CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

~ KaSiH kItA ~ TAMAT

[Copy link]
 Author| Post time 4-3-2016 03:35 PM | Show all posts
Jam 6.30 petang..

Raisya diberi arahan untuk stayback. Nasib baiklah Adam telah dijemput pulang dari sekolah oleh ayah mereka tadi. Setiap hari Rabu dan Khamis, Adam ada kelas mengaji Quran sehingga lewat petang.

“Nah!” Mukriz meletakkan beberapa lagi fail untuk Raisya edit lalu dia masuk semula ke dalam biliknya.

Raisya memandang tajam ke arah Mukriz. Kalau boleh makan, dah lama dia panggang bosnya itu lalu cicah dengan sos cili!

Sambil menaip, sambil tu juga mulutnya membebel sendirian.

“Eleh, macam lah aku tak tahu. Esok-esok pun boleh edit benda ni. Saja nak kenakan aku kan?!” bebel Raisya sendirian sambil jari jemari ligat menaip.

Jam di dinding dilihatnya. Ditenyeh matanya yang penat itu. Hari makin lewat dan makin lama staf seorang demi seorang pulang ke rumah.

“Sya.”

“Ye.”

“Balik jom!” ajak Ana sambil galas handbegnya.

“Kau balik la dulu. Aku nak settlekan ni haa..”

“Banyak kot wei. Sambung esok je lah.”

“Tuuu.. nak mati? Dia ada kat dalam tu. Kang tak pasal jadi harimau jadian.”

“Hahaha.. ko ni macam-macam. Aku balik dulu lah. Kau jangan lewat plak. Dah la berdua-duaan ngan bos. Kang tak pasal kena cekup kang!”

“Ish ko ni. Jap gi aku balik. Ko jangan risau erk.”

“Yelah. Bye, darling.”

“Bye.”

Ana sempat mencuit pipi Raisya lalu berlalu pergi meninggalkan Raisya yang masih bertungkus lumus mengedit surat-surat yang tersusun di atas mejanya itu. Tekak Raisya terasa perit dan pedih. Ditelan air liur perlahan-lahan sambil tekak diurut.

“Adeh, dahaga plak.”

Raisya cuba mencari botol mineralnya. Jumpa!

“Alamak, habis plak air.”

Dia mengeluh. Beberapa lampu di kawasan hadapannya di tutup untuk langkah penjimatan. Raisya ni nampak je gangster tapi penakut ya amat!

“Tahan je la Raisya oiii.. balik ni nak minum satu tangki air pun tak pe.” Raisya pujuk dirinya yang tengah dahaga itu.

Dia kembali sambung mengedit surat tersebut. Dia tak sedar yang dia sedang diperhatikan oleh Mukriz dari jauh. Tersenyum Mukriz melihat gelagat Raisya.

Brip! Brip!

Raisya pandang handphonenya. Tertera perkataan ‘ayah’. Raisya tersenyum lalu menjawab panggilan itu.

“Ya, ayah.”

“Dah balik keje belum?”

“Tengah siapkan keje. Sikittt je lagi.”

“Owh. Patutlah tak sampai kat rumah lagi. Risau jugak ayah.”

“Sorry, ayah. Lupa nak mesej ayah Sya lambat balik petang ni. Ayah tak yah risau sangat erk.”

“Adik kamu, si Layla tu.”

“Angah? Nape?” handphone dikepitkan antara telinga dan bahu manakala jari ligat menaip surat.

“Belum sampai rumah lagi ni ha..”

“Hah? Hmm..”

“Ke mana pulak dia pergi ni?”

“Melampau betul angah ni! Ayah tak yah la risau sangat. Nanti balik la tu. Bukan pertama kali pun dia buat perangai macam ni kan?”

“Mana tak risau. Anak-anak ayah anak dara. Berat tanggungjawab ayah.”

Raisya terdiam. Dia faham, ayahnya sedang cuba jadi ayah dan ibu dalam pada masa yang sama.

“Harap dia tak apa-apa. Kamu balik elok-elok ya.”pesan Haji Azman sebelum mematikan talian.

“Ok, ayah.”

Talian dimatikan. Raisya mengeluh bila terfikir adik perempuannya yang seorang itu. Kadang-kadang rasa malas nak fikir, tapi nak kena fikir juga.

Tiba-tiba terdengar bunyi pintu pantry tertutup dengan sendirinya. Raisya dah mula tak ketahuan. Dia berdiri lalu memandang ke arah pintu tersebut. Cerita Ana mengenai pejabat itu mula berligat di kepalanya. Memang kebanyakkan staf yang pulang lewat akan diganggu bermula jam 6.30 petang ke atas. Yang bestnya, Mukriz yang selalu pulang lewat malam tak pernah pula diganggu. Raisya pernah juga stayback dua, tiga kali sebelum ini dan memang rezekinya tak pernah di usik lagi. Tetapi kali ini nampaknya dia insan terpilih.

“Alamak… takuttt!” jantung berdegup pantas.

Mata masih memandang ke arah pintu tersebut sambil langkah mula diundur ke belakang menuju ke pintu bilik Mukriz. Terkumat kamit dia berzikir sambil cuba mengawal perasaan takutnya itu.

Undur punya undur.. dia terlanggar Mukriz!

“Astaghfirullah..astghfirullah..” laju Raisya mengurut dadanya.

“Apahal ni?” tanya Mukriz macho.

“Tak ada apa-apa.” Raisya tersengih.

“Yeke?  Habis tu nape pucat je muka?”

“Baru lepas pakai bedak. Hihi.” Sempat lagi Raisya berseloroh nak sembunyikan perasaan takutnya.

“Pandailah ko erk nak backup diri.” Bisik hati Mukriz.

“Apasal berdiri sini? Keje dah siap ke?” Mukriz masih lagi dengan egonya tetapi tidak seperti petang tadi dah. Dah turun sikit mood marahnya itu.

“Be.. belum.”

“Habis tu?”

Tiba-tiba pintu itu sekali lagi tertutup dengan sendirinya. Kali ini pintu bilik fail.

“Arghhhh..” terus Raisya memeluk Mukriz.

Menggeletar tak yah cakap la. Tiba-tiba timbul satu perasaan di dalam hati Raisya. Dia berasa selamat sangat di dalam dakapan lelaki tersebut. Mukriz cuba mengintai pintu bilik yang berbunyi itu. Memang dia pun ada dengar beberapa staf dia menceritakan tentang benda-benda halus tersebut. Tetapi memang dia tak pernah ambil ‘port’ atau diusik cuma benda-benda berbunyi seperti itu dia buat endah tak endah sahaja.

Raisya masih memeluk Mukriz manakala Mukriz tersenyum memandang Raisya.

“Sedap peluk?”

Raisya terkejut. Terus dengan serta merta dia melepaskan pelukkannya.

“Sorry.”

Mukriz masih berdiri tegak sambil memandang Raisya.

“Benda macam tu biasalah. Giliran dia plak masuk shift.” Kedua-dua tangan Mukriz masih di dalam poket

“Adeh, boleh plak aku peluk dia. Tapi kan.. rasa macam.. macam lain giler!” Bisik Raisya sambil malu-malu pandang bosnya.

“Berangan plak. Dah, pergi balik.”

“Tapi, kerja tu.”

“Sambung esok. Ke U nak buat kerja dengan…” Mukriz membeliakkan matanya dan tersenyum seperti hantu.

“Ok..ok!”

Raisya terus berlari ke mejanya kemas apa yang patut. Mukriz menggelengkan kepalanya sambil perhatikan pembantu peribadinya itu sambil tersenyum.

“Dah siap!”

“Pergi balik.” Arah Mukriz lalu memeluk tubuh.

“Tapi, encik tak balik lagi ke?”

“Tak pe. Awak balik dulu. Saya nak selesaikan kerja saya sikit lagi.”

“Beraninya.”

“Tak berani mana pun. Dah, pergi balik.”

“Yelah.” Raisya terus berjalan ke pintu lif sambil berulang kali toleh memandang Mukriz.

“Biar betul mamat ni? Berani sangat!” Raisya terus masuk ke pintu lif.

Mukriz masuk ke dalam biliknya dan sambung semula menyemak lukisan pelan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2016 03:43 PM | Show all posts
Edited by momey at 4-3-2016 04:11 PM

Harraz membaringkan tubuhnya di sofa ruang tamu. Matanya sekarang tertumpu pada siaran rancangan kartun upin dan ipin. Mata je di skrin tv, tetapi fikirannya terbayang akan Raisya.

