CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
Post time 21-3-2011 10:33 AM | Show all posts
wardah tu nampak macam licik sikit boleh buat sakit nak pikat arif
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2011 10:33 AM | Show all posts
x suka lah wardah tu.......
ngada2.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 11:57 AM | Show all posts
wardah ni banyak akal
senanglah nak putaq belit abg baik hati
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 12:06 PM | Show all posts
wardah tu cam ade misi jer
ada udang disebalik batu...
ber peribahasa hari ni..kuang3
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 12:12 PM | Show all posts
We want more, we want more
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 12:52 PM | Show all posts
n3....pleaseeeee....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2011 01:25 PM | Show all posts
Adooii jgn la ariff terpikat kat wardah lak
x ske la....jas cepatlah bertindak wardah dah mulakan planning nk pikat ariff tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 02:16 PM | Show all posts
dlm percintaan pasti ada dugaannya...(pujuk hati ...sebenornya geram ngan wardah...huhuhu)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2011 02:45 PM | Show all posts
Min dah mula ada syak wasangka kat abg baik hati
wardah dah memulakan misi mengorat
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 04:06 PM | Show all posts
wardah akan menjalan misinya untuk memikat hati Ariff.... tunggu.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 04:15 PM | Show all posts
x de n3 ke ptg ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 04:24 PM | Show all posts
wardah di hantar untuk misi bisnes ... kemungkinan porak perandakan bisnes ariff & keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 05:30 PM | Show all posts
Wah........... ulat bulu dah naik daun.
cekap tul wardah ni amik peluang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 05:41 PM | Show all posts
jgn la ariff terpikat kat wardah..:@
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 08:04 PM | Show all posts
Min kena usahakan sesuatu supaya abg baik hati..tak terlepas ketangan wardah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 08:33 PM | Show all posts
Jasmin merenung sebuah telefom bimbit berwarna merah jambu garang di tangannya. Pulang dari kelas memandu, mama membawanya ke sebuah kedai alata telekomunikasi. Lalu, sebuah telefon bimbit berwarna shocking pink itu dipilih mama untuknya. Lepas itu, Mama siap menambah beberapa aksesori batu zircon untuk mencantikkan telefon bimbit itu lagi.

Jasmin hanya memadang tak berkedip setiap perlakuan Datin Zaharah. Cara penggunaan telefon itu sudah diterangkan panjang lebar oleh tauke kedai berbangsa Cina tadi. Sekali pandang tauke cina itu, tak ubah seperti Leon Lai, pelakon terkenal Hong Kong. Sempat lagi dia menjamu matanya di kedai telefon tadi.

Kata mama, zaman sekarang,  telefon bimbit seperti satu keperluan. Semua orang memilikinya. Senang juga jika mama hendak menelefon jika mama terlambat untuk mengambilnya dari kelas.

Jasmin menghembus nafas lemah. Seakan mengeluh. Malam ini, sama seperti malam2 sebelumnya, dia keseorangan minum di dapur. Hampir 4 hari abang Arif  di Sabah, dia seperti kucing hilang anak. Terasa kosong. Tiada teman berbicara.

Mungkin kerana aku tak ada kawan disini? Getus hati Jasmin. Maka sebab itu, setiap kali dia keseorangan, dia mendambakan kehadiran Arif. Wajah lelaki bernama Shazlan segera menjengah ruang mindanya.

Ah! Kalau nak berkawan pun, takkan desperate sangat sampai nak ambil lelaki itu sebagai kawan…bisik hatinya pula.

Jasmin memandang telefon bimbitnya. Tini!! Ali!! Jam dinding dikerling. Sudah jam 11.30malam.  Suasana di restoran pada waktu itu mesti sedang meriah dengan pelanggan yang masih belum susut. Agak2, diorang ada masa untuk berbual dengan aku tak?

Jasmin cepat2 bangun dari katil. Dicapai beg sandangnya yang dibawa dari Tioman dahulu. Kocek berzip dihadapamn segera dibuka. Sebuah buku 555 dikeluarkan dan dibuka. Jasmin senyum sebaik melihat nombor telefon Tini yang masih jelas tertera di dada buku kecil tersebut.

