Edited by cmf_inquisitor at 29-1-2016 08:48 PM
Dengue Awareness Campaign
Post 1.
DENGGI.
Denggi, merupakan sejenispenyakit berjangkit yang cukup berbahaya. Bahaya kerana ianya :
1/ Berjangkit, iaitu bolehmerebak melalui bawaan nyamuk. Pernah, saya menerima pesakit empat orangsekaligus, iaitu anak beranak (ibu, ayah, dan dua anak). Kesemua merekaterpaksa ditempatkan di wad berlainan (wad lelaki, perempuan, kanak-kanak,manakala seorang lagi anak terpaksa dirujuk ke hospital besar)
2/ Komplikasi boleh membawamaut. Denggi, adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus. Kita paradoktor ni tahu, sepertimana kebanyakan viral infection, ianya selalunyaself-limiting. Boleh sembuh dengan sendirinya. Tak perlu rawatan yangpelik-pelik, antibiotik mahal-mahal pun. Tetapi yang kita selalu risau, adalahkomplikasi dari penyakit itu sendiri. Malahan, ini yang menjadi sebab kitaterpaksa tahan pesakit didalam wad. Untuk mengesan komplikasi, mencegah ataumerawatnya. Saya akan terangkan panjang lebar mengenai perkara ini nanti.
3/ Boleh dielakkan. Denggi,adalah penyakit yang boleh DICEGAH dari awal lagi. Prinsip epidemiologi adalahuntuk break the chain of transmission, dan sebenarnya, chain of transmissionbagi denggi sangat mudah untuk diputuskan. Begitu juga dari segi rawatan. Sayasebut di point kedua, komplikasi denggi boleh membawa maut. Kecuali, jikakomplikasi itu dikesan awal, maka kita dapat melakukan sesuatu bagi menghalangia menjadi lebih buruk. Selalunya kes denggi yang rumit terjadi apabila pesakitdatang dalam keadaan sudah terlambat/terlewat, selain saya tak nafikan, ada kesyang disebabkan kelewatan di pihak kita memberikan rawatan awal.
Saya ada janji dalam postsebelum ini, untuk mengupas mengenai topik denggi. Tapi seperti saya sebutkan,topik denggi ini sangat, sangat luas. Jadi, saya bercadang untuk mengupasnyadari tiga sudut utama seperti yang dinyatakan di atas. Berapa panjang, saya takpasti. Mungkin jadi bersiri. Hehe.
Disclaimer : saya akan cubajadikan post ini, as friendly as possible kepada orang awam/laymen. Saya cubaringkaskan, elakkan dari mengguna terminologi pelik-pelik, juga saya tidakbercadang hendak cerita dengan detail. Kalau anda ada apa-apa soalan, silatanya di ruangan komen, inshaAllah saya/rakan-rakan lain akan cuba menjawabnya.Begitu juga, kalau ada rakan-rakan doktor yang ingin menambah point/inputmahupun ada pembetulan, saya alu-alukan juga.
***
Untuk permulaan, saya akancerita, apa yang berlaku apabila seseorang dijangkiti denggi. Tujuannya adalahsupaya anda tahu, apa yang sebenarnya denggi ini lakukan kepada badan anda. Apayang doktor mahu tengok. Bagaimana kami merawatnya.
Semua kita tahu, denggimerebak melalui gigitan nyamuk Aedes. Kenapa nyamuk Aedes? Sememangnya Allahciptakan, sesetengah hidupan mampu menjadi vektor (pembawa) kepadapenyakit-penyakit tertentu. Nyamuk Aedes yang menggigit seorang manusia yangmenghidap denggi, akan membawa bersamanya darah yang mengandungi virus denggiini. Nyamuk ini seterusnya menggigit manusia lain, sekaligus menyebarkan virusdenggi ini ke hos baru itu pula, iaitu ANDA.
Maka, apa yang akanberlaku? Apabila anda digigit oleh seekor nyamuk Aedes pembawa virus denggi,virus tersebut dipindahkan ke badan anda. Anda akan melalui apa yang dipanggilsebagai "incubation period". Bermaksud, virus tersebut akan membiakdidalam badan anda. Incubation period ini, tak menentu. Kebiasannya empathingga enam hari, tetapi boleh jadi dari tiga hari hingga dua minggu.
