CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL: MAWAR

[Copy link]
 Author| Post time 20-8-2015 03:31 PM | Show all posts
wokeh..aku edit jap...
nantii, kalau ada apa2 yg pelik...tegur tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2015 03:35 PM | Show all posts

alololoo.. jangan la marah...



Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 03:43 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 20-8-2015 03:35 PM
alololoo.. jangan la marah...



Tak marahlah.... kang takde sapa nak belai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2015 11:13 PM | Show all posts
BAB 2




IKRAM yang sudah tiba di hospital bersama Badrul mula melangkah ke wad yang menempatkan gadis itu malam tadi. Dia sudah diberitahu oleh jururawat di situ sebaik sahaja sampai di kaunter pertanyaan. Hatinya masih berdebar lagi. Kejadian malam tadi dalam keadaan hujan lebat masih terbayang-bayang di ruang mata.

Badrul hanya mengikut Ikram dari belakang. Sejak dari dalam kereta lagi dia bertanya Ikram tentang hal itu tetapi haram dijawab oleh Ikram. Entah apa yang bermain di benak mamat itu. Lain yang ditanya, lain yang dijawab. Seolah fikiran Ikram terganggu oleh sesuatu. Tadi, sampai sahaja di kawasan hospital, dia bertanya lagi kepada Ikram, siapa sebenarnya yang sakit. Haram juga mamat itu hendak membuka mulut.

"Weh..Ikram, kau nak ziarah siapa ni? Siapa yang sakit?" Badrul cuit lengan Ikram yang sudah berjalan ke depan. Dia melihat kiri kanan, pesakit di situ diberikan bilik masing-masing. Tidak seperti yang pernah dia lihat semasa melawat pakciknya yang sakit dahulu. Katil hanya ditutup dengan tirai dengan katil pesakit lain.

Ikram berhenti di depan sebuah bilik. Dia jenguk melalui cermin kecil yang boleh menampakkan keadaan di dalam. Kelihatan seorang jururawat dengan memeriksa keadaan pesakit. Pintu dikuak perlahan.

"Ikram, siapa ni?" Badrul dari tadi masih tidak puas hati. Sekali lagi dia melontar soalan yang sama.

Ikram langsung tidak mengendahkan pertanyaan Badrul kerana dia pun tidak tahu siapa sebenarnya gadis itu. Langkahnya diatur mendekati katil. Jururawat yang leka memeriksa tekanan darah gadis itu mula berpaling dan melemparkan senyuman kepadanya. Senyuman jururawat itu dibalas mesra.

"Encik berdua ni kawan pesakit ke?" Tanya jururawat itu yang mula mencatat bacaan tekanan darah di atas nota dalam fail.

"Ya..kami kawan dia. Macam mana dia nurse?" Ikram mula duduk di kerusi yang sudah memang tersedia di sebelah katil.

"Dia masih tidak sedarkan diri. Doktor sudah membuat pemeriksaan yang detail. Nampaknya tiada kecederaan serius berlaku.Tetapi doktor syak dia mungkin terhantuk kepala dengan agak kuat ke atas benda keras. Ada sedikit pendarahan. Mungkin mengambil masa sedikit untuknya sedar. " panjang lebar jururawat itu menjelaskan keadaan pesakit.

"Oh..agaknya berapa lama tu nurse?" Ikram bertanya lagi.

"Itu kami tak dapat pastikan. Tengok keadaan pesakit."

"Err...ada sesiapa tak yang datang melawat dia?" Soal Ikram lagi.

Jururawat itu menggeleng.

" Sebab saya pun tak tahu nak hubungi keluarga dia macam mana. Ada tak apa-apa pengenalan masa doktor buat pemeriksaan?" Ikram perlu bertanya juga, dia perlu tahu siapa keluarga gadis itu. Kasihan melihat gadis itu keseorangan di hospital tanpa ada sesiapa yang datang menjenguk.

