CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: achik2009

Mentor Legend Kesal Tersalah Pilih Protégé? (Amy sudah tukar protege)

[Copy link]
Post time 4-12-2014 07:19 PM | Show all posts
mentor macam mas idayu la bagus ...nak kenal betul2 perangai protege harus la buat activiti sesama...bukan masa latihan je

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 4-12-2014 05:02 PM
yang pasti mummy mas idayu ratu gelek terpinggir menten bahagia dgn protegee...siap masak ..jogging  ...

Giler ape pkai mcm ni???

Umor mas idayu ni dah brape ek? Still nmpk cntik lg
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau amy mmg pdn muka la kot. Org lain susah pyah, dia nk keje sng. So elok la buku bertemu ruas
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mas idayu tu dah knpa..msti dia risau tu amelina dah nak comeback
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani ko buat mentor legend mcm tu... Tp ye pun tgk Amy anak beranak asik makan kacang je yg lebih... Paling best pemilihan abg jenal.. Bdk tu pun pemenang idola kecil..mmg power pun
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 07:49 PM | Show all posts
just nk tanya.. memang wujud ke perkataan "rerakan"?

belajar dulu mcm tak de....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2014 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Si jenal tu klo x pilih wada mmg bengong la.. Iols boikot mentor!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 4-12-2014 05:02 PM
yang pasti mummy mas idayu ratu gelek terpinggir menten bahagia dgn protegee...siap masak ..jogging  ...

cm sesuatu je protege dia ni.. ke dlam gmba je nmpak cmni.. xkan mas idayu pilih protege yg cm adek2 lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 08:02 PM | Show all posts
jojoba_beads posted on 4-12-2014 07:49 PM
just nk tanya.. memang wujud ke perkataan "rerakan"?

belajar dulu mcm tak de....

takda kot

rakan-rakan yg betulnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2014 08:08 PM | Show all posts
Amy skrg tgh sibuk dgn liveshow dia kat Istana Budaya...ada masa ke nak latihkan protégé dia tu?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2014 08:17 PM | Show all posts
Mentor Legend: Alasan Sifu Pilih Protégé

4 Dec 2014, 12:00am   |  Kamaruddin Razal  



Pentas program realiti nyanyian Mentor Legend dibuka dengan pertarungan antara dua bakal protégé untuk merebut seorang mentor atau sifu pada malam Ahad lalu. Membariskan sifu Ajai, Dayang Nurfaizah dan Amy Search, ketiga-tiga mentor ini telah membuat keputusan dan memilih seorang peserta untuk dijadikan protégé mereka.

Mari kita semak pendapat sifu yang mempunyai alasan tersendiri memilih anak didik dan reaksi peserta yang bertuah selepas dipilih oleh sifu mereka untuk diangkat sebagai protégé dalam persaingan Mentor Legend.



Ajai

"Antara Mal dan Fahmie, kedua-dua mereka ada kelebihan tersendiri. Bagi saya, pemilihan yang saya lakukan adalah berdasarkan ruang pembetulan yang boleh dibuat. Saya memilih Fahmie kerana dia boleh maju lagi dan perlu ada ruang untuk mengasah bakatnya dengan sebaik mungkin.

Cara nyanyian Mal pula saya boleh katakan sempurna dan dia benar-benar sudah bersedia untuk merakamkan album. Jadi saya memilih Mal untuk merakamkan album dengan saya dan Fahmie untuk sama-sama berjuang dengan saya di pentas Mentor Legend."

Fahmie

"Saya sangat berterima kasih kerana akhirnya dipilih sebagai protégé kepada Ajai. Saya berazam mahu menonjolkan kualiti dan bakat yang saya ada dalam pertandingan ini. Saya mulanya rasa tertekan dengan Mal kerana dia adalah seorang penyanyi yang bagus, bila melihat dia menyanyi pun sudah membuatkan saya rasa rendah diri. Saya cuba untuk memberikan sepenuh usaha saya dalam persaingan ini dan akhirnya Ajai memilih saya."



Dayang Nurfaizah


"Apabila saya mengenali Azmil dan Sandra, saya sudah tahu di mana kebolehan dan kekurangan mereka. Sebenarnya, saya sayang untuk melepaskan satu diantara mereka kerana kedua-duanya mempunyai bakat dan vokal yang bagus. Keputusan saya malam ini adalah berdasarkan peserta mana memberikan persembahan terbaik.

