon tak akan maafkan awak.. simpan je la tenaga dan masa awak untuk benda yang lebih berfaedah.”Sela Shazrina tegas. Apa dia ingat semudah itu aku akan terpedaya dengan kata-kata manis darinya setelah dia membuat onar dalam hidup aku? jangan mimpilah! Shazrina bergegas meninggalkan Aliff yang kelihatan tenang dengan amukannya. Barangan yang diberikan oleh Aliff langsung tidak diambil. Dia bukan manusia yang makan rasuah!

Last edited by misssakura on 25-1-2013 09:09 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2013 09:09 AM | Show all posts
Mata Shazrina terpisat-pisat apabila deringan lagu kau yang terindah menyapa gegendang telinga... terkebil-kebil matanya yang masih lagi mengantuk. Telefon yang berada disebelahnya diambil dan direnung lama..

‘Aliff?’desis Shazrina dengan kerutan dahi yang berlapis-lapis. Apa mamat ni nak pagi-pagi buta macam ni? lagu kau yang terindah dendangan henset milik Shazrina terhenti. Kali ini masuk pula satu pesanan ringkas. Shazrina membukanya walaupun ada rasa malas.

‘assalamualaikum...jom bangun solat subuh.’ Bait-bait mesej dari Aliff dibaca perlahan. Shazrina mencebik bibirnya.

“apa masalah mamat ni... apa ingat aku tak ada alarm ke nak bangun sendiri..sengal!!” bebel Shazrina sambil bingkas bangun.. rasa kantuk sudah pun mula menghilang.. ada baiknya dia bangun mandi dan sembahyang subuh.

“hai Shaz awal bersiap... mimpi apa semalam?” sapa mak Timah setelah melihat kelibat Shazrina tiba di meja makan. Gadis itu kelihatan kemas dan bergaya dengan mini jubah dan selendang yang menutup elok kepala dan dadanya. Shazrina tersengih mendengar perlian dari mak Timah yang sedang mengatur sarapan untuk mereka sekeluarga.

“mimpi mak Timah lah...” gurau Shazrina. Dia mencedok mee goreng yang masih berasap kedalam pinggannya..

“aik Shaz... awal kamu hari ni.. biasanya Shazlah orang paling lambat datang sarapan.” Tegur encik Tarmizi sambil melabuhkan diri di meja makan. Puan Rogayah turut sama mengambil tempat. Di cedok mee goreng ke dalam pinggannya dan suami.

“sekali sekala papa... tukar angin... tak adalah asyik merah je punch card tu.” Balas Shazrina senang.

“eloklah bangun awal selalu macam ni Shaz... tak de la kelam kabut sangat kamu tu pagi-pagi..sampai sarapan pon tak sempat.” Celah puan Rogayah.. Shazrina sekadar tersengih bak kerang busuk mendengar celoteh mama dan papanya. Dia terbangun awal pon kerana terganggu dengan mesej dan panggilan dari Aliff. Kalau tak semestinya hari ini dan semalam sama sahaja. Suasana di meja makan sunyi sepi. Masing-masing sibuk menjamah sarapan sebelum bertolak keluar ke tempat kerja masing-masing..

‘teeet.’Terdengar henset Shazrina yang diletakkan diatas meja berbunyi. Pantas gadis itu mengambil dan menilik mesej yang diterima. Berkerut-kerut dahinya dengan mesej yang diterima.

“have a nice day dear... love u.” Satu mesej pendek diterima dari Aliff.Terpinga-pinga wajah Shazrina dengan sms yang diterima. Namun, mesej itu cepat-cepat dipadamkan dan hensetnya terus dibenamkan kedalam beg tangan. Tak kuasa dia nak melayan perangai Aliff yang makin berubah dua tiga menjak ini.


Last edited by misssakura on 25-1-2013 09:19 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-1-2013 09:19 AM | Show all posts
Sejambak bunga mawar merah yang berada elok diatas keretanya diambil dan dipandang dengan kerutan dahi yang bertingkat-tingkat. Aneh terasa apabila gubahan bunga yang menawan itu berada diatas keretanya.

