|
|
[Jenayah]
Hari ini hari penentuan bagi Khir Toyo
[Copy link]
|
|
|
hapus dokumen kepalahotak dia berjambol. harkptuih!  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
fitnah dr khir songlap lah, gaji mb mana boleh pakai swimming pool lah, makan duit rasuah lah, musnahkan dokumen lah. 
cerita kat lobai2 bodo hati busuk boleh lah. 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
macai toyo detected |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hukuman 12 bulan penjara Khir Toyo kekal
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 bulan penjara terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang didapati bersalah mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam lapan tahun lalu. Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin bersama-sama Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali membuat keputusan itu sebentar tadi. Panel membuat keputusan itu selepas memutuskan hukuman penjara adalah paling sesuai dalam kes berkenaan manakala hukuman khidmat kerja masyarakat adalah tidak memadai. Dr Mohamad Khir kelihatan tenang ketika hukuman itu dibacakan.
Pada 22 September lalu, panel itu mengekalkan sabitan bersalah terhadap Dr Mohamad Khir selepas menolak rayuannya. Mahkamah turut mengekalkan keputusan melucut hak hartanah itu dan diserahkan kepada kerajaan tertakluk kepada caj oleh pihak bank. Dr Mohamad Khir sebelum ini dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 dan hukuman itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 30 Mei 2013. Melalui penghakiman dibacakan Kok Wha pada 22 September lalu, panel mencapai keputusan itu berdasarkan beberapa alasan antaranya pertuduhan yang dibuat ke atas Dr Mohamad Khir tidak mempunyai sebarang kecacatan dan beliau selaku menteri besar, adalah seorang penjawat awam ketika kesalahan itu dilakukan. Dr Mohamad Khir dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 50 suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.
Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 Shah Alam pada 29 Mei 2007. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
songlap duit lah, derma 10 juta lah. 
yang tak tau apa pun, terangguk-angguk.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jatuh kes rasuah dan salahguna kuasa la ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
The Federal Court has sentenced former Selangor menteri besar Dr Mohd Khir Toyo to one year in jail after dismissing his appeal against his graft conviction last week. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau jalani hukuman time jatuh hukum dulu 2011
dah selamat keluar dari penjara
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
rmer Selangor menteri besar Dr Mohamad Khir Toyo was sentenced to 12 months’ jail for abusing his power while in office to purchase a land and a bungalow in 2007.
Federal Court judge Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, who delivered the verdict, also upheld the decision of the lower court to forfeit the property.
He said community service as suggested by lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah was not appropriate in this case.
“Such punishment will shatter public confidence in the government,” he said.
He said Dr Khir as public servant had abused his position to buy the property with inadequate consideration.
Khir could apply for a pardon before the Sultan Selangor.
Last week, the apex court dismissed Dr Khir’s appeal when the bench affirmed the conviction of the lower courts.
Judge Tan Sri Jeffrey Tan Kok Hwa, who delivered the unanimous ruling of the five-man bench, said the prosecution had proven its case beyond reasonable doubt.
“All the ingredients of the charge had been proved, including whether he was a public servant,” he said in delivering the unanimous verdict. – September 29, 2015.
MORE TO COME
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.UXTSgib4.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dokumen tu dah dihapus camne nak cite?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
setahun je...
ala2 curi susu satu tin je hukuman dia |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
punya laaa byk fitnah tp sebijik pun khir toyo tak mau saman...dah laa kaki songlap, pengecut plak

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang menjual murah tu tak dikenakan tindakan memberi rasuah ?  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ahli Umno Sungai Besar membuat aduan salah guna kuasa Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di atas tindakan rakus dan zalim terhadap rakyatnya. Aduan itu dibuat oleh Abdul Aziz Suloh di ibu pejabat BPR Putrajaya 14 Februari, lalu. Dalam aduan tersebut, beliau mempertikaikan tentang pemberian tanah kerajaan melalui projek penswastaan tanah milik Jabatan Parit dan Saliran (JPS) kepada syarikat Rokeng Corproration sdn. bhd. Syarikat Rokeng No. 563347-D dimiliki oleh ahli majlis MDSB, Dato’ Hj Mohamad Mosloro Abdullah dan Hamidah Ahmad. Akibat pemberian tanah kepada syarikat Rokeng pejabat JPS akan dipindahkan kerana kawasan tanah itu akan dibina rumah kedai tiga tingkat. Katanya semua urusan pemberian tanah kepada Rokeng Corportion dibuat melalui orang kuat Khir Toyo iaitu Timbalan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Masloro Ahmad. Beliau turut membuat aduan tentang pemberian tanah dusun rancangan Merbau Berdarah Am 1, Mukim Sungai Panjang kepada rakyat di daerah Sabak Bernam yang diluluskan oleh mesyuarat kerajaan negeri pada 14 Februari 2005 telah dibatalkan pada 20 Januari 2006. Beliau mendakwa tanah tersebut telah diberikan kepada kroni-kroni Khir Toyo. Dalam aduan itu juga Khir Toyo didakwa telah menyalahgunakan kuasa dalam proses pembelian 19 buah rumah di Taman Perwira daripada pemaju Perwira Bintang Sdn Bhd bernilai lebih RM3juta. Sedangkan kata beliau, MDSB tidak mempunyai sumber kewangan dan diarah meminjam daripada Tabung Amanah SUK semata-mata mahu menyelamatkan projek perumahan yang tidak laku. Tindakan rakus Khir Toyo telah menimbulkan kemarahan orang Melayu di Sungai Besar, tegasnya. Tambah beliau, Khir berlagak baik ketika berada di luar Sungai Besar tetapi dengan pengundinya beliau seorang pemimpin diktator berlagak sombong dan cakap besar. “Orang Melayu kalau sudah marah dengan sikap pimpinan Umno, jangan marah kalau Umno akan hancur,” katanya. – mns
ahli UMNO cawangan dia sendiri kata dia rasuah..macai masih idop dlm fantasi igt beliau suci
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
gila byk kes khir toyo ni takkan ko tak tau..dia nasib baik sbb dokumen sume sempat dihapus
1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta. 2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut. 3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen. 4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun. 5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000. 6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi. 7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada. 8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu. 9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.mega_shok.gif. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering. 10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS? 11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan. 12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB. 13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam. 14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor. 15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya. 16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya. 17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.” 18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir. 19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya. 20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
property dia kene sita tak? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|