|
hatikudus posted on 26-12-2014 12:16 PM
Assalamualaikum kak tt
Sonok baca citer akak ni...seram
apapun teruskan bercerita ye kak ...
waalaikumsalam hatikudus
alhamdulillah...akak ni macam lupa diri pulak bercerita kat thread ni (sebenarnya banyak sangat pendam, nak cerita dengan kawan-kawan rapat confirm kena gelak dan perlekehkan, yelah diorang tak pernah kena so tak akan faham. Tapi memang ada juga kawan akak yang sangat memahami dan support akak suruh lawan 'itu benda')
|
|
|
|
|
|
|
|
isaura. posted on 26-12-2014 12:29 PM
waalaikumsalam hatikudus
alhamdulillah...akak ni macam lupa diri pulak bercerita kat threa ...
Betul tu kak...lawan je, benda ni lagi suka klu kita takut ngan dia
Kira akak ni pun berani sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
SIAPA 'OPAH' NI?
Akak pun bagi tajuk pada cerita akak supaya nanti senang you all nak refer bila cerita jadi semakin complicated (complicated benar perjalanan dan pengalaman hidup akak ni, tapi bila akak 'down' akak selalu pujuk diri sendiri yang Allah menduga pada yang kuat dan hebat sahaja. Ala-ala kasi semangat pada diri sendiri)
Begini alkisahnya....
Masa akak di Universiti dulu, akak duduk luar kampus tetapi apartment tu memang disediakan khas untuk student U.
Tingkat 1 dan 2 kepunyaan student lelaki, dan 3 & 4 student perempuan. Akak di tingkat 4 dan paling hujung sekali. Buka balcony je akan ada sebatang pokok besar yang menyeramkan so memang kami tak berani nak buka balcony sangat waktu tu.
Ada 2 bilik - 1 bilik didiami 2 orang katil bujang (akak dengan seorang kawan ziela nama dia) dan 1 bilik lagi agak besar didiami 4 orang (katil double-decker)
Sebab ini adalah apartment so memang bebaslah kami nak buat apa sahaja dalam apartment ni. Akak ni dari dulu lagi kalau belajar memang tak suka belajar di meja belajar. Suka baring-baring - sekejap meniarap, sekejap menelentang sambil membaca / buat assignment 1 tangan menulis, 1 tangan lagi sumbat makanan ke mulut dan walkman melekat je kat telinga dengar lagu. Ini memang habit akak waktu belajar/buat assingment dan teknik ni la setiap semester akak dapat Dean's List (ceh! sempat lagi nak puji diri sendiri)
Most of the time bila time belajar (yang sebenarnya berborak-borak dengan room mate) dan buat assignment ramai-ramai di ruang tamu. So ruang tamu tu bergelimpang lah kami dilantai dan ada yang di meja makan
Selalu juga akak tertidur di situ dan setiap kali akak tertidur pasti akak akan dikejutkan oleh seorang 'opah' - akak panggil opah sebab walaupun mukanya tidak jelas, berbaju kurung cerah dan berselendang tetapi akak rasa hamba Allah ni seorang yang tua. Bila dibangunkan, selalu dia panggil nama akak dan suruh akak masuk tidur di bilik. Setiap kali itu terjadi, akak pasti akan mamai-mamai dan terus masuk tidur tetapi bila bangun pagi barulah bulu roma berdiri-diri sebab tertanya-tanya siapa 'opah' ni (dalam apartment akak ada 6 orang je semua muda belia).
Kadang-kadang jugak bila akak terbangun dari tidur, akak pasti terlihat beliau sedang memerhati akak tidur (opah ni akan duduk dekat meja study akak yang kebetulan hampir di hujung katil), dan setiap kali itu berlaku akak tak pula terfikir apa-apa...terus sambung tidur dengan nyenyak. Bila bangun pagi baru rasa suspens dan tertanya-tanya siapa 'opah' ni.
Last edited by isaura. on 26-12-2014 12:50 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
sambung....
So siapakah 'opah' ini. Sehingga kini akak tak jumpa jawapan.
Cuma bila dah kerap sangat nampak opah ni memerhati akak tidur, lama-lama benda ni jadi biasa.
Akak pulak time tu tak kuasa nak cerita pada kawan-kawan sebab takut nanti semua takut. Pernahlah akak terfikir kot-kot penunggu di pokok besar yang tumbuh tinggi dekat dengan balcony.
