Originally posted by iDputera at 27-1-2008 01:01 PM
indah tari seni warisan
lemah gemalai gemersik alunan
wahai dinda di mana gerangan
apakah bersembunyi di balik awan........
~.........
berlalu sudah satu trajedi
teringat cerita bersama Didi
awan mendung hujan xjadi
lama daku menunggu dr tadi
Originally posted by lily_kama at 27-1-2008 04:02 PM
cantek sungguh bunga seroja
indah tersemat di rambut siti
hajat hati nak berpantun sama
tp idea pulak tak mari - mari ..
buah rambutan sangat lebat
kaitnya pula sambil berdiri
Lily...pantun lu mmg hebat
tunggu jer yazi munculkan diri
Originally posted by sweetLove at 27-1-2008 05:57 PM
petang2 ke rumah zaitun
anak kecil mengejar rerama
seronok tengok u all berpantun
boleh ke swit nak mencelah sama
kesian sungguh dengan Mak Melah
suami tak sedar dah tua bangka
apa pulak nak celah-mencelah
bukan ker hari ni Swit dah conquer...