"Setakat ini kami tak ada terima pelawat untuk pesakit ini dan tiada ID untuk pesakit ni. Jadi kami terpaksa tulis Unknown pada nama pesakit. Mungkin selepas dia sedar nanti, kita boleh dapatkan maklumat. Encik ni ke yang hantar pesakit ke sini malam tadi?" jururawat itu pandang Ikram, seingatnya dia pernah nampak lelaki itu malam tadi dalam keadaan cemas dan wajah yang pucat.

"Ya saya. Saya yang hantar dia. Saya dah buat laporan polis tapi sampai sekarang tak ada maklumat lanjut pasal perempuan ni." Keluh Ikram. Dia merenung wajah gadis itu yang masih terbaring lemah. Wajah mulus kini jelas terserlah. Putih kemerahan, kening lebat hitam, mulut kemerahan walau tiada secalit gincu. Bekalan oksigen ditekup di hidung.

"Oh...mungkin belum ada buat masa ni. Saya minta diri dulu."

Ikram hanya mengangguk bila jururawat itu minta diri untuk keluar dari bilik itu. Dia kembali menatap wajah gadis itu yang masih terbaring diam di situ. Hanya desah nafas berat kedengaran.

"Ikram..siapa ni?" Badrul mula bersuara, dari tadi dia hanya diam mendengar perbualan Ikram dan jururawat yang cantik lawa itu.

"Aku tak tahu..malam tadi, aku terlanggar dia. Masa tu hujan  lebat, aku tak nampak apa-apa. Tiba-tiba aku ternampak ada benda melintas, aku tak sempat brek." Ikram meraup muka. Dia kemudian merenung gadis itu yang keseorangan terlantar.

"Kau langgar dia?" Badrul sudah pucat. Bulat matanya memandang Ikram yang sedang merenung wajah gadis itu.

"Ya..aku tak sengaja. Aku harap sangat dia sedar dan beritahu aku apa yang berlaku." Ikram tundukkan wajah.

"Aku tak faham.." Badrul kebingungan.

Ikram bingkas dari duduknya dan berdiri di tepi tingkap. Dia melepaskan matanya ke arah luar tingkap. Hari semakin menginjak senja. Setengah jam lagi akan masuk waktu maghrib. Kelihatan matahari juga sudah mula tenggelam dengan sinar senja mula melabuhkan tirainya. Rasa bersalah pada gadis itu semakin kuat. Tambah sedih bila mengetahui tiada sesiapa yang datang menjenguk gadis itu.

"Ikram..cuba kau cerita kat aku. Apa yang sebenarnya berlaku?" Badrul menghampiri Ikram yang sudah termenung jauh memandang ke  luar tingkap.

"Dah nak maghrib, aku rasa baik kita ke surau dulu. Lepas tu aku cerita kat kau.." Ikram mula mengajak Badrul ke surau yang terletak di tingkat dua hospital itu.

Usai solat maghrib, Ikram dan Badrul kembali ke wad gadis itu. Gadis itu masih tidak sedarkan diri. Ikram semakin gelisah. Dia tidak akan maafkan dirinya sendiri jika berlaku apa-apa pada gadis itu. Walau dia tidak tahu dari mana gadis itu muncul malam tadi, dia juga bersalah kerana memecut laju dalam keadaan hujan lebat dan gelap.

"Ikram..kau rasa..perempuan ni tinggal dalam ladang kelapa sawit tu ke?" Badrul turut bingung. Apa yang diceritakan oleh Ikram masa berada di surau tadi cukup membuatnya merasa seram. Perkara pertama yang terlintas di fikirannya adalah gadis itu bukan manusia tetapi melihatkan keadaan gadis itu sekarang ini terbaring lemah di atas katil wad, nampaknya gadis itu benar-benar manusia. Takkanlah hantu atau pontianak yang menjelma pula?

"Entah..dia tiba-tiba muncul di bahu jalan dan tiba-tiba melintas. Pelik memang pelik kalau difikirkan tengah malam macam tu. Lagi pelik, bila di tangan dia ada sekuntum mawar putih.." Ujar Ikram, mengingati kembali apa yang dilihat malam tadi.

