Ni komen zizan. Xpe la zizan, bagi lawyer hang je settlekan kt court nanti.
Disaman Lebih RM500,000: Zizan Kecewa
"Secara ikhlas saya nyatakan di sini bahawa saya mula mengetahui mengenai tindakan guaman ini ketika ia diterbitkan media pada malam kelmarin. Saya rasa sedih dan kecewa apabila individu ini (merujuk kepada bekas pengurusnya) berulang kali memilih untuk bercakap dengan pihak akhbar. "Tindakan mereka itu tanpa memaklumkan saya atau pihak guaman saya sendiri. Saya berasa benar-benar tertekan kerana ia dilakukan pada saat saya sedang sibuk dengan pelbagai komitmen kerja yang memerlukan perhatian penuh," itu kata Zizan Razak seperti yang dilaporkan BH online.
Sebelem ini laporan media menyebut, pelawak juga pelakon itu berdepan dengan tuntutan saman bernilai lebih setengah juta ringgit daripada bekas syarikat pengurusan, Wire Fame Entertainment Sdn Bhd. Bekas pengurusnya, Marina Juki yang juga pengarah syarikat terbabit memfailkan tuntutan tersebut sejak minggu lalu. Zizan dikatakan sudah melanggar kontrak sejak Mei lalu sehingga mengakibatkan kerugian pada sumber pendapatan dan komisen syarikat itu.
Mengikut Marina, kontrak yang dimeterai syarikat dengan Zizan hanya akan berakhir 2 Mei 2015. Isu ini sebenarnya sudah berbangkit sejak Jun lalu. Dalam pada itu, kata Zizan lagi, memandangkan hal itu berkait rapat dengan undang-undang, beliau tidak mahu sewenang-wenang dengan berani menyuarakan pandangan itu dan ini. "Saya serahkan segala-galanya kepada peguam untuk melakukan yang terbaik. Apapun saya masih yakin bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan demi kebaikan semua pihak," katanya.
sumber: BH online, 15 Nov 2014
|