View: 14476|Reply: 159
|
[Tempatan]
Saya Tidak Akan Sekali-kali Menyerah Kalah-Najib UPDATE #103 Tun M Jawab
[Copy link]
|
|
Edited by GhostWalking at 29-4-2015 07:36 AM
Najib Tun Razak - Foto Bernama
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tidak akan menyerah kalah meskipun beliau diasak dan dikritik hebat sejak kebelakangan ini.
Kenyataan tersebut yang dibuat pada akhir ucapan pembentangan ‎laporan tahunan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Angkasapuri, malam tadi itu seolah-olah memberi isyarat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau akan terus menerajui kerajaan BN.
"Sudah menjadi adat dan sunnah orang berjuang, pasti menempuh getir serta liku-liku cabaran.‎ Namun, para hadirin dan rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian, walau dilintang dengan seribu aral,
"Biarpun kita sedang diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku perdana menteri bersama-sama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan didukung pula para menteri serta rakan-rakan anggota pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah,
"Malah akan tetap beristiqamah dan terus berjuang, merintis sejuta lagi jalan baru demi kebaktian kepada rakyat dan negara," katanya.
Kebelakangan ini, Dr Mahathir semakin‎ kerap membongkar kegagalan Najib sebagai perdana menteri dan menggesa Presiden Umno itu segera meletakkan jawatan.
Dalam ucapan sama, beliau memetik seruan orang Bugis dalam perjuangan yang tidak akan menyerah kalah meskipun dilanda gelombang besar.‎
‎
"Seruan hikmat orang Bugis pula, dalam berjuang, jikalau perahunya telah kita kayuh ke tengah, ia tidak boleh bersurut pulang, meskipun bagaimana besar gelombang yang melanda, biarpun kemudi patah, biarpun layar robek, biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, ia lebih mulia bagi kita tegap teguh berjuang daripada membalik haluan pulang.
"Lantas, selagi cita-cita murni tidak padam, kita tidak akan keseorangan, tidak pula hilang haluan dan pedoman. Ayuhlah bersama-sama berganding di atas roh perjuangan yang sama, kita terus menuju gagah ke hadapan, ke arah Malaysia yang maju lagi disegani di persada dunia," katanya.‎
Beliau menyeru agar rakyat berfikir dengan matang tanpa diselubungi emosi dalam menghakimi kerajaan dan usaha-usaha murni kerajaan selama ini.
Malah, beliau turut ‎membayangkan bahawa segala tuduhan ke atasnya akan hilang apabila kebenaran terungkap.
"Kerana itu marilah kita jauhkan segala sengketa dan mencari titik persamaan, demi kemakmuran sebuah Malaysia.
"Yakin dan percayalah, apabila kebenaran telah memancar dan menampakkan diri kelak, akan gugurlah segala nista dan tohmahan," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-tidak-akan-tunduk-dengan-kritikan-1.384616
|
|
|
|
|
|
|
|
Haritu pg main golf ngan obama.pastu ko blk kn..jet tu melencong ke mana?brp kos keseluruhan travel? |
|
|
|
|
|
|
|
Waaaahhhhhhh......makin hebat pertarungan dgn Che Det....
Rakyat merhein perati jerk kebodohan memasing......PRU14..tunggguuuuuuuuuu...... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa2lah. Bla bla bla.....dah bosan kot. Dah naik menyampah |
|
|
|
|
|
|
|
@peYno x sentap ke, bugiss dh bersuara, mna melayu tulen? Gentel tulur ka? |
|
|
|
|
|
|
|
wow!
siri baru,
go bijan go! jgn mudah mengalah! |
|
|
|
|
|
|
|
Org asyik kutuk ahmad maslan kerana dia asyik keluarkan statement yg kurang cerdik. Tapi sekurang-kurangnya nampak la effort dia cuba jelaskan tentang gst dan jawab soalan berbangkit. Sekarang ni berapa byk penjelasan yg dibuat oleh menteri kewangan I berkenaan 1mdb? |
|
|
|
|
|
|
|
bukak semula je kes memali tu bijan!
bagi org tua tu bogel |
|
|
|
|
|
|
|
Of cos la strong woman behind him...
|
|
|
|
|
|
|
|
Yakin dan percayalah, apabila kebenaran telah memancar dan menampakkan diri kelak, akan gugurlah segala nista dan tohmahan
Atas nama kebenaran, sila jelas kan perkara2 berikut wahai jib;
1) 1MDB
2) Duit majlis perkahwinan anak
3) Jet baru
4) Tuya
5) Jenab Jen
6) Kekayaan Semah
7) Masa banjir, kenapa balik guna commercials, jet tertinggal di us, semah buat apa kat bangkok?
8) Wolf of WallStreet
9) Kemaslanan Ahmad
10) Kenapa dijulang
mohon sailormah datang membantu!! Dengan kekuatan berlian,akan menghukummu!
|
|
|
|
|
|
|
|
dah masuk round 3 dah ni bijan vs mader.tingtingting! |
|
|
|
|
|
|
|
aku lupe order pop corn byk2 |
|
|
|
|
|
|
|
Pokjib..pokjib...kot mu la jib oi... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni siap petik kata2 pujangga bugis, harapnya berani & berjuanglah macam orang bugis. Bukan menyorok, dan biarkan rakyat sengsara. |
|
|
|
|
|
|
|
We dont want you anymore |
|
|
|
|
|
|
|
lamanya karang skrip..............kak mah x kasi berhenti ek |
|
|
|
|
|
|
|
alahai bijan.. tak menjawab soalan betul. setakat ayat camni, budak sekolah darjah 6 pun boleh bagi |
|
|
|
|
|
|
|
'biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan" -negara dan rakyat tenggelam ko gumbira naik jet...pegi mam*#%+!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|