Pantas jari runcingnya mendail nombor Tini. Buat seketika, kedengaran bunyi panggilannya disambung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2011 08:35 PM | Show all posts
“Hello..Siapa ni,” kedengaran suara Tini dihujung talian. Jasmin menekup mulutnya. Gembira hatinya bukan kepalang.

“Kak Tini! Ini Jas!!” ujar Jasmin ceria.

“Jas? Jasmin?” teriak Tini dihujung talian. Belum sempat Jasmin hendak mengiyakan, kedengaran bunyi bising seperti telefon itu bertukar tangan.

“Jas!!!” suara Ali berteriak dihujung talian kedengaran. Jasmin senyum.

“Ya! Ali ??” soal Jasmin memastikan dia tidak bercakap dengan orang yang salah. Tapi, mendengar suara sahaja, Jasmin yakin itu adalah Ali. Jasmin membetulkan duduknya.

“Kenapa kau pergi macam tu je? Sampainya hati kau….” Jerit Ali.

“Kan aku dah bagitau kak Tini..” tingkah Jasmin.

“Ahh!! Aku tak  kira! Kau tak bagitau aku pun!! Tergamaknya dirimu menghiris hatiku…tidakkah dihatimu punya perasaan….sampainya hatimu..meninggalkan daku…”  tiba2, perangai gila2 Ali sudah sampai. Jasmin tergelak mendengar suara Ali yang sumbang mengalunkan lagu lama dari kumpulan Spring.

“Ini nombor telefon kau ke?” soal Ali lagi. Dia sudah berhenti menyanyi. Barangkali, sedar suaranya tak ubah seperti katak gelembong yang memanggil hujan apabila mendengar Jasmin yang ketawa.

“Ha’ah!” balas Jasmin.

“Baguslah. Aku tunggu jugak, bilalah kau nak call kitorang. Takkan kau dah jadi puteri raja, lepas tu kau terus lupa kawan…” kata Ali lagi. Jasmin senyum.

“Aku tak lupa. Sebelum ni aku tak ada telefon. Ini pun, mak angkat aku yang belikan siang tadi..” kata Jasmin.

“Hmm..baguslah. Boleh aku telefon kau tiap2 malam..Kalau kau tak kisahlah…” kata Ali lagi. Belum sempat Jasmin hendak menjawab, telefon ditangan  sudah bertukar tangan.

“Jas, kau sihat ya?” Tini sudah merampas telefon bimbitnya dari tangan Ali. Jasmin ketawa.

“Sihat kak. Kakak sihat?” soal Jasmin kembali. Jasmin terasa senang hati. Di dadanya, keresahan yang bersarang sejak 2-3 malam dulu, mula beransur kurang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 08:36 PM | Show all posts
Selesai urusan kerja di Sabah, Arif pulang awal dari jangkaan. Kepulangannya dimaklumkan kepada Datuk Muhaiyeen. Datin Zaharah pula siap menyediakan lauk pauk di dapur bersama Jasmin dan Mak Esah. Pak Kadir sudah disuruh untuk menjemput Arif dari lapangan terbang.

Jasmin meneliti makanan yang terhidang dimeja makan. Susunan pinggan menunjukkan lebih satu orang.

“Ada tetamu ya mama?” soal Jasmin sambil menyusun sudu di meja makan.

“Ha’a. Ingat lagi tak staff abang Arif yang accident kat Kolombong tu? Hari ni, mama suruh dia bawak ke rumah, makan tengahari dengan kita. Kata papa, cantik budaknya! Lulusan Wales University.,” kata Datin Zaharah ceria sambil membetulkan susun atur hidangan.

Mendengar perkataan ‘Lulusan Wales University’, serta merta Jasmin merasa rendah diri. Jasmin memandang wajah Datin Zaharah. Pasti mama mengharapkan sesuatu dari majlis makan ini. Pastinya mama cuba memancing perhatian Arif terhadap perempuan itu. Jasmin diam tak berkutik.

Bunyi enjin kereta yang dipandu Pak Kadir kedengaran memasuki ruang garaj. Datin Zaharah meninjau ke luar.

“Haa..tu dah sampai. Jom!” tangan Jasmin diraih. Datin Zaharah dan Jasmin sama2 menuju kemuka pintu.

“Assalamualaikum,” suara Arif memberi salam jelas kedengaran di telinga. Tangan Datin Zaharah segera diraih dan dicium. Jasmin yang berdiri di sebelah Datin Zaharah memandang ke belakang Arif.

