|
tp tu dah kelebihan awk pandai mengolah..
hahaaa.. sy tk pandai..
|
|
|
|
|
|
|
|
asal mcm pnh bc cerita ni eh?
pnh post sblm ni ke kt thread lain?
serious sebijik
|
|
|
|
|
|
|
|
eh haha betula dah cite. sbb ulang tayang, yg lama saya delete dah.
sorry la, tulis tak baca balik apa yg dh ada
|
|
|
|
|
|
|
|
haha
igtkan dejavu dah
btw ni kali ke-2 aku bc story angker
dimana aku rs aku pnh baca
tp yg 1st tu die kata xpnh story kt mn2 lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
raya haji arituh balik kampung, keluar minum dengan kawan2 lama. dia ada bawak kawan2 dia gak 2 orang. sedap2 borak, keluar topic cerita2 hantu. ada 4 cerita yg saya ingat, semua cerita pendek je lah and takdelah horror sangat. padahal lepas habis lepak, nak drive balik rumah kol 3 pagi punyalah cuak sbb dah teringat cerita haha
KISAH 5A: RASUKAN
makcik si Wan kena rasuk/ sampuk dalam 2-3 minggu sebelum raya haji. kat mana kena, macam mana kena, diorang satu family tak tahu. sedar2 Che Su (gelaran kepada makcik Wan) nih dah jadi lain macam, tgk orang dengan menjeling, berbunyi garau mcm suara lelaki, jadi panas baran dan sebagainya. suami Che Su pon panggil la seorang ustaz mintak tlg tengokkan apa yg tak kena dengan Che Su nih.
ustaz tuh datang, duduk bersila mengadap Che Su yg duduk bersimpuh depan dia. ustaz tuh baca2 sikit, kemudian lama dia diam. dia panggil suami Che Su. kata ustaz, ada 7 jin dalam Che Su tapi takde masalah boleh dihalau. so ustaz tuh pon halau la sekor sekor jin tuh, boleh nampak la perwatakan dan suara Che Su berubah2 tiap kali sekor jin kena halau. mungkin tukar identity la kot kan.
lepas dh selesai halau yg ketujuh, eh apsal Che Su masih nampak lain macam. ustaz tuh 'tilik' sekali lagi. ada 2 ekor lagi pulak dah. ustaz tuh pon berdialog la sikit, tanya mana pulak datang 2 ekor nih. yang pertama cakap dia baru je sampai. dia lalu, then tengok ada 'ruang kosong' di Che Su so dia pon singgah. ustaz pon halau. tinggal yg last. time nih Che Su diam je, tapi tersenyum sinis. ustaz pon interview lagi, tanya kau nih siapa pulak.
"uteri Saadong" jawab Che Su. pulak dahhhh. time tuh tiba2 Che Su boleh menari mcm gaya2 makyong tuh, yg meliuk lintuk jari. mujur ustaz tuh power, dapat la gak dia halau lepas tuh. tp sempat la para hadirin termasuk anak2 Che Su tengok tarian mak yong tuh. anak dia merangkap sepupu Wan la yg ceritakan dekat dia.
KISAH 5B: POTONG
Farid kerja sendiri, selalu ulang alik KB-KL atas urusan kerja. hasil bisnes dia, dpt la beli BMW so sedap la sikit jalan jauh pon.
satu kali nih, lepas settle keje kat KL, Farid nak terus balik KB. dah malam, dekat kol 11pm dah tapi sebab esoknya dia ada hal di KB pulak so takde choice. kena balik terus. tengah2 malam di tengah minggu dan bukan musim cuti, jalan no 8 dari bentong ke kota bharu tuh memang kosong je. jarang sekali ada kereta atau lori. Farid pecut, pakai kereta mahal mmg sedap lah dia tekan.
sampai gua musang dalam pukul 2am cmtuh, berenti shell isi minyak (lepas genting sempah kalau x silap gua musang la next pump station yg 24hrs di laluan nih, so kalau tak biasa jangan la lalu malam2 jalan nih), minum air hisap rokok lebih kurang diorang masuk balik kereta nak teruskan perjalanan.