“Nak seribu daya dak? Tapi.. hmmm”

Haikal yang baru pulang dari tempat kerja terus ternampak Harraz yang tengah baring itu.

“Oiii..”

“Oii..oii. Bagi salam boleh?” Harraz jerling tajam pada Haikal.

“Hahaha. Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam. Masuk lah. Buat macam rumah sendiri.”

“Hahaha..” Haikal terus merebahkan punggungnya di sofa sebelah Harraz.

Harraz bangun lalu pandang Haikal.

“Pandang aku apahal?” Haikal pelik.

“I’m falling in love.”

“Tudiaaa.. dengan sape?”

“Gadis comei lotey tu la.”

“Wow! Dah siasat ke gadis tu dah bertunang ke, dah kawen ke.. orang mana.. mak ayah ada lagi ke..”

“Belum.”

“Belum? Kalau nak, buat cara nak wei.”

“Tapi kan..”

Harraz bangun lalu duduk di sebelah Haikal. Haikal semakin pelik.

“Kau apehal ni? Perlu ke sampai duduk rapat-rapat dengan aku?”

Harraz pandang Haikal lalu tersenyum.

“Haihhh.. meremang aihh!” Haikal terus bangun dan berdiri agak sedikit jauh dari Harraz. Haikal pun dah mula pandai cakap loghat utara semenjak berkawan dengan Si Harraz.

Harraz mula ketawa.

“Jangan wat pasal wei. Ko ni dah kenape?”

“Aku waras lagi la. Adoi hahahaha..”

“Eeeee..” Haikal terus masuk ke dalam biliknya.

Harraz masih ketawa melihat gelagat Haikal, rakan serumahnya itu. Harraz kemudian kembali diam dan terus fikirkan Raisya.

“Tapi pompuan tu nampak mesra sangat dengan bos dia.” Harraz mengeluh.

Haikal keluar dari biliknya dengan hanya memakai tuala mandi. Langsung mereka berdua bertentangan mata.

“Gila!” kata Haikal lalu masuk ke dalam bilik air.

Harraz tergelak sendirian. Bertambah gembira apabila dia dah tahu di mana tempat tinggal Raisya.


*************************


Raisya mematikan enjin motor. Kemudian langkah demi langkah di atur masuk ke dalam rumah.

“Assalammualaikum.”

“Ayah! Along dah balik.” Adam yang ketika itu sedang buat kerja sekolah terus bangun lalu bersalaman dengan kakaknya.

Raisya mengusap kepala Adam lalu berjalan ke dapur. Kelihatan ayahnya sedang masak sesuatu yang sedap dibau terutama tengah lapar ketika itu!

“Ayah, masak apa tu?”

Raisya berdiri disebelah ayahnya sambil memandang lauk yang sedang dimasak itu.

“Kegemaran anak ayah la..”

“Wahhhh!!”

Raisya, Adam dan Layla memang suka makan ketam masak lemak. Dari kecil lagi! Antara ibu dan ayah, memang ayah mereka lagi pandai masak. Raisya pun dah banyak turun bakat memasak dari ayahnya.

“Angah dah balik ke, ayah?”

“Belom.”

Tiba-tiba terdengar bunyi pintu dibuka. Serentak dengan itu juga Raisya dan ayahnya pandang ke arah pintu tersebut. Layla yang masih berpakaian sekolah itu terus berjalan masuk ke dalam biliknya.

Raisya dan ayahnya saling berpandangan antara satu sama lain.

“Nanti Sya sembang dengan dia. Ayah jangan risau erk.” Raisya menepuk lembut bahu ayahnya.

Berkaca mata Haji Azman.

“Ayah gagal nak didik anak ayah.”

Raisya mengusap bahu ayahnya. Dia tahu ayahnya sedang kuat menempuh ujian menjadi ayah dan ibu dalam pada masa yang sama. Dengan perangai adik perempuannya yang makin hari makin menjadi itu.

“Sabar ya, ayah. Kita sama-sama pulihkan balik angah. Dia perlukan perhatian ja tu. Kita sama-sama doa.”

Haji Azman mengangguk lalu mengusap kepala Raisya.

“Along!! Handphone along berbunyi ni.” Jerit Adam dari ruang tamu.

“Owh. Jap.”

Raisya berjalan ke ruang tamu lalu mengambil handbegnya. Handphone di tarik dari dalam handbeg tersebut.

“Encik Mukriz?”

Raisya menjawab panggilan itu.

“Hello, encik.”

“Dah sampai rumah?”

“Dah.”

“Ok, bye.”

Panggilan terus dimatikan. Raisya tergamam.

“Eh mamat ni...suka-suka dia je letak terus.” Raisya mengomel sendirian.

“Along cakap ngan sape?” tegur Adam yang perhatikan kakaknya sedang bercakap sendirian.

“Hahaha.. Along cakap dengan handphone ni haa..”

“Hah?”

“Haha.. dah! Adam sambung buat keje sekolah. Malam ni nak gi surau kan ikut Along solat isyak?”

“Nak.”

“Lepas siapkan keje sekolah, mandi.”

“Ok.”

“Pandai adik Along ni.”

Raisya sempat mengusap kepala adiknya lalu ke dapur semula. Kalau ada masa terluang, Raisya memang suka solat di surau bersama adik bongsunya itu. Didik benda yang baik dari kecil. Haji Azman kadang-kadang pulang lewat tak sempat nak solat berjemaah dengan anak-anaknya. Sebab itu Raisya ambil peranan untuk didik adik lelakinya itu. Layla? Dulu memang dia pun rajin solat surau, tetapi semuanya berubah setelah ibu mereka meninggal dunia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2016 04:07 PM | Show all posts
Harraz dalam diam dia yang baru lepas follow Raisya petang tadi pulang ke rumah dengan senang hati dan bersiap lagi untuk ke rumah Raisya pada malam itu juga. Manalah tahu ada rezeki lebih dapat jumpa Raisya lagi kan?

“Oiii ko nak gi mana?”

“Keluaq sat.”

“Aku pun nak kuar ni.”

“Jangan lupa kunci pintu.”

“Ko nak gi mana?”

“Jumpa kekasih hati.”

“Gila hang!”

“Memang aku dah gila.”

Haikal menggelengkan kepalanya. Harraz membonceng motosikalnya lalu memecut laju lagak pelumba handal.



*************************


Surau dengan rumah Haji Azman tak jauh mana pun. Jalan kaki tak sampai 10 minit. Raisya bersama ayah dan adik bongsunya itu berjalan ke surau untuk menunaikan solat Isyak.

Memang kebetulan lagi, Harraz lalu di kawasan tempat Raisya berjalan dan mereka sekali lagi bertemu. Harraz berhenti seketika berhampiran mereka.

“Assalammualaikum!” Harraz memberi salam lalu berjabat tangan dengan Haji Azman.

“Waalaikummussalam.”

“Ayah, ni Harraz kawan Sya.”

“Owh..”

“Nak ke surau ke?” tanya Harraz walaupun dia tahu dengan memakai telekung dah sah-sah nak solat kan?

“Aah..”

“Jom la kita gerak sama.” Ajak Haji Azman.

“Err.. Ok. Jumpa sana.” Jawab Harraz lalu gerak di surau dan dia terus ke tempat mengambil air sembahyang. Kemudian dia tunggu ayah Raisya dan sama-sama masuk surau.

Sempat dia jerling dan senyum pada Raisya. Senyuman itu dibalas!



*************************


Selepas solat isyak sendirian di rumah, Mukriz membaca satu atau dua muka surat Al-Quran untuk disedekahkan kepada isteri serta anaknya.

Setengah jam kemudian, Mukriz ke ruang tamu di sebelah bawah. Rancangan drama di tv yang bermula pukul 8.00 malam tadi belum habis bersiaran. Dia ke dapur. Tiba-tiba langkah mati bila sampai di pintu dapur.

Bayangan arwah isteri dan arwah anaknya disetiap sudut dapur tersebut mula bermain di fikiran. Mereka berlari berkejaran penuh dengan tepung. Gelak tawa mula memecah kesunyian. Namun itu hanyalah kisah lampau lalu airmata mula menitis membasahi pipi.

