|
Dari Heathrow ke Batang Ai @ Jika Kutulis Di Sini (antologi novella Jemari Seni
[Copy link]
|
|
Jemput masuk rumah... hampar tikar, bentang karpet...
tapi petang ini tak ada siaran langsung dulu. Siaran ditunda ke esok hari hehee... sebab tak edit lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Inilah yang dimaksudkan dengan: kata-kata itu satu doa
|
|
|
|
|
|
|
|
belajar bersabar sejak masuk bod ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun sikit tp puas hati... Good Job TT |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun sikit tp puas hati... Good Job TT |
|
|
|
|
|
|
|
haahkan...
haritu luqman belikan kain utk mar...
@aylanins, cer tukar beli brg lain, pearl ke..pandora ke.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak sambongNi. Akak xsabo nk lyn... teringat masa dok kapit dulu.. first posting... ada satu Insiden anak murid aku cakap. Cigu nanti kita party mahu makan apa? Aku pun ckpla balik sibu cikgu bwk kfc. Ank murid aku ada yg paham .. ada yg buat muka pelik.. terus aku ckp iban... manuk goreng! Diorg bls manuk goreng nyamai amat cigu!...waaaa rindu dok sana |
|
|
|
|
|
|
|
Nang rami ktk org sia yg ada pengalaman jd cikgu rah sabah sarawak owh? (Ntah betul tidak aku tulih neh ) |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya ramai gak yang ada pengalaman jadi cikgu kat Sabah / Sarawak atau hampir-hampir nak jadi cikgu
Okay... entry baru |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aylanins at 30-3-2015 12:10 AM
SEDAPNYA BAU, SURIYATY yang baru masuk ke dalam rumah awal-awal lagi sudah tergoda. Ini baru tercium harum bawang yang ditumis, belum lagi tengok masakan apa yang Kamilah masak.
“Masak apa Milah?” laung Suriyaty dari ruang tamu. Dia letakkan buku-buku miliknya di atas meja di ruang tamu itu. Kuarters guru itu dia kongsi berdua dengan Kamilah. Kuarters sebelah ada cikgu seorang lagi yang tinggal, tapi cikgu itu tinggal dengan keluarganya.
“Masuklah tengok,” balas Kamilah dari dapur sambil tersengih-sengih. Dia sibuk mengacau kuah di dalam periuk kecil di atas dapur itu.
Balik dari sekolah tengah hari tadi, bukan main lapar lagi. Selalunya sampai rumah saja, tak tunggu apa lagi, Kamilah terus buka tudung, capai bantal dan tidur. Kalau tak pun, tonton TV sambil makan nasi bungkus. Hari ini sebab dia sibuk uruskan borang-borang untuk masuk ke maktab perguruan, bila singgah ke gerai makanan Kak Jaya, lauk-pauk semuanya sudah habis. Terpaksalah sampai rumah, dia masak sendiri.
Suriyaty melangkah masuk ke dalam dapur. Kuarters guru yang mereka berdua duduki ini bukannya besar mana pun. Sama saja besarnya macam kuarters guru yang lama itu. Ada satu ruang tamu, dua bilik tidur kecil, dan dapur merangkap ruang makan. Bilik mandi dan tandas bersebelahan, bersambung dengan dapur.
“Astaghfirullahal'adzim… aku ingatkan masak ayam ke, ikan ke… rupanya ini…” Suriyaty geleng kepala melihat isi periuk di atas dapur.
Kamilah tersengih-sengih sambil memasukkan bebola ikan ke dalam periuk. Memanglah cuma masak mi segera perisa kari, tapi dia tumis dulu bawang merah dan bawang putih. Lepas itu masukkan kuah kari yang sudah dibancuh sama-sama dengan air. Campur bebola ikan dua tiga ketul, masukkan cili merah yang dihiris halus, letak sayur hijau sikit, masukkan mi, lepas itu siap! Makanan tengah hari yang paling sedap sekali.
Dalam hati hendak tergelak juga dia melihat Suriyaty yang macam orang kecewa bila melihat cuma mi segera direbus di atas dapur.
“Malam nanti baru kita masak elok-elok ya. Kau nak makan Maggi, kau masak sendiri…” kata Kamilah yang sudah kaut mee masuk ke dalam mangkuk. “Aku masak sebungkus saja, cukup-cukup untuk sendiri.”