Pada suatu malam tengah syok tidur, tiba-tiba teman sebilik yang nama ziela minta akak temankan dia ke toilet. Rumah apartment kami toilet hampir di dapur. Akak pelik la jugak sebab selalu kalau nak pergi toilet elok je kami pergi sendiri tak pernah berteman sebab rumah apartment bukan macam dorm asrama. Elok je akak bangun (tapi masih lagi dalam keadaan duduk di atas katil) , akak nampak 'opah' ni duduk di kawasan meja study akak sambil tangannya menunding ke arah katil ziela.
Waktu tu akak hairan juga kenapa 'opah' ni tunjuk katil ziela ni . So, akak pun tolehlah nak melihat apa la yang opah ni asyik tunding-tunding ke arah katil ziela dan melayang semangat akak sekejap bila kulihat ziela elok je tidur kat katil sambil peluk bantal busuk dia!
Serta merta akak pandang 'ziela' yang ajak akak teman pergi toilet dan barulah akak perasan 'ziela' ni matanya agak slanting panjang sedikit dan berwarna merah sambil senyum.
Apa akak buat lepas tu? Apa lagi kalau bukan cepat-cepat baring semula, tutup mata dan mulut kumat-kamit baca apa sahaja ayat quran yang menerjah minda. Waktu itulah akak kena tindih dengan agak teruk - sehingga akak terasa badan akak terangkat-angkat dari katil. Dalam pada ketakutan tu, pandai la pulak akak menenangkan diri dan akak dapatlah betulkan bacaan ayat Qursi dan masa ni mata akak dah terbuka (macam dipaksa-paksa melihat) si 'ziela' ni yang sedang membawa sesuatu seperti dulang yang berisi mangkuk yang ada cecair warna merah seakan darah.
Bila sampai pada wala ya uduhu.....si 'ziela' ni seolah-olah melayang-layang hampir ke akak dan seperti ada suatu kuasa menolak dia jauh dari akak dan dia tetap cuba nak datang juga dan tetap ada kuasa yang menolak dia jauh (perkara ini berlaku berulang-ulang kali sehinggalah akak dapat complete ulang wala ya uduhu......3x) dan 'ziela' ni meletup pecah! Waktu berlawan tu memang badan akak dah rasa terangkat tinggi dari katil.
Ini antara pengalaman ditindih yang paling dasyat akak pernah rasa (sebenarnya akak tak dapat nak cerita detail sebab tak pandai nak explain dalam kata-kata, so inilah sedikit sebanyak perkara yang berlaku).
Bila si 'ziela' ni meletup barulah akak terlepas dari ditindih dan cepat-cepat akak bukak lampu dan meloncat ke katil ziela sebenar. Akak terus cerita padanya dan tengah malam itu kami tumpang tidur bilik sebelah.
Masuk semester baru, kami semua dapat apartment yang sama jadi kali ini akak request nak tidur bilik yang untuk 4 orang - katil double decker dan akak dapat yang katil bawah.
So ingat dah settle kan? TAK SETTLE LAGI.......
|
|
|
|
|
|
|
|
kak, bestnya cite.
takpe akak cite jer kat forum.
ramai yg percaya n faham |
|
|
|
|
|
|
|
isaura. posted on 26-12-2014 01:22 PM
berani? akak ni sebenarnya manusia paling penakut
tetapi bila dah selalu sangat kena usik ...
hmmm...mgkin kelebihan akak dpt nampak benda2 camtu...at least akak tau ada org hntr benda nak pedajal akak.
seram ok citer akak ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Akak...dari cerita akk ditegur masa tak pergi prep tu & sampai akk masuk u, mcam ada je pendamping kat diri akk....
Akk tak tanya perawat ke mssalah tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa posted on 26-12-2014 03:26 PM
Akak...dari cerita akk ditegur masa tak pergi prep tu & sampai akk masuk u, mcam ada je pendamping k ...
saya pun rasa mcm tu...tp akak @isaura ada cerita masa jumpa ustaz, dia kata takde saka dlm kak isaura suami isteri |
|
|
|
|
|
|
|
ada hantu stoking rupe nye,... patut stoking slalo hilang sebelah!
|
|
|
|
|
|
|
|
ainnidzan posted on 26-12-2014 02:52 PM
kak, bestnya cite.
takpe akak cite jer kat forum.
ramai yg percaya n faham
tq ainnidzan....
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa posted on 26-12-2014 03:26 PM
Akak...dari cerita akk ditegur masa tak pergi prep tu & sampai akk masuk u, mcam ada je pendamping k ...
Ya betul, akak pun rasa macam tu jugak kalau fikir ikut logic tetapi semua ustaz yang akak pernah jumpa kata kami suami isteri 'clear'. Mungkin jugak belum jumpa yang benar-benar dapat trace.