jalan dari gua musang ke kuala krai mmg boring, tak ada apa. kiri kanan byk ladang sawit dan hutan je banyak, jarang nak jumpa kampung. malam pulak mmg kosong sunyi sepi lah. Farid sedap tekan minyak nak bagi cepat sampai, mata dh start ngantuk nih. tiba2 nampak kat depan satu van bergerak slow je. Farid mengeluh, tp sebab jalan kosong dia terus je lah potong van tuh.
sambil potong, dia pandang dgn gaya marah nak tgk sape driver bawak slow gile nih. ya, seperti yg anda mungkin dah agak, takde driver. Farid cakap nasib baik tak terbabas kereta dia, cuak punya pasal. terus tekan lagi minyak and merempit sampai ke kuala krai. tuh pon kena berenti kat petronas sana pulak tenangkan fikiran jap. sudahnya tunggu sampai subuh baru sambung perjalanan ke KB hehe
----
2 lagi cerita nanti sambung, ada keje sikit |
|
|
|
|
|
|
|
tt , xad smbungan lg ke ? kate ade lg 2 cerita . huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by feuersturm at 30-10-2015 11:50 AM
sorry sorry, lama pulak x bukak forum nih sebab sibuk sikit. ok2 arinih sambung 2 cerita lagi.
5C: GARU
nih pon pengalaman Farid jugak. keluar lepak minum malam-malam, tgk2 dah pukul 12 lebih. esok nak kena outstation lagi, so kena la balik awal sikit. sepupu dia ikut balik sekali sbb rumah diorang dekat2 je, motor ditinggalkan kat rumah Farid.
jalan nak balik ke rumah Farid nih agak gelap bila malam sbb lampu jalan x banyak dan yg ada pon jenis lampu malap cahaya oren tuh je. jalan kampung lah boleh dikatakan. jalan elok ada, tp sebab nak cepat sikit amek la shortcut nih. sambil lalu jalan tuh farid dengar sepupu dia dok berdengkur kuat. amboi, sedap pulak dia tido fikir Farid.
'hoi, slow sikit bunyi tuh' Farid cakap sambil tolak bahu sepupu dia. takde respons, bergerak pon tak sepupu dia. bunyi berdengkur berterusan. lantak kau lah, Farid terus je drive. tak jauh dah, depan nih ada simpang ke jalan besar dan dari situ dalam 5 minit je lagi nak ke rumahnya.
sampai je kat simpang, sepupu dia bersuara 'berenti kat Shell jap'. Farid agak pelik, Shell tuh mana bukak malam2. nak terkencing tak tahan la tuh kot.
Shell tuh di jalan besar, x jauh dari simpang ke rumah Farid. Farid pon berenti la kat Shell, tp sepupu dia duduk mcm kayu je kat situ, takde pulak nak keluar ke ape. Farid tanya la nak kencing ke tanak nih.
'bukan aku dengkur tadi, aku tak tido pon. bunyi tuh dari belakang'
Farid cakap malam tuh sepupu dia tido rumah dia je, tak berani balik walaupon rumah x jauh mana. bila dia cerita kat bapak dia esoknya, bapak dia cakap tuh benda biasa kat jalan tuh. ramai orang kena tapi dia tak kacau mana. bunyi je. sampai jalan besar dia hilang.
note: sorry lupa sungguh area mana jalan Farid cerita tuh, tapi dalam kawasan Kota Bharu je. tak silap area Panji.
5D: OVERSEA
Zaid jenis nakal orangnya. bila ada duit lebih, dia akan ke 'oversea'. tak jauh mana, lintas sungai golok je sampai lah. kadang2 2-3 kali sebulan dia pergi berhibur dan menunaikan hajat di hati.
kali terakhir dia ke golok (menurut Zaid la last time, mari bersangka baik hehe), dia bersama Imi. sampai golok petang, terus ke kedai 'ayam'. lepas dh pilih2, bayar mereka berempat bergerak ke hotel. hotel cap ayam je, bukan hotel femes macam Marina. ye lah, bukan gi holiday pon. bayar bilik, tgk dapat bilik berdepan. ok lah tuh. Zaid masuk bilik 103, Imi masuk 104.
