|
Sis nk tanya antioxidant berkesan tak dkt cancerous cells yang udah lama terbentuk? Sbab masa zaman pprt dulu saya blajar cancer dapat dicegah dengan antixidant, namun tiada pula ummah2 lecturer cakap untuk treat cancer dah on-going. Realitasnya badan kita ada x mechanism untuk heal sendiri cancer tampa bantuan drugs? |
|
|
|
|
|
|
|
Oprah, anti-oxidant tak la berkesan. treatment utk cancer masih lagi chemotherapy, surgery, radiotherapy, immunotherapy dan combinations of these. paling elok adalah utk elakkan risiko utk dapat cancer tu dulu.
eh badan kita memang pantau cancer cells nih. malah, immune cells kita memang active dan ada systems yang sungguh elaborate untuk lawan cancer cells di semua. depa buat surveillance, depa makan cells yang nmpk tak elok, depa lawan cells yang dah mula jadi cancer dan most of the time mereka menang. bila cells cancers tu dah kuat melampau lampau atau immune cells org tu lemah, barulah cancer terjadi. kita boleh percaya pada immune cells kita insyaAllah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Doc merupakan antara forummer paling berinformasi di Cari Forum, I really like you doc (not that kind of Brokeback Mountain anyway).
Kalau doc berikan komen macam ini di bod CI, pasti berguni-guni kacang Spidey bagi kat doc.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah, kau tengok Brokeback Mountain ek Spidey . Berkenaan dengan medical info ni, i just nak share knowledge aje. Lagipun, doctor kita dimesia lemah di level educating the patients. Sebenarnya, jika patients ade sikit aje knowledge, depa mungkin lebih prihatin. Ni ada byk lagi info pendek pendek dgn pics simple yang saya dah compile and tgh nak release slow slow so that forumers ada masa utk baca. Kacang? Saya penggemar biskut Marie.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hi all forum reader,
Saya belajar Cancer + cell dengan one of the Prof/Dr Cancer cell.
Beliau telah membuktikan sebenarnya cancer can be prevent by 65% dengan bring up our body immue system.
Pesakit cancer yang telah mengikuti cara Dr Cancer ni, dimana bacaan Turmor Marker -cell indexnya dari 34,199 (Dec 2014) drop to 265 (May 2015) and pesakit continue ikut cara and nasihat beliau dimana sekarang cell index pesakit dah below 50 (Dr dah sah kan pesakit dah tk payah buat Chemo and pesakit dah sembuh dari cancer), Pesakit dinasihakn kan follow the prevention way and just to do yearly medical check and Tumor Marker reading to monitor je.
Satu lagi kes 2013, dimana Pesakit perempuan dah confirmed Breast Cancer stage 3, dalam masa 6 bulan pesakit jalankan chemo and buat apa yang patut di hospital dan dalam masa yang sama pesakit mengikuti cara dan nasihat beliau dan pesakit sudah sembuh dari cancer (tumor marker reading dah normal).
Sekiranya siapa2 ingin mengetahui lebih lanjut, sila PM saya ya....just knowledge sharing and help people to prevent from cancer.
|
|
|
|
|
|
|
|
iols pun baru menjejak2 kat sini.....layan baca info dari doc ni...
moga kita semua ada kesedaran untuk jalani hidup lebih sihat...takut plak iols baca pasal ni tp sgt informative
|
|
|
|
|
|
|
|
share la kat sini je...lebih open and boleh soal jawab secara terbuka juz like doc tu
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 30-8-2015 07:40 PM
Yayangmama,
No, cancer cervix (CxCa) generally tak genetically-related. Malah 80-90% adalah dar ...
Ipes2,
Just to share.. Ramadhan hari tu, akak bleeding lebih dr sebulan. Raya ke2, tumpah darah. Gi clinic dan dpt ubat utk stop/slowkan bleeding. Balik Johor, gi pakar dan admitted. Ct scan dan check dalam, ada luka sikit tp xde bulging or whatsoever. Doc bagi mkn ubat tp makin byk. So, kasi through iv ubatnya. The 3rd day, since xde perubahan dan bleeding makin heavy, doc buat scope utk check rahim. Dinding sgt tebal, mungkin sbb sblm2 ni darah x keluar habis@ hanya terlebih hormon.So, doctor bersihkan dan htr specimen for cancer atau yg sama waktu dgnnya. After 10 days, alhamdulillah, xde apa2. Sebulan jugak baru darah kering... Cuma doc pesan, kalau ada yg lain dr normal, blh jumpa dia. Selain dpd tu, just stay happy and stress free!