Hmmmm...masa akak sekolah asrama dulu (form 4 atau form 5 akak lupa) akak ada satu character yang tak baik tau. Setiap kali budak-budak histeria akak mesti suka. Tak baik kan! Tetapi itulah sejujurnya, sebab utamanya ialah tak perlu pergi prep-class. Akak suka sangat kalau tak perlu belajar ni.
Ada satu incident ni di dalam surau (waktu tu ada ustaz dijemput khas berceramah), ada seorang yang terkena histeria. Baru sikit je bunyi jeritan keluar, akak sedar-sedar elok je akak dah duduk sebelah ustaz! Cekap sangat! Entah waktu bila akak boleh jalan ke ustaz tu pun akak kurang pasti. Ustaz pun terkejut, akak lagi la terkejut - terror akak protect diri kan?
Katil akak jarang kawan-kawan akak nak tumpang tidur. Ada seorang kawan baik akak ni, dia letih sangat so nak tumpang tidur katil akak (waktu siang) sementara nak tunggu prep-petang. Sedang akak busy-busy dengan urusan dalam bilik tiba-tiba dia bangun menangis dan asyik tengok tangan dia je. Panic le jugak semua orang sekejap.
Lepas tu dia cakap memang dia takut nak tidur katil akak dah - kata dia, dia kena warning jangan tidur katil orang. Akak tak ambil port la benda-benda macam ni sebab akak tidur elok je 'soh' berdengkur sampai pagi. Kat katil akak ada tebuan buat sarang kecil tapi tak pernah gigit akak dan akak pun taknak ganggu sarang tu.
Ada satu waktu seorang kawan bilik dorm akak ni mengadu, dia terbangun tengah malam. Dia nak pergi toilet, so nak bangunlah dan ajak junior teman ke toilet tetapi dia cancel plan sebab dia nampak ada 2 lembaga besar di kiri dan kanan katil akak.
Tak tahulah jahat ke baik ke, tapi yang nyata pelindung akak hanyalah Allah SWT sahaja. So waktu tu akak tak ambil port. Walau bagaimanapun, budak-budak lelaki selalu jugak kata akak ni ada penjaga (macamana diorang pandai-pandai berani cakap macam tu ya? Ada la kisah lawaknya)
Budak-budak lelaki sekolah akak ni ada menuntut ilmu bukan-bukan, try nak buat kat akak tapi tak boleh. Lepas tu semua cakap akak ni ada penjaga padahal akak tak tahu apa pun. Tetapi sejak keluar rumors tu, asal ada budak kena rasuk, mesti diorang cari akak! - padahal akak la no 1 penakut dalam dunia. Demi menjaga nama baik, maka akak berlakon ala-ala berani. Paling tak best bila yang kena rasuk cakap, Isaura je boleh halau so akak takde pilihan terpaksalah berlakon macam ada ilmu. Alah, ilmunya senang je: ajak ramai-ramai baca yassin tak berhenti, buka sikit pintu dorm. Bila tertutup pintu dorm tu pada akak benda tu dah keluar.
|
|
|
|
|
|
|
|
'OPAH' WARNING HANTU RAYA
Ok, remember tak akak ada cerita tadi pasal 'opah' yang selalu perhati akak tidur dan selalu bangunkan akak supaya masuk tidur dalam bilik setiap kali akak tertidur di ruang tamu?
Selepas incident 'ziela' bermata merah tu kacau akak, next semesternya akak pindah ke bilik sebelah yang boleh muat 4 orang (katil double decker).
Rasa selamat sikit bila ramai. SILAP BESAR! Kalau dah memang niat tu jahat nak mengacau tak kira la berapa ramai ada dalam bilik tu!
Waktu tu akak tengah syok tidur (akak dapat katil bawah).
Tiba-tiba akak terkejut sebab ada 1 lembaga gelap besar merangkak atas badan akak. Dia datang dari arah kepala akak dan merangkak atas badan akak dan pusing mengadap akak. Maknanya position dia body-to-body dengan.
Niatnya nak merogol! Sebab akak terasa dia jilat-jilat muka akak, raba-raba sana sini. Badan akak memang dah macam kena kunci, nak bercakap tak boleh. Panic sangat waktu tu tapi akak cuba juga nak gerakkan ibu jari kaki, tapi tak boleh.
Benda ni gelap, macam angin tapi bukan angin (serious tak tahu nak describe macam mana) tapi mata dia merah menyala exactly seperti 'ziela' yang kacau akak semester sebelumnya. Lidah dia panjang dan busy jilat-jilat muka akak sambil tangan dia meraba-raba badan akak. Bunyi dia mendengus-dengus dan menderam-deram.
