CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sr_kila

(cerpen) mimpi (u)

[Copy link]
Post time 26-12-2014 06:29 PM | Show all posts
sr_kila posted on 26-12-2014 10:26 AM
sorry es.. bz wat tesis.. xlme ag nak viva,,, hehhe.. ok.. nti dah setel keje, sye singgah bce nve ...

viva? konvo ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-12-2014 08:15 PM | Show all posts
Esmiria posted on 26-12-2014 10:29 AM
viva? konvo ek?

viva means presentation terakhir for da tesis before submit

=)
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 10:24 PM | Show all posts
sr_kila posted on 26-12-2014 08:15 PM
viva means presentation terakhir for da tesis before submit

=)

Sis wat phd ke? Same la kita penah berbulan2 x masuk board ni sbb sibuk di lab..sekali masuk dh ada bnyk penulis baru..nway..mlm ni ada update x?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2014 09:42 AM | Show all posts
Ehj..aku nmpk, last post @sr_killa
Mana update?
Post kena telan ke pe?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2014 10:59 AM | Show all posts
Esmiria replied at 28-12-2014 01:42 AM
Ehj..aku nmpk, last post @sr_killa
Mana update?
Post kena telan ke pe?

ahhh..,\. 3x hapdet xkuo.. adess,, stress gua.. =='
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2014 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana post aku kat sini? arghhhjh....!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2014 04:57 PM | Show all posts
Xsabar nk tggu update ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2014 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Waa....nak hapdet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2014 12:07 PM | Show all posts
pooh83 replied at 26-12-2014 02:24 PM
Sis wat phd ke? Same la kita penah berbulan2 x masuk board ni sbb sibuk di lab..sekali ...

isyy.. xla kak.. baru nak abeskan degree ni haa.. hehe.. Allahu.. semput.. nak smbung master pon pk 7 juta setengah kali ni haa.. ehhee..
btw, akk phd wat kos ape? mcm seronok je main lab2 ni.. hehe


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 12:08 PM | Show all posts
suery89 replied at 28-12-2014 08:57 AM
Xsabar nk tggu update ni..

hehe.. jap ye.. time kaseh sudi baca.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 12:55 PM | Show all posts
Hampir sebulan. Mimpi-mimpi malam aku akan ditemani Naufal. Hampir setiap malam. Segala masalah , beban pelajaran aku luahkan pada dia. Setiap luahan akan diakhiri dengan kata-kata,

‘live life to the fullest. Tapi, jangan beriya. Nanti jatuh, sakit,’

Setiap kali ‘berjumpa’ kami akan berada di taman. Taman yang dipenuhi bunga yang berwarna-warni tetapi tidak berkembang.



Hari Khamis malam Jumaat kebiasaannya akan diadakan bacaan surah Yassin di surau. Selesai bacaan, aku dan kawan-kawan akan singgah di dewan makan.

“wei, aku naik dulu tau. Peninglah kepala aku,” sebelah tangan aku pegang aku pegang beg berisi telekung, sebelah lagi aku memicit dahi. Dari pagi terasa tak sedap badan.

“kau nak aku temankan?” Bella pegang bahu aku. aku geleng.

“eh, tak yah lah. Aku okey ni. pening je,” Bella angguk dan aku berjalan terus ke dorm.

Sampai di katil, aku terus baring dengan baju kurung dan tudung masih tersarung di badan. Aku pejam mata sambil picit-picit dahi. Pening betul. Nak demam agaknya ni. Tiba-tiba aku terdengar sayup-sayup bunyi suara lelaki. Tapi, bukan suara Naufal. Aku buka mata. Aku ada di luar bangunan. Aku pandang sekelilig. Macam bangunan sekolah. Macam mana aku boleh sampai sini? Aku perhati betul-betul kawasan ni. Di sebelah kiri terdapat bangunan 4 tingkat. Ni macam bangunan blok Orkid. Blok kelas Ecah ni. Depan aku ada bangunan kecil. Ini stor sukan yang lama. Stor ni dah lama tutup. Tak digunakan sejak ada stor sukan baru. Aku dengan yang lain-lain pernah lepak sini. Ponteng dengar ceramah motivasi sebelum PMR. Aku, Dani, Ecah, Piza, Zahra, Bella, Ipah, Apis, Pedot, Acap dan Ewan. Kitorang masak megi dalam tu guna Bunsen burner dan kelalang cone sebelum kantoi dengan Mama Rokie.