"Mawar putih?" Berkerut kening Badrul.

"Ya...aku ambil bunga tu dan ada kat atas meja belajar aku di asrama." Jawab Ikram pula.

Masing-masing diam seketika. Suasana sunyi dan sepi. Ikram melihat sekitar bilik itu. Baru tadi dia bertanya kepada jururawat yang bertugas tentang bayaran hospital gadis itu. Berpeluh juga mendengar jumlah yang perlu dibayar. Apa pun, dia harus bertanggungjawab kerana dia yang melanggar gadis itu. Lagi pula, tiada sesiapa yang datang menjenguk setakat hari ini.

Sepuluh minit menunggu, Ikram dan Badrul mula meninggalkan bilik itu. Kebetulan waktu melawat juga sudah tamat. Sepanjang perjalanan pulang ke kampus semula, perasaan Ikram tidak keruan. Tidak sabar rasanya menunggu gadis itu sedarkan diri.


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 12:25 AM | Show all posts
Perkara pertama yang terlintas di fikirannya adalah gadis itu bukan manusia tetapi melihatkan keadaan gadis itu sekarang ini terbaring lemah di atas katil wad, nampaknya gadis itu benar-benar manusia. Takkanlah hantu atau pontianak yang menjelma pula?

takleh bayangkan kuntilanak kena langgor pastu masuk sepital

err ipo ngan conan tu watak penyemak saje ke atau geng penyiasat remaja purba?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 11:35 AM | Show all posts
macam penah dengar je nama-nama watak dalam cerita ni..
tapi di mana ya?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2015 11:37 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 21-8-2015 12:25 AM
takleh bayangkan kuntilanak kena langgor pastu masuk sepital

err ipo ngan cona ...

Rajin betul ko pegi up benang tersebut kan?

Punah harapan nak kasi tenggelam lagi jauh...



Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 11:50 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 20-8-2015 02:21 PM
baru nak ckp menda sama..

ada gak aku jumpa orang buat gini.. tapi sebelum mula2 tiap2 perengga ...

Aku tak faham la part ni...
tak jumpa kat mana yang korang maksudkan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2015 11:55 AM | Show all posts
akudansesuatu replied at 21-8-2015 11:50 AM
Aku tak faham la part ni...
tak jumpa kat mana yang korang maksudkan

Tolong jawab bagi pihak...

Asalnya cerita ni menggunakan PoV 'aku'. Tapi bila masuk bab lain, terus PoV bertukar. Tu yang serabut sikit masa baca.

Tapi Tuan Tanah Kedaung dah edit... tu pasai hang tak jumpa...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 12:25 PM | Show all posts
hahah...tuan tanah kedaung dah mai dah ni

maaf lerr,,citer caca marba ni..
kejap aku, kejap dia.kejap awak..kejap nama  

yang pasti..aku dah tak dak idea nak sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 12:33 PM | Show all posts
akudansesuatu replied at 21-8-2015 10:35 AM
macam penah dengar je nama-nama watak dalam cerita ni..
tapi di mana ya?

hhehehe...memang ada watak forumer

kalau nak masuk watak 'akudansesuatu'>>>>panjang benor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 12:40 PM | Show all posts
lailies replied at 20-8-2015 12:14 PM
wah..ipo ada cerita baru...good..good....teruskan menyambung panjang2 ye...

lailies pun suka citer gini gak ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 12:41 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 20-8-2015 11:25 PM
takleh bayangkan kuntilanak kena langgor pastu masuk sepital

err ipo ngan cona ...

geng penyiasat
depa siasat Ikram
Ikram siasat minah pengsan tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 12:41 PM | Show all posts
Ipo replied at 21-8-2015 12:25 PM
hahah...tuan tanah kedaung dah mai dah ni

maaf lerr,,citer caca marba ni..

ko ni kannn... kesian nicki ni tauu..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 01:13 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 21-8-2015 06:36 PM

ok sambung sikit...idea dah mai..


