CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Dj Kahong hilang dua bulan selepas ikut ‘lelaki tua’

[Copy link]
Post time 24-10-2015 03:11 PM | Show all posts
http://www.sinarharian.com.my/ed ... ng-dihenti-1.419033

Kes masa hilang

KLANG - Misteri kehilangan DJ sambilan, Azhar Mohamad, 45, atau lebih dikenali DJ Kahong belum terungkai apabila operasi pencarian hari kedua menemui jalan buntu.

Operasi juga dihentikan berikutan maklumat awam mengesyaki mangsa tidak berada di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Athan berkata, operasi mencari dan penyelamat mangsa dihentikan jam 4.30 petang semalam selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan polis.

“Kita simpulkan mangsa tiada di lokasi selepas mengambil kira maklumat rakan mangsa dan keluarga.

“Oleh itu, pusat operasi di sini ditutup secara rasmi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, operasi pencarian selama dua hari turut melibatkan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Skuad Pantas Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan juga pihak bomba sendiri.

Berikutan kehilangan mangsa pada Isnin lalu, pelbagai spekulasi timbul berdasarkan cakap-cakap rakan dan kenalan terdekat apabila mangsa didakwa berada di tempat lain.

Mengulas perkara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Nor Omar Sappi berkata, polis sudah berbincang dengan bomba untuk menghentikan operasi selepas mengambil rakaman percakapan daripada keluarga, rakan-rakan DJ dan juga kenalannya.

Dalam pada itu, pihak Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Selangor (Selangor FM) semalam menafikan yang Azhar bekerja sebagai DJ sambilan di stesen radio tersebut.

Pengarah Selangor FM, Dr Syafiq Alfonse berkata, Azhar Mohamad atau Kahong bukan DJ di Selangor FM.

“Memang diakui nama beliau sama dengan DJ kita Azhar Mohamad atau Damak dan juga Azhar Mamat.

“Bagaimanapun Damak yang bertugas sebagai DJ dan juga penerbit sudah meninggal dunia setahun lalu.

“Azhar Mamat pula masih bertugas sebagai juruteknik di unit kamera TV,” katanya.

Katanya, pihaknya kesal apabila mangsa yang hilang dikaitkan dengan Selangor FM sehingga menerima panggilan bertalu-talu daripada orang ramai yang bertanyakan kes kehilangan mangsa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2015 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh la gi cr siput kul 7 mlm..gila apa..waktu maghrib mcm tu!x percaya la..muka pun sihat walafiat je
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang ni kuat menipu. Aku knl sgt. Rumah bkn jauh mna dgn aku
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 07:17 PM | Show all posts
Tok_Batin replied at 24-10-2015 03:08 PM
Minit 1.00

Wajah dia sebelum hilang, 2013. Rambut style sama

kalau sebelum hilang pun gini, macam takde susut badan pun kan sis?
siapa yang report heshe hilang dulu?
yang pasal heshe hilang memang betul la ada di report kan sebab akak masih ingat lagi thread itu dolu2.
akak ingat dah jumpa sebab macam senyap jah lepas itu kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 07:20 PM | Show all posts
Tok_Batin replied at 24-10-2015 03:11 PM
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/operasi-mencari-dj-kahong-dihenti-1.419033

Kes ma ...

oh patut la kan??
pencarian pun dah stop since hari kedua lepas dengar soseh2.
al kesah nya heshe menyorok ke mana selama 2 bulan itu???
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 07:20 PM | Show all posts
Edited by Changa at 24-10-2015 07:22 PM
Song_Jihyo replied at 24-10-2015 07:01 PM
Orang ni kuat menipu. Aku knl sgt. Rumah bkn jauh mna dgn aku

heshe jenis suka kelentong orang ke gimana sis?
tapi pandai jua heshe create story board siap di jumpai balik di tempat yang konon2 heshe hilang itu?
siapa yang report heshe hilang dulu2 sis??

doktor boleh check jah kan apa yang heshe makan pelbagai? itu pun kalau doktor bother untuk check dengan kes2 hauk sebegini la
entah2 dalam perut itu ada sisa2 nasi lemak, roti canai bagai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2015 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba scan perut tu..kalau 2 bulan tak makan mesti tak ada sisa2 apa kt usus tu..
Sekali bila scan..tu dia penuh dgn makanan..mmg kantoi laa
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 07:37 PM | Show all posts
Madel replied at 24-10-2015 07:35 PM
Cuba scan perut tu..kalau 2 bulan tak makan mesti tak ada sisa2 apa kt usus tu..
Sekali bila s ...

siap asa sisa rendang kerang bagai kot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2015 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 24-10-2015 07:37 PM
siap asa sisa rendang kerang bagai kot?

Kan sis
Senang je kalau nak kantoi kan..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Weyh korang cerita pasal siapa nih

Tahun 2013?

Dia hilang 2 bulan ke 2 tahun yang nama kohong tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Song_Jihyo replied at 24-10-2015 07:01 PM
Orang ni kuat menipu. Aku knl sgt. Rumah bkn jauh mna dgn aku

Dia berlakun drama sinetron lah ek???
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dapat ilham dari kes hilang budak 7 orang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada unsur mistikke? Pelik jugak kes dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 09:05 PM | Show all posts
imthegirl replied at 24-10-2015 08:11 PM
Mesti dapat ilham dari kes hilang budak 7 orang tu.

heshe hilang ssebelum itu lagi rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 24-10-2015 09:05 PM
heshe hilang ssebelum itu lagi rasanya.

Come back heshe tu kak changa yang inspirasi dari kes budak budak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 09:36 PM | Show all posts
imthegirl replied at 24-10-2015 09:32 PM
Come back heshe tu kak changa yang inspirasi dari kes budak budak tu.

pastu heshe fefeeling ummah dok cari dia 2 bulan gitu namun ada cikki mana post artikel katanya pencarian heshe dah di stop selepas 2nd day sebab info ala2 mencuriga kan gitu. so takde la orang cari heshe sangat kecuali sehari dua selepas heshe feeling hilang tu jah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2015 10:20 PM | Show all posts
diriku yg skeptikal ini agak sukar utk mempercayai ceritamu itteww, wahai DJ Kahong
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah nak percaya la......
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 12:57 AM | Show all posts
orang2 kita kan senang ditipu dengan citer mistik ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 01:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.073008 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list