CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U) - SAMBUNGAN ( SUDAH TAMAT)

   Close [Copy link]
Post time 30-7-2010 11:23 PM | Show all posts
lagi la juna...tak sabar nak tengok reaksi cik adik gediks tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 11:38 PM | Show all posts
nak lagi juna
tak sabar nak tengok reaksi si gedikssss tu bila tahu lala isteri kesayangan yem.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:47 PM | Show all posts
Sebab E3 Smiley sempat gak aku baca sebelum off kan pc
T.kasih...hmmm bolehlah berangan-rangan kejap
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:54 PM | Show all posts
Apa la rancangan gedik tu..
Adham pun takut.....Lala baik ko ikut yem gi JB
klu idak nanti free je bermadu dgn gedik
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:59 PM | Show all posts
Apa la rancangan gedik tu..
Adham pun takut.....Lala baik ko ikut yem gi JB
klu idak nanti free j ...
qimi08 Post at 30-7-2010 23:54


oh tidakkkkkkkkkkkkkkk.......................
:@:@:@ pegi kau minah gediksss....pegi jauh2
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 12:08 AM | Show all posts
adoyaiiiiii juna....takan seciput nih jah... dah lama cheq tunggu neh... sambung la lagik nih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2010 12:15 AM | Show all posts
thnks Smiley
ada gak n3..tp yg lebih pnting Lala nak ikut Yem tu
fuhhh..legaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 12:37 AM | Show all posts
Reply 571# sang_arjuna

normiang?
alamak kacau bilau la umahtangga adham & najlah..
masing2 ader interest sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2010 01:01 AM | Show all posts
thank smiley....sweet dream..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 08:59 AM | Show all posts
morning sume....
thanks for n3.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 09:07 AM | Show all posts
bestlah LALA...
nasib baik nak ikut YEM...
padan muka perempuan gedik tue (x nak sebut nama dia)... :@
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 03:36 PM | Show all posts
wawawa...thanks juna...n3 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 03:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 03:57 PM | Show all posts
tq smiley.........
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 08:37 PM | Show all posts
aiyoyo...sampai yem pon ngeri dgn pompuan psycho mcm izlyn tu...smiley,
sambung lagi.........
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 08:56 PM | Show all posts
seb bek lala nak ikut...
nak tahu apa bdk ulat bulu tu buat bila tahu lala tu wife yem...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2010 11:52 PM | Show all posts
Reply 576# sang_arjuna

Timekasih N3 baru Smiley... baru baca...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 11:52 PM | Show all posts
Reply 576# sang_arjuna

Legaa..Najlah stuju ikut pegi JB...{:1_137:}
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2010 12:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by babyanah at 1-8-2010 00:47

Reply 11# sang_arjuna

“ Dah dua bulan?” ulangnya. Macam mana aku boleh tak perasan. Tiada langsung symptom kecuali sekali aku muntah.

    saya pun camtu lepas pregnant 2-3 months baru lah perasan dah pregnant...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2010 12:45 AM | Show all posts
malam ni kita jumpa Izlyn gediks lagi
...................................................................
Meja bujur di tengah bilik mesyuarat Parkway Holdings penuh dengan pelan dan lukisan perspektif dari Akitek Karyabina. Adham dan Shahrul menerangkan satu persatu tentang konsep untuk sekolah menengah antarabangsa swasta yang terbesar di Malaysia. Kawasan seluas 20 ekar akan di gunakan untuk bangunan sekolah elit usahasama Parkway Holdings dan Kerajaan Negeri. Selain dari bangunan sekolah, perpustakaan dan asrama , ada kompleks sukan, dua kolam renang saiz Olimpik,   kemudahan ekuestrian, surau, shoplex , apartmen untuk guru dan staf dan juga rumah persinggahan untuk kemudahan ibubapa dan pelawat. Konsep  yang di tonjolkan menarik minat Pengerusi Parkway Holdings, Datuk Jalil Othman dan anaknya  Jazran yang menjadi pengarah urusan. Dua  wakil dari kerajaan negeri juga turut menghadiri mesyuarat itu.

Selama setengah hari Adham dan Shahrul bertungkus lumus menangkis segala kemuyskilan dari pihak klien bersabit dengan pelan mereka. Ada juga sekali  soalan di ajukan pada Izlyn Sofia tapi reaksi nya yang aneh membuat semua yang hadir kaget. Dia terus pucat dan matanya berair. Mukanya di tekup. Kalau boleh dia ingin sembunyi bawah meja. Adham dan Shahrul memandang satu sama lain. Masing masing menyeranah Izlyn dan Datuk Badri dalam hati.

“ Minta maaf  Datuk. Izlyn Sofia pelajar Architecture di UITM yang menjalani latihan praktikal di syarikat kami. Dia tidak terbabit dalam projek ini. Dia cuma ikut serta untuk melihat bagaimana pembentangan di lakukan di depan klien.” Adham menerangkan situasi sebenar. Izlyn Sofia memandang Adham dengan perasaan terimakasih yang terlebih kasih. Kaulah hero aku, Ibrahim Adham. Kalau dia tak sayang aku, takkanlah dia sanggup menyelamatkan maruah aku di depan pegawai tinggi ini. Rasa gelabahnya surut di ganti dengan rasa cinta yang mendalam. Walaupun Adham tak pernah meluahkan rasa, tindak tanduknya jelas menunjuk yang aku tak bertepuk sebelah tangan. Spontan bibirnya mengukir senyum.