“bunga sapa pulak ni?” desis hati Shazrina ragu-ragu. Ditilik segenap bunga tersebut untuk mencari sebarang kad yang ada. Manalah tahu si pengirim tersalah letak mahu pun sekadar menumpang letak di atas keretanya.

‘ohh..ada pon kadnya’ bebel Shazrina lalu menarik kad yang terselit antara kuntuman bunga.

“indahnya sinar rembulan menghiasi malam yang sepi, kelip bintang dilangit laksana indahnya taburan mutiara, tapi semua itu ku rasakan bagaikan keindahan yang palsu jika kau tak selalu di sisiku Shazrina.” Tinta omantik yang terukir pada kad dibaca dengan rasa mual. Shazrina merengus kasar. Bunga mawar yang berada dalam dakapannya dijeling geram.

“ini mesti kerja Aliff.. tak habis-habis dia nak mengacau hidup aku. makin melampau mamat ni!” bentak Shazrina dengan perasaan terbakar. Jambangan bunga yang dipeluk dipegang lalu dihentak kuat bertalu-talu pada tayar kereta. Puas hatinya melihat kelompak bunga mawar tersebut berguguran. Kalaulah Aliff ada didepan matanya pasti dibedalnya jantan itu dengan bunga ini.

“Shaz...awak buat apa tu?” tegur Aqil dibelakang Shazrina yang sedang galak menghentak jambangan bunga pada tayar keretanya. Shazrina yang sedang bertungkus-lumus membedal bunga berkenaan tersentak. Terus posisi badan diubah untuk menatap wajah cikgu Aqil dibelakangnya.

“hai cikgu... tak balik lagi.” sapa Shazrina dengan senyuman yang dbuat-buat. Jambangan bunga yang sudah botak itu disorok dibelakang badannya. Malu besar kalau cikgu Aqil tengok tingkahnya yang tidak senonoh itu tadi.

“on the way lah ni... Shaz tak suka ke dengan bunga yang saya beri tu?” terbuntang mata Shazrina mendengar pertanyaan cikgu Aqil. Mulutnya ditutup menahan rasa terkejut. Wajah guru muda itu kelihatan kecewa. Mungkin dia nampak perbuatan aku seketika tadi.

“errr...err..cikgu ke yang bagi bunga ni?” tergagap-gagap Shazrina menyoal sambil mengeluarkan semula jambangan bunga yang sudah hilang bentuknya. Rasa bersalah menyerbu sanubari Shazrina malah perasaan itu makin menggebu apabila melihat wajah keruh Aqil.

“kot ye pon kalo Shaz tak sudi janganlah buat bunga tu sampai macam ni.. saya faham kalau Shaz tak suka.. saya boleh berhenti beri bunga kat Shaz.” Rajuk Aqil. Kecil sungguh hatinya melihat perbuatan Shazrina yang tegar merosakkan bunga yang diberi. Nampak sangat Shazrina tidak berminat dengannya.

“ehh eh cikgu jangan cakap macam ni... okey..okey saya minta maaf. Saya tak tahu pulak cikgu yang beri bunga ni kat saya. saya ingatkan.....”

“Shaz ingat siapa?” potong Aqil lalu memanahkan pandangan kearah Shazrina. Perasaan kecewanya tadi hilang sekelip mata apabila mendengar jawapan dari Shazrina..salahnya jugak kerana tidak menulis nama pada kad yang diselit.

“oh saya ingat mamat sewel mana yang hantar bunga ni.. sorry sangat-sangat cikgu..saya tak berniat pon buat macam tu..” minta Shazrina lagi agar Aqil tidak marah dengannya.

“kiranya Shaz sukalah kalau saya yang hantar bunga ni?” Aqil cuba menguji isi hati Shazrina. Shazrina diam tanpa jawapan hanya bibirnya saya menguntum senyuman kecil.. sebenarnya dia tiada jawapan untuk itu kerana hatinya langsung tidak ada untuk Aqil.

“okey saya faham.” Balas Aqil sedikit kecewa. Namun selagi Shazrina belum menjadi milik orang lain peluang untuk dia menggapai hati wanita ini akan sentiasa ada.

