Video: UAE Belasah Malaysia 10-0, Pasukan Negara Diaibkan
Posted on September 4, 2015 by Editorial|
Kuala Lumpur – Emiriah Arab Bersatu (UAE) membelasah Malaysia 10-0 dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, sebentar tadi.
Ini adalah kekalahan paling besar dan memalukan dalam sejarah bola sepak negara di pentas antarabangsa sejak negara merdeka 58 tahun lalu.
Ketika ditanya pemberita adakah beliau akan meletakkan jawatan selepas kekalahan yang memalukan itu, Dollah hanya menjawab ‘saya tidak tahu, tapi mungkin’ katanya ringkas sambil tersenggih.
Walaupun anak buah Dollah Salleh menyatakan semangat untuk bangkit namun hakikatnya mereka bukan tandingan pasukan di ranking ke-70 dunia itu yang berkenduri gol pada babak pertama di Stadium Mohammed Bin Zayed.
Skuad Harimau Malaya bimbingan Dollah Salleh ketinggalan 7-0 pada separuh masa pertama.
Jaringan pertama tuan rumah hadir pada minit ke-16, sebelum gol seterusnya pada minit 22, 24, 25, 29, 33 dan 39.
Gol kelapan, kesembilan dan ke-10 diledak UAE pada minit ke-70, 76 dan 78.
Sebelum ini, skuad negara tewas 6-0 kepada Palestin di laman sendiri. Sementara itu, keputusan dalam aksi kelayakan lain menyaksikan Korea Selatan membelasah Laos 8-0; Iran menjinakkan Guam 6-0; Australia membenam Bangladesh 5-0 dan Jepun tunduk pada Kemboja 3-0.
Dalam satu lagi aksi kelayakan yang masih berlangsung, Qatar sedang mendahului Bhutan 8-0 di separuh masa pertama.
Ia juga merupakan kali kedua skuad negara diaibkan selepas dibenam 0-6 oleh Palestin pada perlawanan kedua kelayakan Kumpulan A di Stadium Shah Alam Jun lalu.
Selepas ini Malaysia akan berdepan Arab Saudi di Shah Alam pada Selasa depan.
Terdahulu Dollah Salleh mengakui kepincangan jentera serangan skuad Harimau Malaya ketika terikat seri tanpa jaringan pada aksi persahabatan menentang Bangladesh di Stadium Shah Alam, Sabtu lepas turut merencatkan persediaan pasukan bagi menghadapi aksi getir menentang UAE.
Beliau menyifatkan UAE merupakan salah sebuah pasukan terbaik di benua Asia. – SuaraTV
Mungkin kerana coach nya. Our coach dari german..... Lions coach Bernd Stange Football: Singapore restrict Syria to 1-0 World Cup qualifying win
Singapore's Baihakki Bin Khaizan (R) vies with Qatar's Sebastian Soria (L) during their international friendly football match on Aug 28, 2015 at the Al-Sadd stadium in Doha. The match is a part of Qatar’s preparation for the 2018 World Cup qualifying matches. PHOTO: AFP
Singapore will now have three successive home matches at the National Stadium starting with an Oct 8 clash against Afghanistan before they face Cambodia on Oct 13 and a mammoth clash with Japan on Nov 12.
KUALA LUMPUR: Emiriah Arab Bersatu (UAE) membelasah Malaysia 10-0 dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, sebentar tadi. Ini adalah kekalahan paling besar dan memalukan dalam sejarah bola sepak negara di pentas antarabangsa sejak negara merdeka 58 tahun lalu. Skuad Harimau Malaya bimbingan Dollah Salleh ketinggalan 7-0 pada separuh masa pertama.
Bubarkan team nih...
Dulu semua nak Dollah ganti King Gopal... sekarang King Gopal sengih dan gelak guling2.
Eksperimen King Gopal pun takle kena titik sampai 10-0
Pemain2 Malaysia, harusnya gantung je but korang. Dlm liga M pun tak payah la korang main. Balik Malaysia, tutup muka.
Dgn kemasukkan pemain import, makin teruk pulak Malaysia..
Budak main bola kat Malaysia ni mmg naik lemak. Kena ikut stail vietnam stail tentera agaknya.
Semua hp tak boleh simpan, lps 10 mlm kena tidur...