Dia harus kuat menempuh hari yang mendatang. Bukan tak ada yang nak kahwin dengannya, cuma hati belum dapat menerima pengganti arwah isterinya kecuali.. kecuali Raisya. Perangai Raisya lebih kurang arwah isterinya sahaja. Sebab itu kalau ada sesuatu yang berlau pada Raisya atau Raisya cuba sembunyikan sesuatu darinya, dia mudah tersentuh hati.

Perut berbunyi tanda lapar! Perut di usap sambil mata memandang ke arah kabinet kecil yang penuh dengan mee segera itu.

“Hmm.. hari-hari makan mee segera. Parah wei!”

Mukriz memang tak pandai masak!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2016 04:18 PM | Show all posts
Setengah jam kemudian..

Setelah bersalaman dengan Haji Azman, Harraz berlalu pergi. Harraz tersenyum sendirian kerana dapat juga bertemu dengan Raisya pada malam itu. Pengubat kerinduan!

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Raisya tak henti-henti berborak dengan Adam. Bertanya mengenai kisah di sekolah siang hari tadi.

“Sya..” Haji Azman potong jalan cerita Raisya yang masih seronok berborak dengan anak bongsunya itu.

“Ya, ayah.” Raisya tak lepas tangan Adam yang masih kuat digenggamnya itu.

“Rasanya macam dah lama bos kamu tak datang rumah.”

Raisya terkejut dengan kata-kata ayahnya itu.

“Kenapa tiba-tiba ayah tanyakan pasal Encik Mukriz?”

“Tak la. Selalu ada juga dia datang jenguk kita kat rumah.”

Mukriz memang dah berkenalan dengan ayah Raisya. Selalu sebelum ni memang Mukriz ada juga datang jengok Haji Azman.

“Pelik la ayah ni.”

“Pelik apa pula?”

“Pelik lah. Tiba-tiba sangat. Macam tak ada nama lain nak sebut.”

“Sebab lelaki tu je yang ayah nampak boleh jaga kamu.”

Raisya tersentap. Dalam tengah berborak tu, mereka telah pun sampai di pagar rumah.

“Adam masuk dulu erk.” Arah Haji Azman lalu Adam pun berlari anak masuk ke dalam rumah meninggalkan ayahnya dan Raisya di depan pintu pagar.

“Baik Mukriz tu ayah tengok.”

“Ayah ni.. dia bos Raisya la.”

“Kalau ada jodoh dengan dia, jangan tolak.” Haji Azman menepuk bahu Raisya lalu masuk ke dalam rumah.

Raisya mengeluh kecil. Terus dengan itu juga dia teringat akan peristiwa petang tadi. Memang betul dia rasa lain sangat ketika di dalam pelukan lelaki bernama Mukriz itu.



*************************



Haikal terbaring di sofa sambil menonton tv. Terdengar bunyi tapak kaki lalu pintu dibuka. Muncul muka Harraz yang tersenyum lebar.

“Tedia.. dah jumpa ke jodoh ko tu?”

“Siap solat ngan bapak dia wei!”

“Serius??”

Haikal terus bangun dan duduk mengadap rakan serumahnya itu. Harraz meletak helmetnya di atas meja lalu merebahkan diri di sofa. Dia masih tersenyum.

“Aku akan dapatkan pompuan tu.”

Haikal tiba-tiba rasa risau pula dengan si Harraz. Macam pelik pula sebab Harraz seperti bukan dirinya.

“Kau bukan baru putus cinta ke, Harraz? Macam cepat sangat la ko ni cari pengganti.”

Harraz terus memandang ke wajah Haikal.

“Aku tak boleh tipu diri aku. Aku dah mula suka kat dia.”

“Ke itu hanya mainan perasaan kau je? Aku takut kau hanya nak isi hati ko yang kosong tu.”

“Apa hang merepek ni?”

“Sebab cepat sangat! Orang lain putus cinta, makan bertahun kot nak cari pengganti baru.”

“Itu orang lain!” Harraz tiba-tiba jadi panas baran.

Meja kopi di hadapannya terus dia tendang lalu dia berjalan masuk ke dalam bilik. Terkejut Haikal!
Pintu bilik ditutup kuat sekali.

“Risau pulak aku dengan mamat ni. Tak pernahnya jadi panas baran macam ni.” Bisik hati Haikal lalu duduk semula di sofa dan pandang ke arah tv.


*************************


Sementara di dalam bilik, Harraz masih menahan marah.

“Aku akan dapatkan jugak pompuan tu.”

Tiba-tiba datang perasaan marahnya lagi sekali apabila wajah Marissa muncul di kotak fikirannya.

“Pompuan tak guna. Arghh!!!!!”

Habis segala barang di atas meja kecil sebelah katilnya dibaling ke dinding. Haikal yang berada di luar bilik mula rasa tidak sedap hati.

“Pompuan semua sama ja!!” Nafas Harraz turun naik sambil mata meliar ke luar jendela.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2016 04:18 PM | Show all posts
sambung minggu dpn insyaallah
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 04:37 PM | Show all posts
momey replied at 4-3-2016 08:18 PM
sambung minggu dpn insyaallah

OK....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-3-2016 07:12 AM | Show all posts

morning zam jom smbung!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2016 07:19 AM | Show all posts
Beberapa minggu kemudian..

Layla menangis sendirian di dalam bilik. Sudah beberapa hari dah dia tak keluar bilik, kecuali waktu ke sekolah sahaja. Raisya dan ayah mereka perasan, tetapi masih bersabar dan berdiam diri.

Pada pagi itu sebelum hantar Adam ke sekolah, Raisya memandang ayahnya.

“Sya rasa tak sedap hati la pasal Angah tu.”

Raisya duduk bersebelahan ayahnya sambil memasukkan beberapa keping roti bakar bersalut seri kaya ke dalam tuperware.

“Jangan dia buat hal sudah la.” Jawab Haji Azman yang makin runsing bila fikirkan hal sosial remaja ketika ini.

Raisya terus tersentap. Dia faham apa yang sedang ayahnya bicara itu.

“Along, Adam nak gi sekolah.” Adam yang sedang galas beg sekolah itu menarik lengan Raisya.

“Yee.. jap.”

Raisya masukkan Tupperware yang berisi roti bakar itu ke dalam beg sekolah Adam.

“Ayah, kita orang gerak dulu.”

Raisya dan Adam bersalaman dengan ayah mereka.

“Elok-elok bawa motor tu, Sya.”

“Wokeh.”

Haji Azman memandang pintu bilik anak keduanya itu. Lambat pula Layla pergi sekolah pagi itu.
Langkah demi langkah di atur sehingga sampai di depan pintu bilik Layla.

Tok! Tok!

“Angah.. Tak gi sekolah ke?”

Diam.

“Angah! Angah ok tak ni?”

Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Muncul Layla yang berbaju sekolah dengan muka yang kusut masai.

“Apahal ni?”

“Ayah tak yah nak sebok sangat la!”

“Jangan kurang ajar, angah.”

“Selama ni ayah ada terlebih ajar Angah ke? Tak kan? Sebab tu Angah kurang ajar.”

Haji Azman angkat tangannya untuk tampar Layla, namun terhenti apabila wajah isterinya muncul di fikiran.

“Tampar lah! Kenapa tak tampar je?”

“Angah tak sayang ayah ke?” mata Haji Azman mula berkaca.

“Ayah tu yang tak sayangkan angah!”

Layla cuba bergerak ke depan, tetapi di halang oleh ayahnya.

“Angah anak ayah. Ayah nak angah tahu ayah sayangkan semua anak-anak ayah.”

“Tipu!”

Haji Azman dan anak keduanya itu bertentangan mata.

“Ayah selalu lebihkan Along. Sikit-sikit Along. Meluat, menyampah, benci tau tak?! Macam lah dia tu bagus sangat.”

“Angah..” Haji Azman cuba mengawal perasaan baran yang dah lama dia tinggalkan.

“Depan ayah baik lah Along tu. Belakang ayah, ayah tahu ke dia buat apa? Ayah tahu? Tak kan? Bukan main dengan jantan itu..dengan jantan ini. entah-entah dah jual badan!”

Pang!!!

Satu tamparan hinggap di pipi Layla. Layla sebak. Melampau sangat kan?

“Layla benci ayah.”

Layla terus keluar dari rumah sambil memegang pipinya yang sudah kemerahan itu. Nafas Haji Azman turun naik menahan geram.

“Astaghfirullah.. apa aku dah buat ni..” Haji Azman terduduk.



*************************



Sebaik sampai di pejabat, Raisya terkejut ada sejambak coklat yang diselit beberapa kuntum bunga di atas mejanya.