Sebab itulah apabila andadisyaki suspek denggi, doktor akan bertanya, adakah anda pernah travel kemana-mana dalam tempoh dua minggu sebelum ini. Selalu jawapan yang kita terima,adalah anda pernah pergi melawat saudara di Kuala Lumpur, atau pernahberkunjung ke kenduri di Selayang, atau ada kursus di Johor Bharu ataubandar-bandar besar lain yang kita tahu, menjadi hot spot kes-kes denggi.Biasanya itu "hint" pertama bagi kita seorang doktor, untukmengesyaki bahawa anda mungkin menghidap denggi.
Itu kalau anda ada historyof travelling lah. Tapi kalau anda sendiri tinggal di kawasan hotspot denggi,atau ada fogging dibuat di kawasan rumah anda, maka doktor akan terus maklumbahawa anda datang dari dengue area.
Seterusnya, apa yangberlaku selepas itu? Virus denggi akan membiak, menjadi semakin banyak didalambadan anda. Anda akan mengalami apa yang kita panggil sebagai"viremia". Badan anda akan mengenalpasti jangkitan virus ini, dancuba melawannya. Anda akan mengalami simtom terawal jangkitan denggi, iaitudemam panas.
Demam bagi penyakit denggiini, lain sikit daripada demam biasa. Sesiapa yang pernah kena denggi, akantahu bagaimana azabnya. Kebiasannya, saya ulang, KEBIASAAN nya, demam akanmuncul tiba-tiba terus high grade. High grade maksudnya lebih 38 darjahCelsius, sampai 40 pun ada. Panasnya pula, akan berterusan non-stop, melainkananda ada menelan panadol. "Tiba-tiba", maksudnya dalam tempoh seharidua. Selalu anda akan cerita kepada doktor, "siang tu rasa macam ok lagi,tapi malam tu terus tiba-tiba panas sangat". Atau semalam rasa sihat lagi,bangun pagi terus dah demam panas. Kalau anda kata "rasa macam dah demamsebulan, sekejap panas sekejap sejuk..", jarang kita doktor akan suspekitu denggi =,=
Selain itu, anda akan rasasengal dan sakit-sakit badan. Rasanya macam katakanlah anda ni jenis yang takrajin bersukan, kemudian satu hari anda pergi gym buat workout habis-habisan.Keesokan harinya, anda rasa sakit habis satu badan. Ya, seperti itulah andarasa, apabila dijangkiti denggi ini.
Tahukah anda, nama lamabagi penyakit denggi ini apa? Nama lamanya, "Breakbone Fever". Orangputih yang bagi nama ini, sebab di tempat mereka tiada nyamuk Aedes. TiadaAedes, tiada denggi. Mereka hanya tahu mengenai penyakit denggi apabiladijangkiti ketika berada di negara tropika. Nama "breakbone" tersebutmenggambarkan kesan demam sehingga sakit-sakit badan tersebut. Rasa macam tulang dipatah-patahkan.
Sakit-sakit badan yang andarasa, akan lebih tertumpu kepada sendi-sendi juga. Begitu juga pada bola mata,maksudnya anda cuba menggerakkan bola mata pun akan terasa sakitnya. Selainitu, demam panas yang anda hadapi, akan membuatkan anda berasa sakit kepala. Andajuga akan terus tak lalu makan, sebab tak larat.
Berapa lama tempoh ini akanberlaku? Tempoh ini, kita pihak doktor memanggilnya sebagai "febrilephase". Biasanya, ianya akan bertahan tiga hingga empat hari. Di peringkathari pertama dengan hari kedua, susah untuk kita kenalpasti sama ada andamenghidapi denggi atau tidak. Kerana tanda-tanda di atas ini, boleh berlakupada apa sahaja viral illnesses. Sebab itu selalunya saya nasihatkan, kalauanda baru demam sehari dua, maka tak apa lagi. Boleh cuba pantau dan tunggudahulu. Tetapi kalau dah masuk hari ketiga, demam anda masih tak kebah-kebah,saya sarankan anda berkunjung ke hospital atau klinik kesihatan terdekat.Klinik swasta? Boleh, tetapi tidak disarankan kerana tidak semua klinik swastadilengkapi alat mengesan virus denggi ini. Nanti saya ceritakan bagaimana kitapihak doktor, boleh "confirm" sama ada anda menghidapi denggi atautidak.