LEMAH langkah Ikram menuju ke bilik asrama. Setelah menghantar Badrul di rumah sewa tadi, dia terus saja pulang ke asrama. Sempat ambil Nicki yang diletakkan di rumah sewa Badrul sekejap semalam. Setakat hari ini, pihak kolej masih tidak tahu yang dia membawa masuk kucing ke dalam bilik asrama. Jika dia tertangkap kerana membawa masuk kucing, sudah pasti dia dibuang asrama nanti. Ah, susah apa, rumah sewa Badrul kan ada?

Pintu diketuk dua kali. Tiada jawapan. Kunci tiada padanya. Salam diberi sekali lagi. Tiada sahutan balasan dari dalam. Sekali lagi Ikram mengetuk pintu. "Mana pulak Ipo ni pergi? Takkan rajin benar mamat tu pergi study kat libary?"

Ikram pandang jarum jam di pergelangan tangan. Hampir sembilan malam. Kepala Nicki diusap-usap lembut. Bulu lebat berwarna keperangan itu sangat lembut dan boleh dikatakan setiap minggu Nicki dibawa bersiar-siar ke taman tetapi kali ini dia terpaksa tinggalkan kucing itu di rumah sewa Badrul kerana dia perlu menghadiri majlis kesyukuran Pak Andak dan Mak Andak di Felda Keruing. Pasangan suami isteri itu bukan suka pun dengan kucing. Kepala Nicki diusap lagi.

"Eh..kau dah lama balik?"

Ikram mendongak. Ipo sudah tercegat di sebelah dengan beg sandang di bahu kiri.

"Ya..baru sampai. Kau dari mana ni? Library?" Ikram sengih. Tak pernah mamat tu nak belajar di perpustakaan. Selalu lepak di dataran fakulti saja dengan Conan.

"Kau perli aku ke?" Ipo terus capai kunci dari poket seluarnya dan mula membuka pintu. Sebaik pintu dikuak, kucing yang berada dalam pelukan Ikram terus saja melompat dan berlari melalui koridor blok A asrama lelaki itu.

"Nicki!!" Ikram segera mengejar. Bimbang juga kalau kucingnya hilang. Bukan senang hendak dapat kucing secantik itu.

Ipo hanya melihat kelakuan Ikram yang mengejar kucing berbulu perang lebat itu. Dia menggeleng. Pintu dikuak semakin luas. Matanya terpaku pada bunga mawar putih di atas meja belajar Ikram. Dia menelan liur berkali-kali. Pucat mukanya ketika ini. Serentak itu juga satu bau menusuk hidung.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 01:18 PM | Show all posts
suspen pulak...kenapa dengan bunga tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2015 01:24 PM | Show all posts
Nicki si Kucing Perang

.










Ikram....









Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 01:37 PM | Show all posts
Bau busuk menerawang di sekitar ruang bilik... Ipo menakup antara hidung & mulut menahan bau yang cukup memualkan tekak...

"Argghh... Nickiiii...! Apa kau buat nihhh...?!"

Ipo bergegas ke dapur menuju ke arah suara garau ikram yang berteriak kuat.

"Apa hal tuh?"

Ipo melangkah perlahan menghampiri Ikram yang sedang mencangkung terjenguk-jenguk di bawah meja. Sekali...nicki melepas hajatnya di bawah meja makan.

Apa lagi...mengamuklah Ipo... patutlah bau macam haram jek...!

P/S: Jangan mare aaa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 04:04 PM | Show all posts
sellie003 replied at 21-8-2015 01:37 PM
Bau busuk menerawang di sekitar ruang bilik... Ipo menakup antara hidung & mulut menahan bau yang cu ...

Hellooo... I pandai berak dalam toilet, k?



Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 04:07 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 21-8-2015 04:04 PM
Hellooo... I pandai berak dalam toilet, k?

ceriberi ler...x sempt masuk toilet...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.486377 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list