Last edited by misssakura on 25-1-2013 09:24 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 10:33 AM | Show all posts
salam jumaat....harap sangat shaz dpt maafkan aliff...sweet couple...parents shaz pun sudah mula nampk sesuatu yang tidak kena...harap farah pula dtg memohon maaf pada parents shaz...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2013 10:45 AM | Show all posts
Sekali Cikgu Aqil yang bagi bunga tu...kenapa tak tulis nama..hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 06:47 PM | Show all posts
sedihnyaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2013 09:16 AM | Show all posts
suria74 posted on 25-1-2013 10:33 AM
salam jumaat....harap sangat shaz dpt maafkan aliff...sweet couple...parents shaz pun sudah mula nam ...

kadang2 nk maafkan org ni ambil mse jugak.. lagi2 ble dah libtkan parent
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2013 09:17 AM | Show all posts
Cik_Andak posted on 25-1-2013 10:45 AM
Sekali Cikgu Aqil yang bagi bunga tu...kenapa tak tulis nama..hehehehe

sengal je aqil... bajet Shaz tahu dia yg bg bunga tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2013 09:18 AM | Show all posts
fatehana posted on 25-1-2013 06:47 PM
sedihnyaaaaaaaaaaaa

ape yg sedih k.ana? rsenya sakura update yg hepi2 je
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 11:00 AM | Show all posts
misssakura posted on 26-1-2013 09:17 AM
sengal je aqil... bajet Shaz tahu dia yg bg bunga tu

buatlah cikgu aqil berkomplot ngan cikgu2 ngan anak2 murid die nak ngorat shaz.. mau berasap shaz nnt
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 02:29 PM | Show all posts
misssakura posted on 26-1-2013 09:18 AM
ape yg sedih k.ana? rsenya sakura update yg hepi2 je

sedih dgn keadaan shaz then aliff serta aqil yg x dilayan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2013 08:58 AM | Show all posts
“hai Shaz...” satu suara mencelah ketika Shazrina dan Aqil sedang sibuk berbual perihal bunga yang sudah lunyai dikerjakan Shazrina. Mata Shazrina mengerling kearah satu suara lemak merdu yang menyapanya. Aqil turut sama membuang pandang ke arah gadis itu. Jelas riak terkejut terpamer pada wajahnya. Shazrina menarik tangan Farah untuk menjauhi Aqil. Dia tidak mahu Aqil mendengar perbualan antaranya dan Farah.

“apa kau nak lagi hah?” marah Shazrina namun dalam nada yang rendah. Aqil dari jauh memandang perbualan antara dua wanita tersebut. Wajah gadis cantik yang datang menemui Shazrina cukup familiar pada pandangan matanya.

“aku datang nak minta maaf kat kau ...”

“tak payah susah-susah nak datang ke sekolah aku hanya kerana nak mintak maaf Farah.. kau buat apa-apa sekali pon aku tak akan maafkan kau. Dah kau pergi sekarang!” arah Shazrina sambil melurukan jari telunjuknya kearah pintu pagar sekolah. Farah memegang kedua-dua bahu Shazrina. Pandangan disasarkan pada wajah gadis itu.

“Shaz...aku tahu kesalahan aku ni besar tapi tolonglah beri aku peluang.. aku nak kemaafan dari kau untuk bina semula hidup baru. Tolong maafkan aku...” luah Farah dengan suaranya yang mulai serak dek tangisan yang cuba ditahan. Kolam matanya mula dipenuhi air mata.

“mudah kau cakapkan.. bila kau benci aku, kau buat macam-macam onar.. buat fitnah sana sini... tapi bila kau rasa bersalah kau nak aku maafkan kau begitu saja.. kau memang tak pernah berubah Farah.. tak habis-habis dengan perangai selfish kau tu. Cuba kau duduk kat tempat aku.. rasa macam mana sakitnya hati bila kawan baik kau sendiri tikam dari belakang hanya kerana lelaki.. sekarang bila lelaki itu bencikan kau, dengan tak malunya kau datang minta maaf konon-konon nak sambung balik persahabatan kita.. apa kau ingat aku tak ada perasaan? Senang dibuli sesuka hati kau je!” jerkah Shazrina kasar. Tangan Farah yang memegang kemas bahunya direntap. Jijik untuk disentuh perempuan talam dua muka seperti Farah.