Btw, istihadah pd bulan Ramadhan ni ialah yg ke2 kali...
My yearly routines, blood test utk cancer, pap smear, mamogram (sejak dah maasuk 4series 3 yrs ago) dan full blood test. Dan last 3 years dah completed my HPV injections. Dan bacaan hormon x menunjukkan akak diambang menopaus.. Lepas ni akan kena jumpa dia every 6 months, just to monitor..
# gambar tu ialah specimen dr rahim..
Any advice?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu Pilot, sebab jika dibincang, kebanyakan masalah tu ade je jalan keluar nye
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah bukan cancer Kak-Leen. Kak ni peri-menopause la ek? Maybe 4-5 tahun lagi kot insyaAllah. Bagus Kak check things out selalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 2-10-2015 03:11 AM
Alhamdulillah bukan cancer Kak-Leen. Kak ni peri-menopause la ek? Maybe 4-5 tahun lagi kot insyaAl ...
Mungkin kot ipes2... |
|
|
|
|
|
|
|
assalammualaikum doc..
ayah saya anemia
kakak leukimia
adik kanser paru2
emak pula selalu sakit kepala, meninggal secara mengejut sakit kepala
dia org semua telah pun meninggal dunia
ni semua penyakit keturunan ker..
saya pun sering sakit kepala/migran..boleh dikatakan tiap2 bulan mesti kena..terutama time period
time lain kalau saya stress atau kena panas
setiap kali sakit saya mesti kena makan ubat migrain Caffox
lau mkn ubat tahan sakit x berkesan pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Waalaikumussalam Haryatie.
Cancer paru paru adik tu disebabkan merokok ke?
Leukaemia kakak tu jenis ape? Byk jenis leukaemia ni.
Emak pula kena aneurysm ke?
Sesetengah penyakit kat atas tu ada basis genetic, tetapi genetically predisposed aje, bukan terus dapat; kena control risk nye lah.. eg jika tak mau kena aneurysm, kena lah jaga blood pressure etc.
Kami tak pakai caffox kat sini; kami pakai yg lain lain, tapi cousins caffox la jugak. Tapi kami guna bergantung pada apa yg setiap patient kata tentang symptoms migraine depa.. sebab semua pesakit berbeza; malah respond pada lain lain jenis ubat pon berbeza
|
|
|
|
|
|
|
|
yg pasti adik mmg x merokok..
yg lain2 x pasti pulak jenisnya..
apa pun trima kasih..
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuma ada beberapa penyakit yang walaupun nampak simple dan tak rasa sakit apa pun, namun orang dah tahu kesannya sangatlah teruk; lalu penyakit penyakit ini di pantau di jabatan jabatan khas dan dipantau sampai akhir umur dan diberi ubat utk diambil hingga akhir hayat. Penyakit penyakit ini ialah penyakit chronic dan contoh yang terbaik ialah Hypertension (darah tinggi) dan Diabetes. Dua dua ni di follow up di klinik diabetes dan klinik darah tinggi dan pesakitnya diberi ubat biarpon bacaan mereka telah normal. Dua dua ni membunuh dan mencacatkan orang dengan ramainya, walaupun tak sehebat malaria (malaria adalah penyakit paling lethal di alam ini, membunuh 2.7miliion setiap tahun, lebih kurang 2,800 kanak kanak sehari).
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jazaa100 at 12-12-2015 08:54 AM
eidajj replied at 21-9-2015 02:14 PM
Hi all forum reader,
Saya belajar Cancer + cell dengan one of the Prof/Dr Cancer cell.
Ini berkenaan supplement 4life transfer factor ke?.
Supplement ni katanya educate immune system bdn kita...pastu sel-sel itu sendiri attack sel kanser....
Ramai juga pesakit kanser sembuh dgn izin Allah selepas amik supplement ini...
Mohon Dr @ipes2 komen .....
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum Jazaa, maaf lambat jawab.. ter bizi pulak last 3-4 weeks.
