CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Wow.. Cuma 4 Jam Dari Padang Besar Ke KL Kalau Naik ETS!

[Copy link]
Post time 3-4-2015 06:28 PM | Show all posts
krustykrab replied at 3-4-2015 04:42 PM
BM ada stesen ketapi ke? setau den kat butterworth

Kt bm ada depa buat elok baik pnya mebi stesen ets ni la kut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2015 06:32 PM | Show all posts
helmeita replied at 3-4-2015 02:41 PM
wow... bestnya.. tapi gerun juga kalu keretapi tu bawa laju laju.. hahahahaha

ets x laju mana kan....laju lagi subway kat korea....kahkahkahkah.....larikkkkk

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
twins replied at 3-4-2015 05:30 PM
tak ramai suka naik yg rm25 tu sbb bnyk sangat stop... itu  ets silver
kalau yg rm35 tu dia berhe ...

aku pnh naik yg silver, gold. msing2 2jam setgah je. skrg ni mostly rm 35
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 06:59 PM | Show all posts
Kot bosan, boleh la pi pdg besaq pekena pulut ayam. Fuhhh terangkat. Pi pagi balik malam. Boleh gitttew??
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 3-4-2015 04:58 PM
yg rm 25 ke ipoh tu da x byk ade. pasni aku rsa msti akua rm 35 nk ke ipoh. gst ni xtau la plak bp ...

Selalunya utk keretapi...lagi jauh, pertambahan tambang makin murah...mungkin dlm rm60
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 07:00 PM | Show all posts
yehaaa....berenti kat bukit mertajam bukan butterworth.senang laa mak nak gi umah abg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2015 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Eliadaisy83 replied at 3-4-2015 03:55 PM
Sebelum ni aku naik ets dr kl sentral-ipoh rm35, agak aku klau ke padang besar termasuk gst ada ler  ...

Pengangkutan awam ada gst kah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 3-4-2015 06:59 PM
Selalunya utk keretapi...lagi jauh, pertambahan tambang makin murah...mungkin dlm rm60

aku still rasa dlm 80 ke 90. sbb ets ke ipoh je da rm35. klo ke kedah da tambah lg sparuh sprti ke ipoh mksodnye 35x2=70
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2015 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ktmb bodoh ni dari tadi stuck after station serdang dah dekat sejam. Tak ada elektrik and tren penuh dgn orang. Bodoh betul servis
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik ets asyik-asyik tengok kartun mr bean tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 07:32 PM | Show all posts
best ni, harap2 tambangnya mampu bayar
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Berenti kat BM ke..ala.. Tak syok teruih..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 08:43 PM | Show all posts
aku dh plan dgn wife nk gi pdg besar naik ets je nnti....smpi sana sewa keta n dok hotel
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 03:55 AM | Show all posts
seronoknya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 02:14 AM | Show all posts
Tren laju ke Padang Besar bermula esok

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengumumkan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Gold dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan bermula Jumaat.

Beliau berkata perkhidmatan itu dijalankan dua kali sehari iaitu untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur.

"erkhidmatan ini bermula esok sempena sambutan Aidilfitri minggu depan dan kita jangka ia mendapat sambutan orang ramai kerana perjalanan lebih cepat dan selesa.

"erkhidmatan ini juga akan dijalankan secara tetap," katanya dalam sidang media di Stesen Kereta Api Kuala Kangsar di sini Khamis.

Terdahulu, beliau bersama pegawai Kementerian Pengangkutan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan media menaiki tren baharu ETS dari stesen kereta api Batu Gajah ke Kuala Kangsar.

- Bernama

dalam kelam kabut dengan isu 1MDB, ada juga penyejuk sikit..esok dah start dah ETS.. tiket berapa yer..

p/s:mahap kaka ghost, naikkan thread lama
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 02:18 AM | Show all posts
Baru i tau sebelum ni train di Malaysia  masih lagi menggunakan diesel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2015 04:08 AM | Show all posts
baru cek online td..klu ada tiket mls nk blik drive kereta...sold out dah tiket
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 04:22 AM | Show all posts
Naik public transport ni mmg best masa single, or baru2 kawen, or br anak sorang yg masih baby
hew hew

Kalau dah beranak pinak nanti
dah x ekonomi naik public transport ni

Bayangkan kalau arga tiket x 5 orang x 2 (pergi balik)D
Dah tu bila sampai destinasi, takde kenderaan lak nak ke sana sini

Tu blum karenah anak2 lg

sbb tula kot byk saranan supaya org2 bujang bersabar naik moto je dulu
bli keta 2nd hand je ke dulu
nanti bila dah family beso.beli keta yg elok sket nak travel utara selatan segala
ni pun aku dgr dr talk uztazah norhafizah musa
ckp pasal komponen2 dlm umah tangga..x ingat smua
tapi antaranya umah yg selesa, n kenderaan yg baik

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 05:34 AM | Show all posts
Harga tiket KL-Padang Besar RM81.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 01:24 PM | Show all posts
ETS KL-Pdg Besar berhenti 15 stesen

10:36AM - 12 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/304861



Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur yang bermula semalam akan berhenti di 15 hentian.
     
Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu kenyataan semalam berkata 15 hentian itu ialah KL Sentral, Tanjung Malim, Tapah Road, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Butterworth, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Star, Arau dan Padang Besar.
     
Kenyataan itu berkata harga tiket sehala dari Kuala Lumpur-Padang Besar atau Padang Besar-Kuala Lumpur ialah RM80.
     
Tren dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, akan berlepas pada pukul 9.30 pagi dan tiba pada pukul 3 petang manakala dari Padang Besar ke Kuala Lumpur pada pukul 4 petang dan tiba pada 9.15 malam.
     
Bagi perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh-Butterworth-Padang Besar dan sebaliknya yang telah bermula pada 10 Julai lepas akan berhenti di kesemua 24 stesen.

Sepuluh stesen hentian baharu diperkenalkan iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.
     
Tiket tren Ipoh ke Butterworth adalah RM23 manakala Butterworth ke Padang Besar adalah RM21.
     
Waktu laluan Ipoh-Butterworth adalah 5 pagi dan tiba 6.50 pagi, Butterworth -Padang Besar (7.30 pagi-9.15 pagi), Padang Besar-Butterworth (2 petang-3.45 petang) dan Butterworth-Ipoh (5 petang-6.50 petang).
     
Buat permulaan, KTM Berhad hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah bagi kedua-dua perkhidmatan ETS dan kekerapan tren akan ditambah apabila tren-tren ETS yang baharu mula beroperasi.
     
Para penumpang boleh mula membuat pembelian dan tempahan tiket bermula hari ini dan sebarang maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat panggilan di talian 1-300-88-5862.
     
-Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.101422 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list