“Ceh…” balas Suriyaty tapi dia sudah terliur melihat Maggi kari yang Kamilah masak. Sedap sungguh rupanya, harum saja bau mi segera itu bila ditumis bawang merah dan bawang putih.
“Aku campur udang… hohoo…” Suriyaty sudah ambil sebungkus lagi Maggi dari dalam gerobok kayu. Kemudian dia buka pula peti sejuk, mahu ambil dua tiga ekor udang kertas yang mereka beli minggu lepas.
Satu kelebihan tinggal kawasan pedalaman begini, harga bahan mentah seperti udang dan ikan murah-murah saja sebab yang menangkapnya orang-orang kampung ini. Kalau mereka jual pun, terutama dengan para guru di sini, selalunya mereka bagi harga lebih rendah dari harga pasaran.
Udang? Alamak, macam mana pula dia boleh terlupa masukkan udang? Baru Kamilah teringat, udang kecil-kecil masih ada lagi dalam peti sejuk mereka itu. Udang galah sudah selamat dimakan, udang kertas ada lagi banyak dalam peti sejuk.
“Rebus udang banyak sikit ya Su. Aku nak juga…” kata Kamilah sambil bawa mangkuk minya ke meja makan. “Kau rebus sedap…” Amboi, sempat dia memuji Suriyaty dengan harapan permintaannya ditunaikan.
“Boleh… tapi kau bancuh air teh untuk aku…” balas Suriyaty. Dia sudah rebus air untuk mi segeranya. Malas hendak buat macam Kamilah. Badan sudah penat, mana ada hati lagi hendak tumis bawang semua.
“Gaji kau dah masuk Milah?” Tanya Suriyaty sambil mengacau kuah mi di dalam periuk kecil itu. Dia pecahkan pula sebiji telur.
“Dah… aku dah beli tiket kapal terbang dah,” jawab Kamilah sambil meletakkan gula ke dalam teko teh.
“Balik Shah Alam ke?” Tanya Suriyaty. “Bukan kau kata kena masuk maktab ke? Eh, maktab mana tadi?”
Kata Kamilah dia berasal dari Shah Alam. Tapi apa yang dia dengar-dengar dulu, ayah Kamilah pernah jadi Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak.
Macam mana ya cerita Kamilah dulu, Suriyaty cuba mengingat-ingat. Ayah itu asal Sarawak, kalau tak silap begitu yang Kamilah cerita dengannya dulu. Tapi dihantar bertugas ke serata tempat dalam negara ini. Jawatan terakhir, sebelum bersara wajib, dapat kenaikan pangkat jadi Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak. Orang kata, bagai sirih pulang ke gagang, sempat Kamilah menambah. Tapi lepas bersara, ayah dan ibunya balik semula ke Shah Alam sebab rumah keluarga mereka memang ada di sana.
Ibu Kamilah orang mana ya, rasanya memang orang Selangor kut, puas Suriyaty mengingat semula. Hendak tanya lagi, orang sudah cerita lama dulu, nampak benar dia tidak tumpukan perhatian masa Kamilah bagitahu dulu.
“Aku dah janji dengan kawan aku yang duduk di Shah Alam sana, cuti sekolah ni kami hendak pergi jalan-jalan.”
“Ke mana?” Tanya Suriyaty lalu menoleh ke arah Kamilah yang sudah ambil tempat duduk di salah sebuah kerusi di meja makan itu.
“Masuk maktab perguruan dulu, lepas tu dua minggu terakhir sebelum cuti tamat, dah tak ada kuliah lagi. Itu pun kalau jadual yang dihantar kat aku tu betul,” jawab Kamilah.
Janganlah jadual itu salah, sebab tiket kapal terbang yang dia beli kali ini mahal harganya. Tiga bulan dia kumpul duit gajinya, tahan hati dari beli itu ini semata-mata hendak ikut rancangan kawan baiknya untuk pergi mengembara ala-ala backpacker.
“Yalah, tapi ke mana?” Tanya Suriyaty lagi. Lain yang kita lain yang dia jawab. Mi segera yang sudah siap dimasak dia bawa ke meja makan. Menggoda selera betul mi ini, lebih-lebih lagi ada tiga ekor udang kertas di dalamnya.