Ok berbalik kepada ceritatadi, anda sekarang sedang berada di febrile phase. Febrile phase, akanberterusan selama dua hingga empat, kadang-kadang lima hari. Selepas itu, demamanda akan kebah secara mendadak juga. Anda akan memasuki "defervescencephase". Atau juga dikenali sebagai "critical phase".
Jeng jeng jeng..apa yangcritical tu? Pada saat inilah, segala macam komplikasi boleh berlaku. Ada orangingat bila demam dah kebah, dia dah sembuh. Padahal dia tak tahu, masa inilahyang paling bahaya. Saya kalau tengah oncall, dimaklumkan ada pesakit denggi"critical phase" dalam ward, automatik saya akan berdebar-debar.Automatik jadi OCD sikit. Tanya pesakit soalan demi soalan, macam interrogate.Tak boleh tertinggal apa-apa detail pun. Buka kalkulator, kira itu ini. Takboleh tersilap dalam management. Ha, nanti saya ceritakan apa yang terjadisebenarnya.
Kalau anda nak tahu apayang berlaku ketika critical phase ini, sila subscribe/follow saya. Saya akanupdate dalam next post. Nak diceritakan semua dalam post ini, nanti jadipanjang berjela pula. Ngee.
Sementara itu, saya akanbuka ruangan komen kepada public, untuk anda kongsikan sendiri, khususnya andayang pernah berpengalaman disahkan positif denggi. Saya nak anda kongsikanbagaimana anda rasa, apa simtom-simtomnya? Apa yang membuatkan anda pergi keklinik yang seterusnya di suspek jangkitan denggi? Apa tanda-tanda terawal yanganda rasa? Dari mana anda rasa, anda dijangkiti? Kawasan mana anda tinggal ataupernah travel pergi?
Tujuannya, supayapembaca-pembaca lain boleh dapat "klu", kalau-kalau mereka dijangkitidenggi. Ingat, saya sebut awal-awal di atas, kunci kepada rawatan denggi yangberjaya adalah "PENGESANAN AWAL". Kami di pihak doktor, sangat tidakmahu anda datang dalam keadaan sudah teruk, sudah ada komplikasi. Rawatan akanmenjadi lebih sukar, malah membahayakan nyawa anda. So, diharapkan apabila andaberkongsi pengalaman dijangkiti denggi, orang lain yang membacanya juga dapatberwaspada.
Sila share juga post ini,agar lebih ramai dapat berkongsi dan mengambil manfaat.
Thefloor is yours.
Post 2.
DENGGI 2 : KENAPA KENA AMBIL DARAHHARI-HARI?
Jadi pada penulisan sebelumini, saya sudah menceritakan mengenai bagaimana denggi boleh menjangkitiseseorang dan apa yang seseorang akan rasa apabila mula-mula dijangkiti denggi.
Saya ceritakan mengenai apaitu febrile phase, iaitu fasa terawal bagi seseorang yang dijangkiti denggi.Selain itu, kita juga dapat membaca pengalaman beberapa orang pembaca saya yangpernah dijangkiti denggi.
Sebelum saya teruskan lebihlanjut dengan fasa seterusnya iaitu Critical Phase, suka saya kongsikan kepadapara pembaca - bagaimana kami para doktor, mendiagnos anda iaitu mengesyakiseterusnya mengesahkan anda menghidapi denggi?
Terdapat tiga perkarapaling utama yang digunakan oleh setiap doktor dalam mendiagnosis denggi. Bukandenggi sahaja sebenarnya, bahkan mana-mana penyakit sekalipun.
1. History : kami akanmengesyaki anda mungkin dijangkiti denggi jika anda berasal/tinggal di kawasanhotspot denggi, atau pernah berkunjung/travel ke mana-mana tempat hotspotdenggi, atau ada ahli keluarga yang menghidapi atau sedang dirawat sebagaidenggi. kami juga akan mengesyaki denggi berdasarkan kepada cerita anda(simtom), berapa hari demam, dan lain-lain.