“ Oh begitu. Kiranya Cik Izlyn ini pemanis Akitek Karyabina lah. Patut business Karyabina makin menjadi” komen Jazran Jalil. Adham menahan gelak mendengar ayat tak boleh blah. Magis sungguh kalau makcik ni  penyebab Karyabina makin maju. Tapi dia akui, sememangnya Izlyn Sofia kelihatan menarik hari ini. Baju kurung lusuh di ganti dengan slacks dan jaket hitam. Di dalam jaket dia memakai top merah jambu dan tudungnya jenis Ariane berwarna merah jambu juga. Wajahnya di serikan dengan mekap tipis. Lawa juga minah  ni, puji Shahrul  masa mula berjumpa dengannya di LCCT. Mesti dia di makeover oleh ibu angkatnya Datin Siti. Tapi kalau dah bangang, pakai apa pun tetap bangang. Jering kalau di salut dengan Belgian chocolate tetap bau jering.

“ Ok, let’s get back to the drawings. Kita tak banyak masa.” kata Datuk Jalil. Dia seorang pesara kerajaan yang berjaya dalam perniagaan. Parkway Holdings mempunyai banyak cabang perniagaan dari kilang perusahaan makanan hingga dealership kereta Honda dan kini menceburi bidang pendidikan swasta. Masa itu emas baginya.

Mesyuarat di teruskan dengan pelbagai soalan di ajukan tentang bangunan bangunan dalam pelan mereka.

“ Kami bercadang untuk mengambil pelajar dari Timur tengah. Encik Adham tahu yang perempuan sana sangat konservatif. Macam mana kita nak buat kampus ini syariah compliant?”

Adham menjawab soalan Datuk Jalil dengan tenang. Dia dengan Shahrul dah buat sesi brainstorming sebelum melukis plan. Dia merujuk pada lukisan. “ Asrama lelaki dan asrama perempuan di pisahkan oleh kompleks sukan.  Penghuni asrama lelaki tidak boleh nampak asrama perempuan dan sebaliknya. Laluan dari asrama untuk ke kelas pun berbeza.   Walaupun cafeteria dan ruang makan utama untuk pelajar lelaki dan perempuan tapi ada dewan makan di blok asrama perempuan yang khusus untuk perempuan saja. Sebab itu juga  ada dua kolam renang, satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Surau pun ada pintu berasingan dan di buat dua tingkat. Bila ada ceramah misalnya pelajar muslimah boleh naik terus ke tingkat mezzanine“

Datuk Jalil memincing mata mengikut telunjuk Adham kemudian mengangguk tanda puas hati. Begitu juga dengan kedua pegawai kerajaan Encik Badiuzaman dan Encik Subhan. Jazran  leka dengan Blackberrynya. Sekali sekala lelaki bertubuh gempal itu mencuri pandang pada Izlyn Sofia. Namun Izlyn Sofia diam tidak berkutil macam patung cendana. Trauma di tanya soalan belum lagi hilang agaknya, rumus Adham.

“ Okay, kita berhenti dulu. Nanti kita sambung selepas makan tengahari dan solat Jumaat. Kita  makan tengahari di coffee house Thistle Hotel. By the way, saya book satu bilik untuk kegunaan Encik Adham dan Encik Shahrul, manalah tahu kalau nak mandi atau nak rehat sekejap. Tapi saya tak sangka pula yang ada staf perempuan ikut sama. Jazran , tolong call Adibah untuk book lagi satu bilik”

“ Its okay, Datuk. Saya dah buat tempahan bilik di Thistle juga. Saya dan Shahrul boleh guna bilik saya dan  bilik yang Datuk tempah biar Izlyn yang guna. “ Harap harap Najlah dapat flight secepat mungkin. Cuaca di JB mendung seperti hujan lebat akan turun bila bila masa. Jangan pula penerbangan di tunda atau di batalkan kerana cuaca buruk. Si Izlyn ni macam kena gam gajah, asyik melekat  kat aku. Adham mempercepatkan langkah menuju ke kereta yang di sediakan. Pemandu Datuk Jalil membuka pintu Alphard sementara Jazran berdiri di sebelah Ferrari nya dengan muka sombong. Berapa kerat sangat yang mampu bawa Ferrari.

“ Encik Adham, tunggulah.  Saya tak sukalah Jazran tu. Dia asyik tengok saya saja.” Rengek Izlyn manja.

Memandangkan Datuk Badri sudah mengamanahkan  dia menjaga Izlyn, Adham terpaksa memperlahankan langkah. Apa apa jadi nanti, susah aku nak menjawab.

“ Izlyn, jom naik kereta dengan I” Seperti di jangka Jazran mempelawa Izlyn. Izlyn menggeleng dengan muka masam.

“ Tak apalah Encik Jazran, ada banyak space dalam Alphard ni. Biar kami bertiga naik satu kereta. Senang kalau ada apa apa hal” tukas Adham. Hati Izlyn berbunga bunga. Cemburu juga rupanya Adham. Cemburu tanda sayang. Harapannya tinggi menggunung. Sedikit masa lagi impian aku akan terlaksana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.060430 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list