“Kau jangan bising ya. Sebab aku tak isi borang kebenaran pergi ke luar negara,” sahut Kamilah. Mudah-mudahan tak ada yang tahu pasal dia hendak ke luar negara. Lagipun, dia belum disahkan dalam jawatan lagi, tentu tak ada apa-apa masalah akan timbul di kemudian hari. Suriyaty tak apa, Suriyaty itu kan teguh simpan rahsia.
“Eh… kena isi borang ke?” dahi Suriyaty sudah berkerut. Sepanjang dia jadi cikgu, tidak pernah pula dia dengar kena isi sebarang borang kalau hendak ke luar negara.
“Kena isilah. Ayah aku cakap. Tapi aku lupa isi hari itu. Borang tu kena isi dua bulan sebelum tarikh pergi…”
“Oo… ye ke?” Hem, dah tiga tahun jadi cikgu baru Suriyaty tahu pasal fakta itu. Dia capai gelas berisi teh panas di hadapannya.
“Kami nak pergi Jeddah…” Kamilah sudah senyum senget depan Suriyaty.
“Uhuk…” sudah… teh panas tersembur sedikit dari mulut Suriyaty, “Kau nak buat apa pergi Jeddah?”
|
|
|
|
|
|
|
|
"tiga ekor kertas..." ??
owh takyah TERRRbeli kain utk kamilah.. BERRRTembung aje lah kat jeddah tu nanti |
|
|
|
|
|
|
|
mana... mana kertasnya... ko nampak aje kannn
|
|
|
|
|
|
|
|
kain pasang...jeddah...hmmmm...
ada bau-bau udang kertas & unta kat situ...
|
|
|
|
|
|
|
|
bestnya....nak gi jeddah |
|
|
|
|
|
|
|
Gi Jeddah masa transit.....buat umrah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aylanins at 31-3-2015 08:17 AM
Bab 3:
“SIAPA TADI? AZHARI? BETUL DIA NAK? Kau kata tadi tunang orang?”
“Yang penting kau jangan mengada-ada, jangan melebih-lebih. Abang aku kata dia ini serius sikit. Kau iya iya je la kalau dia membebel, merungut apa ke nanti…” jawab Hartini di hujung talian.
“Tak ada biodata ke? Kerja apa? Lulusan mana? Siapa mak bapaknya?” balas Kamilah. “Tak banyak, kena tahu sikit pasal ‘suami’ aku tu…”
Kamilah sudah mahu tergelak di hujung talian. Mudah-mudahan jadi projek mereka kali ini. Projek asal hendak mengembara ke negara-negara Eropah tapi kos mahal sangat. Rancangan hendak ke Jeddah ini pun sebab abang Hartini masih ada di Jeddah sana. Tahun ini tahun terakhir abang dia di sana, tahun depan abang Hartini dapat tawaran mengajar di universiti tempatan sebab itu paling lewat kena buat trip ini tahun ini juga.
Kena cepat, kata Hartini padanya awal tahun ini tadi. Tempat tinggal dah jimat satu perkara, pengangkutan macam kereta kiranya dah beres. Tinggal belanja makan minum dan tiket kapal terbang saja.
“Tak payahlah sibuk nak tahu biodata. Orang tu dah bertunang okay… lepas itu kau tolong study betul-betul itinerari yang aku emel. Ini projek besar tahu tak…” pesan Hartini sungguh-sungguh. Kalau dia seorang saja hendak fikirkan pelan perjalanan, takut nanti tak balik Malaysia saja.
“Jadi kita ini jumpa di KLIA teruslah…” kata Kamilah sambil mencatat sesuatu di dalam buku notanya. Kalau Umi dan Ayah tahu rancangan dia ini, mesti kena bebel. Yang Umi dan Ayah tahu, dia dan Hartini rancang mahu ke Jeddah saja. Pelan masuk Mekah melalui pintu masuk Jeddah itu muncul di saat-saat akhir. Ini semua abang Hartini itulah yang punya pasal. Amboi, salahkan orang lain pula padahal dia yang terhegeh-hegeh hendak ikut sekali.
“Ya. Itinerari kita itu study elok-elok tau… tolong study betul-betul… aku takut tak jadi saja… duit tolong convert siap-siap dari Malaysia…” berkali-kali Hartini memesan.
“Faham… faham…”
“Ok… aku nak sambung kerja ni. Kita jumpa di KLIA nanti ya…”
Kamilah sudah tersenyum menyambut kata-kata Hartini. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.
|
|
|
|
|
|
|
|
ceck-in....check in....
yeay....ade n3 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|