Mintak dijauhkan serangan sebegini pada sesiapa pun! So dalam pada akak tengah bergelut nak cuba bergerak dan menjerit, anak mata akak ni terpandang susuk tubuh 'opah' ni duduk betul-betul hujung kaki akak. Seperti biasa akak tak dapat tengok opah ni dengan jelas - macam blur je tapi memang confirm opah yang sama.
So akak dengar suara opah ni sergah benda tu 'lepaskan dia!' tapi benda yang attack akak ni boleh berpaling dan menderam lagi kuat seolah-olah marah sangat dengan opah ni. Lepas tu benda tu buat donno dan sambung sexual harrasment dia.
Akak memang dah rasa macam nak pengsan-pengsan tapi tak jugak pengsan-pengsan.....tiba-tiba, opah tu boleh tegur akak! "Isaura, bang!" - akak memang tak boleh lupa ayat opah ni. Dia suruh akak azan. So akak cubalah sekuat-kuat upaya hati untuk azan (waktu tu nak bersuara pun tak boleh, dah kena kunci habis!). Akak sebut Allahu Akbar berulang-ulang kali dan tiba-tiba benda yang attack akak tu menyelusup keluar melalui tingkap.
Lepas tu baru akak boleh bergerak dan akak menjerit mintak tolong. Malam tu kami semua baca yassin berulang-ulang.
Among kawan-kawan akak ada yang tak percaya sehinggalah esoknya kekecohan berlaku apabila senior lelaki di tingkat 2 pengsan apabila dia ternampak benda bermata merah tu ditingkap memerhatikan dia!
Siapa opah tu? Sehingga kini akak tak tahu...dan lepas tu next semesternya akak request duduk in campus pula. Ingat settle, tak jugak settle. Gangguan lain pulak menyerang di sana.
Tetapi pasal opah ni, akak tak jumpa dia dah selepas pindah ke campus. Tambahan pula akak dah pandai 'disco' dengan kawan-kawan so langsung tak nampak dah (boleh tahan gak nakal akak ni waktu di U)
p/s opah ni akak bukan sahaja nampak dia waktu malam, tapi kadangkala waktu siang pun especially bila akak tengah tidur siang - dia duduk memerhati akak tidur. Kadangkala ternampak dia lalu dari dapur ke ruang tamu tapi usually dalam keadaan kabur dan sekali imbas. Jadi akak ingat opah ni mungkin di rumah tu, tetapi meleset sangkaan akak sebenarnya.....akak jumpa opah ni semula sewaktu akak mengandung anak sulung akak.....
|
|
|
|
|
|
|
|
cite ahkak ni memang best. sila teruskan bercerita.. |
|
|
|
|
|
|
|
TOYOL 2 EKOR WARNA PUTIH? WANITA TUA BERKELUBUNG HITAM?
Selalu orang kata toyol warna hijau, tapi yang akak jumpa ni warna putih - 2 ekor. telanjang bulat, botak dan pendek sangat. So secara jujurnya akak kurang pasti toyol atau jenis yang lain.
Waktu ni akak sedang alahan mengandung anak ketiga. Akak ni kalau mengandung memang 'flat' terus, asyik nak muntah dan pening memanjang. So untuk mengelakkan daripada bau-bauan yang akan buat akak muntah teruk, akak selalu la terperap dalam bilik. Asyik terbaring sahaja sebab pening kepala dan mual memanjang.
Waktu itu petang, semua yang lain di ruang tamu. Tinggallah akak berseorangan di dalam bilik sambil melayan rasa mual dan pening, akak tertidur. Masa tertidur ni la akak dikejutkan dengan sesuatu yang menyentuh kaki akak, so apa yang akak lihat ialah seekor budak putih botak dan bertelanjang bulat sedang gigih memanjat katil dan seolah-olah hendak buat sesuatu dengan jari jemari kaki akak.
Seekor lagi sedang gigih memanjat tilam hampir dengan dada akak seolah-olah hendak menyusu!
Panic punya pasal akak tendang yang di kaki dan tepis yang berhampiran dengan dada.- terus kena tindih dan selepas beberapa kali attempt untuk sedarkan diri, akak berjaya. Berpeluh-peluh juga dibuatnya dan badan terasa lemah sangat. Akak gigihkan juga buka pintu dan panggil suami yang ada di ruang tamu.
So, akak ceritakan pada suami. As usual, suami akak kata mainan tidur.
Pada waktu yang lain pula, sama juga, di tempat tidur, akak nampak seorang wanita tua berkelubung hitam (why akak kata tua, sebab bongkok sikit) lalu betul-betul dihujung katil akak dan terus meresap ke dinding. Bila cerita dengan suami, seperti biasa : mainan tidur.