“aku tahu kau terluka Shaz......”

“kalau kau tahu baik kau diam dan berambus sekarang.. tak payah nak buang air liur dan air mata kau untuk benda yang kau tak akan dapat daripada aku.”

“Shaz..........”panggil Farah dengan nada yang merayu.. air matanya melimpah membasahi pipi.

“pergi sekarang Farah.. kau jangan sampai aku naik angin.” Ugut Shazrina geram.

“apa aku patut buat untuk dapatkan kemaafan dari kau? Takkan aku langsung tak akan dapat kemaafan dari kau Shaz?” soal Farah ingin tahu. Wajahnya yang lencun dengan air mata disapu. Berharap persoalan yang ditanya dibalas Shazrina. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk tebus segala kesalahan yang telah dibuat.

“kalau kau boleh putarkan kembali keadaan seperti semua ni tak pernah berlaku,aku akan maafkan kau.” Balas Shazrina tenang.

“tapi kau tak bolehkan... masa yang lalu tak mungkin akan kembali lagi.” ujar Shazrina sinis. Badannya dipusingkan lalu mara ke arah kereta. Kelibat Aqil juga sudah tiada disisi keretanya. Tapi itulah yang terbaik. Dia tidak mahu Aqil tahu terlalu banyak perihal hidupnya. Langkah Shazrina yang pantas terhenti tatkala satu tangan memaut lengannya kemas.

“kalau kau tak boleh maafkan aku, sekurang-kurangnya kau maafkan lah Aliff. Dia juga mangsa dalam hal ni dan percayalah cinta dia terhadap kau tak pernah berubah sepanjang tempoh 10 tahun ini.” jelas Farah perlahan. Habis sahaja ayat itu dia segera meninggalkan Shazrina yang masih lagi kejung berdiri.  

Last edited by misssakura on 28-1-2013 09:03 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2013 09:04 AM | Show all posts
Aqil termenung memandang panorama malam.. bintang didada langit dipandang dengan perasaan tidak jemu.. kain sapu tangan berwarna keemasan yang berada dalam gengamannya direnung lama. Terus ingatan bertemu Farah petang tadi melayar diingatan.



“tak sangka awak kenal Shazrina....” Aqil memulakan bicara disaat suasana bisu menghiasi antara dia dan Farah. Farah menyedut jus orange yang masih penuh didalam gelasnya. Sebelum dia sempat beredar setelah bertemu Shazrina tengahari tadi, Aqil datang menghalangnya dengan alasan mereka pernah bertemu sebelum ini...

“hmmm kami satu sekolah menengah.. opp lupa pulak nak bagi encik Aqil sapu tangan hari tu...” balas Farah sambil menggagau beg tangannya. Memang dia sering membawa sapu tangan yang dipinjam daripada Aqil baru-baru ini. nasibnya baik apabila dia dan Aqil bertemu lagi.. bolehlah dia memulangkan semula sapu tangan ini.

“tak payah berencik-encik dengan saya... panggil Aqil je.” Terang Aqil sambil mengambil semula sapu tangan yang dipinjamkan kepada Farah. sapu tangan itu dilipat kemas dan diselit kembali dalam kocek baju kemejanya.

“Aqil...........”panggil Farah setelah suasana antara mereka kembali hening. Tiada topik perbualan memandangkan mereka tidak kenal antara satu sama lain. Aqil yang sedang menjamu nasi goreng mengangkat wajahnya.

“kalau saya cakap sesuatu awak jangan marah yer...” Farah memulakan muqadimah bagi isu yang bakal dibincangkan sebentar lagi. kakinya disilang untuk mencari keselesaan maksimum.

“apa dia? serius bunyinya...” soal Aqil ingin tahu. Tak sangka Farah ada perkara penting untuk dibualkan dengannya meski pon mereka baru sahaja berkenalan. Farah menghela nafas panjang demi mendapat sedikit kekuatan dan keyakinan.

“awak sukakan Shaz?” soal Farah pendek.. dia tahu dia tidak layak membicarakan perkara ini namun dia tetap mahu mencuba. Aqil diam dengan persoalan Farah.pelik apabila Farah bertanya soalan begitu kepadanya. Serasanya hubungan mereka tidak cukup akrab untuk berbincang hal peribadi sebegini lagi-lagi melibatkan hati dan perasaan.