“Sape punya ni?”

Raisya mengambil kad kecil yang terselit di antara bunga-bunga tersebut.

[ Untuk gadis yang aku tolong masa jatuh motor tempoh hari.]

“Harraz?”

Raisya memandang disekelilingnya.

“Kau cari sape, Sya?” tanya Ana yang tiba-tiba muncul dari pantry.

“Err..”

“Wahhhhh! Sape bagi ni? Bos erk?”

Ana terus cabut satu coklat lalu di buka pembalutnya.

“Kalau bos, tak la aku heran sangat! Tapi masalahnya orang lain.” Raisya cakap dalam nada berbisik.

“Orang lain? Sape?”

“Alaa..lelaki yang..”

“Assalammualaikum.” Mukriz yang baru sampai pejabat itu berjalan di depan meja Raisya lalu ternampak sejambak coklat tersebut. Hatinya mula tidak keruan namun sedaya upaya dia menahan perasaan tersebut.

“Waalaikummussalam.” Jawab Raisya dan Ana serentak.

Sekilas pandang, Mukriz memandang jambangan tersebut sambil berjalan laju masuk ke dalam biliknya.

“Cemburu la tu!”

“Ko ni, Ana..”

“Ye, dia cemburu wei!”

“Ko tak yah nak lelebih sangat.”

“Hahaha.. aku amik erk satu coklat ni.”

“Ambil semua pun tak pe.”

“Serius?”

“Ambillah.”

Pintu bilik Mukriz dibuka.

“Jumpa I, Raisya.” Panggil Mukriz lalu menutup pintu kembali.

Anak mata Raisya dan Ana bertentangan.

“Jeng jeng jeng!” Ana mengambil terus sejambak coklat itu lalu berlari anak ke tempat  duduknya.

Raisya mengambil buku nota kecilnya beserta pen hitam lalu berjalan masuk ke dalam bilik Mukriz.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 07:23 AM | Show all posts
momey replied at 7-3-2016 11:12 AM
morning zam  jom smbung!

good morning to u to TT...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 07:25 AM | Show all posts
momey replied at 7-3-2016 11:19 AM
Beberapa minggu kemudian..

Layla menangis sendirian di dalam bilik. Sudah beberapa hari dah dia t ...

wow... mukhriz jeles... kalau suka suarakan rasa hati tu... takdelah org salah faham
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2016 07:28 AM | Show all posts
Hari ini hari terakhir Harraz habiskan cutinya. Esok dia akan masuk kerja seperti biasa. So, hari ini dia akan habiskan masa menunggu cinta hati barunya, Raisya!

Dari pagi tadi sesudah subuh, Harraz tunggu Raisya di sebalik pokok yang berhampiran dengan pejabat tempat Raisya bekerja itu. Sanggup dia tunggu! Dia akan tawan hati Raisya sampai dapat.

“Siapa plak call ni?” Handphonenya berdering.

“Karim?” Dia tersengih.

Panggilan itu dijawab.

“Hello, bro.”

“Hang kat mana Harraz oiii! Aku call hang dari semalam. Awat hang tak jawab?” tanya Karim agak tegas.

“Banyak keja wei.”

“Banyak keja pun… kami ni tak dak keja la?”

“Alaaa.. jangan la merajuk. Hang call aku ni awat?”

“Aku nak pi KL.”

“Hang nak mai sini? Motif?”

“Awat? Aku tak leh pi sana ka?”

“Bila aku kata tak boleh? Mai la!”

“Aku bertolak malam ni. Pagi subuh sampai la kot.”

“Turun mana?”

“Pudu.”

“Sorang?”

“Sorang ja.”

“Nak aku amik hang pukoi brapa?”

“Tak pa. Aku naik teksi. Hang send kat aku alamat umah hang ja. Nanti aku pi sana teruih.”

“Elok la. Sebab esok aku dah start keja dah.”

“Paham haihh..”

“Hahahaha baguih dapat kawan macam hang ni.”

“Tau tak pa. ni hang duk wat apa wei? Sakan dengaq bunyi bising”

“Ada keja la.”

“Keja saja hang.”

“Aku pun ada benda nak crita kat hang. Esok la kita sembang. Pekena kopi skali, baru syok kan?”

“Cantikkk!! Ok lah. Apa-apa aku roger hang.”

“Baikk!”

Panggilan dimatikan. Mata Harraz tertumpu kembali ke pintu utama bangunan pejabat Raisya itu.

“Tak sabaq aku nak jumpa hang, Raisya. Rindu gila!” Harraz cakap sendiri sambil tersengih.

Sanggup Harraz tunggu di bawah pokok semata-mata mahu jumpa Raisya tengah hari nanti.



*************************



Layla ke sekolah seperti biasa. Cuma jasad di dalam kelas, hati dan fikiran melayang fikirkan anak yang berada di dalam kandungannya. Perut diusap sambil memandang ke arah Nazim yang duduk di barisan hadapan.

“Aku perlu gugurkan kandungan ni!” bisik hati Layla.

“Layla!” jerit Cikgu Jun menyedarkan Layla dari lamunan.

Semua pelajar tertumpu pada Layla pada ketika itu. Layla yang masih memandang Cikgu Jun bangun lalu berdiri.

“Bila nak hantar buku rekod?”

Layla diam.

“Kamu jangan nak cabar kesabaran cikgu ya, Layla. Tahun ni kamu spm. Kamu kena serius! Dah tak ada masa nak main-main dah.”

Layla masih diam.

“Esok saya nak kamu bawak buku rekod kamu tu.”

Layla mengetap bibirnya menahan marah. Kemudian anak mata tertumpu pada Nazim.



*************************


Raisya masih berdiri mengadap Mukriz.

“Minggu ni ikut I outstation ke Kedah.”jawab Mukriz berterus terang.

“Lusa?”

“Ya. Nape?”

“Erm.. berapa hari?”

“2 hari.”

“Erm. Ok.”

“I ambil U dekat rumah.”

“Tak pe. Saya naik dengan driver.”

“U dengan I je pegi sana.”

“Owh.”

Raisya malas nak cakap lebih-lebih. Mood Mukriz macam tak berapa nak baik sangat dua, tiga hari ni.

“Ok. Pegi sambung buat keje.” Mukriz kembali menyemak fail-fail yang perlu dia tandatangani itu.

Raisya diam. Baru sahaja dia hendak toleh ke belakang, Mukriz berdehem. Raisya kembali memandang wajah bosnya itu.

“Suka la kan dapat coklat banyak-banyak tu?” Mukriz langsung tak pandang wajah Raisya.

Raisya diam sambil paksa senyum. Sebenarnya dia pun hairan kenapa dia perlu dapat jambangan tersebut. Padahal dah lama dia tak jumpa Harraz.

“Siapa bagi?” tanya Mukriz serius.

“Err..kawan.”

Mukriz terus pandang Raisya. Jari-jemari mula mengetuk meja.

“Ok..” Mata Mukriz kembali tumpu pada skrin computer.

Raisya dengan perlahan mengundurkan diri. Mukriz mengeluh sambil tersandar di kerusi kulit tersebut.

“Kawan yang mana plak?” Mukriz mula tidak selesa dengan kedudukannya di dalam hati Raisya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2016 07:33 AM | Show all posts
Jam menunjukkan pukul 12.45 tengah hari..

Raisya memasukkan beberapa keping surat di dalam fail untuk di tandatangani oleh Mukriz.

“Sya, jom makan. Lapar la..” ajak Ana sambil mengusap perutnya.

“Kau gi la dulu. Tunggu aku kat sana. Tempat biasa tau!”

“Yeke? Ok lah. Jangan kau biar aku makan sorang-sorang plak.”

“Yee.. kau pegi lah dulu.”

“Baik.”

Ana berlalu pergi manakala Raisya masuk ke dalam bilik Mukriz sambil membawa fail tersebut. Kelihatan Mukriz sedang bermain telefon. Whatsup mungkin!

Raisya meletakkan fail tersebut di hadapan meja bosnya itu.

“Saya nak keluar makan. Encik Mukriz nak pesan apa-apa tak?” tanya Raisya yang merah bibirnya.

Mukriz hanya menggelengkan kepalanya. Raisya akur lalu mengundurkan diri. Perlahan-lahan dia menutup pintu semula.

“Hmm.. perangai mengalahkan adik aku.” Raisya menggelengkan kepala sambil berjalan mengambil dompet.