PRANG!!

Bunyi kaca pecah mengejutkan lamunan aku. Aku berjalan laju ke arah stor sukan lama. Daun pintu tak tertutup rapat. Aku skodeng dari celah pintu. ada 5 orang lelaki berjersi. Semua Jersi rugbi. Depan 5 orang lelaki tu ada seorang lagi lelaki. Juga berjersi rugbi. Tapi lain warna. Aku kecilkan mata cuba fokus kepada lelaki-lelaki tersebut.

“kau apahal tunjuk besar kepala sangat dalam padang? Kau fikir dah hebat?” seorang daripada 5 lelaki bersuara. Garang suaranya. Badan pun besar. Aku teka, mesti forward ni.  

“kalau pasal saya tegur abang kat padang tadi buat abang sakit hati, saya mintak maaf,” eh, macam aku kenal suara ni. Macam suara Naufal. Aku cuba buka pintu stor besar sikit. Nasib aku malang bila kaki terpeleot dan tangan bertahan di pintu stor dengan refleksnya tertolak pintu stor tu seluas-luas alam. Aku tersembam dalam stor. Aku dah cuak. Aku pejam mata. 5 saat. Tapi, aneh. Macam takde yang perasan pun aku dah terlangkup depan pintu stor. Aku buka mata. 5 orang lelaki masih berdiri di posisi yang sama. Aku bangun dan berjalan perlahan ke tepi dinding. Sekarang, aku nampak jelas muka mereka. eh? Yang tengah-tengah tu Naufal. Patutlah suaranya macam aku kenal. Muka semua mereka comot. Baru habis game agaknya.

“Naufal, kau ni, dah lama sangat aku perhatikan. Tak padang dengan junior. Semua plan aku, kau jahanamkan,” muka lelaki tu bengang. Naufal masih tenang.

“saya tak faham apa yang abang cakap,”

“kau ni, bikin mendidih darah aku. Cakap banyak pun tak guna,” sebatang kayu hoki dicapai dan dihayun ke kepala Naufal. Aku terkesima. Naufal jatuh kebelakang. Belum sempat dia bangun mempertahankan diri, kesemua 5 lelaki tadi memukul Naufal. Sepak, terajang, dihenyak dengan kayu hoki.

“BERHENTIIIIIIII!!!!!! Jangan pukul. Berhenti!!!!!!” aku menjerit sekuat hati. Sayangnya, jeritan aku tak diendahkan. Bahkan, kewujudan aku disitu seperti tidak diketahui oleh mereka. Allahuakbar. Apa aku nak buat ni. Air mata mula mengalir deras. Suara erangan Naufal jelas kedengaran. 5 lawan 1. Tak mungkin Naufal menang. Dia bukan Keluang Man.

“rasakan. Sekarang baru kau tahu siapa aku. Bukan main lagi kau besar kepala depan cikgu-cikgu. Sial!” lelaki berlima terus-terusan menyakiti Naufal. Dari sebatang kayu hoki, sekarang, semua mereka berlima memegang kayu hoki. Dalam kerakusan lelaki berlima memukul dan menghenyak Naufal, terdengar sayup-sayup Naufal mengucap 2 kalimah syahadah.