2. Examination : secaraumum, bagaimana keadaan anda apabila tiba ke klinik/jabatan kecemasan dsb. Suhubadan anda, adakah anda berpeluh dengan banyak, ada titik-titik ruam padabadan, ada pendarahan gusi atau hidung, dsb.
3. Ujian makmal. Ujianmakmal. Ini yang saya hendak terangkan secara sedikit panjang lebar sebelumkita sambung cerita ke fasa kritikal. Yang pertama, adalah bloodinvestigation. Secara umum, terdapat tiga bacaan darah yang paling asas untukkita ketahui apabila melibatkan pesakit denggi. Saya tidak akan mengupas secaradetail, iaitu dari segi mekanisma kenapa jadi macam itu, apa boleh dibuat dsb.Nanti jadi kelas pathophysiology pula. Hee.
1/ White Cell Count
2/ Hematocrit
3/ Platelet Count
Yang pertama, adalah bacaanparas White Cell Count (sel darah putih). Secara umum, setiap jangkitan viruskhususnya virus denggi akan menyebabkan paras WCC menjadi semakin rendah. Ianyaakan semakin rendah apabila memasuki hari keempat dan kelima Febrile Phase,serta paling rendah di peringkat awal Critical Phase.
Yang kedua, adalah bacaanparas Hematocrit. Hematocrit, secara ringkasnya bermaksud, kepekatan darah.Nanti saya cerita apa kaitan kepekatan darah, dengan penyakit denggi. Bacaanyang tinggi bermaksud darah seseorang itu semakin pekat, menandakan bahayakomplikasi denggi yang dinamakan plasma leakage. Saya akan terangkan denganteliti apa itu plasma leakage dalam post seterusnya nanti.
Yang ketiga, adalah bacaanplatelet. Platelet, adalah sejenis komponen darah. Kita tahu ada pelbagaikomponen darah (sel darah putih, sel darah merah, plasma, dan platelet adalahsalah satunya). Buku sains lama bahasa Malaysia menterjemahkan platelet sebagai"sel darah kuning", tapi saya tak pasti tepat atau tidak. Platelet, penting untukpembekuan darah. Jika tangan kita terluka akibat terkena pisau, cuba kitaperhatikan, lambat laun darah yang menitik akan berhenti.
Platelet antara yangbertanggungjawab menyebabkan berhentinya darah tersebut (membekukan darah).Bagi orang normal, bilangan paras platelet adalah melebihi 150. Tetapi bagipesakit denggi, platelet ini akan semakin rendah. Apabila semakin rendah,khususnya dibawah paras 50, terdapat risiko untuk berlaku pendarahan spontan,contohnya gusi tiba-tiba berdarah, atau hidung berdarah, atau kencing/berakberdarah, atau bagi wanita, datang haid berlebihan. Saya secara peribadi,pernah berjumpa pesakit positif denggi dengan paras platelet kosong. Zero.
Jadi ini tiga perkara yangdoktor akan perhatikan, sebelum mengesyaki seseorang pesakit menghidap denggi.Saya ulang, mengesyaki. Sebab itu, jika anda contohnya datang berjumpadoktor/klinik terlalu awal, bermaksud mungkin hari pertama demam anda dah pergiklinik, klinik tersebut akan membenarkan anda pulang. Tapi anda kena datangsemula hari-hari untuk "check darah". Check darah tu, bermaksud ujiandarah (perkara ketiga di atas). Kalau benar anda dijangkiti denggi, kami di pihakdoktor dapat menganalisa trend keputusan ujian darah tersebut.
Saya ulang sebut di atas,"mengesyaki". Apabila ketiga-tiga komponen - history, examination danblood investigation menampakkan ciri-ciri denggi, barulah kami di pihak doktorakan proceed dengan ujian "confirmation" test. Ujian ini, akanmengesan antigen atau antibodi : dua komponen penting setiap jangkitan, yangsangat spesifik dan boleh "confirm" anda dijangkiti denggi atautidak. Apabila sudah confirm, maka kes anda wajib dinotifikasi ke jabatan kesihatandaerah, dan anda pun sudah menjadi sebahagian dari statistik denggi.
