CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: generalsoap

Farid Kamil ♥ Diana Danielle - pregnancy test yesssza pg 50

   Close [Copy link]
Post time 3-11-2012 01:44 PM | Show all posts
ezacbee posted on 3-11-2012 10:47 AM
Terbaek  sebab lain daripada lain.. simple je

Setuju.... walau pun ada yang kata pelik tapi sekurang-kurangnya pakaiannya sopan tak macam pakaian pengantin tak cukup kain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2012 01:45 PM | Show all posts
Last edited by cikgu_murni on 3-11-2012 01:47 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 01:47 PM | Show all posts
nice..sempoy & serba sederhana
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 01:51 PM | Show all posts
Updated: Sabtu November 3, 2012 MYT 1:13:26 PM
Farid Kamil & Diana Danielle Akhirnya Bergelar Suami Isteri
Oleh WAHIDUZZAMAN ([email protected])

Diana Danielle (kanan) dan Farid Kamil selepas upacara membatal air sembahyang pada acara akad nikah pasangan itu di Flamingo By The Lake, Ampang pada pagi Sabtu. - Foto oleh ROHAIZAT MD DARUS

AMPANG: Dengan sekali lafaz nikah, aktres jelita Diana Danielle Danny Beeson akhirnya bergelar isteri kepada aktor dan pengarah filem, Farid Kamil Zahari dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake di sini, pagi Sabtu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama yang juga Pendaftar Kanan Perkahwinan Daerah Gombak, Daim Jajuli kira-kira pada pukul 9.12 pagi berwali hakim manakala dua rakan Farid, Ahmad Razif Hamzah dan Abdul Hamid Abdul Razak menjadi saksi.
Diana, 21, berkata dia sukar untuk menggambarkan perasaannya kerana berasa lega, tenang dan gembira dengan kelancaran majlis.
“Saya tidak terkata. Syukur sangat semuanya (majlis) berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada keluarga mama yang datang jauh dari Perak dan keluarga baru (mertua) dari Kedah,” katanya.
Farid, 31, pula berkata, dia berasa gembira kerana akhirnya dia dapat memperisterikan Diana yang sudah hampir empat tahun dikenalinya.
“Saya gembira dan bersyukur kerana dapat isteri. Sejak awal perkenalan lagi saya sudah terdetik untuk memperisterikan Diana.
“Namun, ia tertangguh kerana faktor usia Diana yang terlalu muda dan belum sampai seru (ketika itu).
“Saya berdoa agar Diana menjadi isteri yang soleh dan perkahwinan ini kekal ke alam syurga,” katanya.
Diana menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran berjumlah RM20,000 mengikut nilai pelaburan emas.
Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung dan Al Quran, cincin Tiffany & Co, wang hantaran dan sireh junjung.
Sementara pihak Farid pula mendapat tujuh dulang hantaran iaitu tepak sireh, sebentuk cincin dan dompet, sebuah album foto, sebuah motorsikal mini, produk kecantikan Hugo Boss, majalah Polo International dan manisan.
Pada majlis itu, Diana ditemani ibunya, Norsiah Ramli manakala pihak lelaki diwakili ibu dan bapa, Datuk Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid serta adik-beradik Farid.
Aktres berdarah kacukan itu tampil ayu bertudung dengan padanan baju kurung tradisional rona putih dan merah jambu rekaan Wanpa.
Sementara Farid pula segak dengan sut putih rekaan Andy dan menyarung capal.
Majlis berkonsepkan perkahwinan dalam taman itu dihadiri kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.
Antara selebriti yang menyerikan majlis adalah penerbit MIG David Teo, pelakon Yana Samsudin dan Iqram Dinzly.
Pasangan pengantin turut menerima hadiah istimewa daripada David iaitu seutas jam tangan untuk Farid dan gelang buat Diana.

DD dpt hantaran moto mini? dasyat

Last edited by mixed on 3-11-2012 01:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 01:56 PM | Show all posts
mmg dia sakit kan kesian

pastu WPH bodoh bt speku mak DD x restu DD kawen dgn FK
sb itu DD bt majlis kawen sesorang2
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 01:56 PM | Show all posts
cantik je.. ai suka DD pakai camtu..
cuma parit kambing nampak selekah sikit, mesti lagi smart kalau pakai kasut hitam kilat2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2012 01:57 PM | Show all posts
aku kesian pada DD sebab dia naif...dia mangsa keadaan...

mak ko mmg x patut buat mcm tu..mak ko penuh isu...dulu dgn Datuk Haslam pun mak ko ada isu..

walaubagaimanapun...aku harap sgt Farid Kamil x mensia2kan DD...

jgn ko bercerai-berai ...ko ambil dia...ko jaga dia sampai ko mati kelak.