KISAH DARI IMI: masuk bilik bukak tv baring2 dulu. dia dah bayar untuk sampai ke esok, no rush lah katanya. borak2 sikit dgn awek dipilih tadi, then sambung tgk tv. bukan paham pon, tv siam semua alih suara. bila dah malam sikit Imi terasa lapar la pulak. ajak Zaid makan dulu lah. Imi pon ajak awek siam dia gi makan skali, diorang siap2 lebih kurang then keluar bilik. Imi ketuk pintu bilik Zaid depan bilik dia.
tak lama lepas tuh, awek pilihan Zaid bukak pintu. Imi tanya Zaid mana, awek tuh ckp Zaid tiba2 lari keluar. ah pulak. phone takde roaming, mane pulak peginya Zaid nih? Imi fikir takpe la, gi makan la dulu. nanti pikir camne nak cari Zaid.
sampai je ke lobi hotel, Imi nampak Zaid dok hisap rokok kat luar. Imi panggil la Zaid dan tanya apahal dia lari?
KISAH DARI ZAID: lebih kurang mcm Imi, dh masuk bilik lepak2 la dulu. takde benda nak dikejar. sempat hisap rokok makan twisties bagai dulu. tak lama lepas tuh dia pegi mandi. lepas dia siap mandi dia suruh awek siam pulak gi mandi. dalam kepala dah start planning dah la kerja2 seterusnya.
so awek siam pon dh siap mandi dah. eh nak terkencing pulak, so Zaid masuk balik ke toilet. lepas dah selesai hajat dia bukak la pintu. bila dia pandang ke arah katil kelihatan awek siam tp wajahnya maha buruk tak seperti yang dilihat tadi. Zaid tergamam kejap. awek dgn wajah buruk terus memandang Zaid dan Zaid mula terbau sesuatu yang sangat hamis.
'macam bau perut ikan yang dah berulat' description yang diberi Zaid
Zaid tersentak dan terus lari keluar bilik, phone wallet jam semua tinggal je. tak tahu nak ke mana, dan tak berani nak naik balik cari Imi, dia lepak je lah kat lobi. mujur Imi turun.
malam tuh mereka berdua terhindar dari maksiat lebih lanjut, Imi teman Zaid naik balik atas amek barang dan terus balik. 'awek' Zaid tadi dah hilang. menurut Zaid mmg tobat dah dia tak pegi lagi, jadi ada hikmah la kot kejadian tuh hehe |
|
|
|
|
|
|
|
manusia kan.. takutkan hantu lebih pada takutkan Tuhan... rujuk citer yg last tu la...
nice writing...
seronok baca, plot x meleret..
|
|
|
|
|
|
|
|
haha betul gak tuh, mmg ramai org lagi takut hantu pon
|
|
|
|
|
|
|
|
wahh , da ade smbungan lahhh . huhuhu ... layan cerita tt jap ..
|
|
|
|
|
|
|
|
weekend lepas pegi rumah abang ipar, borak2 psl tol naik meleret ke psl pengalaman drive kat highway2 dan akhirnya masuk ke topik hantu jalanan chewah. dua cerita pengalaman dia dapat saya kutip
KISAH 6A: GERIK
abang ipar saya orang kota bharu gak, wife dia iaitu kakak kepada wife saya orang kedah, loqstaq mari. benda nih jadi sebelum saya kawin lagi.
satu tahun tuh, diorang balik beraya haji kat alor star. balik awal sbb masa tuh anak2 belum sekolah and dia pulak bisnes sendiri. wife die tak keje, jaga anak surirumah sepenuh masa. tanak serabut jam la kan. esoknya dpt panggilan dari kakak dia, mak sakit teruk. lepas bincang lebih kurang dgn wife dia, dia amek keputusan untuk balik seorang diri dulu ke kota bharu jenguk keadaan mak.
so dia drive la balik kb ikut gurun-gerik-jeli-machang-kb. mak dia hospitalised, sakit buah pinggang tak silap. jadi terpaksa lah dia duduk kb 2-3 hari gak sementara tunggu adik beradik lain balik untuk berganti di hospital. pagi raya dia masih di kb.
petang tuh, nampak mak dah ok sikit dan adik beradik lain pon semua dh ada. dia bgtau family dia cakap nak balik alor star dah. tup tap tup tap tahu2 dah pukul 10pm lebih, dia belum gerak lagi. abang dia suruh gerak pagi esok je lah, tapi dia rasa bersalah dgn family tinggal lama so nak gerak terus.
