|
PART 2-UPDATE!
Edited by CikCtNurEnjoy at 23-12-2015 05:46 PM
hai korang, sorry sebab lambat update, ada janji nak update pukul 2 pagi, tapi, saya sendiri yang seram sejuk. So pagi ni, agak free dan boleh lah update. First, semalam masa taip tak ada pulak fikir, ramai yang akan baca, tajuk pun tak berapa nak menarik. tapi.. pagi ni tengok komen-komen agak memberangsangkan. So saya sambungnya.
Seminggu kami duduk rumah tu, rasa sangat-sangat seram. Bila senja, suasana jadi sejuk, suram dan sunyi. Kawasan kondo kami tu, terperuk ke dalam. Di tepi jalan, tapi bukanlah di jalan main road.Kenderaan yang akan lalu jalan tersebut pun, sama ada penghuni kondo atau taman sebelah. So sedikit sebanyak memang menambahkan keangkeran tersebut.
Hari ke dua dan ketiga, kami tak punya gangguan apa-apa. So bagi kami, kejadian pada hari pertama tu, salam perkenalan. Lagi pun silap kami jugaklah, rumah tu di masuk dengan keadaan kosong. Hari ke 2 barulah kami basuh rumah, walaupun pada mata kasar rumah tu kelihatan sangat-sangat bersih. Oh ye, lupa nak bagitahu, block yang kami tinggal ni, mempunyai 14 floor. Dan kami terletak di tingkat yang ke 6. Floor kami mempunyai 8 buah rumah.So bila keluar lif, arah rumah kami adala sebelah kiri. kira kedudukan setiap rumah, bertentangan, 4 di sebalh kiri lif, 4 lagi di sebah kanan lif. So floor 6, cuma ada 2 buah rumah student, yang selebihnya merupakan, rumah penghuni biasa, tapi, rasanya jiran-jiran kami jarang ada di rumah.
So berbalik pada kejadian di rumah, pada awalnya, kami tak mengesyaki apa-apa, kiranya housemate semua, hati sado. Malas nak ambik port. Rata-rata 3-3 buah bilik, lebih gemar port dalam bilik. Luar tu, cuma tempat makan, study pun kebanyakkan nya pun dalam bilik. Tapi masa tu, kelas tak bermula lagi, so segala aktiviti memang banyak di buat dalam bilik. So hari ke empat, kami berbincang untuk mengadakan bacaan yassin di hall rumah.Pun sebenarnya gak lambat, maklumlah hari ke 2 dan ke 3 busy mengemas rumah, kemas barang-barang, maklumlah, 3 tahun nak duduk rumah tu kan, oh, ada benda nak bagi tahu ni, roomate aku ada bela ikan emas. Cantik ikan emas tu, dia letak dalam balang bulat letak di tengah meja makan yang terletak di hall.
Seperti yang di janjikan, hari ke 4, usai sembahyang maghrib, kami 10 orang berkumpul di tengah rumah, dan mengadakan bacaan yaasin.Kami baca ya'sin tu sebanyak 3x. Sepanjang bacaan yaasin itu diadakan, suara anjing menyalak-nyalak bersahut-sahutan. Dan kami semua, nampak dan dengar jelas, suara riuh rendah di luar rumah, di hadapan pintu rumah kami, kami nampak bayang-bayang tu, kami teruskan juga bacaan Ya'sin tu. Makin lama, suara anjing menyalak, semakin hilang, begitu juga dengan suara riuh rendah dekat luar rumah. Selesai bacaan ya'sin, kami sembahyang Isyak. Habis sahaja solat isyak, kami semua duduk berbual di masterbed, masa tu semua, tak ada rasa apa-apa yang pelik, kejadian yang berlaku sewaktu kami membaca ya'sin tu, tak ada seorang yang bersuara. Tiba-tiba 2 orang kawan kami, bercadang hendak ke dapur, uda dan kecik. So baki 8 ni, masih lagi berada dalam masterbed, dok rancak berborak, pasal kolej. Tiba-tiba kami terdiam, sebab kami yang berlapan, dengar dengan jelas suara orang perempuan menangis, mendayu-dayu, huuuuuuuuu huuuuuuu ~~~ yang jelas kedengaran dari ruang hall. Saya bersuara "Siapa menangis? Kecik kau menangis ke?" aku jerit dari dalam bilik masterbed. Kecik dan uda berlari masuk ke dalam masterbed. "Eh, kenapa?mana ada kecik menangis, kecik main dengan anak ikan emas kak siti, ude kat dapur.kitaorang tak dengar pun, Ude dengar?" kecik menjawab.Ude menggeleng kepala. Kami berpandangan. Masa tu jugaklah kedengaran anjing menyalak lagi. Tiba-tiba, Dekna menjerit. Dia tutup muka. Dah kenapa pulak. "Eh kau kenpa ni,dekna?" "Tu dekat tingkap tu langsir tu." Sambil tangan dia menujuk ke arah langsir. Masing-masing dah berhimpit sesama sendri. Tingkap yang dia tunjuk tu, berada di belakang aku. Aku bingkas bangun, menyelak langsir. "Hurm, mana ada apa-apa, perasaan kau jerk ni' Aku bingkas menutup tingkap." Kan kita baru lepas baca ya'sin, mungkin benda tu.. hurm tak ada apa-apalah." balas aku lagi. Suara anjing yang tadi menyalak, masih ada, cuma tak sekuat tadi. Malam tu, kami bersepuluh, buat keputusan tidur di ruang tamu, dekat sebulan jugaklah, kami tak tidur dalam bilik. Bila keadaan sudah sedikit reda, barulah kami bertanya dengan Dekna, apa yang dia nampak masa dekat langsir tu, menurut Dekna, kain langsir tu seolah-olah di cerut, Tu yang dia menejerit.
Selepas hari membaca ya'sin. Alhamdulillah kami tak ada gangguan apa-apa. So kami pun rasa gangguan tu dah pergi.. tapi rupanya..... kami leka.........Makhluk-makhluk ni, bagi kami leka dulu..nak tahu lagi tak? Nanti saya sambung ya. |
|