*************************



Harraz masih setia menunggu Raisya di bawah pokok yang rendang itu. Ternanti-nanti akan kehadiran gadis tersebut.

“Mana ni? Takkan dia tak keluaq makan?”

Tiba-tiba dia ternampak Raisya keluar di sebalik pintu utama tersebut sendirian. Harraz mula tersengih lalu memulakan langkah menuju ke arah Raisya. Raisya yang baru lintas jalan itu ternampak Harraz sedang berlari anak ke arahnya.

“Hai.”

“Eh, hai.. Buat apa sini?” tanya Raisya yang berdiri berhadapan dengan Harraz yang sama paras tinggi itu.

“Nak ajak awak keluaq makan.”

“Sekarang?”

“A’ah. Bole dak?”

Dari jauh kelihatan Mukriz sedang memantau pergerakan Raisya dari tingkap biliknya.

“Saya ada janji dengan budak ofis makan dekat medan depan tu. Nak join boleh lah.”

“Ramai ka?”

“Tak la. Berdua je.”

“Owh. Tak pa ka kalau saya join skali?”

“Boleh je. Jomlah.”

“Ok.”

Mereka berdua berjalan seiringan menuju ke medan selera berhadapan dengan bangunan pejabat Raisya itu.
Mukriz kembali menutup langsir jendelanya.

“Lelaki tu rupanya..” bisik hati Mukriz.



*************************


Layla berjalan pulang ke rumah. Malas pula dia nak masuk kelas tambahan pada petang itu. Nazim yang nampak Layla berjalan berseorangan terus mengekori Layla dari belakang.

“Layla!”

Layla kenal suara itu. Dia masih meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang.

“Layla. Ko dah kenapa? Aku panggil ko tak dengar.” Nazim menarik bahu Layla.

“Jangan kacau aku boleh?”

“Garangnya.”

“Benci la aku tengok muka ko!” Layla teruskan perjalanannya. Tetapi bukan terus pulang ke rumah.

“Layla. Tunggu laaa..”

“Ko pegi wat hal ko boleh tak?”

“Kau dah kenapa ni, Layla?”

Layla menahan geram pandang Nazim seperti harimau kelaparan.

“Kau tahu tak aku mengandungkan anak kau?” kata Layla dalam nada perlahan tetapi tegas.

Nazim terkejut. Memang selama ini pun mereka berdua ‘bersama’, langsung tak pakai kondom.

“Betul ke ni?”

“Kau ingat aku tipu ke? Apa faedah aku tipu kau hah?!” Layla menolak tubuh badan Nazim.

Nazim mula menggelebah.

“Kita nak buat apa sekarang?” menggeletar suara Nazim yang sudah buntu itu.

“Aku stress tau tak? Kalau orang tahu, semua orang akan hina aku!”

“Habis, kau nak aku buat apa?”

Layla terus berpaling dan berjalan laju menuju ke depan.

“Kau nak ke mana, Layla?!”

Layla langsung tak peduli persoalan Nazim itu. Dia menangis!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2016 07:46 AM | Show all posts
Jam 2 petang, Raisya masuk ke dalam pejabat seperti biasa. Baru sahaja dia hendak duduk, Mukriz keluar lalu meletakkan beberapa keping fail di atas meja Raisya.

“I gi meeting.” Kata Mukriz yang bertentangan mata dengan Raisya.

“Ok.”

Mukriz masih pandang Raisya. Raisya bangun lalu mereka berdiri bertentangan. Memang nampak la Raisya sangat rendang apabila berada di sisi Mukriz.

“Mungkin meeting ni habis lewat. U balik dulu.”

“Tak yah stayback?”

“Tak perlu.” Mukriz mula cool down.

“Ok.”

Mukriz seperti risaukan Raisya. Macam rasa sesuatu yang tak kena dengan perasaan dirinya.

“I pegi dulu.”

Raisya mengangguk. Mukriz berlalu pergi dengan cukup kemas dan bergaya. Memang ada tanjak lelaki idaman setiap wanita.

“Ana!” jerit Raisya memanggil kawan segosipnya itu.

“Ape?”

“Kejap laa..”

Ana yang tadi sebok menaip surat terus bangun dan berjalan ke arah Raisya.

“Nape dengan ko ni? Aku busy la.”

“Jap la.”

Raisya tarik lengan Ana.

“Bos dah cool.”

“Erk? So?”

“Lega aku. Senang sikit nak wat keje.”

“Ok . Pastu?”

“Itu je.”

“Itu je?”

Raisya angguk laju.

“Hampeh. Aku ingat apa la yang kelam kabut sangat.”

“Hahaha.. ok dah. Ko leh sambung wat keje.”

“Jap.”

“Ape?”

“Handsome juga kawan ko si ape tu nama dia?”

“Sape?”

“Alaa yang kuar makan dengan kita tadi tu.”

“Owh. Harraz.”

“Haaa Harraz. Suka pulak aku tengok muka dia.”

“Gatai!”

Ana ketawa sambil berjalan ke arah mejanya. Raisya duduk sambil tersenyum melihat gelagat sahabat sekepalanya itu.



*************************



Sekarang Raisya dah tak risau tentang Adam kerana ayahnya Haji Azman mengambil alih tugas ambil Adam setiap kali pulang dari sekolah. Cuma masa pagi sahaja Raisya hantar Adam ke sekolah.

Sebaik sahaja Haji Azman membuka pintu rumah, Adam terus masuk menuju ke bilik air. Dari tadi tahan nak kencing katanya!

“Baik-baik, Adam. Licin tu..” pesan Haji Azman lalu merebahkan punggung di atas sofa.

Haji Azman akhirnya menamatkan zaman kerjanya sebagai penjawat awam. Sekarang dia sudah masuk fasa pencen dan mula merangka perniagaan bersama rakan karib berniaga di pasar malam. Cadang nak jual jagung mentah, jagung rebus dan jagung manis. Itu baru dalam rancangan. Semuanya dia akan bincang bersama anak-anak pada malam itu.

Layla tiba-tiba muncul lalu berjalan masuk ke dalam rumah.

“Tak de kelas petang ke?”

“Tak yah nak sebok!” jawab Layla langsung tak pandang muka ayahnya dan terus masuk ke dalam bilik.

Adam yang perasan dengan perangai kakaknya itu terus berjalan ke arah ayahnya.

“Ayah, Angah asyik masam je. Adam nak sembang dengan Angah pun takut.”

“Angah banyak keje sekolah tu. Biarlah dia.”

“Dulu angah tak macam ni pun, ayah.”

Haji Azman diam lalu mengusap kepala anak bongsunya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2016 07:46 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 7-3-2016 07:25 AM
wow... mukhriz jeles... kalau suka suarakan rasa hati tu... takdelah org salah faham

kan?          
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2016 07:55 AM | Show all posts
Jam 6.30 petang..

Harraz masih setia menunggu di bawah pokok yang rendang tersebut dari pagi hinggalah lewat petang itu. Dia mula memantau gerak geri Raisya.

Dia tersenyum. Kaki mula melangkah. Dia melintas jalan dan masuk ke dalam lobi pejabat tersebut.
Berjalan dengan penuh yakin dia ke kaunter pertanyaan. Bermula jam 6.00 petang sehingga 7.00 pagi keesokkannya, pengawal keselamatan mengambil alih di kaunter pertanyaan tersebut.

“Encik, di sini ada nama Cik Raisya tak?” tanya Harraz sambil tersenyum.

“Raisya? Raisya mana ya? Sini banyak nama Raisya.” Jawab pengawal keselamatan yang dalam lingkungan 50-an itu.

“Err.. yang kulit putih-putih tu. Tak salah saya tahi lalat dia dekat bibir kanan.”

“Raisya Haji Azman?”

“Yes! Betul-betul.”

“Memang ada nama staf Raisya Haji Azman di sini. Tetapi sekarang semua staf dah balik, encik.”

“Owh..”

Tiba-tiba Harraz ternampak Raisya sedang menuju ke lif. Dia juga ternampak Raisya tekan button nombor B1. Dia tersenyum.

“Terima kasih, Pak cik.” Ucap Harraz lalu beredar dari situ.



*************************


Raisya berjalan menuju ke scooternya. Baru sahaja dia hendak memakai helmet, handphonenya berdering.

“Encik Mukriz?”

Raisya menjawab panggilan itu terlebih dahulu.

“Hello, encik.”

