CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 2-10-2009 01:14 PM | Show all posts
la cam ner leh nazrin kuar ngan fifi plak nie...,
kalu nak buat komflik pun jgn lama2 tau, sian plak kat si hani tu...
smbung la lg..., sikit sangt smbungnya..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2009 02:43 PM | Show all posts
Kereta Gen2 yang tiba tiba berhenti di depan perhentian bas  mengejutkan Hani dari lamunannya. Dia terpaksa meloncat untuk mengelak deburan dari lopak air yang di redah tayar kereta.

“ Apa lah suey betul nasib aku hari ni? Dapat berita Nazrin main kayu tiga, kena marah dengan Cik Suzailin sebab report aku banyak silap, pastu LRT rosak sebab hujan lebat,  teksi dan bas tak ada, kena simbah dengan air kotor pula. “ gumamnya. Airmata yang di bendung seharian menerjah tubir mata. Beg tangannya di buka untuk mengambil tisu. Sensentap betul aku!

“ Hani!” laung pemandu kereta Gen 2 tadi sambil menurunkan tingkap

Hani memincing mata. Hujan yang mencurah turun dan deruan angin membuat penglihatan dan pendengarannya samar. Betul ke dia panggil nama aku? Siapa pula mamat ni? Terdengar desas desus bisikan di kalangan penghuni bus stop yang rata rata pekerja Persada Construction. “ Anak boss, hensem kan?” “ Jemput makwe dia ke?” . Oooh… Shamil rupanya.

“ Hani. Jom I hantar you pulang” Shamil keluar dari kereta membawa payung.

Bodohlah kalau aku tolak pelawaan Shamil. Dah hampir sejam aku tunggu sampai nak kejang kaki. Gasaklah kalau orang nak gossip pun. Hani terus bergegas mengikut Shamil. Nafas lega di lepaskan sebaik menghenyakkan punggung di tempat duduk.

“  Rumah you kat mana?” tanya Shamil. Bukannya dia tak tahu alamat Hani. Masa hari pertama dulu mereka sama sama mengisi borang di bahagian Human Resource dan dia sempat menjeling alamat Hani. Kalau aku minta alamat dengan nombor telefon pasti tak dapat. Siap kena sembur dengan kopi lagi. Shamil masih tak dapat lupakan insiden itu. Lawak betul.

“ Di Sri Jelatek, dekat Setiawangsa. You nak ke arah mana Shamil? Kalau you tak lalu kat area tu….” Tiba tiba Hani terasa bersalah. Menyusahkan Shamil pula aku ni. Terpaksa meredah kesesakan dalam cuaca buruk begini.

“ Its okay. I nak jumpa kawan kat Great Eastern Mall. Dekat saja dengan Sri Jelatek.” Shamil mencuri pandang pada gadis di sebelahnya. Entah kenapa, naluri nya mengatakan ada sesuatu yang tak kena dengan Hani. Wajah gadis itu sayu, matanya bening walaupun bibirnya melemparkan senyuman.

“ Macam mana internship you setakat ni? Okay tak?” tanya Shamil

“ Okay. Seronok juga kerja di bahagian Kewangan. Banyak benda yang I tak tahu rupanya. Belajar dari buku teks tak sama dengan praktikal. You macam mana?” Bodoh punya soalan. Mesti Shamil dapat layanan istimewa. Siapa berani tegur anak boss?

“ Penatlah. Dah lebih seminggu I dengan Rashdan kat tapak projek di Klang. Macam macam masaalah. Kalau bukan sebab bahan tak cukup, pekerja kontrak buat hal. Cuaca pula unpredictable” Shamil melepas keluhan sebelum meneruskan cerita tentang pengalaman nya.

“ Susah juga, kan? Tak apalah, good experience” balas Hani. Sekadar memberi tindakbalas walaupun fikirannya menerawang jauh. Kenapa Nazrin setuju dengan cadangan arwah Mak Tok dan Tok nya untuk menjodohkan kami? Kalau dia masih mencintai Fifi, kenapa tak berterus terang saja? Pengecut! Dengan nenek sendiri pun takut. Tak pasal aku yang jadi mangsa.

Mata Shamil tertancap pada Hani. Dia ni dengar ke tidak apa yang aku cerita? Asyik mengangguk macam burung belatuk. Kalau aku ajak kahwin pun dia angguk saja agaknya. Shamil menggerak tangannya di depan muka gadis itu. Hani tersentak.

“ I rasa you ada problem. Want to talk about it?” Lembut suara Shamil. Penuh prihatin.

Bolehkah aku cerita kat Shamil? Mamat player macam dia ni fahamkah  masaalah yang aku hadapi? Sedangkan dia pun  dah pernah hancurkan hati ramai gadis. Tapi aku perlu luahkan pada seseorang. Kalau tak aku boleh jadi gila. Matanya mula berair. Tekaknya makin ketat.

