CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

tiupan sepi (U)

  [Copy link]
Post time 2-12-2010 12:26 PM | Show all posts
mungkin kut..hehe..nk dpt baby kut..abis...ari2 mau..hahahha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2010 12:44 PM | Show all posts
Baguslah reza dan shah dah boleh berkawan
tahniah utk reza dpt cikgu sharifah
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 02:03 PM | Show all posts
penat...
ke pembawakan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 04:23 PM | Show all posts
agak2 nye lisa penat nak dapat baby kot
juliet80 Post at 2-12-2010 09:40



    hehehe..baby in progress..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 04:24 PM | Show all posts
mungkin kut..hehe..nk dpt baby kut..abis...ari2 mau..hahahha
naza81 Post at 2-12-2010 12:26



    ari2 mau?? yeker??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 04:24 PM | Show all posts
Baguslah reza dan shah dah boleh berkawan
tahniah utk reza dpt cikgu sharifah
uda08_za Post at 2-12-2010 12:44



    untung Reza kan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-12-2010 04:25 PM | Show all posts
penat...
ke pembawakan...
shahrinas Post at 2-12-2010 14:03



    penat layan En Hubby.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 04:36 PM | Show all posts
puas merempit... lama tak masuk rumah fazss... next2 n3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2010 07:38 AM | Show all posts
salam pagi jumaat sume...
fazsss jgn lupa letak n3 byk2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2010 10:28 AM | Show all posts
dugaan datang......
***********************************************************************

Tanpa menanti Lisa, Shah turun dulu sebaik telefon nya berbunyi. Dengan lambat2 Lisa terus bersiap. Hati Lisa berdebar sebaik melihat susuk tubuh seseorang yang di kenali di ruang tamu. Susuk itu berdiri melihat gambar perkahwinan Lisa dan Shah. Lisa masih cuba mengingati siapa dia? Di mana pula Shah?

Langkah yang di atur teratur masih mampu membuat si susuk berpaling. Masing2 terkejut dan tidak mampu berkata2.

“dear…”Lisa menegur En Hubby yang sibuk di dapur berbual dengan Mak Som.

“yes sayang..jom ke depan” sambil melangkah keluar dari dapur satu ciuman singgah di pipi Lisa seperti biasa.

Dada Lisa bagai dipam air, tiada ruang untuk oksigen nak singgah lalu. Dengan berat dia duduk di sisi Shah. Satu ciuman lagi singgah di pipi Shah, tangan Shah melingkari bahu Lisa.

“bro..ni my wife” Shah perkenalkan Lisa kepada tetamunya.

“sayang…ni kawan lama I, Rusdi.” Mereka saling bertukar senyuman. Jelas sumbing senyuman di bibir Rusdi.

“cantik bini ko?” Rusdi berbasa basi.

“jangan nak lelebih yer” Shah bergurau.

“dear..Lisa pergi tengok mama kat belakang yer.” Sebaik Shah mengangguk cepat2 Lisa berlalu. Tak sanggup terus berpura2 di depan En Hubby yang hot. Memang tidak wujud cinta untuk Rusdi lagi tetapi renungan Rusdi membuat dia tidak selesa. Tidak mungkin Rusdi masih cinta kan dia.

“mama..” tangan Lisa di pegang oleh Kira. Lisa tersentak, jauhnya dia mengelamun. Mama merenungnya dengan hairan.

“Lisa kenapa?”

“tak ada apa2 mama..” mama sekadar mengangguk, langkah di atur ke dapur. Masa untuk siapkan makan tengah hari.

Makan tengah hari di selangi tawa hilai Shah dan Rusdi mengenangkan zaman belajar mereka dahulu. Kisah2 cinta monyet dan kisah2 lucu yang tak masuk akal semua tersingkap semula.

“ko dengan minah tu tak pernah contact lagi?” soalan Rusdi seakan sengaja ingin mencetuskan bahang antara dia dan suami. Muka Shah agak terkejut.

