Saya rasa mekanisma / sop siasatan dah ada. Ia berupa siasatan dan turun ke site pemohon. Dan dapatkan maklumat dari masyarakat sekitar pemohon. Dan tentunya ada kekurangan di mana2 Semasa proses mendapatkan maklumat tersebut. Contohnya pemohon telah berpakat dengan orang2 yang bakal di interview oleh pegawai penyiasat. Atau pun ada sesetengah kes maklumat palsu diberikan oleh pemberi maklumat. Ini biasanya berlaku kpd kroni - anak buah jkkk contohnya.
Jadi kesalahan bukannya terletak kpd pegawai zakat semata2. Tapi banyak loophole yang boleh dibetulkan oleh pentadbir zakat sendiri. Contohnya spt mana post forumer iaitu pihak zakat negeri2 sendiri turun ke kampung2 yang dikenalpasti terdapat orang yang betul2 memerlukan 'joran'. Jika didapati penerima bantuan adalah jenis penipu dan pemalas nak mamp, senarai hitamkan mereka untuk tempoh yang difikirkan logik.