CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wasntme

DARUL SAKA - sharing is caring ( MERGED)

  [Copy link]
Post time 16-3-2011 12:44 PM | Show all posts
Reply 579# mala0n

tu lah.. aku nak tau juga kesahihan berita ni.. spnjang aku dok bca thread ni.. ader la yg dok backing n condem tok belagak ni.. so..aperpun kena tggu lah otai2 dlam MPS ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2011 12:57 PM | Show all posts
SHAH ALAM: Mampu mengimbas siapa yang bakal masuk syurga atau ke neraka, mampu menghantar roh orang sudah mati ke Makkah untuk beribadat hingga kiamat dan memulihkan mangsa santau dengan bacaan Yassin secara mengundur - itu antara kebolehan luar biasa Tok Belagak.

Namun, semua itu dakyah songsang satu kumpulan dipercayai ajaran sesat yang kini bergiat aktif di pinggir bandar raya ini untuk mencari pengikut. Ia diketuai seorang bomoh lelaki berusia 50-an yang digelar Tok Belagak.


Mendedahkan perbuatan bertentangan akidah itu, seorang ibu tunggal yang mendakwa dua anak lelakinya berusia 30-an terpengaruh ajaran terbabit berkata, dia amat bimbang akidah anaknya akan terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Wanita berumur 56 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, pada mulanya kedua-dua anak lelakinya itu menemui lelaki terbabit untuk mendapatkan penawar penyakit dialaminya yang tidak sembuh sejak sekian lama.



“Pada mulanya anak-anak saya ingin mencarikan penawar untuk sakit saya dan tidak kebah sejak dulu. Namun, selepas diberikan air kononnya boleh menyembuhkan penyakit saya, anak tertarik untuk mengikuti ajaran kumpulan digelar Darul Saka itu.
mala0n Post at 16-3-2011 12:37
Walaupun aku ni bukan kawan tok belagak, malah selalu bertentang pendapat dengannya di forum, tapi dalam kes sebegini, pembaca kene faham, bahawa yg menceritakan tersebut ialah orang yg pernah ditolong oleh beliau

Dan orang tersebut bukanlah tau sangat apa yg diceritakan, lebih pada dengar dengar lepas tu ditokok tambah oleh pemberita untuk lebih menunjukkan sesat tu ketara, walhal apa yg sebenarnya hanya Allah dan tuanpunya diri yg tau..........


So jangan percaya bulat bulat suratkhabar ni......... banyaknya yg tak betul dari yg betul, tapi yg confirm betul ialah keputusan no ekor
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 01:38 PM | Show all posts
Walaupun aku ni bukan kawan tok belagak, malah selalu bertentang pendapat dengannya di forum, tapi d ...
hantukiller Post at 16-3-2011 12:57



    betul tu..

baca yassin buang saka??tak penah dgr pun method ni dia pakai...saya penah berubat dgn dia..so far ok..takde yang mencurigakan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 02:02 PM | Show all posts
kesian le pulak kat tok belagak ni..asik diserang..rasanya Umar tu dok balun dia lama dah gak..kes keluar metro ni tatau ada kaitan dgn umar ke dak..adakah kemuncak antara mereka  akan tiba tak lama lagi???? jeng jeng jeng...

baca yasin terbalik sebulan baru habis kot..jenuh nak kena susun semula..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 02:33 PM | Show all posts
Kalau baca kat blog Darul Saka.. mmg nampak sgt ada org nak jatuhkan Tok Belagak. So kemungkinan benda2 gini sengaja disebarkan pada wartawan dan seterusnya dimuatkan kat mukadepan HM.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 03:14 PM | Show all posts

Darul Saka

Assalamualaikum,
Apa cita Darul Saka ni? sampai masuk paper metro....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2011 03:14 PM | Show all posts
baca yasin terbalik sebulan baru habis kot..jenuh nak kena susun semula..
abas8888 Post at 16-3-2011 14:02


berbuih buih mulut nak baca...apetah lagi nak rawat. xlogic langsung...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 03:27 PM | Show all posts
waalaikumussalam, a aa lah ada gak baca tadi? apa kes sampai baca yassin terbalik?? atau makcik tu salah faham dengan penerangan anak2 dia?? hurm macam2laa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2011 03:32 PM | Show all posts
rasanya macam makcik tu buat citer la, harap citer pasal kes ni stop sampai situ ja laa...kenapa tetiba plak baru kata tok belagak tu songsang??yg sebelum ni tak da plak org suarakan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 03:41 PM | Show all posts
Yg penting ambil pendekatan rendah diri,dan yg sgt2 penting bila nak mengajar tu biar jujur mengikut syariat bukan ajar pelik2 n now....yg buruknya bukan darul saka tapi perawat2 yg duduk dlm pusat perubatan pun terpalit,ni yg paling kita takut pepatah melayu
"kerana setitik nila,rosak susu sebelangga".wlaupun begitu kita berhrap apa tohmahan yg diberikan pada Darul Saka tidak betul
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 03:49 PM | Show all posts
deiii tambi,

sini sudah ada

http://mforum.cari.com.my/viewth ... &extra=page%3D1


-biar aq sound sblum tokei sound-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 03:56 PM | Show all posts
Yg penting ambil pendekatan rendah diri,dan yg sgt2 penting bila nak mengajar tu biar jujur mengikut ...
Ghostbuster Post at 16-3-2011 15:41


ya la..tok mgajar pon open sgt ttg hakikat(org kata 'pelik2')....dia buka jalan hakikat dlm mgenal diri selamba je dlm blog, pastu gunekn sbgai main power dlm berubat.   <--------------(dlm sgt kot kata2 ku, maap)

klau kat darul2 lain...xde nye....simpan. bg yg kulit2 jaa...bg yg opening2 ja...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 04:15 PM | Show all posts
aiyyo..darul saka ni byk pengaruh ajaran sesat kan?
baca surah yassin dengan bacaan terbalik..
tak payah solat...hurmm?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 12:50 AM | Show all posts
fitnah ajerr semata.... tak payah laa nak jatuh2 kan orang mcm gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 12:52 AM | Show all posts
aku pun ada baca metro hari ini ...front page lagik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 07:37 AM | Show all posts
pin tolong pes kan..