Seorang wanita matang berambut pendek dengan skirt pendek paras lutut dan berblaus ungu muda sedang menanti giliran untuk bersalaman dengan Datin Zaharah.

“Mama..this is Wardah. Staff yang accident tu,” perkenal Arif lalu merapati Jasmin di sebelah ibunya.

“Ohh…so, dah okay sekarang? Teruk tak cedera?” soal Datin Zaharah sebaik tangannya dicium oleh Wardah yang sopan.

“Dah okay datin,” balas Wardah. Senyuman Datin Zaharah dibalas. Kemudian, pandangan matanya beralih kepada Jasmin yang tercegat di sisi Datin Zaharah.

“Ah..kenalkan. Ini adik I..” Arif pantas memperkenalkan Jasmin kepada Wardah sebaik mata kedua2 gadis itu berlaga. Jasmin segera meghulur tangan untuk bersalam. Sebuah senyuman diukir.

Wardah senyum. Namun di dalam hatinya timbul kegusaran. Sewaktu dia mula2 masuk bekerja dahulu, seluruh pejabat pun tahu, Datuk Muhaiyeen hanya mempunyai seorang anak tunggal. Jadi, dari mana datangnya pula gadis ini.

Mereka semua melangkah masuk ke dalam rumah. Wardah memerhatikan sahaja langkah Jasmin yang berjalan di hadapannya menuju ke dapur. Betulkah ini adik Arif? Kalau adik, kenapa wajah perempuan itu  langsung tidak bercirikan gadis melayu? Pada matanya, gadis itu tak ubah seperti anak kelahiran campuran.

Wardah diam. Nantilah aku siasat…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 08:38 PM | Show all posts
Jasmin mengemaskan susunan buku2 bacaan yang dibelinya tempohari. Habis makan malam tadi, dia terus naik ke bilik tidur dan memerap didalamnya. Pelawaan Datin Zaharah dan Datuk Muhaiyeen untuk menonton TV di bilik menonton ditolak secara baik. Sudahnya, dia hanya melayan buku2nya sehingga jam 11.30 malam. Mata pun sudah mengantuk. Esok kelas groomingnya akan bermula.

Tok! Tok! Pintu biliknya diketuk dari luar. Jasmin yang baru hendak menarik selimut, terbantut pergerakannya. Jasmin bangun lalu membuka pintu bilik.

“Dah nak tidur ke?” soal Arif yang tersenyum lebar di depan muka pintu. Jasmin mengerutkan dahinya.

“Baru nak tarik selimut..” balas Jasmin. Pintu bilik tidak dibuka luas, cukup untuk ruang tubuhnya berdiri.

“Nak apa?” soal Jasmin lagi. Arif tersenyum lagi, kemudian menghulurkan sebuah kotak berbaldu hijau lumut kepada Jasmin. Berkerut dahi Jasmin menerimanya.

“Apa ni?” soal Jasmin sebaik kotak tersebut berada di tangannya. Wajah Arif dipandang.

“Simpanlah. Abang beli kat Sabah tempohari.  Terlupa nak bagi tadi. Selamat malam…” kata Arif lalu terus berlalu. Jasmin hanya merenung langkah Arif yang terus memasuki bilik tidurnya. Sejak dia datang  ke rumah ini, jarang sekali dia dapat berborak panjang dengan Arif.

Pagi2 lagi, jam 8 pagi, dia hanya sempat bertemu Arif dimeja makan untuk bersarapan. Selepas itu Arif akan terus ke pejabat.  Dia pula akan mengikuti Datin Zaharah ke kelas . Habis kelas, dia akan memerap di bilik hinggalah masa untuk makan malam.

Petang, kadangkala Datin Zaharah menghadiri beberapa majlis persatuan. Bila menjelang malam kira2 jam 11 malam, barulah sempat dia bertemu Arif di dapur. Itupun, jika dia turun untuk minum air. Jika dia tidak turun, alamatnya langsung takkan berjumpa Arif.

Jasmin menarik nafas, seakan mengeluh. Pintu bilik ditutup bila Arif sudah menghilang ke dalam biliknya. Jasmin melangkah ke katilnya. Kotak baldu berwarna hijau lumut dibuka dengan hati2. Matanya hampir2 terbeliak melihat isi kotak tersebut.