dari hospital usm dekat kubang kerian dia drive menghala ke utara balik, ikut jalan sama mcm dia lalu arituh. drive rilek2, takde rushing dah since raya pon dah lepas. drive malam jalan gerik mmg sunyi, sekali sekala je ada kereta lori atau bas. banyaknya kosong je jalan. jalan bukan mcm PLUS, bengkang bengkok dan kecik je lalu hutan. bagi yang pernah lalu tahu la camne rupa jalan tuh.
dekat2 nak sampai pulau banding, tgk jam dah nak pukul 2am. sebab dia x hisap rokok, so takde benda nak hilangkan kebosanan. ngantuk pon ada, penat drive jauh campur penat kat kb lg. dia tutup aircond dan bukak tingkap, amek angin malam segar sikit kot dia pikir.
sedap layan udara segar hutan, ehh apa yang bau wangi pulak. tak tau mana punca pulak bau tuh. rasa meremang pulak, dia tutup tingkap pasang balik aircond. bau makin kuat.
dia jenguk rearview mirror, ada pulak yang menumpang! kelihatan susuk tubuh mcm samar2, tp tunduk je x nampak muka. ah sudah nak buat camne nih. time tuh semua ayat tak ingat dah. jalan gelap kosong, jauh lagi nak jumpa tempat ada orang.
dia lalu jambatan pulau banding, dgn penumpang dia masih ada di belakang. dia nekad, nak ke kem askar dekat hujung jambatan. at least situ confirm ada orang. terasa panjang sungguh jambatan, tak sampai2 ke hujung.
sejurus sampai ke hujung jambatan, dekat2 dgn pintu pagar kem dia jeling ke rearview mirror sekali lagi. dah tiada. dia tetap berenti depan dataran juang tuh dan tenangkan perasaan kejap. dalam 30min dia duduk luar kereta, pintu semua bukak luas2. bila rasa dh bersedia nak sambung perjalanan, dia check dulu kalau bau wangi tadi masih ada.
alhamdulillah dah takde bau wangi tadi, dan dia teruskan perjalanan sambil mulut tak putus2 baca ayat qursi dan sebagainya. tiada lagi gangguan sampai la selamat tiba di alor star.
KISAH 6B: OUTSTATION
sebelum dia kerja sendiri, dia dulu kerja sales untuk satu company IT. selalu la travel dalam dan luar negara jumpa clients. masa nih berlaku dia belum kahwin lagi, kena pergi kerteh jumpa client kat sana.
lepas dah selesai semuanya, dia balik ke hotel berehat. malam tuh kawan dia ajak dinner, so tunggu lah kawan dia call. lepas maghrib kawan dia call bagi dia direction ke restoran dekat paka. nih zaman belum ada GPS, jadi kena pandai2 la ingat landmark semua hehe.
lepas dah dinner, diorang melepak pulak minum kat kedai lain di area paka juga. kawan dia ada bawak 2-3 orang lagi kawan2 lain, sedap sikit nak layan borak. dekat2 tengah malam, abang ipar saya mengundur diri, esok pagi nak drive balik kl dah so nak tido awal sikit bagi fresh. lepas dapatkan direction dari kawan dia, dia pon salam2 dan gerak balik ke kerteh.
masa on the way balik tuh dia nampak dari hujung mata ada benda melayang. sebab refleks dia toleh tengok ke kanan - tak ada apa. dia terus je drive, bukan jauh mana. jap lagi kelibat benda melayang di belah kiri kereta pula. dia pandang lagi, masih takde pape. pelik.
dia pandang semula ke depan tengok jalan dan kali nih ternampak di tepi belah kanan seekor kak pon terbang 'mengiringi' kereta dia. Allah, sebab tak tahu nak buat apa dia pecut kereta selaju mungkin dan kak pon juga memecut mengikuti sampai lah dah dekat dengan kerteh ia menghilangkan diri.
sudahnya sampai pagi takleh tido, duduk dalam bilik hotel dgn tv terpasang. lepas subuh baru tido, tengah hari baru bertolak balik kl. patutnya 2pm dia kena masuk office balik dah sbb travelling time company bagi half day je. petang tuh emergency leave je lah half day, esok mc demam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|