“habis study tak jumpa dah” jawab Shah mendatar. Perbualan mereka berikutnya tidak Lisa endahkan. Malas nak dengar. Tiba2 hati rasa panas, sedaya mungkin cuba di tutupi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2010 10:30 AM | Show all posts
Lisa merasa sebal, hati nya bagai rasa di hiris. Kenapa perlu Rusdi membuka cerita itu jika tiada apa di sebalik nya. Entah kenapa masih tergiang2 lagi suara Rusdi menyindir Shah. Angin..sejuk kan lah hati ku ini. Besi penghadang balkoni di pegang, memaut diri untuk terus berdiri kuat.

“sayang..buat apa kat sini?” tangan Shah di bahu di tolak perlahan.

“ambil angin” mendatar Lisa menjawab. Tidak seperti biasa.

“jom masuk dalam..sejuk ni” Shah memujuk.

“u masuk la dulu..” Lisa berdalih, saat ini dia cuba untuk menjauhi Shah. Hati nya terluka, hirisan luka menikam.

“sayang..” kelembutan suara garau itu terlalu dalam menikam hati nya. matanya sudah bergenang, hanya mengira waktu untuk gugur.

Urutan lembut di bahu Lisa mengelus pula kedua2 lengan nya. Shah cuba menyelami hati si isteri, namun tiada apa jawapan yang terlintas. Esak kecil si isteri makin memilukan. Bahu Lisa dipusing menghadapnya, air mata itu di sapu.

Lisa tidak berdaya untuk terus menolak kehadiran si suami yang terlalu di sayangi. Air mata, ubatkan lah apa juga penyakit hati ku.

Melihat air mata yang semakin laju, Shah mula tidak tenteram. Masalah apa yang membuat Lisa menangis teruk sebegini. Lebih teruk dari mengetahui butik nya terbakar dahulu.

“sayang…dah yer sayang…jangan nangis lagi” Shah memaut bahu Lisa, masuk ke bilik. Lisa di duduk di katil. Pintu pemisah balkoni dikunci.

Tubuh Lisa di raih kejap ke dalam pelukan nya. Lilin aroma terapi haruman lavender yang di nyalakan mengharumkan seisi bilik. Shah tidak berhenti2 memujuk Lisa, esak tangis tidak lagi kedengaran. Tinggal sedu sedan yang bersisa.

Subuh menjelma, Lisa lena dengan sedu dalam pelukan suaminya. Wajah En Hubby di tenung, Lisa mengeluh apabila teringat kisah semalam. Masih banyak perkara yang tidak terduga perlu di hadapi.

Jemari Lisa rancak bermain di sekitar wajah En Hubby. Ramainya perminat dia ni. Macam mana agak nya masa depan? Mungkin kah koleksi itu akan bertambah. Dahi Shah di kucup.
Kucupan lembut itu mengejutkan Shah dari lenanya. Senyum meleret melihat mood isteri nya baik pagi ini. Sekilas, Shah sudah berada di atas tubuh Lisa. Gelak ketawa mereka bersatu menyulami ciuman2 yang melata di mana2. Mood pagi yang indah. Bukan sekadar memuas nafsu lelakinya, bukan juga menuntut hak nya sebagai suami tapi ia di beri untuk isteri yang di cintai sepenuh hati. Supaya si isteri lebih tenang dan tenteram kembali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2010 10:30 AM | Show all posts
Harapan Lisa untuk cerah sepanjang hari jelas tidak kesampaian. Mendung kerap menyinggah dalam alam rumahtangga nya. untuk mengeluh pun tidak berasa lagi hatinya terlepas dari beban ini. Hubungan Shah dan Lisa semakin renggang, baru 2 hari lepas di bahagia sangat. Bahagia menelan kepahitan kisah silam suami tapi kini suami nya senyap dan kaku.