“kalau awak sukakan Shaz, saya rasa baik awak putus asa je la... Shaz tak akan sukakan awak.. dia masih sukakan Aliff dan Aliff juga masih sayangkan dia.. jadi..”

“saya rasa awak tak perlu masuk campur urusan saya dengan Shaz.... tahulah saya apa yang perlu dan tidak perlu dibuat.. saya tak perlukan pandangan awak.” Sela Aqil dingin. Farah mengetap bibirnya kuat. Dia tahu Aqil meluat dengan sikapnya yang menyibuk..

“saya tak nak awak menyesal Aqil... lagi pon mereka masih mencintai antara satu sama lain.. takkan awak tergamak nak menghalang cinta suci mereka?” jelas Farah dengan nada yang dilembutkan. Sedaya upaya akan dipujuk Aqil untuk berhenti mengharapkan cinta dari Shazrina. Farah tahu, Shazrina dan Aliff akan kembali bersatu semula kerana mereka saling sayang menyayang. Dia yang bersalah kerana menjadi manusia ke tiga dalam hubungan mereka.

“apa awak cakap? Saya halang cinta mereka? Sorry Farah... Shaz dan Aliff dah putus..saya rasa awak sendiri tahu pasal tu kan...jadi tak salah kalau saya cuba pikat hati Shaz...” Aqil membetulkan tanggapan Farah terhadapnya. Dia sendiri yang menjadi saksi pertengkaran Farah, Shazrina dan Aliff di restoren Cake House 2 bulan yang lepas. Farah mengeluh kecil melihat ketegasan yang ada pada Aqil.

“memang diorang dah putus... tapi diorang masih sayang antara satu sama lain.”

“kalau sayang takkan mereka boleh putus...” sela Aqil sinis.

“semua tu berlaku sebab saya yang salah... saya yang menyebabkan diorang putus..salah saya yang dah rosakkan kebahagian mereka... kalau saya tak ada, mereka dah lama bersatu.” Luah Farah dengan perasaan sebak yang ditahan... namun kolam matanya mula dipenuhi mutiara hangat. Farah menundukkan wajahnya yang sudah dibanjiri air mata. Aqil terdiam dan berfikir sejenak. Nasi goreng yang masih berbaki didalam pinggannya sudah tidak lalu dimakan. Seleranya mati dengan topic yang dibincangkan dengan Farah.

“awak orang ketiga dalam hubungan mereka?” Tanya Aqil setelah mendiamkan diri sebentar. Farah masih dalam proses menenangkan diri. dia sekadar diam dengan telahan yang dibuat Aqil.

“jadi memang patut diorang berpisah kalau awaklah orang ketiga.... maksudnya Aliff seorang yang tidak setia. Macam lalang yang sekejap ke sana dan sekejap ke sini.Dengan awak dia nak dengan Shaz pon dia nak..” Desis Aqil lagi. Farah tersentak dengan andaian yang dibuat Aqil. Memang jauh panggang dari api.

“cop cop cop.... awak salah faham nih.” Tingkah Farah sambil mengangkat tangannya. Kening Aqil terjungkit meminta penjelasan daripada Farah.

“saya memang orang ketiga dalam hubungan mereka tapi bukan tentang cinta.. ye saya akui saya cintakan Aliff tapi tidak pada Aliff... dia hanya anggap saya kawan biasa je. Masalah timbul bila saya yang membuat onar dalam hubungan mereka sehingga mereka berpisah. Sedangkan mereka cintakan antara satu sama lain.” Terang Farah.. walaupun tidak diperincikan dengan jelas tentang onar yang dah dibuat namun dia masih berharap Aqil memahami situasinya kini. Aqil mengerutkan dahinya.

“so? Awak dah berjaya pisahkan mereka sepatutnya awak gembira... kenapa tiba-tiba nak berubah jadi baik pulak ni?” sindir Aqil selamba. Farah tersentap dengan kata-kata Aqil yang bagaikan belati membelah dadanya. Air mata yang sudah kering mula melimpah kembali.. salah ke aku nak berubah jadi manusia yang lebih baik? apa orang jahat macam aku akan kekal jadi jahat sampai ke akhir hayat ke?