“BERHENTIIIIIIII!!!!!!” aku menjerit sekuat hati sambil mencangkung dengan kedua-dua tangan ditekupkan ke telinga dan mata tertutup rapat. Senyap. Tiada lagi suara samseng berlima memukul, menyepak. Tiada lagi kedengaran bunyi kayu hoki berlaga dengan mana-mana anggota tubuh. Senyap. Sunyi. Aku buka mata. 5 lelaki tadi berhenti memukul Naufal. Aku lega. 5 lelaki yang tadinya berkerumun seperti kawanan singa lapar melahap rusa, kini perlahan-lahan menapak  ke belakang. Kayu hoki dicampak ke tepi. Penuh dengan darah. Mereka seakan-akan baru tersedar dari rasukan syaitan durjana. Naufal yang berlumuran darah terbaring kaku. Seorang daripada samseng tadi menguis badan Naufal. Tak bergerak.

“oi, budak. Kau jangan main-main,” suara dia tak sekuat tadi. Naufal langsung tidak berkutik.

‘Allahuakbar. Naufal. Apa aku nak buat? ‘ lutut aku jadi lemah. Aku terduduk. Air mata tak berhenti mengalir. Mata aku masih terpaku pada sekujur badan Naufal yang berlumuran darah. Pandangan aku mula kabur dek air mata. dada terasa sendat. Udara seakan tersekat. Nafas mula tidak teratur. ALLAH!


Mata aku terbuka luas. Aku dikelilingi Dani, Piza, Bella, Zahrah dan Ecah.

“ustazah, Khaireen dah sedar,” terdengar suara Ipah. Dada yang tadinya terasa sesak kini kembali tenang.

“Khaireen, awak kenal saya?” aku angguk.

“siapa saya?” Ustazah Zalizan. Tapi, suara aku tak terkeluar.

“Khaireen, sebut. Siapa saya?” Ustazah Zalizan. Sekali lagi. Suara aku tak keluar. Terasa kepala diusap lembut. Aku pejamkan mata. Terlelap.





Aku terbaring merenung kosong ke arah siling bilik sakit. Bilik sakit terletak di sebelah bangunan asrama perempuan. Mampu menempatkan 24 orang pelajar dalam satu masa. Tapi, sekarang hanya ada aku dan 3 lagi pelajar. Kain lembap atas dahi aku tarik. Aku bangun dari pembaringan dan duduk memeluk lutut. Kepala aku pening. Aku pandang ke arah tingkap yang terletak betul-betul dihadapan katil aku. badan Naufal yang berlumuran darah kembali terlayang di mata. Apa yang jadi sebenarnya? Kenapa? Siapa Naufal? Semua yang jadi ni, adakah ini sekdar mimpi yang menemani tidur malam aku? atau adakah Naufal kawan imaginari yang aku cipta sendiri? Ah, sudah. Gila ke aku ni? aku menarik nafas panjang.

“Khaireen, awak ok?”  aku pandang Ustazah Zalizan. Dari semalam lagi dia jaga aku. aku senyum dan angguk.

“ustazah, apa jadi dengan saya?” Ustazah Zalizan menarik kerusi dan duduk di tepi katil. Aku membetulkan posisi duduk kepada bersila. Ustazah Zalizan tersenyum.

“awak demam,” aku tahu. Tapi, kenapa reaksi semua orang macam panik.

“semalam, kenapa ustazah tanya saya macam tu?” Ustazah menarik nafas panjang. Senyuman tidak lagi dibibir. Tapi, dia tetap juga nampak manis. Cahaya keimanan agaknya. Kena bagi tau Along ni. Mana tahu ada jodoh.

“semalam badan awak panas. Kawan-kawan panggil ustazah sebab awak meracau-racau. Sambil menangis. Diorang cuba kejutkan awak. Tapi, awak tak bangun,” aku angguk.

“maaf ustazah. Saya susahkan semua orang,” senyuman Ustazah Zalizan menenangkan. Ni kalau jadi kakak ipar aku ni, gerenti along tak kerja jauh-jauh dah.

“tak de apalah. Orang sakit. Biasalah tu kan. Banyak pahala tolong orang pilihan Allah ni tau,” aku kerutkan dahi.

“orang sakit ni pilihan Allah. Nabi S.A.W sendiri cakap, takkan ada muslim yang tertimpa sakit melainkan Allah akan gugurkan juga dosanya seperti pohoh-pohon yag menggugurkan daun-daunnya. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Aku angguk.

