CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ResellerMaxis

[Tempatan] Selangor Teruskan Sambutan Ambang 2015 Update : All Cancel #48

[Copy link]
Post time 26-12-2014 11:52 AM | Show all posts
Sudah dibatalkan termasuk Jom Heboh TV3.

KENYATAAN MEDIA

YAB. MOHAMED AZMIN BIN ALI
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

26 Disember 2014

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Khas yang bermesyuarat pada pagi ini telah mengambil maklum situasi banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Negeri Perak. Sehingga malam semalam, dilaporkan seramai 98,596 orang daripada 25,725 keluarga telah dipindahkan ke 1,078 buah Pusat Pemindahan Banjir ; 35,331 orang daripada 9,918 keluarga di Kelantan, 29,604 daripada 7,317 keluarga di Terengganu 28,578 daripada 7,244 keluarga di Pahang dan 5,083 orang daripada 1,246 keluarga di Perak.

Kerajaan dan rakyat Negeri Selangor amat bersimpati dengan mangsa – mangsa banjir dan keluarga masing – masing yang menanggung kesusahan dan mengalami kerosakan harta benda akibat bencana banjir yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 43 tahun.

Kami memohon doa ke hadrat Allah SWT agar cuaca bertambah baik dalam masa terdekat dan semua yang terkesan dengan bencana ini berada dalam keadaan selamat. Kami juga memohon semoga rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak bersabar dan tabah menghadapi musibah dan agar keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus dilindungi dan dipelihara Allah SWT.

Saya telah berbincang dengan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bagi meneliti langkah – langkah yang perlu diambil dalam membantu negeri – negeri yang terlibat.

Saya juga telah menghubungi YB Datuk Paduka Husam Musa bagi menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk bersama – sama Kerajaan Negeri Kelantan dalam situasi yang getir pada masa ini.

Sebagai tanda simpati Kerajaan Negeri Selangor, MMKN telah meluluskan sejumlah RM 1 juta untuk Kerajaan Negeri Kelantan ; RM 100 ribu masing – masing untuk Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Perak.

Kerajaan Negeri Selangor juga menyediakan peruntukan RM 200 ribu bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang akan diselaraskan oleh YB Dr. Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) yang akan turun bagi memberi khidmat bantuan dan khidmat kemanusiaan.

Untuk program pasca bencana banjir, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan khidmat kerja – kerja pembersihan kawasan banjir dengan penglibatan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor.

Seluruh jentera PBT Negeri Selangor akan diturunkan untuk kerja – kerja pembersihan sebaik sahaja air semakin surut bagi tujuan pembersihan sampah sarap dan sisa pepejal akibat banjir bagi menjamin kebersihan dan keselamatan rakyat.

Kerajaan Negeri Selangor juga akan mendapatkan sokongan kewangan daripada anak – anak syarikat, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri dan syarikat – syarikat swasta di Negeri Selangor untuk membantu menyediakan peralatan persekolahan termasuk pemberian beg sekolah dan pakaian seragam untuk pelajar – pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.

Delegasi Kerajaan Negeri Selangor akan turun ke Negeri Kelantan pada hari ini juga untuk menyampaikan bantuan disamping mengunjungi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kuala Krai dan beberapa daerah lain.

MMKN juga telah mengambil keputusan untuk membatalkan semua acara hiburan dan program Temasya Selangor 15 menjelang Tahun Baru 2015 sebagai tanda kasih dan simpati kepada semua rakyat yang mengalami bencana banjir dan menjimatkan perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember 2014 di I – City, Shah Alam atas prinsip yang sama.


Kerajaan Negeri Selangor menggesa agar Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam secepat mungkin bagi membantu kerajaan – kerajaan negeri mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat dalam tempoh yang getir ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga telah berbincang dengan JAIS supaya semua masjid di Negeri Selangor mengadakan solat hajat sejurus solat Jumaat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar kesejahteraan dan keselamatan rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak terus dilindungi dan dipelihara.

MOHAMED AZMIN ALI Last edited by JabbaWokeez on 26-12-2014 12:05 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2014 11:57 AM | Show all posts
Kalo kenala time ko pgg selangor ni kena bencana besar, negeri pantai timur ramai-ramai kite pakat wat kenduri kensyukuran

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 11:58 AM | Show all posts
boyagombak posted on 26-12-2014 03:31 AM
Sedangkan Pak Jib pun sanggup main golf dalam ayaq  masa tgh banjir ni.
memang hebak, boleh under ...

Cam xstabil ajek sampan tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 12:00 PM | Show all posts
aku baru dpt info kater batal, camner korang kate on
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 12:03 PM | Show all posts
lizaliza posted on 26-12-2014 12:00 PM
aku baru dpt info kater batal, camner korang kate on

yang kata on azmin..yang batalkan siapa plak??
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 12:05 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 26-12-2014 12:03 PM
yang kata on azmin..yang batalkan siapa plak??

MMKN yang dipengerusikan oleh MB
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-12-2014 12:09 PM | Show all posts
lizaliza posted on 26-12-2014 12:05 PM
MMKN yang dipengerusikan oleh MB

azmin ni pun flip flop juga ke??
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 02:46 PM | Show all posts
xtaula mana yg betul...tapi yg ni mmg azmin ali sendiri bgtau kat twitter dia td

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2014 02:52 PM | Show all posts
udah batal..najib udah balik? saja tanya
satgi jenuh aku kena lahar
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh baguslah cancel. Berat sama dipikul gitew. Sama2 lah doakan tok najib pulang dgn slmt ke tanah air. Pulanglah.

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 05:29 PM | Show all posts
bruknye prangai org kelantan kat sni . lntak selangor la nk buat konsert ke x . sbb dorg nk buat konsert , bukan brhrap lg org2 kelantan ni supaya selangor banjir. klo ckp , ptot pantai timur tiap ujung tahun banjir ok x?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruskan berjimba pada seiaoa yg rasa masa ni sesuai , aendiri fikir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 05:38 PM | Show all posts
caprut posted on 26-12-2014 05:29 PM
bruknye prangai org kelantan kat sni . lntak selangor la nk buat konsert ke x . sbb dorg nk buat kon ...

kau xkan xtahu perangai ummah terpilih..semua orang kena ikut macam dia..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 05:41 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 26-12-2014 05:38 PM
kau xkan xtahu perangai ummah terpilih..semua orang kena ikut macam dia..

huhu. da tahu lama da.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 05:43 PM | Show all posts
Dua dua sama . Tak teruaj pun nak sambut selama ni. Tak pernah pun sambut. It is just another day like other days.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sensitif langsung dgn penderitaan orang...ini yg dikatakan pkr membela rakyat? Ptuiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2014 05:47 PM | Show all posts
ada juga karnival kat stadium melawati...tp tu mcm x dpt batal sbb  melibatkan byk vendor...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade posted on 26-12-2014 05:43 PM
Tak sensitif langsung dgn penderitaan orang...ini yg dikatakan pkr membela rakyat? Ptuiii

Cukuplah. Hang pi jemput PM hang balik dulu. Takyah dok drama lebih lebih boleh tak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis posted on 26-12-2014 12:03 PM
yang kata on azmin..yang batalkan siapa plak??

Munturi besor de facto lah.




Kantoiiiii di situ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 07:45 PM | Show all posts
kasibiman posted on 26-12-2014 07:21 PM
Munturi besor de facto lah.

flip flop di situ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.057673 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list