“I baru habis meeting. U dah balik ke?”

“Baru turun basement.”

“Owh. I nak ..”

Tiba-tiba bahu Raisya disentuh. Terus dengan laju Raisya menoleh ke belakang. Dalam pada masa yang sama Raisya tertekan button ‘call end’ dekat handphonenya.

“Harraz?” terkejut Raisya apabila wajah Harraz yang tersenyum itu di depan matanya.

“Terkejut?”

Raisya masih terdiam berdiri.

“Buat apa kat sini?” tanya Raisya yang mula rasa lain.

“Tunggu awak.”

“Hah? Kenapa nak tunggu saya?”

Harraz makin dekat dengan Raisya.

“Saya..”

“Jap. Jap! Boleh berdiri jauh sikit tak?” Raisya rasa dia perlu tegas.

Harraz mematikan langkahnya. Mata masih bertentangan mata.

“Maafkan saya.” Ucap Harraz lemah.

“Saya rasa baik awak pergi dari sini sebelum pengawal keselamatan nampak awak.”

“Nak cakap sat boleh dak?”

Raisya makin keliru.

“Awak nak apa sebenarnya?”

“Raisya!!” Raisya dan Harraz terus toleh ke kanan, ke arah suara yang agak tegas itu.

Raisya syukur, Mukriz datang tepat pada masa. Dia dah mula rasa lain dengan Harraz. Risau, kalau berlaku benda yang tak baik.

“Apa hal ni?” tanya Mukriz yang berdiri di sebelah Raisya.

Masing-masing masih mendiamkan diri.

“Macam mana awak boleh masuk ke sini? Kawasan sini hanya staf yang ada kad sahaja boleh masuk.” Kata
Mukriz sambil pandang Harraz atas bawah.

Harraz diam. Dia pandang Raisya, lalu terus berlalu pergi begitu sahaja. Raisya mengerutkan dahinya tanda hairan. Kemudian dia pandang Mukriz.

“Pegi balik.” Pesan Mukriz lalu terus berjalan ke pintu lif.

“Encik Mukriz!” panggil Raisya sambil mengikut Mukriz dari belakang.

“Apa lagi?”

“Terima kasih.”ucap Raisya sambil tersenyum.

“Dia dah mula nak follow U tu. Better u hati-hati lepas ni.”

Pintu lif terbuka lalu Mukriz terus masuk. Raisya mengeluh kecil lalu berjalan ke scooternya semula.

“Dah kenapa Harraz ni. Seram plak aku.”

Raisya menghidupkan enjin motornya lalu terus gerak pulang ke rumah. Rupanya Mukriz masih belum naik ke atas selagi Raisya belum berlalu pergi dari basement itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2016 08:00 AM | Show all posts
Harraz ikut Raisya tanpa pengetahuan Raisya sehingga selamat sampai di rumah. Dia puas hati! Kemudian dia pulang ke rumah sewanya.

Sebaik sampai, dia ternampak Haikal sedang makan nasi di dapur.

“Hari yang paling menggembirakan hati aku.” Ucap Harraz lalu merebahkan diri di sofa yang mengadap tv itu.

Haikal menghabiskan beberapa suap lagi nasi yang berlaukkan ikan goreng itu dengan cepat lalu ke sinki basuh tangan.

“Kongsi la ngan aku.” Kata Haikal sambil lap tangannya dengan tuala kecil di atas meja.

“Aku suka tengok dia.”

“Sape? Pompuan scooter tu?”

“Sapa lagi?”

“Pelik la ko ni, Harraz. Macam desperate sangat!”

“Aku tak kacau pun awek hang kan?”

“Releks la, beb. Nak kalut buat ape? Kalau dah jodoh, tak ke mana.”

“Jodoh kena cari. Tak cari macam mana nak jumpa!”

“Betul. Tapi biarlah cara gentleman sikit.”

“Hang tau ka aku tak gentleman? Dak kan?”

Harraz bangun lalu berjalan ke bilik. Haikal mengeluh sambil menggelengkan kepalanya.



*************************



Selepas selesai solat isyak di rumah, Raisya bangun lalu duduk di bucu katil yang mengadap ke jendela itu. Wajah Mukriz dan Harraz bersilih ganti di kotak fikirannya. Termenung sendirian sambil memandang awan gelap di langit.

Umur makin meningkat. Kalau diikutkan salasilah keluarga, umurnya ketika itu sudah boleh ada anak satu. Sebab ibu dan neneknya dulu kahwin muda! Kemudian Raisya tergelak sendirian.

“Gatal erk ko, Raisya..” Raisya menggelengkan kepalanya sambil melipat telekung lalu disangkut ke ampaian kecil di sebelah pintu.

Tok! Tok!

“Raisya..”

Suara ayahnya.

“Ya.” Raisya membuka pintu biliknya.

“Nak makan tak?”

“Boleh gak.” Walaupun masih kenyang, dia tetap jaga hati ayahnya.

“Jom.”

Raisya mengikut ayahnya ke dapur. Kelihatan Adam tengah duduk di kerusi meja makan menunggu kedatangan kakak dan ayahnya sambil tersengih. Comel sebab dua gigi depan Adam masih belum tumbuh.

“Alolo.. cian dia. Ayah, angah mana?” Raisya tarik kerusi lalu duduk sebelah Adam.

“Entah la. Ayah ada gak ketuk bilik dia. Tak berjawab pun.” Haji Azman menyenduk nasi ke pinggan anak bongsunya.

“Raisya nak nasi tak?”

“Sikit je.” Raisya tuang air sirap ke dalam gelas.

Kemudian Raisya memandang pintu bilik Layla.

“Raisya panggil angah jap.” Raisya bangun lalu berjalan ke bilik Layla yang berada di belakang penjuru dapur itu.

“Angah!” panggil Raisya sambil mengetuk pintu bilik.

Diam.

“Angah!”

Terus pintu dibuka.

“Kau nak apa?!” jerkah Layla dengan telinga sebelahnya di pasang earphone.

“Jom makan.”

Layla membeliakkan matanya lalu terus menutup pintu. Terkejut Raisya dibuatnya. Betul-betul menguji kesabaran gadis bernama Layla ini.

“Dah la tu, Raisya. Meh makan.” Haji Azman malas nak besarkan hal itu lagi. Tambahan makin lama, makin degil si Layla itu.

Ikutkan hati nak aje Raisya tu tampar muka Layla. Namun berkat sedikit kesabaran yang terselit di dalam hati, dia masih mendiamkan diri.

“Ayah, minggu ni Raisya kena gi outstation.” Raisya duduk semula di sebelah Adam.

“Ke mana?”

“Kedah.”

“Pegi dengan sape?”

“Dengan Encik Mukriz. Dia datang ambil kat rumah lepas subuh. Hari ahad petang on the way balik sini.”

“Elok-elok.”

“Insyaallah, ayah.”

“Kalau kahwin kan senang. Tak payah ayah susah hati.”

“Haaa dah mula la tu ayah tu!”

“Ayah, kalau Along kahwin best!” Adam menyampuk.

“Best? Sebab?” tanya Raisya mula teruja nak dengar jawapan Adam.

“Dapat baby. Bestnya bau baby. Adam suka baby.”

“Hahahaha.. ke situ plak Adam ni.”

Raisya memandang ayahnya. Ayahnya tersenyum seolah memberitahu bahawa dia memang setuju Mukriz menjadi menantunya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2016 09:56 AM | Show all posts
Layla mendengus. Sudah banyak kali dia cuba hubungi Nazim. Langsung tidak dijawab! Airmata mula membasahi pipi bagaikan air laut yang tak pernah kering itu! Ada juga dua tiga kali panggilannya dijawab tetapi pemanggil itu diam dan terus matikan talian.

Dia makin rimas dan buntu apabila fikirkan mengenai kandungannya yang makin lama makin membesar itu. Macam mana dia nak bersemuka dengan ayah, Along, orang awam, cikgu, kawan-kawan?

“Arghhh!!!!!!!!!!”

Jeritan Layla itu di dengari Haji Azman, Raisya dan Adam yang masih menjamu selera itu.

“Biar ayah tengok.”

Baru sahaja Haji Azman hendak bangun, Raisya terus dengan laju menggenggam lengan ayahnya.

“Kita makan dulu, ayah. Nanti Raisya tengokkan angah.”

Haji Azman memang berasa tidak sedap hati dua, tiga hari kebelakangan ini. Harap tiada benda buruk berlaku pada anak-anaknya.