Petang tadi cukup mengejutkan, kehadiran Rusdi yang tidak di sangka menjengah butik nya. Jelas dia memang tahu itu butik Lisa. Dia tidak perlu bersuara untuk Lisa tahu, lenggok badannya telah berbicara. Lisa hanya perlu melayan dia sebagai sahabat suaminya. Namun kenapa Rusdi muncul, di saat bila2 masa Shah akan datang menjemput nya balik.

“assalammualaikum..” Shah datang juga akhirnya. Seperti biasa, tangan suami di raih, dan pipi nya di kucup mesra.

“hi bro” mereka bersalam.

“so u buat apa kat sini?” umpama peluru berpadu, Shah melancar tepat ke Rusdi. Namun, wajah Rusdi tiada langsung rasa bersalah.

“saje drop by. Kebetulan lalu sini” ujar Rusdi mendatar. Shah cuba berlagak biasa tapi Lisa sudah menangkap kulit wajah nya seperti udang yang terbakar.

“I gerak dulu la Lisa, bro. see u around.” Rusdi terus berlalu.

“jom balik” angin taufan melanda Kuantan. Lisa mula tidak keruan, apa yang perlu dilakukan.

Malam yang menjelma hanya lah kelam antara mereka. Tiada kasih sayang dan tiada juga perbalahan. Masing2 bisu dalam terjaga. Menilai setiap fakta yang terdampar di hadapan.
Pagi yang sunyi antara mereka, kereta tidak bergerak seperti laluan biasa. Lisa hanya menyenyapkan bibirnya dari memulakan bicara. Takut pula kalau ia menambahkan jurang yang ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2010 10:31 AM | Show all posts
salam pagi jumaat sume...
fazsss jgn lupa letak n3 byk2
cerry_ice Post at 3-12-2010 07:38



    salam...fazss dah letak .. selamat membaca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2010 10:32 AM | Show all posts
puas merempit... lama tak masuk rumah fazss... next2 n3
asnita Post at 2-12-2010 16:36



    macam chipsmore plak yer.. kejap ada kejap hilang..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 12:39 PM | Show all posts
ermmm...
cam tuelah rutin rumahtangga...
kekadang kelam...kekadang cerah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 09:03 PM | Show all posts
ada aje dugaan datang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2010 10:12 PM | Show all posts
baru selesai satu masalah dtg lagi satu masalah...
sapa si rusdi ni???ex lisa ke???
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 01:17 PM | Show all posts
fazss hari ni punya n3 takde ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2010 08:12 AM | Show all posts
Lewat malam Shah pulang dari pejabat kereta Lisa tiada di laman rumah. Jam sudah menginjak pukul 1 pagi. Sejak kejadian pagi tadi talian telefon isterinya tidak dapat di hubungi. Rasa patah jari jemarinya menekan telefon itu.

Hati yang kecewa, marah dan geram sehingga dia sendiri tidak pasti apa yang berlaku pada dirinya. Seluruh ruang dalam rumah itu di jelajahi, namun tiada susuk si isteri. Tiba rasa rindu pada si isteri. Bagaimana jika mereka berpisah nanti, sedangkan berjam tak jumpa pun dia sudah kerinduan.

Shah menghirup udara malam dari balkoni bilik nya. tiupan sepi menyelubungi nya. sepi membawa ingatan nya pada kisah keterlanjuran nya pagi tadi.

Walaupun mentari tiada, namun  pagi ini cukup panas dengan tenungan nya yang penuh prasangka. Tiada ucapan, enjin di matikan, di bawah pohon besar di Taman Gelora. Bayu laut menyapa mereka yang kesepian bersama.

Diri di labuhkan di kerusi menghadap laut, saling merenung jauh ke hujung laut. Mencari kata2 yang sesuai untuk di ungkapkan.

“dear..” Lisa menguatkan hati untuk berbicara. Namun hampa, En Hubby senyap terkaku merenung ke depan.

“dear..apa salah i?” Lisa cuba menyentuh lengan Shah, namun Shah menolak lembut. Satu keluhan di lepaskan.

“u kecewakan I sayang..” mendatar suara itu. Lisa berperang dalam hati sendiri, apa yang telah terjadi.