Immune system kita memang terer sebab kita ada pelbagai jenis cell darah putih yang mana sebahagian nya bertugas macam sentry untuk cek cells yang DNA nye dah berubah (ie menjadi cancerous) dan akan cuba membunuh cells tersebut. Cells darah putih yang lain ada pelbagai tugasan lain.
Tentang 4life tec tec ni, saya tidak boleh comment. Satu, kerana ianya adalah supplement products dan saya tidak boleh menyekat pihak yang ingin menjual products mereka (adilkah jika kita kata org yg cuba menjual sejenis kasut baru berbohong jika org itu kata bahawa kasutnya boleh membuat org berlarilebih lama tanpa sakit?). Walaubagaimana pun, sebagai doctor, kerana kita deal dgn life and death, maka sy sgt menggesa that we all follow the conventional medications yang telah dikaji dan diterimapakai di serata dunia. Stage3 breast cancer apakah histology nye seperti yg di dakwa oleh forumer tadi? Satu pesakit aje yg didakwa demikian, tidaklah sama dgn careful follow up berpuluh ribu pesakit diserata dunia.
Saya faham ditempat kita pokok pokok, daun daun, ozone, mercury, air jampi, kubur kubur dan pelbagai benda lagi dilihat mempunyai pelbagai kuasa yang malangnya tidak terjadi di negara lain; tempat kita memang magical sikit .
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 17-12-2015 06:04 AM
Assalamualaikum Jazaa, maaf lambat jawab.. ter bizi pulak last 3-4 weeks.
Immune system kita mema ...
Sorry, naik balik thread lama ni. Dr Ipes2, pesakit yang akan dirawat melalui rawatan kimo dan radioterapi ni ada had umur yang tertentu ke?
Dan, saya nak tahu secara ringkas penyebab cancer leiomyosarcoma...bapa saya menghidap cancer ini dulu, dan setahun selepas pembedahan membuang macam ketumbuhan kat belakang tu, dia disahkan menghidap kanser paru paru pula. Doktor kata sel kanser lama mungkin sudah merebak ke paru paru yang berpunca dari leiomyosarcoma tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Askm Shirley. Chemotherapy dan radiotherapy ada problem sikit bila sudah berumur atau terlalu muda eg kids etc; walaubagaimanapun, ia bergantung pada plans dan regimes dan decision of the oncologists. jawapan ringkas utk soklan awak: tak ada, dan ianya bergantung pada budi bicara dan pendapat oncologist pesakit tersebut.
Innalillah di atas musibah yang menimpa bapa you, semoga beliau mendapat rawatan yang seelok mungkin dan secepat mungkin.
LMS ini adalah cancer yg tumbuh dari muscle cells. Muscle cells ni ada 3, skeletal (otot yg u boleh control), cardiac dan smooth. LMS ni dtgnya dari smooth muscle cells. Ianya jarang; sekali sekala berlaku dalam uterus kerana fibroids (fibroids ini ialah lieomyoma).
Bila LMS ini berlaku, ianya biasa nya aggressive dan sukar utk di cure. Memang kena treat fully dan follow up dgn oncologist really closely. Malangnya, di dalam kes bapa saudari, ianya sudah ke Stage 4 ie sudah metastasized ie sudah merebak te tahap akhir. Make sure dia jumpa oncologist etc. Walaupun tak boleh cure, namun byk treatment yang boleh dibuat. Contoh: heart attack tidak boleh dicure, namun kesakitan dan umur dan kehidupan pesakit jantung boleh di per-elokkan oleh cardiologist. Jgn biarkan bapa awak putus asa.
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 12-8-2016 03:22 AM
Askm Shirley. Chemotherapy dan radiotherapy ada problem sikit bila sudah berumur atau terlalu muda ...
Bapa saya baru sahaja meninggal dunia 3 ogos lepas Dr...umur 57 tahun, belum bersara... Dia disahkan menghidap LMS pada tahun 2015. Bapa saya baru tahu yang beliau menghidap kanser paru paru stage 4 ( yang berpunca dari LMS ) pun seminggu sebelum ramadhan apa bila dia selalu mengadu sakit belakang, sakit dada, nafas tersekat sekat dan hilang selera makan.
Bulan syawal keadaan dia makin teruk, hari2 telan morphine yang dr. prescribed untuk kurangkan kesakitan dia.
Terima kasih banyak2 dr.ipes2 sebab berkongsi ilmu di sini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|