MENJADI viral sekeping gambar yang menunjukkan empat pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang di antaranya berbangsa Cina dan India melindungi beberapa pelajar Islam ketika menunaikan solat berjemaah dari terkena hujan.
Menerusi gambar, dapat dilihat perbezaan bangsa dan agama tidak membataskan hubungan apabila pelajar berbangsa Cina dan India memayungi rakan mereka sewaktu di Kem PPMS UniMAP di Kaki Bukit, Perlis.
Pelajar-pelajar UniMAP di kem PPMS.
Sikap pelajar bukan Islam berkenaan mendapat pujian daripada netizen serta dianggap sebagai watak sebenar 1Malaysia yang perlu ada di dalam hati warganegara.
Tinjauan kami di media sosial pula mendapati, gambar tersebut telah mencetuskan perbualan hangat di mana rata-ratanya amat kagum dengan sikap yang dipamerkan.
“This why I like being Malaysian….terbaik la korang!!! I suka Chinese and Indian, Malay as well dan lain-lain,” kata Nur Atika Hisham.
“Walaupun hanyalah ‘kem’, kenapa tidak kita doakan agar semua ini berkekalan dengan kekalnya semangat perpaduan? Come’on Malaysian, inilah masa untuk tumbuhnya pokok generasi baru,” kata Rasyid Razak.
Selain itu, slogan Sehati Sejiwa yang digunapakai untuk sambutan Merdeka kali ini merangkumi seluruh hubungan etnik sememangnya bertepatan dengan Bulan Kemerdekaan yang bakal disambut oleh seluruh rakyat Malaysia tak berapa hari lagi.
Inilah semangat setiakawan serta toleransi agama yang diperlukan oleh seluruh rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum dan agama.
Kudos buat pelajar-pelajar UniMAP! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Ieamyrul Haziq Ehsan
|