“apa? I tak faham dear..”

“I dah tahu semua. U sambung semula kisah u all kan?” Shah memandang tepat ke mata hazel kesayangan. Sayang mata itu telah khabarkan curang. Di telinga masih terdengar suara sumbang sahabat lama nya, Rusdi. Menceritakan kisah2 mereka dahulu dan kini, sahabat itu mohon untuk meyambung semula.

Berat hati Shah untuk mempercayai cerita2 karut itu, tapi kejadian beberapa hari lalu amat melukakan hatinya. Rusdi di butik Lisa jelas mereka masih bersama. Jika tidak, Rusdi tidak akan tahu tentang butik Lisa.

“u all? Sapa? Kisah apa?” Lisa membalas renungan tajam Shah.

“jangan buat tak tahu Lisa” Shah tersenyum sinis.

“apa?” Lisa bertanya lembut. Semua harus di rungkaikan secara berhemah.

“betul u tak tahu??” Shah masih tersenyum sinis.

“yes!!”

“u dengan Rusdi” seperti petir memanah tepat ke jantung Lisa. Mata Shah di renung, mencari jawapan yang paling tepat.

“u ragui i?” Lisa kecewa dengan Shah.

“I ada bukti” Shah mempertahankan dirinya.

“apa?”

“Rusdi sendiri mengaku semua nya?”

“tentang apa?”

“hubungan kalian masa depan”

“maksud u?”

“kalau u nak I lepaskan u, I tak ada masalah Lisa. I can give whatever u want.” Mendatar usul Shah, tiada perasaan kah dia?

“oh my God, it’s to much. Kenapa u nikah dengan I kalau nak bercerai?? Kenapa Shah?” airmata yang bergenang di tahan. Demi maruah nya yang sedang di perkotak katik kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2010 08:14 AM | Show all posts
“as I said before, I’ll give whatever u want Lisa. Tiba2 I rasa, u sama aje macam Karina, baik di depan I tapi di belakang lain” hati Lisa di panah petir buat sekian kalinya. Hancur luluh bila diri ini di hina begitu teruk.

“hanya perkara yang u dengar dari sebelah pihak, u dah cakap I macam tu. Fine. Thanks for everything, I got to go” Lisa terus berlari jauh. Air matanya mula terburai.
Shah terkejut dengan situasi yang terjadi, terkaku di kerusi. Shah seakan tidak berdaya untuk mengejar si isteri bila dia sendiri berperang dalam kepercayaan diri sendiri.

Jam 3 pagi. Masih tiada khabar dari si isteri. Fikiran nya kian buntu, ke mana hilang si isteri. Mungkin ke Lisa bersama Rusdi. Cepat2 Shah menginati diri sendiri, terlalu jauh fikiran nya berfikir.

Seluruh ruang chalet di pandang sayu. Jauhnya Lisa membawa diri. Kedatangan hanya satu, untuk mendamaikan fikiran, untuk menghilangkan rasa kecewa. Telah 2 hari berlalu, percutian nya di pulau Perhentian ini amat bermakna, sepi kau tiup semangat kental untuk aku bertahan. Hari demi hari kau sentiasa ada untuk aku.

Hari ketiga di pulau perhentian. Sudah 3 hari Lisa berjumpa Kira melalui talian telefon sahaja. Kesian Kira yang tidak mengerti apa2. Padanya,Lisa berbohong perlu menghadiri kursus di luar kawasan. Lisa bungkam. Dia tenggelam dalam perasaan. Apa yang akan terjadi jika aku di ceraikan. Air mata kembali bertamu.

Setelah puas menyendiri, Lisa kembali ke kampong. Sekadar memenuhi ruang kesedihan hatinya. Lisa sentiasa terfikir kenapa kisah duka itu berulang. Kenapa orang selalu menegakkan pisang tidak akan berbuah dua kali. Buktinya, ini kali kedua hati nya kecundang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.099574 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list