Saya Ada Penyakit Bipolar Disorder – Azma Aizal Yusoof
Sebagai pengarah, saya masih belajar pelbagai teknik untuk diadaptasikan oleh pelakon di lokasi. Namun, saya akui bukan semua dapat menerima pendekatan sama. Saya sesekali tidak menyalahkan tindakan Ika membuat laporan. Saya pernah mengasari beberapa pelakon dalam drama itu namun mereka menyambut baik teknik yang digunakan. Namun, insiden yang berlaku ke atas Ika membuka mata saya bahawa bukan semua individu dapat menerima cara kita. Dia (Ika) mempunyai hak untuk membuat laporan polis.
Azma juga mengakui beliau menghidap penyakit Bipolar Disoder iaitu sejenis penyakit mental dimana seseorang itu akan mengalami perubahan emosi ataupun mood yang terlampau dimana ia adalah satu perkara tidak normal. Saya juga tidak malu untuk mengakui kepada umum tentang penyakit yang saya hidapi. Malah saya masih mengambil ubat khas bagi mengawal dan menstabilkan emosi. Bukan semua pesakit bipolar disorder dapat bekerja kerana tidak mampu mengawal emosi.
|