Saya memilih Azmil kerana dia lebih menyerlah. Dia merupakan seorang penyanyi yang unik dan saya nampak bakat yang ada dalam dirinya untuk bersaing dalam Mentor Legend. Sandra juga mempunyai kualiti yang sama dan saya akan pastikan dia akan ada perancangan sendiri untuk meluaskan bakatnya di luar sana.

Azmil

"Alhamdulillah, syukur kerana saya sendiri tidak sangka saya berjaya sehingga ke peringkat ini. Saya sangat gembira dengan rezeki yang datang dalam Mentor Legend. Tetapi saya sendiri harus beringat yang saya tidak boleh begitu teruja kerana semuanya baru sahaja bermula. Saya cuma mahu fokus dan menyerap ilmu sebanyak mana yang boleh menerusi pertandingan ini dan sifu saya sendiri. Matlamat saya adalah untuk menyampaikan persembahan dengan penuh bermakna."



Amy Search

"Keputusan sangat susah untuk saya fikirkan. Saya ada dua pilihan iaitu Zelmi dan Sarah, mereka berdua sangat bagus dan menarik perhatian saya. Tugas saya adalah untuk mengajar mereka dan membimbing mereka untuk menjadi penyanyi yang baik dalam Mentor Legend. Saya memilih Zelmi kerana saya mahu mengajarnya yang sedikit lemah. Sarah begitu lengkap pakej dan sesuai untuk terus menghasilkan single, jadi saya akan pastikan Sarah akan dihantar ke studio rakaman selepas ini untuk menghasilkan lagunya sendiri."

Zelmi


"Saya menyedari kekurangan dan kelemahan saya tetapi saya sendiri menetapkan niat untuk belajar jika terpilih menyertai Mentor Legend. Saya tidak berasal dari keluarga senang jadi sukar untuk saya membiayai pengajian jika saya mahu belajar vokal dan persembahan dalam kelas formal. Mentor Legend merupakan platform terbaik untuk saya belajar dan Amy Search pula adalah otai dalam industri nyanyian yang saya kagumi dan saya boleh belajar banyak dengan Amy."

Mentor Legend dihoskan oleh Awal Ashaari selaku pengacara utama dan Zuan Azmi selaku pengacara belakang pentas. Shiha pula dipertanggungjawabkan untuk menjadi peneraju bagi Jurnal Mentor. Bagi sesiapa yang terlepas untyuk menonton persaingan sengit mereka, layari www.tonton.com.my untuk melihat semula aksi protégé kegemaran anda dan jangan lupa temujanji anda untuk menyaksikan Mentor Legend setiap hari Ahad, 9.00 malam di TV3.


Credits: gua.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 08:19 PM | Show all posts
aku speku pun protégé Amy, nampak muka cam berlagak, sebab lagi 2 protégé yang ajai ngan dayang pilih cam menurut perintah jer...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 08:20 PM | Show all posts
mas idayu ni pernah kawin ke x
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 08:40 PM | Show all posts
Bunker posted on 4-12-2014 08:20 PM
mas idayu ni pernah kawin ke x

Dah pernah kahwin dengan AMAN Graseka tapi dah bercerai...ade anak dara sorang!!!


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Camne mas idayu boleh jadi putih melepak ye?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo yg nyanyi lagu zenal bidin smp heolls nangis tu wada ke? Mmg patut amik wada tu. Dia bagus sejak dr idola kecil. Aku mmg suka dia sgt2.

Dik wada... Ahkak doakan semoga dik wada menang mentor ni. Amin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 09:19 PM | Show all posts
oggy posted on 4-12-2014 06:46 PM
I prefer suara fiq to black lagi..
Tapi apesal fiq takleh popular mcm black ekk..
Nak kata pakej ...

sbb awek malaysia minat kulit tinted
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 09:24 PM | Show all posts
amy search ka?

i x puas ati tul dia pilih si kering tu..

mmg dh agak mentor2 lain saje pilih si kering sbb mmg x best... cm nk pekena..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 09:35 PM | Show all posts
entah entah yg berlagak sombong tu la jadi pemonangnya har har harr
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:32 PM | Show all posts
Ayat wartawan blog gila hauk..
"berkepala besar"???,rerakan??,nak battle??

Takpelah janji maksud sampai katanye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.699212 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list