Kain baju,kasut ,pelamin aku xnak pertikai...hak ko utk merasa gembira dgn pilihan ko berdua...walau xkena dimata org tp ko suka ,sukahati ko lah...

Selamat Pengantin Baru. Sygi lah DD.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 01:57 PM | Show all posts
cikgu_murni posted on 3-11-2012 12:00 PM
Mungkin sbb aku tak suka dd tawin ngan fk agaknya ... ai tengok dd lebih berseri kat gambo2 biasa dr ...

betol, gambo lama2 dd sungguh berseri, gambo kawen ni muka cam juma, muka x berseri/ sakit

stress handle majlis agaknye


dah x nampak lawa plak dah dd sekarang

x cam dulu, fresh jer, nampak remaja


dd pasni leh lift balik dia punye mood bg nampak fresh cam dedulu, yelah dah selamat


tahniah dd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2012 01:59 PM | Show all posts
Alahai syahdunya

Semoga bahgia dan tabah dlm melayari hidup suami isteri....semoga kekal sehingga akhir hayat membawa ke syurga...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 01:59 PM | Show all posts
aku nampak mcm dorang main pondok2, main kawen2 gitu je sbb simple sangat .....x nampak meriah......sorry

tapi DD tersangat lah cantik.....antara aktress malaysia yg paling cantik bagi aku.....tempat kedua lepas maya karin .......walaupon x suke FK sgt.....tapi papepon sgt mendoakan dorang bahagia & berpanjangan hubungan suami isteri hingga akher hayat.....amiiinnn

suke dgr tone sore DD....rasenye DD lagi layak jadi pengacara NONA....lembut & menyenangkan je dgr
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 02:03 PM | Show all posts
HannahMontana posted on 3-11-2012 01:57 PM
aku kesian pada DD sebab dia naif...dia mangsa keadaan...

mak ko mmg x patut buat mcm tu..mak ko  ...

Sedih pulak baca komen ko... Kesian DD...
semoga dia bahagia dgn perkahwinan ini
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 02:04 PM | Show all posts
antara majlis kawen artis yg sempoi, xde nak over2 bersponsor berseksis cam majlis anugerah jer layaknyer

2 thumbs up
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 02:10 PM | Show all posts
gambar2 diorang ni lawa bila kain pink tu x namapk, kalo full shot nampak kain pink tu, terus kureng, maybe sebab kaler dia yg terlampau terang, sume tumpuan terus gi kat kain tu jer, cam distracting

patut mata tertancap di wajah pengantin pompuan, tp kain terang sgt *tak suka*


tp still terbaik, sebab sopan dan sederhana, tp kalo pakai kain putih, n pakai lipstick merah sikit, mesti lagi lawa
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 02:12 PM | Show all posts
Akad nikah yang cukup simple...moga jodoh berpanjangan....amin..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 02:13 PM | Show all posts
murasaki posted on 3-11-2012 01:59 PM
aku nampak mcm dorang main pondok2, main kawen2 gitu je sbb simple sangat .....x nampak meriah ...

dd memang top list iols aktres tercantik mesia, natural beauty sangat x perlu mekap
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 02:22 PM | Show all posts
dahliateck posted on 3-11-2012 02:13 PM
dd memang top list iols aktres tercantik mesia, natural beauty sangat x perlu mekap

yap yap......tersangat cantik....memang natural beauty......subhanallah .....memang bertuah FK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2012 02:26 PM | Show all posts
chapal FK nampak a bit off kan? congrat pada mereka berdua ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 02:32 PM | Show all posts
Kalau nak berkain batik gitu sepatutnya DD pakai kebaya, baru masuk
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik sgt dd, fk dah macam drebar lori je aku tengok.. Kekeke. Tapi oklah dah potong rambut ni, nampaklah kemas sikit kann. Pernikahan yg simple, hantaran pun simple je 7 balas 5..

Fk tak kiss dahi dd ke lepas sarung cincin tu? Takde pun gambar? Ke aku lepas pandang.. Tak kisahlah cium dahi ke tak kan, janji settle dah pun. Sah!
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 02:44 PM | Show all posts
pihak lelaki  dpt lg byk dulang dr pompuan?
org belah utara adat hantaran dia cmne .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.365533 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list