*************************



Mukriz dan dua orang rakan lamanya keluar dari restoran makanan laut itu lalu bergilir berjabat tangan.

“Terima kasih, Mukriz. Tak ada kau, habis kami.” Kata Zaki yang masih erat memegang tangan Mukriz.

“Jangan cakap macam tu. Aku susah dulu pun, korang juga yang tolong aku. Sekarang tiba masa aku pula yang tolong korang.”

Mereka berbalas senyuman lalu terus memeluk tanda persahabatan.

“Kita orang balik dulu.”

“Hati-hati.”

Zaki dan Idrus terus berlalu masuk ke dalam kereta. Mukriz sempat melambai tangan lalu kembali tenangkan diri.

“Pukul berapa dah ni?”

Mukriz melihat jam di tangan kanannya.

“1.00 pagi dah?”

Mukriz berjalan ke arah keretanya.

“Assalammualaikum.”

Mukriz yang baru hendak membuka pintu kereta, terus terdiam. Bunyi dengusan nafas memang rapat sangat dibelakangnya. Ditolehnya ke belakang.

“Waalaikummussalam.”

Harraz tersenyum memandangnya. Harraz menghulurkan tangan untuk dijabat. Mukriz membalas senyuman lalu berjabat tangan dengan Harraz.

“Bisness bagus agaknya sampai lewat pagi baru nak balik rumah.” Sindir Harraz yang kedua tangannya masuk ke dalam poket.

Mukriz hanya tersenyum. Malas dia nak layan orang yang masih belum matang itu.

Baru sahaja dia hendak toleh membuka pintu, Harraz menarik bahunya.


*************************


Raisya tak boleh pula lelap mata pada malam itu. Rasa tak sedap hati. Dia bangun lalu ambil air sembahyang.

“Ya Allah, jauhkanlah aku dari berita buruk.”

Tok! Tok!

Terkejut! Terus Raisya pandang jam di dinding.

“Jangan wat pasal..” Raisya pikir hantu je dia tu!

Tok! Tok!

“Along…”

Kedengaran suara tangis Layla memanggil namanya di sebalik pintu tersebut.

“Angah?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2016 11:06 AM | Show all posts
Mukriz memandang Harraz yang makin serabut rambutnya itu. Dulu terurus straight rambutnya. Sekarang?

“Apa hubungan kau dengan Raisya?” tanya Harraz penuh serius.

Mukriz tergelak kecil lalu menggelengkan kepalanya. Dia dah dapat agak soalan itu pasti akan muncul di bibir lelaki tersebut.

“Kenapa?” tanya Mukriz kembali.

Harraz geram. Patut soalannya dijawab, bukan soalan di balas soalan!

“Kau tak faham ke soalan aku tadi?”

Mukriz malas nak layan. Dia terus masuk ke dalam kereta lalu enjin dihidupkan. Harraz geram lalu ketuk bertalu-talu cermin kereta Mukriz.

“Kau jangan cabar aku!!!” jerit Harraz seperti orang gila.

Mukriz terus tukar gear lalu terus meluncur laju di jalan raya.

“Arghhhh!!!!!” Harraz menendang batu di kaki kanannya sekuat hati.



*************************


Layla yang masih menangis itu berdiri di tepi katil Raisya.

“Nape ni, angah?”

Beberapa minit yang lepas, Layla berjaya menghubungi Nazim tetapi, panggilan itu dijawab oleh seorang perempuan. Perempuan itu rakan sekelasnya jugak, Rokiah. Rokiah itu dah lama idamkan Nazim. Dan akhirnya dia dapat Nazim pada malam itu. Bukan main Rokiah cakap Nazim sedang berada di dalam dakapannya. Pada mulanya Layla tidak percaya tetapi Rokiah sedaya upaya meyakinkan Layla dengan sengaja membiarkan talian masih ‘on’ dan berlagak biasa melayan Nazim. Daripada itu terdengar Nazim sedang merengek memanggil nama Rokiah.

Layla sedih. Dia diperdaya oleh seorang lelaki yang masih sekolah. Cinta kononnya! Akhirnya dia sedar akan kesilapannya. Nazim langsung tak dapat membantu.

Layla menyesal atas apa yang telah terjadi dan apa yang telah dia lakukan. Dia sudah tidak dapat tanggung semua ini sendirian. Dia perlukan kekuatan fizikal dan mental ketika itu.

Layla kuatkan diri bertentang mata dengan kakaknya. Tangan yang lemah itu cuba menggenggam tangan Raisya. Raisya merasa getaran itu lalu membalas genggaman tersebut.

“Angah..”

“Angah takut.” Menggeletar suara Layla.

“Kenapa?” Macam-macam tengah bermain difikirannya itu.

“Angah ngandung.”

“Apa?” Haji Azman bersuara di sebalik pintu itu. Rupanya dia curi dengar perbualan dua anaknya itu.

Raisya dan Layla terkejut lalu dengan takut Layla terus sujud di kaki ayahnya.

“Maafkan angah, ayah.. maafkan angah..”

Layla merayu sambil memegang kuat kaki ayahnya. Haji Azman beristighfar di dalam hati. Benda yang dia takut telah pun berlaku. Ujian dari Tuhan pada dirinya.

Matanya dan mata Raisya bertentangan.

“Angah minta maaf ayah.. angah janji tak buat lagi. Ampunkan angah, ayah..” rayu Layla.

Haji Azman kuatkan semangat. Benda dah berlaku, nak marah pun tak guna.

“Bangun, angah.” Arah Haji Azman tegas.

Angah mengesat airmatanya lalu berdiri bertentangan dengan ayahnya. Lemah sangat-sangat!

“Ayah nak angah tahu yang ayah sayangkan angah.” Ucap Haji Azman sambil diperhatikan Raisya dari jauh.

Layla yang baru hendak berhenti menangis, kembali menangis semula.

“Dalam doa ayah, tak pernah sekalipun ayah tinggal nama-nama anak ayah dalam tu. Ayah sentiasa doakan yang baik-baik untuk anak ayah.”

Layla diam.

“Ayah cuba jadi yang terbaik untuk anak-anak ayah. Ayah tahu, ayah juga banyak kelemahan. Ayah..”

Belum sempat Haji Azman menghabiskan ayatnya, Layla terus memeluk erat ayahnya itu.

“Angah minta maaf. Angah menyesal, angah sayang ayah.”

Haji Azman akhirnya menangis. Anaknya Layla memerlukan dia ketika itu. Dia perlu berfikiran waras.

Raisya perlahan-lahan jalan ke arah ayahnya lalu dia pun turut memeluk dari belakang Layla.

“Ya Allah, bantulah kami. Permudahkanlah urusan kami..” bisik hati Haji Azman.

Haji Azman membalas pelukkan anak-anaknya. Dia perlu tempuh ujian itu dengan kuat.



*************************


Pada keesokkan awal pagi..

Tok! Tok!

“Harraz! Ni kawan hang dari kampung dah sampai.” Panggil Haikal yang selalu bangun awal itu.

Diam.

“Harraz oii!!”

“Apa?! Memekak pagi-pagi.” Harraz terus membuka pintu dengan muka yang penuh berserabut bangun tidur.

“Kawan hang dah sampai tu. Aku nak gerak gi keje dah ni.”

Haikal terus bersalaman dengan Karim. Nasib baik Haikal ni baik, kalau tak memang dia tak bagi Karim masuk dalam rumah tu. Teruk betul Harraz, langsung tak bagi tahu akan kedatangan Karim ke situ.

Harraz sambil menguap berjalan ke ruang tamu.

“Pukoi brapa hang pi keja wei?”tanya Karim yang berambut kerinting itu.

“Shif petang hari ni. Member tukaq shif plak last minit.” Harraz merebahkan badannya di atas sofa.

“Letih teruk aku tengok hang ni.”

“Besa la..” Harraz memejamkan matanya.

“Aku lapaq ni wei. Ada masak apa-apa dak?”

“Hang nampak dak aku baru bangun tidoq?” Harraz dalam nada sedikit marah.

“Malaih aku layan hang. Aku pi dapoq tengok apa ada.”

Harraz diam lalu terus lelap kembali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2016 11:11 AM | Show all posts
Haji Azman yang tengah goreng mee basah itu terkejut melihat Layla bangun awal pada pagi itu. Raisya yang sedang sikat rambut Adam pun hairan.