“Khaireen. Ustazah tanya awak boleh?” aku angguk lagi.

“awak ada apa-apa masalah?” aku pandang muka Ustazah Zalizan.

“ustazah, mimpi boleh jadi kenyataan ke?” lama ustazah berfikir.

“mimpi jadi sebab banyak faktor. Kadang-kadang, bila kita terlampau gembira, boleh terbawak-bawak dalam mimpi. Kalau kita sedih pun, boleh terbawak-bawak juga dalam mimpi. Sebab stress, tertekan pun boleh termasuk dalam mimpi jugak. Kalau kita mimpi buruk-buruk, tu selalunya sebab kita tidur tak basuh kaki, tak baca doa,” kami sama-sama ketawa. Ayu je Ustazah Zalizan ketawa.

“macam mana kalau kita dapat mimpi buruk, ustazah?”

“kalau kita mimpi buruk, Rasulullah ajar, ludah kesebelah kiri 3 kali, istighfar dan doa pada Allah S.W.T supaya kita dijauhkan daripada godaan syaitan dan mainan ilusi diorang ni. Lepas tu, nabi cakap lagi, ubahlah posisi tidur. Hadis riwayat Ibnu Majah,” panjang penerangan ustazah. Aku angguk.

“terima kasih ustazah. InsyaAllah saya amalkan,” ustazah senyum dan pandang jam di tangan.

“pukul 1.30 dah ni. ustazah pergi surau dulu. Dalam almari tu ada telekung. Kalau tak larat berdiri, duduk je. ok?” aku angguk dan berterima kasih sebelum ustazah melangkah keluar dari bilik sakit. Perlahan-lahan aku menapak ke arah tandas.












Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 02:06 PM | Show all posts
sr_kila replied at 29-12-2014 04:55 AM
Hampir sebulan. Mimpi-mimpi malam aku akan ditemani Naufal. Hampir setiap malam. Segala masalah , be ...

Dia
bukan Keluang Man.
dan ada certain ayat buat aku ketawa.Hahaaa.

Acaner kau buat sis?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 02:12 PM | Show all posts
Edited by sr_kila at 29-12-2014 06:14 AM
Esmiria replied at 29-12-2014 06:06 AM
Dia
bukan Keluang Man.
dan ada certain ayat buat aku ketawa.Hahaaa.

hmm.. imaginasi? hahahah.. saya suka bercakap sendiri.. =p =p hehhee.. =) =)
haiipp...

adess... sayangku.. part ni sedih.. mana boley ketawa..

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 02:21 PM | Show all posts
sr_kila replied at 29-12-2014 06:12 AM
hmm.. imaginasi? hahahah.. saya suka bercakap sendiri.. =p =p hehhee.. =) =)
haiipp...

sis, aku tk dpt noti.
Update yerrrr.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 09:22 PM | Show all posts
sr_kila replied at 29-12-2014 12:07 PM
isyy.. xla kak.. baru nak abeskan degree ni haa.. hehe.. Allahu.. semput..  nak smbung master ...

Owh..d3gree ke..i thought viva utk master or phd..hehe..akak course engineering
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 10:05 AM | Show all posts
pooh83 replied at 29-12-2014 01:22 PM
Owh..d3gree ke..i thought viva utk master or phd..hehe..akak course engineering

hahahaha.. aah kak.. degree baru.. ngee.. engine.. waaa.. berat2.. =) =)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2014 08:08 PM | Show all posts
Peperiksaan pertengahan tahun makin hampir. Bak kata orang putih, around the corner. Macam biasa. Kami pelajar yang diamanahkan dengan tugas belajar ni, mulalah belajar dengan bersungguh-sungguh. Ada masa lapang, kami belaja. Ada masa lapang, kami jumpa cikgu. Ada masa lapang, kami fly tengok bola. Eh? =p

“Som, lepas kau demam minggu lepas, lain betul kau ni. kenapa?” Dani bertanya. Aku yang baru nak menyuap nasi lemak, terhenti.