SHAH ALAM: Mampu mengimbas siapa yang bakal masuk syurga atau ke neraka, mampu menghantar roh orang sudah mati ke Makkah untuk beribadat hingga kiamat dan memulihkan mangsa santau dengan bacaan Yassin secara mengundur - itu antara kebolehan luar biasa Tok Belagak.
   Namun, semua itu dakyah songsang satu kumpulan dipercayai ajaran sesat yang kini bergiat aktif di pinggir bandar raya ini untuk mencari pengikut. Ia diketuai seorang bomoh lelaki berusia 50-an yang digelar Tok Belagak.

   Mendedahkan perbuatan bertentangan akidah itu, seorang ibu tunggal yang mendakwa dua anak lelakinya berusia 30-an terpengaruh ajaran terbabit berkata, dia amat bimbang akidah anaknya akan terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

  Wanita berumur 56 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, pada mulanya kedua-dua anak lelakinya itu menemui lelaki terbabit untuk mendapatkan penawar penyakit dialaminya yang tidak sembuh sejak sekian lama.   



  “Pada mulanya anak-anak saya ingin mencarikan penawar untuk sakit  saya dan tidak kebah sejak dulu. Namun, selepas diberikan air kononnya boleh menyembuhkan penyakit saya, anak tertarik untuk mengikuti ajaran kumpulan digelar Darul Saka itu.


  “Mereka tertarik menyertai kumpulan itu selepas melihat penampilan ahli dan ketua ajaran terbabit. Dari luar mereka kelihatan alim dan warak serta selalu membaca kitab dan berzikir. Sebab itu saya tidak membantah pelawaan anak untuk menyertai kumpulan mereka pada mulanya sejak dua tahun lalu.

  “Tok Belagak pula tak kedekut menurunkan ilmu kepada anak saya untuk mengubati mereka yang terkena saka dan mereka seperti teruja kerana mempunyai ilmu itu,” katanya.

  Namun, Siti pelik apabila anaknya membaca surah Yasin secara mengundur ketika mengubati orang yang mengalami sakit buatan orang atau dirasuk.

  “Lebih menghairankan apabila Tok Belagak mendakwa boleh tahu berapa banyak amalan arwah suami saya ketika hidup. Arwah meninggal dunia lima tahun lalu dan Tok Belagak mendakwa mampu menghantar roh suami saya ke Makkah untuk beribadat sehingga kiamat untuk menampung dosa ketika masih hidup.

  “Saya rasa itu dah cukup melampau kerana saya sentiasa mendoakan untuk arwah suami. Tok Belagak mendakwa dia tahu sejauh mana amalan arwah. Bagi saya itu semua kerja Allah dan dia tidak patut mengeluarkan kenyataan begitu,” katanya.

  Siti berkata, dia mula mencurigai amalan kumpulan diketuai bomoh terbabit sejak Ramadan tahun lalu, apabila melihat anaknya yang rajin ke masjid atau surau berhampiran rumah untuk menunaikan solat sunat tarawih tidak lagi berbuat demikian, malah tidak sekali pun melakukan ibadah itu.

  “Bagai nak gugur jantung apabila mereka menyatakan tak perlu menunaikan solat tarawih di masjid atau surau kerana mereka bersolat dengan Rasullulah s.a.w di langit. Saya mempersoalkan kenyataan mereka, tetapi sedih betul anak-anak yang saya sayangi memarahi dan meminta saya tidak masuk campur urusan ibadah mereka,” katanya.

  Menurutnya, dia kini buntu memikirkan cara untuk memulihkan akidah kedua-dua anak itu, namun pada pada sama tidak berani mendedahkan kegiatan songsang bomoh terbabit kerana bimbang keselamatan diri.

  Katanya, sebelum ini dia pernah mengikuti anaknya ke tempat bomoh itu beroperasi untuk ikhtiar mengubati penyakitnya, tetapi selepas menghidu ajaran songsang bomoh terbabit, dia tidak lagi mengikut anaknya ke sana.

  “Tok Belagak yang mempunyai isteri dan lima anak turut mendakwa menjalankan aktiviti membuang saka dari jarak jauh. Malah, dia mendakwa mempunyai kawasan jajahan di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

  “Saya difahamkan di kawasan Lembah Klang saja, lebih 300 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sudah terpengaruh dengan mengikuti dan menyebarkan ajaran Tok Belagak menerusi blognya di Internet,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2011 07:38 AM | Show all posts
aku pun ada baca metro hari ini ...front page lagik tu.
Saat Post at 17-3-2011 00:52



    hye abam saat.. lame tak nampok
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 08:36 AM | Show all posts
banyaknye thread darul saka..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 08:38 AM | Show all posts
banyaknye thread darul saka..
melinda_gordon Post at 17-3-2011 08:36



   khheeennnnn.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 08:42 AM | Show all posts
pin tolong pes kan..


SHAH ALAM: Mampu mengimbas siapa yang bakal masuk syurga atau ke neraka, m ...
pintumasuk Post at 17-3-2011 07:37



    darul saka ni ke yg kata boleh buang saka below 10 seconds..???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.331973 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list