Seutas rantai mutiara dengan seutas loket berbentuk oval berwarna hijau kemas terletak di dada kotak tersebut. Jasmin menarik nafas dalam2.  Terasa nafasnya seakan karam buat seketika. Kotak ditutup kembali. Buat seketika, Jasmin termenung.

Fikirannya kosong. Wajah2 Ali dan Tini menjelma diruang mata. Walaupun di Tioman, biliknya  kecil dan dikongsi bersama Tini, tapi dia rasa bahagia. Mengapa di sini, di ruang yang luas ini, aku merasa kosong? Apa yang hilang sebenarnya?

Jasmin bangun, menarik laci meja soleknya lalu meletakkan kotak baldu hijau lumut itu didalamnya. Laci ditutup kembali.

Tut!Tut! Bunyi telefon bimbitnya menjerit dalam nada perlahan. Cepat2 Jasmin mengambil. Bibirnya mengukir senyuman sebaik terlihat nombor telefon Ali yang tertera di skrin telefon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 08:40 PM | Show all posts
“Hello,” lemah suara Jasmin menjawab.

“Kau dah tidur ke?” soal Ali. Mendengar suara Jasmin yang tidak bermaya, buat dia risau.

“Belum. Baru nak tidur, tapi abang  Arif datang tadi. Bagi barang..” kata Jasmin. Dari duduk berjuntai, sekarang dia sudah memeluk lututnya sambil bersandar di hujung kepala katil.

“Dia dah balik dari Sabah ke? Barang apa dia bagi?” soal Ali. Sejak Jasmin mempunyai telefon bimbit sendiri, Alilah tempatnya mengadu semua hal yang berlaku padanya.

“Rantai ,” kata Jasmin lemah.

“Rantai?? Kau yang mintak dia belikan ke? Kau jangan Jas…kita ni menumpang aje kat rumah orang…kalau mintak yang bukan2 karang, ada yang kena halau nanti..” bebel Ali.

“Aku tak mintaklah! Dia yang bagi. Tapi kan..tadi dia balik dengan sorang kawan dia..” kata Jasmin mengadu.

“Lelaki ke perempuan?” soal Ali. Bibirnya sudah tersengih lebar di hujung talian.

“Perempuan. Cantik gila! Gila pun tak cantik macam tu…” kata Jasmin.

“Kau jealous?” soal Ali menebar serkap jarang.

“Mana ada! Tak ada maknanya aku nak jelous..” marah Jasmin. Terdengar suara Ali ketawa dihujung talian.

“Manalah tahu..kalau2 kau dah mula ada hati dengan abang Arif kau tu. Lagi pulak, duduk serumah. Bila2 masa je…kau boleh ngap dia…” kata Ali berseloroh.

“Ali…..Otak kau ni cubalah cuci dengan Clorox sikit!  Dah terlebih kotor pemikiran kau,” ujar Jasmin yang faham maksud Ali.

“Yalah! Yalah! Eh, kau rindu aku tak?” soal Ali tiba2. Topik perbualan sudah ditukar.  Jasmin menarik nafas.

“Jangan nak start mengarut!” tukas Jasmin. Ali ketawa lagi. Jasmin masih sama seperti dulu. Masih garang!

“Aku ingat nak pergi KL…jumpa kau. Boleh kita pergi jalan2 kat Kl. Tapi kau kenalah jadi pemandu pelancong aku,” kata Ali lagi.

“Kalau aku jadi pemandu pelancong kau, aku rasa kita akan sama2 sesat kat KL tu..” kata Jasmin jujur. Dia sendiri sejak datang ke Kuala Lumpur, tidak pernah berjalan2 sekitar Kuala Lumpur. Kemana2 saja pergi, Datin Zaharah setia menemaninya. Ali ketawa.

“Eh, tak apalah..Pak Mat dah bising tu. Aku kena letak telefon ni dulu..Kita cakap esok pulak..babai,” kata Ali. Di hujung talian, terdengar suara Pak Mat yang menjerit memanggilnya.  Tulah! Mengular time kerja lagi! Jasmin senyum gelihati.

“Okey. Kirim salam Pak Mat,” kata Jasmin seraya menutup talian. Skrin telefon yang sunyi direnung sejenak. Lampu tidur dimatikan lalu terus Jasmin menarik selimut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.099436 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list