“kenapa?” aku pandang Dani.

“betul. Aku pun perasan, Som,” Ecah menguatkan hujah.

“apa yang lainnya?” aku suap nasi lemak.

“kau banyak termenung,” bersembur-sembur nasi lemak dari mulu Piza. Bella tepuk dahi adiknya.

“kau ni. senonoh sikit,” kan dah kena marah. Kami sama-sama ketawa.

“betullah Som. Kau ada masalah ke? Ceritalah. Selama ni, kita mana ada rahsia,” Zahrah sambung lepas ketawa kami reda. Aku tarik nafas panjang.

“nanti aku cerita. Aku janji. Okay?”




Selesai aku bercerita, semua tercengang. Siap ternganga-nganga lagi. Bella dengan kerut didahi. Piza dengan muka blur sambil garu kepala. Zahrah dengan Ipah masing-masing terkebil-kebil. Ecah daripada berbaring, dah duduk bersila. Aku tarik nafas panjang.

“tak percaya ekh?” giliran mereka tarik nafas panjang. Lebih kepada mengeluh.

“mungkin tu mainan tidur kau je?” Ipah bersuara.

“mulanya aku pun fikir gitu. Tu yang aku diamkan aje,” semua mata memandang aku.

“eh, engkau. Selama ni, banyak je benda mengarut kau bagitau kitorang. Tahun lepas, kau mimpi Shah Rukh Khan ajak kau kahwin, 3 hari 3 malam kau canang kat kitorang ni ha,” mereka semua ketawa. Aku garu kepala.

“aku ingat. Pastu, dengan bangganya kau cakap kau reject dia sebab kau lagi suka Afdlin Shauki,” makin kuat diorang ketawakan aku.

“woi! Diam lah! nak tido,” kami semua terdiam menahan ketawa.

“dah lah. jom tidur. Esok exam,” mereka semua berjalan ke katil masing-masing. Aku terus menarik selimut. Tetapi, mata masih terkebil-kebil. Dua tiga hari kebelakangan ni, mimpi kau bukan lagi di taman bunga tapi di tepi bangunan stor sukan lama. Tiada Naufal, tiada lelaki-lelaki yang memukulnya. Cuma sekeping nota.

‘tolong saya’

“awak,” aku tersentak.

“Naufal,”

“awak dapat nota saya?” muka dia tak seceria selalu. Aku hulurkan nota kecil di tangan.

“awak boleh tolong saya?” aku kerutkan dahi.

“tolong apa?” Naufal berjalan menuju ke pintu masuk stor sukan. Aku masih berdiri kaku di tepi. Dari pintu masuk, dia menggunakan bahasa isyarat tangan mengajak aku mengikutnya. Aku berjalan kearah Naufal. Dia buka pintu stor dan kami sama-sama masuk. Stor masih lagi dalam keadaan seperti kali pertama aku masuk. Naufal berjalan ke bahagian yang paling belakang stor. Bahagian belakang stor terdapat satu bilik kecil yang tertutup. Pintu bilik tersebut ditolak.

“awak, lepas pukul, diorang letak saya dalam ni,” aku pandang Naufal dengan dahi berkerut.

“saya susah hati. Family saya susah hati. Sampai sekarang ibu sedih. Diorang tak jumpa saya,” aku keliru. Apa yang jadi dengan Naufal sebenarnya?

“kenapa awak tak balik?”

Azan subuh sayup-sayup berkumandang. Aku terjaga dari lena. Aku raup muka dan bangun.

“astaghfirullahalazim,”


(sambung....)



Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 09:05 AM | Show all posts
cepat SOM tlong NAUFAL...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 03:37 PM | Show all posts
bookmarked!!.nice one
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 03:58 PM | Show all posts
sr_kila replied at 30-12-2014 12:08 PM
Peperiksaan pertengahan tahun makin hampir. Bak kata orang putih, around the corner. Macam biasa. Ka ...

Tak sabar nak tahu.hmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.049048 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list