“Selamat pagi..” ucap Layla yang sudah berbaju sekolah itu.

“Selamat pagi.” Jawab Raisya lalu tersenyum melihat adiknya itu semakin berubah.

“Duduk.” Arah Haji Azman lalu menghidangkan mee basah tersebut.

“Angah, nanti ikut abah pegi balai buat report. Lepas tu..”

“Ayah.” Layla mematikan ayat ayahnya. Layla cuba tenangkan diri.

“Ayah, along.. angah dah fikir masak-masak. Angah nak masuk pusat perlindungan. Angah nak tenangkan fikiran sambil tambah ilmu yang banyak angah lupakan.”sambung Layla. Rasanya itu keputusan yang dia buat last minute.

Terkejut tak payah cakap la kan?

“Ayah dengan along tak payah risau pasal angah. Angah berjanji dengan diri angah yang angah takkan biar ayah dengan arwah mak sedih lagi dengan perangai buruk angah yang lalu. Angah akan cuba jadi anak yang baik. Cuma angah minta, doakan angah supaya angah tak putus asa dan semangat.”

Raisya tersenyum lalu terus memeluk Layla.

“Along kenal adik along ni. Layla seorang yang kuat semangat.”

Layla tersenyum lalu memandang ayahnya.

“Izinkan angah ya, ayah.”

Demi kebaikan bersama, Haji Azman lembutkan hati mengizinkan kemahuan anaknya itu. Dia akan ke sekolah pagi itu bersama Layla untuk uruskan hal Layla dengan pengetua sekolah anaknya itu.



*************************



Di Pejabat..

Mukriz seperti biasa akan lalu di hadapan meja Raisya sebelum masuk ke dalam biliknya. Kali ni Raisya tidak ada di tempat duduknya.

“Mana pula Raisya ni?”

Dia pandang jam di dinding yang menunjukkan pukul 8.25 minit pagi. Ditolehnya ke belakang, kelihatan Zafrul sedang fotostat beberapa keping surat.

“Zafrul!!”

“Ya, encik.” Zafrul berlari anak dapatkan bosnya itu.

“Ada apa, encik?”

“Mana Raisya?”

“Entah. Saya sampai ofis pukul 8 tadi, memang tak nampak dia pun lagi.”

“Owh. Ok, thanks.”

Mukriz terus berjalan masuk ke dalam biliknya. Zafrul kembali menyambung tugas fotostat surat-surat tersebut.
Mukriz meletakkan brifcasenya di atas meja lalu terus mengambil handphone di dalam poket. Dia terus membuat panggilan menghubungi Raisya.

Sementara di luar biliknya, Raisya baru sahaja sampai dengan kelam kabut. Dia tahu, hanphone yang tengah berdering tu mesti panggilan dari Mukriz.

“Mati aku! Mati aku!”

Kelam kabut Raisya simpan handbegnya di dalam laci. Baru sahaja dia hendak bangun, pintu Mukriz terbuka lalu muncul wajah Mukriz yang penuh serius tetapi manis dipandang.

Perlahan-lahan Raisya bangun berdiri.

“Maaf lambat..”

“Masuk bilik saya.” Pintu ditutup kembali.

Raisya mengeluh kecil.

“Sya!” panggil Zafrul sambil berlari anak ke arah Raisya.

“Nape?”

“Bos cari kau pagi tadi. Pelik dia bila sampai kau tak de.”

“Haha.. habislah aku.”

Tiba-tiba handphone Raisya berdering.

“Eh, sape plak call ni?”

Raisya memandang skrin handphonenya.

“Ayah?”

Nak jawab dulu atau hubungi ayahnya kemudian?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2016 11:27 AM | Show all posts
Harraz terjaga ketika terbau masakan dari dapur yang cukup wangi dan mengiurkan anak tekak. Terus dia bangun dan berjalan ke dapur.

“Hamboi.. rajin dia aihh!” puji Harraz lalu merasa secubit kuah spegeti di dalam kuali tersebut.

“Tengok kaki la wei!”

“Wei, kurang masam. Tambah sikit sos tomato.”

“Aku tau la hang chef hotel 5 bintang. Tapi tak yah la sampai kacau masakan aku. Apa aku masak makan ja naa.. Tak payah nak komplen sangat!”

Ya. Harraz seorang chef di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

“Untung sapa dapat aku.” Harraz angkat bakul sendiri.

“Untung sebab?” Karim tuang kuah spegeti ke dalam pinggan yang telah diisi spegeti itu.

“Sebab aku pandai masak, rajin masak, ringan tulang..”

“Yalah.. yang baik semua hang!”

“Garpu wei!”

Haikal mengambil garfu di dalam bekas sebelah sinki lalu dihulurkan pada Harraz.

“Aku mai kl ni ada hajat.”

Karim duduk bertentangan dengan Harraz.

“Hajat apa plak?”

Karim tersengih.


*************************


Raisya mematikan talian dan terus masuk ke dalam bilik Mukriz. Nafasnya laju, turun naik menahan perasaan takut dan cemas.

“Bilik I dengan bilik U bukan jauh mana pun. Nak masuk pun ambil masa sampai 15 minit?” Mukriz terus sembur tanpa soal siasat.

“Encik, saya minta maaf. Tadi saya jawab panggilan dari ayah.”

Mukriz baru perasan air muka Raisya mula berubah.

“Kenapa?”

“Adik saya, Layla. Dia masuk hospital. Sa..saya nak minta kebenaran Encik nak keluar kejap uruskan adik saya.”

“Kenapa dengan dia?”

“Ayah cakap dia jatuh dalam bilik air. Saya pergi dulu boleh, Encik?”

Mukriz faham. Dia mengangguk tanda izin.

“Terima kasih.”

Baru sahaja Raisya hendak buka pintu..

“Raisya!”

Raisya kembali memandang Mukriz.

“Ya?”

“Apa-apa call I. Hati-hati.”

“Ok.” Raisya sempat hadiahkan senyuman pada bosnya lalu terus keluar dengan kelam kabutnya.

Mukriz masih berdiri memandang pintu yang telah ditutup itu.



*************************


Hospital Kuala Lumpur..

Haji Azman masih setia menanti di luar pintu bilik kecemasan tersebut. Tak putus dia berzikir sambil berdoa agar semuanya selamat.

Raisya yang baru sampai di parking motor terus mematikan enjin. Helmet motor di sangkut di handle lalu terus berlari anak ke kaunter pendaftaran. Tiba-tiba namanya dipanggil dari jauh. Macam kenal suara itu.
Asyraf tersenyum padanya. Hamboi, ingat lagi mamat tu pada Raisya.

“Buat apa datang sini?” tanya Asyraf yang kemas dengan pakaian jururawat itu.

“Adik saya. Masuk kecemasan.”

“Owh yeke. Jom saya bawakan.”

“Ok, thanks.”

Raisya mengikut Asyraf dari belakang. Dia cuba menahan tangis dan kuatkan semangat. Kelihatan bayang-bayang ayahnya di sebuah kerusi panjang berhampiran bilik kecemasan itu.

“Ayah!” panggil Raisya lalu mendapatkan Haji Azman.

“Angah macam mana?”

“Angah dekat dalam lagi.”

Haji Azman terperasan Asyraf di belakang Raisya.

“Asyraf kan?”

“Ya, saya. Pak cik kenal lagi saya?”

“Takkan pak cik nak lupa anak muda yang banyak tolong pak cik masa pak cik sakit dulu.”

Asyraf senyum lalu mencium tangan Haji Azman.

“Bawa bersabar ya, pak cik.. Raisya. Banyakkan berdoa.” Ucap Asyraf yang masih memandang Raisya sedang dalam dakapan ayahnya menahan sebak.

“Saya gerak dulu.”

“Thanks, Asyraf.” Ucap Raisya sambil tersenyum.

“Ok.”

Asyraf undur diri.

“Macam mana boleh jadi macam ni, ayah? Angah jatuh ke?”

“Elok ja kamu keluar hantar Adam, angah cakap dia sakit perut. Ayah pun tunggu la kat ruang tamu. Lepas tu dengar dia jerit panggil ayah. Pastu ayah apa lagi, ketuk pintu. Dia tak bukak. Ayah terus tendang pintu tu. Tengok-tengok angah tengah baring dengan darah. Nasib ayah tak panik.”

“Harap angah tak apa-apa.”

Haji Azman mengusap bahu Raisya menenangkan anak sulungnya itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.059082 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list