Semua ini berlaku dirumah akak yang kena gangguan ala-ala rupa tentar Anubis tu.
Macam akak katalah, gangguan demi gangguan memang ada tapi sebab kami ni waktu tu kami tak ambil tahu sangat. Ianya menjadi semakin hebat apabila akak mulai berikthiar.
Selepas kes toyol tu, memang duit-duit dalam rumah banyak hilang. Nak tuduh orang mencuri tidak mungkin sebab waktu tu anak-anak akak kecil sangat. Ada sekali tu suami akak hilang duit note RM50 sebanyak RM4850 yang disimpannya dalam wallet (memang wallet tu tak boleh nak lipat, terkangkang sahaja sebab duit tebal). Akibat degil cakap akak la tu, esoknya dia bertanya jika akak ada usik wallet dan tunjukkan yang tinggal hanya RM150 je
Suami akak ni semacam jugak degilnya....dia tak berapa nak percaya walaupun dia sendiri dah mengalami gangguan-gangguan pelik. Orang degil ni susah nak deal tau, boleh makan hati kadang-kadang. So akibatnya banyaklah duit kami di rumah hilang sehinggalah akak dah tak tahan, mengadu dengan ayah. Jadi ayah akak sarankan letak jarum dan kacang hijau berhampiran dengan duit yang disimpan.
Ada 1 waktu tu akak kira duit, rekodkan duit note berapa yang ada siap dengan tarikh. Memang tak berusik langsung duit tu, tapi bila akak lalai setelah beberapa minggu, hilang jugak sebahagian dari duit tu.
Suami menganggap bukan rezeki, tapi akak ni bukan main lagi berkira. Bukan sikit-sikit duit yang hilang. Selepas berbelas puluh ribu jugalah hilang sikit demi sedikit, akak gunakan kuasa veto orang perempuan untuk simpan hanya RM50 note sekeping sahaja bila dirumah. Leceh sangat tau!
Last edited by isaura. on 26-12-2014 06:17 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
isaura. posted on 26-12-2014 06:16 PM
TOYOL 2 EKOR WARNA PUTIH? WANITA TUA BERKELUBUNG HITAM?
Selalu orang kata toyol warna hijau, t ...
Mak aihhhh byknya duit hilang! |
|
|
|
|
|
|
|
isaura. posted on 26-12-2014 10:04 AM
ye ke ktakpisang88.....boleh main tukar-tukar rupa plak dia kan.....sama tak hidung dia besar pa ...
Rupa dia sy x nampak..sebab nye hanya stokin yg berjalan siap pakai kasut but lagi..stokin tu panjang mcm stokin org main bola tu,warna putih.stokin tu jalan jer keliling kilang tu. |
|
|
|
|
|
|
|
aik mana pergi post akak ada 2 cerita akak share...tadi ada now dah hilang |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by isaura. at 27-12-2014 02:01 PM
"LEPASKAN DIA SEKARANG JUGAK SEBELUM AKU PANGGIL ORANG-ORANG AKU!"
Kisah ni berlaku beberapa tahun lepas kepada anak dara akak.
Suatu malam, kami dikejutkan dengan jeritan anak akak ni.
Tiba-tiba menjerit tengah-tengah malam, apa kes kan?
Bila kami masuk bilik, dia masih lagi dalam keadaan tidur. Jadi suami ajak sambung tidur balik - macam akak cakap, suami akak ni malas nak layan benda-benda macam ni pada dia dah alah bisa tegal biasa.
Tetapi akak tak puas hati, akak cuba bangunkan anak akak tu, punyalah payah nak bangun. Lepas tu tiba-tiba dia seolah-olah tersentak dan buka mata terus peluk akak kuat-kuat sambil menangis. Rupa-rupanya waktu kami ada tu dia tengah bergelut dengan lembaga hitam yang cuba kacau dia.
Menangis-nangis dia bercerita ada lembaga hitam tiba-tiba attack dan tindih dan puaslah dia nak melawan. Memang dia mengaku dia menjerit sekuat hati (agaknya itulah yang kami terdengar).
Perkara ini berlaku beberapa kali. Dalam pada masa itu jugak anak akak ada bercerita kadang-kadang bila dia terbangun dia akan nampak ada lelaki sedang solat, kadang-kadang perempuan solat dan bertasbih dalam biliknya.
Jadi persoalannya siapa lembaga hitam, siapa lelaki dan perempuan yang bersolat dan bertasbih?
Jap, iklan jap.....sikit lagi akak sambung..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|