***
Saya cerita sedikit panjanglebar mengenai ujian darah, agar anda tahu apa yang kami tengok dan tekankan.Ramai orang khususnya suspek/pesakit denggi, menjadi sangsi apabila kerapsangat darah diambil. Tiap-tiap hari kena ambil darah. Sudahlah sakit. Adaketikanya sampai tiga kali sehari, ambil darah. Sampai lebam-lebam tangan. Yangcucuk tu pula houseman! =p
Hal ini diburukkan lagiapabila kami sendiri para doktor, tidak bagitahu pun untuk apa diambil darahtersebut. Ambil saja, tak cerita pun keputusannya bagaimana. Hal ini,menimbulkan kerungsingan dan kesangsian kepada pesakit. Tidak ada komunikasidua hala, asyik doktor sahaja bertanya itu ini kepada pesakit. Padahal pesakitjuga, berhak dan ingin tahu, bagaimana perkembangan penyakitnya setakat ini.
Sebab itu saya secaraperibadi, memang saya akan ceritakan secara terperinci keputusan-keputusanujian yang kita buat kepada pesakit-pesakit saya. "Platelet cik dahsemakin naik, semalam 37 hari ini sudah 60, tapi kita tak boleh bagi baliklagi. Saya nak terus pantau bagi biar naik jadi normal dulu. Buat masa ini sayanak teruskan ambil darah tiga kali sehari, sebab kita masih belum melepasi fasakritikal lagi."
Ujian darah, bukan hanyadigunakan untuk mengesyaki diagnosis denggi, sebaliknya penting untuk memantauperkembangan/mengesan komplikasi, dalam masa yang sama, memantau responspesakit terhadap rawatan yang kita bagi.
Namun perlu diingatkan jugakepada para pembaca, tidak kiralah masyarakat awam mahupun rakan-rakan doktorsekalipun. Keputusan ujian darah, hanyalah SALAH SATU dari komponen mendiagnosdan memantau rawatan denggi. Yang penting adalah pendekatan holistik, iaitukita merawat pesakit secara keseluruhan, bukannya merawat angka-angka dannombor-nombor didalam ujian darah semata. "Denggi IS NOT a platelet countdisease."
Silanantikan post saya yang seterusnya, iaitu CRITICAL PHASE, serta apa komplikasi-komplikasiberbahaya yang boleh timbul dari denggi ini. Yang seterusnya akan membawa sayamengupas dan menjawab persoalan cepu emas : BAGAIMANA MERAWAT DENGGI?
Post 3.
"TAK PAYAH MASUK WAD, DOKTOR TAKBAGI UBAT APA PUN, CUMA PASANG DRIP SAHAJA!"
Kita sambung lagi siridenggi kita. Sebelum ini saya dah terangkan mengenai tanda-tanda awal denggi,serta bagaimana kita di pihak kesihatan mengesan dan memantau individu yangdisyaki denggi.
Saya cerita mengenaibagaimana virus denggi ini boleh merebak didalam badan, menghasilkansimtom-simtom yang muncul pada fasa "febrile phase". Jadi kali ini,kita sambung cerita dari situ.
Selepas febrile phaseberlalu, anda akan berasa kebah secara tiba-tiba. Apabila kebah, anda mungkiningat anda semakin sihat. Bahkan ada pesakit saya siap mahu balik rumah lagi,apabila demam sudah kebah.
Sebenarnya bagi kita dipihak doktor, sebaik sahaja demam kebah, itu tanda bermulanya "criticalphase". Critical phase adalah sangat bahaya kerana dikaitkan denganpelbagai komplikasi. Secara umumnya, saya membahagikan komplikasi denggi kepadatiga.
Pertama, adalah apa yangdinamakan sebagai "plasma leakage". Ini komplikasi yang palingbahaya. Virus denggi, dengan cara yang kita tidak ketahui, akan menyerangdinding-dinding saluran darah, menyebabkan ianya telap kepada cecair didalamdarah.
Bila kita sebut "airdidalam badan", sebenarnya air berada di dua lokasi. Pertama, didalamsalur darah, menjadi sebahagian dari apa yang kita namakan sebagai plasma."Intravascular Fluid" ini memainkan peranan penting kerana dialahyang menentukan tekanan darah, membawa sel-sel darah, membawa oksigen dansebagainya.