“saya tahu cinta antara mereka tetap ada walaupun mereka dah berpisah kerana cinta antara mereka sudah disemai hampir 10 tahun. Dan saya tak akan dapat Aliff buat selama-lamanya walaupun mereka dah berpisah... sekurang-kurangnya dengan pengorbanan kecil ini mampu hilangkan rasa bersalah dihati saya dengan apa yang dah saya lakukan terhadap mereka.”

“jadi awak nak saya mengalah semata-mata untuk hilangkan rasa bersalah awak terhadap mereka? Maaf cik Farah.. saya tak dapat tunaikan hasrat awak.. hal awak, Shaz dan Alifff tak ada kena mengena dengan cinta saya terhadap Shaz. Jadi eloklah kalau awak fikir cara lain untuk betulkan kesilapan awak tu. Saya minta diri dulu.” Jawab Aqil sambil bingkas berdiri. Dia meninggalkan Farah yang mulai teresak-esak dengan jawapannya. Bukan dia tidak kesiankan Farah, tetapi agak tidak adil untuk Farah memaksa dia berkorban untuk ketenangan hati sendiri..lagi pon, Aliff dan Shazrina sudah berpisah.. itulah faktanya kini! Jadi memang tidak salah kalau dia mencuba untuk memikat hati Shazrina.

Last edited by misssakura on 28-1-2013 09:12 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2013 09:13 AM | Show all posts
“teeet..” mesej yang masuk mengganggu tumpuan Shazrina yang sedang ralit melayari internet. Dicapai henset yang berada di atas meja solek lalu dibaca satu persatu..

“i love u”.. itulah bait-bait mesej yang dihantar oleh Aliff kepadanya. Hati Shazrina meluat dengan sikap Aliff yang tidak habis-habis memberi mesej dan menelefonnya dua tiga menjak ini.

“tak ada ayat lain dah ke nak sms...” rungut hati Shazrina sambil meletakkan semula telefon itu disisi. Laptop yang berada dihadapannya ditatap kembali.

“teeet...” sekali lagi telefon Shazrina berbunyi.. satu keluhan kecil dilepaskan namun tangannya tetap mencapai henset tersebut.

“i miss u....” Shazrina membaca mesej yang dihantar dengan gaya yang jengkel...

“dah banyak sangat ke kredit dia ni? macam la aku nak reply mesej-mesej kau tu Aliff..” bebel Shazrina sendirian.. baru sahaja dia ingin meletakkan telefon, satu mesej baru diterima lagi...

“apa lagi si Aliff ni... makin mengada-ngada.” Jerit hati Shazrina.. marah-marah pon mesej yang diterima tetap dibuka dan dibaca.

“hantar gambar la pulak... macam la aku kepingin sangat nak tengok muka kau tu....”desis hatinya pula apabila Aliff menghantar gambarnya yang sedang membuat kek..namun tak dinafikan hatinya bergetar kembali tatkala merenung gambar jejaka itu.

“nanti-nantilah aku delete gambar ni...” ujar Shazrina pada dirinya sendiri.. sememangnya semua mesej yang diterima daripada Aliff tidak pernah disimpan malah terus dipadam setelah dibaca isi kandungnya.  Setelah hampir sejam berlalu, rasa kantuk mula menjengah.. Shazrina mengatup mulutnya yang menguap luas. Masa untuk tidur sudah tiba.

“teeeet...”sekali lagi henset Shazrina berbunyi. Gadis itu pantas membuka dan membaca mesej yang diterima.

“good night and sweet dream dear... jangan lupa mengucap 2 kalimah syahadah sebelum tidur dan baca ayat kursi... i love u.. assalamualaikum.” Senyuman simpul terbit dibibir Shazrina tanpa sedar. Dia bergegas masuk ke bilik air sebelum menuju ke alam mimpi.


Last edited by misssakura on 28-1-2013 09:16 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
We want moreeee...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 02:13 PM | Show all posts
hati sahz dah pun lembut nampaknya
dak aqil kenalah beralah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.309573 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list