“ Boyfriend buat hal?” Shamil meneka.  

Hani menjungkitkan bahu. “ Entahlah. Susah nak cakap. I pun tak tahu apa sebenarnya hubungan I dengan dia. Tapi bila dapat tahu dia ada orang lain, I rasa sedih. Pelik kan?”

Hati Shamil berlagu riang. Peluang baik bagi aku. “Bertemu dan berpisah tu adat dalam bercinta. Cinta itu subjektif. Kadang kadang apa yang kita cari dari hubungan itu tak sama dengan apa yang partner kita harapkan. Kalau tak ada persefahaman lebih baik putus. At the end of the day, jodoh di tangan Tuhan. ”

Amboi… dahsyat falsafah cinta mamat player ni. Sepatutnya aku berguru dengan dia, fikir Hani dengan sinis.  

“ Anyway, you muda lagi. Ramai lagi lelaki menunggu orang macam you. Petik jari saja.” Mata Shamil redup memandang Hani. Takkanlah cik adik ni tak tahu isi hati aku lagi. Besar bapak gajah punya isyarat aku dah bagi.

Hani menebar pandangan ke luar tingkap.
“ I tak nak fikir pasal relationship lagi. Sekarang fokus I cuma satu. Nak dapatkan degree. Memang itu pegangan I masa mula masuk UDR. Dulu I rasa buang masa saja layan cintan cintun tapi entah kenapa I boleh terjebak.”

“ Kalau you tak marah, boleh I tahu siapa boyfriend you tu?” Hairan juga Shamil. Tak pernah pun ternampak Hani keluar dengan mana mana siswa. Mungkin boyfriend dia bukan student UDR. Siapakah jejaka yang berjaya mencairkan puteri ais ini? Aku tabik spring lah.

“ Tak payahlah. Nak sebut nama dia pun I rasa loya” getus Hani. “ Tukarlah topic. I malas nak cerita kisah jiwang jiwang ni semua.”

“ Okay babe. Kita tukar topic. Nak cerita pasal apa? Hobi? Shopping? Resipi masakan?” gurau Shamil. Buat pertama kali sejak mendengar cerita Izzah, tawa Hani terletus.

Aah… manisnya. Dada Shamil bergetar pantas. Langit yang mendung dengan awan hujan bertukar cerah.  Apakah ini sesuatu yang simbolik?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 03:54 PM | Show all posts
smiley..sambung lg bleh tak..kasi panjang2 ckit...ehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 03:56 PM | Show all posts
we want more!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 04:12 PM | Show all posts
yeah..we want more
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 04:28 PM | Show all posts
ala............................


jgn le syamil ambik kesempatan

:geram::geram: :geram: :geram: :geram: :geram: :geram::geram: :geram:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2009 07:42 PM | Show all posts
yeah we want more....
please.....
xsabar nie....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 08:28 PM | Show all posts
nak lagi.... tak cukup.... still demam ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2009 10:05 PM | Show all posts
Alaaa pendeknya n3, tapi oklaa dari takde langsung, huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 01:12 AM | Show all posts
thanks for the n3..besnyer..rindu kat nazrin la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 08:44 AM | Show all posts
tima kasih tuan rumah...selamat hari raya/...rasanya belum terlambat ucapan itu....
Si Syamil ni kenapa la menangguk di air yang keruh...  ish... dah la nama sama dgn my baby... jgn buat perangai cam si syamil ni dah..:@
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 08:47 AM | Show all posts
thank...lastly, ada gak n3nya...
cuma x sabo nak tunggu n3 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 12:53 PM | Show all posts
wah cepat la sambung....xsabaq nie....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 09:59 PM | Show all posts
syamil tu tak salah pun... dia pun nak kat Hani tu... hehehe kasik la dia chance jugak
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2009 01:26 AM | Show all posts
tq for n3...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2009 01:53 PM | Show all posts
nak lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2009 09:06 AM | Show all posts
ala ckitnya N3, ingat tadi dah ader N3 yang panjang2, tak puas la baca...
sambung lg yer...........
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 09:16 AM | Show all posts
I vote for Nazrin.... lebih matang skit.... Hani kena berterus terang dgn Nazrin jgn wat kepututsan melulu je...
kedian menyesal tak sudah..... cerita Nazrin lum tak lagi napa dia kuar dgn Fifi tu.... so smiley next...

Syamil tak sesuai sbb sepupu... tak elok sgt kahwin sepupu lagipun dia tau sejarah hidup kluarga Syamil...
mesti dlm ati geram memanjang....  next...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 12:07 PM | Show all posts
ala...sambung la lagi....sambung panjang sikit ya....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 02:01 PM | Show all posts
bila nak jumpa Hani ngan Nazrin nie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.165226 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list