Lokasi kedua, adalah diluar salur darah (extravascular). Ia penting untuk homeostasis (keseimbangandan kestabilan) sel-sel.
Ha, mesti dah pening kan.Tak apa saya tak mahu cerita lebih-lebih. Ringkas ceritanya, virus denggi inimenyebabkan air dari dalam salur darah, KELUAR ke bahagian luar saluran darah.Ini yang kita namakan plasma leakage.
Sebab itulah antara tandaawalnya adalah bacaan paras hematocrit didalam darah. Saya cerita dalam postsebelum ini, hematocrit menunjukkan tahap kepekatan darah. Apabila air keluardari salur darah, ia menyebabkan darah itu sendiri menjadi semakin pekat. Sebabitulah, bagi pesakit denggi, kita sangat risau apabila bacaan hematocritsemakin meningkat tinggi. Ia menunjukkan adanya "ongoing plasmaleakage".
Kesannya?
Yang pertama, yang palingbahaya sekali, kita namakan sebagai "shock". Iaitu air keluar banyaksangat dari salur darah, sehingga tekanan darah menjadi rendah. Bila tekanandarah rendah, banyak sistem organ badan terganggu. Jantung menjadi lemah keranadarah kurang untuk dipam. Buah pinggang menjadi kurang darah (kita panggil poorperfusion), menyebabkan kegagalan buah pinggang. Pesakit akan menjadi lemah,sejuk tangan dan kaki.
Shock, menjadi punca utamakebanyakan kematian pesakit denggi. Sebaik sahaja pesakit mengalami"shock", adalah amat sukar untuk mengeluarkan pesakit dari keadaanshock ini. Rawatan aggressive perlu diberikan, termasuklah penjagaan unitrawatan rapi (ICU).
SAYA DENGGI, MASUK WADDOKTOR HANYA BAGI AIR SAHAJA?
Rungut seorang pesakitdenggi yang dirawat di hospital. Memang lah. Rawatan untuk denggi, adalahmencegah terjadinya shock ini. Rawatannya, adalah INTRAVENOUS FLUID. Iaitu kitapasang jarum branulla, kemudian kita gantung botol air saline. Kita gantisemula air yang sudah lari keluar dari salur darah itu. Jumlahnya bergantungkepada berat anda, juga bergantung kepada tahap plasma leakage anda. Ada yangsampai lima, enam botol sehari. Maksudnya 2.5 hingga 3 liter air sehari.
"Bolehkah saya takperlu tambah air melalui jarum, apa kata saya minum sahaja sendiri airbanyak-banyak?"
Jawapannya, ya dan tidak.Air yang diminum sendiri, mengambil masa untuk diserap ke dalam saluran darah.Boleh terjadi, kadar plasma leakage lebih tinggi berbanding kadar serapan airke dalam darah. Namun kita memang akan encourage, galakkan pesakit untuk minumbanyak-banyak ketika dirawat.
Saya harap apabila saya dahterang sebegini, anda fahamlah kenapa doktor asyik pasang drip sahaja.Sememangnya itu menjadi perkara pertama yang perlu dipastikan dalam setiappesakit denggi, iaitu pesakit mempunyai air yang cukup didalam saluran darah.
Seterusnya, air yang keluardari salur darah ini, dia akan berkumpul di mana? Jeng jeng jeng.
Extravascular fluid,apabila semakin banyak, ia akan berkumpul di tempat yang kita panggil sebagai"third space". Ia bukan berada didalam salur darah, dan bukan jugaberada didalam sel. Ia akan berkumpul di tempat seperti,
1. Paru-paru, atau lebihtepat lagi, kawasan dipanggil "pleural cavity". Apabila air di pleuralcavity semakin banyak, iaitu kita namakan sebagai pleural effusion, paru-parupesakit tidak boleh kembang. Pesakit akan sesak nafas, dan oksigen akan berkurangan.Selalunya pesakit dalam keadaan ini perlu rawatan ekstrem seperti intubasi(masuk tiub pernafasan), malah juga boleh menyebabkan kematian.
2. Kawasan perut, ataulebih tepat lagi, dipanggil "peritoneal cavity". Peritoneal cavityadalah ruang-ruang diantara lipatan usus, dengan perut, hati dan organ-organdalaman. Air yang berkumpul terlalu banyak di kawasan ini menyebabkanterjadinya busung (ascites), serta boleh menyebabkan komplikasi ke atasorgan-organ dalaman berkaitan.
Semua ini, boleh jadi kepadaseorang pesakit denggi, ketika beliau berada didalam CRITICAL PHASE. Ini barukomplikasi utama pertama.
Komplikasi utama yangkedua, adalah BLEEDING. Saya ada cerita dalam post sebelum ini, mengenai"platelet", sejenis komponen darah yang bertanggungjawabmemberhentikan pendarahan.
Ketika kritikal phase,virus denggi boleh menyebabkan platelet ini musnah dan menjadi sangat rendah.Apabila menjadi terlalu rendah, pesakit boleh mengalami pendarahan, keranadarah tidak boleh membeku.
Contohnya yang boleh berlaku,adalah pendarahan dalaman perut (gastrointestinal bleed). Pendarahan yangbanyak boleh menyebabkan tekanan darah rendah, juga kematian.
Jika benar berlakunyapendarahan, pesakit mungkin memerlukan transfusi darah SEGERA. Sebab itulah dihospital, walaupun pesakit sudah kebah demam, kita perlu terus pantau danpastikan bacaan platelet semakin meningkat dan kembali normal terlebih dahulusebelum kita benarkan pulang. Tujuannya, takut-takut kalau tiba-tiba berdarah,pesakit tidak sempat mendapat transfusi darah!
Manakala komplikasi utamayang ketiga, adalah LAIN-LAIN (others). Virus denggi ini, boleh menyerang teruske organ-organ manusia.
Virus ini boleh menyerangterus ke jantung, menyebabkan keradangan dan kegagalan jantung atau selaputjantung. Kita namakan ia denggi carditis atau pericarditis.
Virus ini boleh menyerangterus ke hati, menyebabkan kegagalan fungsi hati. Kita namakan ia denggihepatitis atau transaminitis.
Inilah sedikit sebanyakyang saya ceritakan mengenai CRITICAL PHASE. Critical phase, biasanya akanberlanjutan selama dua atau tiga hari. Atas sebab itulah, kalau di ICU, kitasiap buat countdown lagi. Apabila specialist datang, dia akan tanya, "Dahberapa hours in critical phase?" Kita pun jawab, "baru 6 hours boss".Bermaksud "perjalanan" pesakit ini untuk keluar dari critical phasemasih panjang. Kita masih khuatir, chuak, bimbang kerana mana-mana satu ataueven semua komplikasi di atas, boleh terjadi. "Dah berapa hours incritical phase?"
"Sudah 48 hours boss. So far alhamdulillah semua ok, tekanan darah stabil,hematocrit not increasing, urine output good, renal dan liver function stable,no bleeding tendency."
"Alhamdulillah, inshaAllah harapnya by tomorrow patient dah masuk recoveryphase tanpa sebarang masalah".
Sila nantikan postseterusnya mengenai RECOVERY PHASE, iaitu pasca fasa kritikal serta apakriteria untuk kita discharge pesakit denggi. Saya juga bercadang hendakmenulis post "FAQ" mengenai denggi, menjawab pelbagai persoalan yangmenghantui masyarakat seperti
- benarkah minum jus daunbetik / sup ketam membantu merawat denggi
- tak adakah vaksin untuk mencegah denggi
- saya dah pernah kena denggi, bolehkah saya kena denggi kali kedua
Dan lain-lain persoalan.Cumanya, mungkin saya akan menulisnya selepas aidilfitri nanti. Alhamdulillah,kita dah memasuki 10 hari terakhir ramadhan. Seperti kebiasaan pada tahun-tahunlalu, pada 10 ramadhan terakhir ini saya pun ingin berlumba-lumba merebutkeberkatan dan kemuliaan yang ada berbaki, di samping tidak ketinggalan mahumemburu al-qadr.
Semoga apa yang saya tulissetakat ini, menjadi panduan dan memberi maklumat tambahan kepada anda agarlebih berwaspada mengenai denggi.
Semoga Allah redha.
Credit to Dr. Mohd Syamirulah Rahim. Korang boleh follow dia kat FB dengan nama tu.
|